Showing posts with label tradisi. Show all posts
Showing posts with label tradisi. Show all posts

Thursday, 3 December 2020

Resepi bengkang ubi kayu


Bahan-bahan dalam blender ialah
1. 500-600g ubi kayu. Potong ja kecik-kecik.
2. ½ cawan gula pasir. 
3. 1 ½ cawan santan
4. Sesudu teh garam
5. Pewarna kuning


Sapukan sedikit marjerin atau mentega pada acuan.


Tuangkan adunan. Pastu sudukan sedikit lagi majerin atau mentega kat atas permukaan. Nampak tak.. Then, into the oven it goes!!


Selepas 1 jam 15 minit inilah kejadiannya. Suhu oven ni bergantung pada oven masing-masing. Cik Yaya upkan sikit dari kebiasaan bila bakar kek. Bagi garing molek permukaan tu..


Patutnya tunggu sejuk. Tapi.. Tapi.. Tapi kan.. Tak sabaqq.. Haha.. Selamat mencuba.. Bengkang ubi kayu semudah ABC. Ops lupa nak habaq, kalau suka manis boleh tambah sukatan gula tu. Cik Yaya dah terlalu manis jadi I is tak suka manis-manis. Manis-manis buah cukup laa.. Haha.. Byee...


Monday, 12 August 2019

Selamat Hari Raya Aidiladha 1440H!!

Kali pertama raya di rumah baru.. Tak kenal sesapa pon.. Jadi raya seorang diri.. Puncanya mak dengan ayah Cik Yaya raya di Kedah. Sebab tak mau ikut, kenala raya sorang-sorang. Padan muka!!

Walaupon raya sorabg-sorang, Cik Yaya tetap masak. Cik Yaya buat rendang cili padi ayam, kuah kacang dan nasi himpit. Pagi-pagi Cik Yaya dah bangun.. Mandi sunat Aidiladha. Tapi tak pergi masjid solat raya sebab tengah ABC. Jadi lepas siap pakai baju baru, Cik Yaya terus amik telefon dan telepon mak ngan ayah kat Kedah ucap selamat hari raya. Lepas tu, ke dapur menjamu selera dengan hidangan raya yang dimasak sendiri.. Sambil-sambil tonton TV. Begitulah pagi raya Cik Yaya..



Opsss, tak habis lagi cerita.. Tetiba kebosanan melanda.. Cik Yaya rasa cam nak tido. Tetiba kawan mesej jemput pergi raya kat rumah dia.. Hmm.. Nak pergi ke tak nak.. Dalam dok pk tu, kawan lain pulak mesej. Katanya dia pon kesunyian sebab mak dia balik raya kampung di Penang. Dia kena tinggal jaga rumah.. Haha. Senasib rupanyaa. Dia plan pergi beraya dan tengok wayang. Hmm.. Okey jugak.. Terus pakai tudung dan hidupkan kereta..

Jadi, inilah momen raya Cik Yaya tahun ni..





Kadang-kadang yang tak dirancang tu yang syiok.. Alhamdulillah.. Selamat hari raya semua!!




Saturday, 2 December 2017

Resepi kole kacang



Yeyyyyy!!! Akhirnya berjaya jugak buat. Yaahoooo! Alhamdulillah.. Dah beberapa kali cuba.. Tapi tak pernah menjadi.. Kali ni menjadi akhirnya.. Jom kongsi resepi!

Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung kacang hijau (Boleh beli yang siap kat kedai. Cik Yaya kidnap tepung putu kacang mak Cik Yaya.. So homemade la kiranya.. Hehe..).
2. 3 cawan santan 
3. 1 cawan santan pekat
4. 1 cawan gula merah
5. 2 sudu besar gula pasir
6. Secubit garam

Cara-cara
1. Kena buat taik minyak dulu. Masak santan pekat dalam kuali sampai jadi minyak dan taik minyak.
2. Asingkan taik minyak. Tinggalkan minyak dalam kuali. Oleskan sedikit minyak pada acuan/ bekas/ loyang yang akan diguna nanti.
3. Dalam bekas lain, larutkan gula merah, gula pasir dan garam dalam santan. Tapis.
4. Campurkan tepung kacau hijau dan kacau sebati. Adunan ni memang cair.. 
5. Gunakan kuali yang buat taik minyak tadi.. Tuang adunan dan kacau. Kalau rajin, boleh campak sehelai daun pandan yang telah disimpul bagi wangi. Lama-kelamaan, ia akan memekat dan kacau sehingga tepung masak. Macam mana nak tahu? Senang ja.. Bila masak warna akan berubah. Dari kusam menjadi berkilat. Kena buat eksperimen sendiri baru faham..
6. Bila dah masak, tuang ke dalam acuan/ bekas/ loyang yang dah dioles dengan minyak tadi. Taburkan taik minyak di bahagian atas kuih. 
7. Biarkan kuih menyejuk dan set sepenuhnya. Kemudian bolehla dipotong dan dihidangkan.. 

Untuk resepi ni dapat sikit ja.. Kalau  nak lebih, boleh doublekan atau triplekan resepi ni.. Hehe.. Selamat mencuba!!



Tuesday, 28 November 2017

Inai cerenga

Alhamdulillah.. Dapat ilmu baru lagi hari ni.. Selalunya kita guna daun inai untuk warnakan kuku kan.. Hari ni kita tak mau guna inai.. Hehe.. Kita guna daun cerenga. Aik, daun apa tu? Tak pernah dengar pon.. Sebenarnya daun cerenga ni ialah daun keembong.. Orang Iban panggil keembong, cerenga.. Ooooo... Haha..





Kata anak murid Cik Yaya, cara nak pakai inai ni mudah saja. Sama macam pakai daun inai. Petik daun kemudian tumbuk. Semasa tumbuk, masukkan perahan limau kasturi.. Bila dah lumat, barulah letak dekat jari dan biarkan beberapa jam. Lepas tu, boleh lah basuh.. Nilah hasilnya bila dah basuh. 


Ni jari jemari anak murid Cik Yaya.. Hehe.. Terima kasih Polymina. Berkongsi ilmu dengan cikgu.. Yang berbiji-biji dalam gambar ialah benih keembong. Nak tanam kat rumah.. Hehe.. Tak sabar nak cuba!!

Update:
Hari ni 27 Ogos 2023, Cik Yaya dapat info baru bahawasanya biji bunga keembong lagi bagus dibuat inai. Lagi cantik dan terang warnanya.. Caranya sama.. Tumbuk biji sampai lumat dan pakaikan di kuku atau jari.. Ooooo... 

Friday, 17 November 2017

Resepi cucur jawa/ penyaram/ mexican hat

Ha.. kenai dak cucuq ni.. Nama ja lain-lain.. Sedap aih.. Dulu mak Cik Yaya selalu buat.. La ni jarang dah.. Dia kata dah lupa resepi.. Haha.. Baru-baru ni ngidam.. Kenala buat sendiri.. Ada jual tapi gedik nak menyusahkan diri sendiri.. Hehe.. Resepi dapat dari internet.. Tak mau lupa, jadi Cik Yaya share kat sini naa.. 

Bahan-bahan
1. 500g gula apong/ gula merah 
2. 650ml air
3. Garam (secubit)
4. 500g tepung gandum
5. 100g tepung beras

Cara-cara
1.  Larutkan gula, garam dengan air. Tak perlu masak. Cuma kacau je sampai larut. Kalau didihkan, pasyikan sejuk dulu baeu campur dalam tepung.
2. Satukan bahan tepung gandum dan tepung beras dalam bekas.
3. Tuang air gula dalam tepung. Gaul sebati semuanya.


4. Perap adunan semalaman. Jangan letak dalam peti. Biarkan ja kat luar. Selalunya bancuh adunan waktu malam.. Pagi esok baru boleh goreng.
5. Goreng adunan dalam minyak sederhana panas. Jangan terlalu besar atau terlalu kecil apinya. Tuangkan adunan lebih kurang 1 senduk kecik setiap kali goreng.


Kuali legend ni...

6. Toskan dan siap untuk dihidangkan.




Sekian. Selamat mencuba!!

Friday, 6 October 2017

Kuyak



Pertama kali rasa kuih ni memang tak boleh nak terima. Tapi bila dah kali kedua ni.. Aik, macam magic.. Sedapnyaaaaa!!! Rupa kuih ni macam putu kacang atau putu beras. Unik rasa dia. Ada rasa rempah dan manis sikit. Cik Yaya pon Google resepi kuih ni. Rupa-rupanya ia diperbuat dari beras yang dipanggil beras pansuh. Bahan lain ialah gula apong dan juga serbuk lada putih. Oooohh.. Patutla rasa pedas-pedas sikit.. Cara pembuatannya lebih kurang macam putu kacang. Nanti nak bawak balikla.. Nak bagi mak dan ayah rasa. Kuih tradisional Sarawak. Tak sabarnya nak balik.. Yey!!

Thursday, 14 September 2017

Emping padi..

Lamanya tak makannnn.... Rindu dengan rasa lemak, manis dan masin emping.. Alhamdulillah.. Cuti sekolah lepas ada rezeki, dapat makan. Mak ngan ayah belikan masa balik kampung kat Kedah.. 
Kata mak, emping ni selalu dia makan masa kecik-kecik dulu.. Fresh-fresh lagi.. Emping ni diperbuat dari padi pulut yang belom matang.. Dipetik dan ditumbuk.. Sebab tu jadi leper.. Lepas tu ditampi untuk buang hampas padi. Mak kata makan yang fresh lagi sedap.. Lembutttt... Jelesnya.. Nak rasa jugakkkk..

Inilah emping padi..

Digaul bersama kelapa parut, garam, gula dan sedikit air masak.

Tara!! Dah siap.. Sedap.. Emping ni ibarat oat versi melayu.. Tapi dijamin lebih sedap berbanding oat tu. Haha.. Sekian perkongsian... Bye bye bye!! (dibaca dengan nada Sin Chan). Hehe.. 





Monday, 24 July 2017

Kuih Chang



Taraaaaa.. Jatuh cinta dengan kuih chang ni. Kuih orang Hokkien.. Nama Inggerisnya rice dumpling. Sedap sangat!!!😍😍😍 Alhamdulillah dapat jumpa yang halal.. Ada anak murid Islam tingkatan satu yang jual.. Mak cik dia yang buat.. Sedap sampai kawan Cina Cik Yaya pon approved. Dia kata lebih sedap berbanding yang pernah dia beli kat kedai Cina. Bahan asasnya pulut. Ada 3 jenis inti iaitu daging, ayam atau kacang merah.. Pilihan Cik Yaya mestila daging.. Karnivor tegar la katakan.. Haha.. Chang ni dibalut dengan daun buluh.. wangi! Kata kawan Cik Yaya, nak buat chang ni susah.. Dia yang bebangsa Cina pon tak tahu buat.. Wahhh.. Hebat mak cik si Aina nih.. Indahnya hidup berbilang bangsa.. walau bagaimanapon, Cik Yaya tetap google resepi chang ni.. Mak aih.. Betoi-betoi remeh daaa... Kena ada semangat yang tinggi kalau nak mencubanya.. So, kita simpan impian nak buat chang dalam peti dulu.. kita korek lubang dalam-dalam.. Kita letak peti dan kambus.. Haha.. Buat masa ni, Cik Yaya dah berpuas hati kalau dapat order chang ni.. Oh my chang......

Sunday, 9 July 2017

Resepi agar-agar kering..

Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan dan hidayah dari Allah untuk membuat agar-agar kering. Agar-agar kering ni kegemaran mak dan ayah Cik Yaya.. Dah lama diorang tak makan.. Mak tak pandai buat sebab kata dia tak dak orang nak ajar.. Orang dulu-dulu suka berahsia resepi... Pernah sekali saja Cik Yaya terjumpa agar-agar kering masa belajar dekat USM dulu.. Cik Yaya pon belikan untuk mak. Masa tu Cik Yaya ingat mak saja yang suka.. Rupanya ayah pon suka jugak.. Itu cerita lebih 10 tahun yang  dulu.. Lepas tu tak pernah jumpa dah.. Sampaila mak cerita yang dia terjumpa orang jual agar-agar kering sebelum bulan puasa hari tu.. Tapi dia tak beli.. Bila Cik Yaya tanya, dia kata sebab mahal sangat.. Aih, geram pulak Cik Yaya dengar.. Jadi Cik Yaya pon search kat google.. Hmm... Ada rupanya resepi.. Puas hati.. Dah dua kali buatkan.. Masa puasa dan masa raya.. Tak hidang dekat orang pon.. Sebab nak bagi mak dan ayah makan puas-puas.. Sambil makan tu, macam-macam la cerita kenangan yang keluar.. Hehe.. Korang nak resepi tak? Boleh buat untuk mak, ayah, mak cik , pak cik, nenek, atok.. Mesti diorang suka.. Kuih raya tradisional.. Menggamit memori.. Hehe.. Meh nak share resepi meh.. Versi Cik Yaya.. Versi derhaka.. Sebab kurang manis.. Hehe..

Bahan-bahan 
1. 125g agar-agar bertali
2. 300g gula batu
3. 2kg gula pasir (Resepi asal 2400g gula)
4. 2600ml air
5. Pewarna makanan

Terbalik pon terbalik la.. hehe.. Pandai-pandaila korang nak hidup..

Cara-cara
1. Basuh agar-agar bertali.. Masukkan dalam periuk.
2. Masukkan air. Didihkan sampai larut.
3. Masukkan gula batu dan gula pasir.
4. Bila dah mendidih lagi, tutup api. Masukkan pewarna yang disukai dan tuang dalam bekas untuk disejukkan.


5. Bila dah sejuk, agar-agar jadi keras dan liat. 
6. Potong atau terap agar-agar ikut kesukaan. Letak atas dulang.



7. Jemur sampai kering. Bila kering akan nampak ada lapisan putih dekat permukaan agar-agar. Ambil masa dalam 4 @ 5 hari jugakla.. 


Tara!! Dah siap.. Hijau Kuning.. Hidup Kedah!! Hidup Kedah!! 😉😉

Yang ni kali kedua. Excited sebab menjadi..

Walaupon tak da perasa, bila makan rasa nak lagi.. Addicted.. Mungkin sebab dia rangup di bahagian luar, tapi lembut kat bahagian dalam.. Kreatif betul orang dulu-dulu.. Tabik spring.. Hehe.. Akhir kata.. Selamat mencuba!!😄😄




Tuesday, 13 December 2016

Nostalgia..

Bosan betul asik terbaring kat bilik. Belek-belek fb, ternampak orang share lukisan kartun. Pelukisnya adalah kartunis Mie.. Kredit untuk kartunis Mie.. Bila direnung-renung lukisannya terasa sangat nostalgik. Terasa tua syahdu diri ni. Terasa rindu.. Menggamit memori.. Cik Yaya nak share lukisan tu dengan korang dan akan huraikan satu persatu  kaitannya dengan hidup Cik Yaya.. Mana la tau korang pon ada kenangan yang sama jugak.

Ok.. Yang ini Cik Yaya tak merasa secara live.. Tapi lukisan ni bermakna. Ia seolah-olah menggambarkan suasana yang  mak Cik Yaya selalu cerita. Pengalaman dia masa kecik-kecik dulu. Kata dia, tak semua rumah ada televisyen aka tv. Maklumla miskin.. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rata-rata adalah penoreh getah.. Jadi rumah orang kaya yang ada tv akan jadi tumpuan orang kampung.. Terutama bila ada tayangan filem.. Tak kira la filem melayu, inggeris dan hindustan.. Mesti meriah macam dalam lukisan tu.. Hehe..

Yang ini pun tak pernah tengok live.. Tapi ayah Cik Yaya selalu cerita. Memula tak percaya.. Tak dapat nak bayang orang angkut rumah.. Tapi lepas tengok gambaq ni, boleh dah kot.. Percaya.. Percaya.. Hehe.. Ayah kata arwah datok dia dulu kerja sebagai tukang buat rumah (sebab tu ayah pon pandai buat rumah). Dia akan bina rumah kat tanah dia.. Rumah tu akan jadi model sebenar aka produk. Kalau ada orang yang nak beli, rumah tu akan di hantar ke tanah tuan yang membeli.. Kena angkut macam tu la.. 

Pasang kelambu.. Rindunya.. Lama tak tidoq dalam kelambu. Kalau ramai-ramai balik rumah tok, kompem malam-malam bersimpang siur tali kelambu kat ruang tamu.. Hehe.. Satu family satu kelambu.. Kalau dah 6@7 yang balik? Silap-silap boleh terjerut leher.. Haha.. Tapi best tidoq reramai.. Macam-macam bunyi ada. La ni dah jadi anak dara, tak boleh join dah.. Tok suruh tidoq dalam bilik. Hehe..

Hmm.. Rindu.. Nampak tak gambar di sebelah kiri bawah tu.. Seorang nenek sedang menumbuk sirih pinang menggunakan gobek.. Itulah kenangan yang tak boleh lupa dengan arwah nenek sebelah emak (Tok). Gobek.. Setiap kali lepas makan, tok mesti nak menyirih. Kami adik beradik mesti berebut nak tolong tumbuk. Seronok main gobek sebenarnya.. Hehe.. Gobek ni alat untuk menghancurkan sirih pinang supaya senang dimakan. Maklumlah orang tua.. Pinang tukan keras.. Terdiri daripada dua komponen. Satu bahagian berbentuk silinder.. Satu lagi berbentuk macam skru driver. Kacip pon berebut jugak. Tapi selalu kena larang sebab takut terkacip jari, bukannya pinang.. Hehe.. 

Gobek

Kacip

Selain gobek, ada satu lagi kenangan dalam gambar iaitu seterika arang.. Sempat Cik Yaya guna masa sekolah rendah dulu. Masa tu tak ada bekalan elektrik. Jadi mak akan seterika guna seterika arang tu. Kesian mak. Susah kot.. Terima kasih mak!!

Gambar di atas ni memang mengimbau kenangan.. Pagi-pagi memang macam ni masa kecik-kecik sekolah rendah dulu. Mak Cik Yaya akan sikat dan sanggul rambut panjang Cik Yaya setiap pagi. Jadi senang nak pakai tudung. Takdela rambut terkeluar. Pernah sekali tu mak dalam pantang.. Tak dapat nak sanggulkan.. Rasa macam hantu raya dah kat sekolah.. Haha.. Rambut adik-adik lelaki pulak akan disikat oleh ayah.. Sikat belah tepi.. Depa pakai minyak rambut Zam Zam.. Penah dengar atau guna tak minyak rambut tu? Bau dia special.. Bahagianya rasa.. Sampai sekarang pon Cik Yaya suka kalau mak sikatkan rambut. Tetiba ja rasa mengantok masa sikat tu.. Hehe.. 

Ini berlaku terutamanya masa nak raya atau hujung tahun masa nak beli baju sekolah... Semua orang kena pergi sebab takut saiz baju salah. Meriahla kedai. Cara ukur pinggang seluar guna leher pon ayah pernah ajar. Memang menjadi.. Pandai ayah.. Selain dari tu, bila nak beli kasut ayah ajar guna lengan. Seandainya tak pergi, ayah akan amik ukuran guna tali rafia. Mudah la dia nak agak saiz. Pandai kan..

Makan sotong macam tu la. Sebelom masuk mulut, jadi cincin dulu. Sebab suka mainla hidangan kami diasingkan dengan hidangan orang tua. Hehe.. 

Apa yang menarik dalam gambar atas ni? Ha.. Gerobok!! Benda macam almari dan berjaring tu la gerobok. Tau tak apa fungsi dia? Untuk simpan makanan yang dah siap masak.. Sekarang jarang dah jumpa. Satu lagi yang menarik ialah dapor kayu. Pernah merasa dekat rumah tok masa kecik-kecik dulu. Kena tiup-tiup.. Kena bersihkan abu.. Aish.. Manyak susah maa.. 

Sekian la sesi walk down the memory lane bersama Cik Yaya.. Penat menaip aih.. Nasib baik masa taip ni dok kat rumah.. Kalau x, banjirla.. Rindu!! Hehe.. Bye bye bye!!

Wednesday, 6 July 2016

Resepi biskut kacang mazola..

Biskut kegemaran mak Cik Yaya.. Resepi ni pon resepi dari dia.. Cik Yaya kongsikan dengan korang..

Bahan-bahan:
1) 4 cawan kacang tanah yang telah disangai, dibuang kulit dan dikisar hancur (lepas dikisar baru disukat yer)
2) 4 cawan tepung gandum
3) 2 cawan gula yang telah dikisar halus
4) secubit garam halus
5) 1 1/2 cawan minyak (paling best minyak jagung.. tapi minyak sawit pon ok jugak..)

Cara-cara:
1) campurkan semua bahan 1-4
2) adun sebati (sampai gula mencair)
3) masukkan minyak dalam adunan dan gaul sebati



4) bulat-bulatkan


5) susun atas dulang. Hiaskan dengan kuning telur dan kacang tanah.. Kemudian bakar dalam oven mengikut tahap kepanasan yang sesuai dengan oven masing-masing..


Dah siap.. Selamat mencuba..


Tuesday, 5 July 2016

Membuka daun palas..

Kalau nak buat ketupat daun palas, kena buka daun palas.. Ia adalah proses membuat kelongsong ketupat sebelom membalut ketupat (mengisi beras pulut).. Kita shapekan daun supaya dah berbentuk dan tidak kembali ke bentuk asal yang berlipat-lipat macam kipas.. Jadi nanti kerja membalut ketupat lebih mudah..














Tarra.. Dah siap.. Senang je kan..