Thursday, 13 February 2025
Officially started!!
Wednesday, 29 January 2025
Tragedi CNY
Aku maluuuuu.. Hahahahaha...
Sekali lagi mengutip cerita memalukan dalam hidup.. kihkihkih.. Ceritanya, Cik Yaya terjatuh di khalayak ramai! Hahaha.. Mana tak ramainya, kedai tu je yang bukak hari ni.. Kan hari ni cuti umum sempena Chinese New Year.. Korang boleh bayangkan bertapa crowdednya kedai tu hari ni. Boleh pulak masa nak keluar dari kedai tu tergelincir, split kaki macam ballerina terlatih pencen. Hahahahaha.. Lepas tu bangun sendiri dalam keadaan terpinga-pinga sebab tak percaya benda tu terjadi. Tengok kanan, tengok kiri, mencicit masuk kereta. Dalam kereta terus ketawa terbahak-bahak. Maluuuu. Sakit tu tidak, hanya maluuu. Tapi kan, sebelum balik rumah sempat singgah beli burger dulu.. Siap bercerita dengan kak Midah, kakak kedai burger pasal tragedi tu.. Ketawa besar dia laki bini. Hahahaha..
Pernah terjadi kes yang sama masa muda belia dulu. Terjatuh masa melintas jalan. Ambil masa lama jugak la nak menerima hakikat. Tapi hari ni berbeza. Usia memang mematangkan kita kan. Hal-hal sepele tak lagi mengganggu hidup kita. Alhamdulillah..
Cuma satu harapan Cik Yaya, semoga tak nampak la apa-apa aib masa jatuh tu.. Hahahaha.. Rasa macam jatuh dengan sopan santun dah tadi... (^0^) Hohohoho.. Bye3
Saturday, 11 January 2025
Lemah dan lelah
Sesuatu berlaku di sekolah semalam. Dan hal itu sangat membebankan Cik Yaya. Sampai rumah semalam, Cik Yaya rasa sangat sedih, lelah dan penuh penyesalan. I wish I had someone that I can hug and let everything go. But I got none. Too bad. Jadi semua perasaan tadi terpendam. Cik Yaya masak, makan, bersihkan rumah, mandi, menjalani rutin macam biasa. Tak baguskan.. Sebenarnya jarang Cik Yaya mengalami mental breakdown macam tu. Masa warded seorang pon Cik Yaya kuat dan boleh survive sendiri. Takde rasa-rasa yang membebankan. I'm quite tough and stoic. Tapi tula manusia kan.. We do have our lowest point. When we reach there, we need someone! That's a fact. And now, I am there. Doakan Cik Yaya dapat lulus ujian kali ni. Dengan waktu persekolahan yang berbaki 5 hari lagi ni, doakan Cik Yaya tabah dan diberi kemampuan untuk mengharunginya. Lepas tu, bolehla bercuti dengan aman. Indonesia is waiting for me to come and explore! Ooo yeahh
#bloggingsometimeshelp
#myonlinediary
Friday, 27 December 2024
Happy Birthday Yaya!!
Nah hadiah tahun ni!! Percutian 2 hari 1 malam di hospital.. Hahahaha..
Thursday, 25 July 2024
Tentang penyesalan
Baiklah, saya mengaku saya dah belajar sesuatu yang pahit dalam dua hari ni. Belajar erti penyesalan. Bersyukur sebab apa yang disesalkan tidak melibatkan nyawa. Hanya hati yang terluka. Cukup menginsafkan..
Rupanya sakit betul penyesalan. Kita menyesal bila kita tak buat sesuatu yang patut kita buat. Kita nak buat tetapi keinginan itu tertutup dengan sesuatu. Seolah-olah penyesalan tu memang dah termaktub dan ditakdirkan dalam kehidupan kita. Akhirnya kita menyesal. Dan bayangan perkara yang patut kita buat tu berlegar-legar dalam kepala. Muncullah kata 'kalau'. Kalau aku begitu.. Kalau aku begini.. Terfikir, apakah ada sesuatu yang kita boleh lakukan untuk mengelak terjadinya penyesalan?
Cik Yaya sangat bersyukur atas pengalaman ni. Akan Cik Yaya simpan dan jadikan panduan hingga ke akhir hayat. Sakit, sedih, sayu.. Rasa-rasa ini akan menguatkan lagi hati dan jiwa Cik Yaya untuk menempuh kehidupan mendatang. Kali pertama tak pernah mudah kan?
"Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya"
#setiapharibelajar
#pengalamanhidup
Tuesday, 16 July 2024
Alone without you
I am alone
Tied by the past
The fragrance of the flowers
The brightness of the sun
The breeze of the wind
The laughter of the people
No matter how beautiful the world is
Still
I am alone
Yaya Hanani
10 Muharram 1446H
Monday, 1 July 2024
Yang ke-9
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Permata keluarga kami yang ke-9. Baby boy 3.6 kg selamat melihat dunia pada 25 Jun 2024. Syukur semuanya selamat..
Nama belum dipastikan lagi. Ayahnya tak umumkan lagi. Tok Wan kata Nur Hayyin.
Mak Long doakan adik membesar dengan sihat, taat pada perintah Allah SWT, patuh pada ibu bapa, cerdas pemikiran dalam belajar ilmu bermanfaat, berEQ dan IQ yang tinggi dan menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Aaamiiin...
Sebut pasal anak ni kan, teringat cerita semalam. Semalam Cik Yaya bersama dua orang kawan hadir ke mesyuarat ke suatu tempat yang satu jam setengah dari rumah. Kami naik satu kereta. Cik Yaya memandu. Disebabkan perjalanan agak jauh, banyakla cerita yang terkeluar dalam kereta. Disebabkan mereka berdua ni mak-mak, banyakla cerita pasal anak-anak masing-masing. Cik Yaya senyap dan dengar je la.
Kawan pertama mengeluh tentang kehidupan anaknya di asrama. Dia ada dua anak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua-dua tinggal di asrama yang tak jauh dari rumah. Ada dalam kalangan kawan anak lelakinya yang tertangkap masalah disiplin kat sekolah. Jadi dia mengesyaki anaknya terlibat sekali. Banyak kali dia dapatkan kepastian daripada anak lelaki dia tu. Galau betul.
Kawan yang kedua pulak risau dengan anak perempuannya. Dia ni ustazah. Tapi anaknya selalu berpakaian yang tak sopan dan tak menutup aurat sepenuhnya. Sayu je bila dengar dia meluahkan perasaan pasal anak dia tu. Katanya dah banyak kali ditegur pasal masalah tu, tapi anaknya tetap tak berubah. Kawan ni malu... Dia bezakan anak dia dengan anak orang lain. Anak orang nampak sopan je, tapi anak dia nak pakai baju lengan panjang pon susah.
Masalah diorang ni tak la berat mana. Tapi Cik Yaya tak berani nak komen tentang masalah diorang ni. Sedar diri sebab tak ada anak. Nanti dikata tak memahami hati ibu-ibu pulak kan. Jawapan Cik Yaya dah tentu mengikut logik akal dan pemerhatian je...
Makanya siapa yang harus dipersalahkan dalam kes ni? Siapa? Siapa? Siapa boleh bagi jawapan? Anak-anak atau ibu bapanya? Atau mungkin cikgunya? Kawan-kawan, adik beradik atau sepupu sepapatnya? Atau mak cik kantin, tokey kedai runcit? Adakah keadaan? Adakah suratan?
Hahahaha. Dah mula nak mengarut. Inila komitmen yang tak sanggup Cik Yaya hadap. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Buat manusia memang senang. Cik Yaya tahu Cik Yaya tak de bakat dan kesabaran tu. Rasanya Cik Yaya dah boleh paham kenapa ada pasangan yang memilih untuk tidak beranak (childless couple) sepanjang hidup. Isu hot sekarang tu.. Bagi Cik Yaya, yang penting hiduplah dengan bahagia dan pastikan bahagia itu dibentuk dengan cara kita sendiri.
Begitulah... Acap kali perasaan NAK tu akan dipancung oleh komitmen. Dan Cik Yaya tahu yang Allah lebih tahu. PerancanganNya tak pernah salah. Cik Yaya yakin itu!!
Wednesday, 26 June 2024
Bad mood
Monday, 17 June 2024
Happy Eid Aidiladha Mubarak
Salam pengorbanan buat semua.. Apa menu korang hari ni? Alhamdulillah atas segala kurnian rezeki daripasa Allah SWT.. Alhamdulillah atas segala nikmat yag dirasa..
Aidiladha tahun ni sunyi sebab anak-anak saudara tak balik beraya. Cuti pendek sangat.. Apakan daya.. Mabuk rindu la tok dengan tok wan depa.. Hahaha.. Asik dok menyebut dan bercerita tentang keletah cucu-cucu kesayangan. Pagi-pagi, lepas balik sembahyang raya dok bervideo call. Tula.. Masa cucu-cucu balik kadang-kadang sampai tak terlayan. Sakit badan lah.. Rumah bersepah lah.. Sampai main sembunyi-sembunyi. Hahaha.. Begitulah..
Jadinya, kami yang bujang-bujang saja yang beraya kat rumah ni dengan mak dan ayah. Hoorayyy.. Terasa suasana macam kecik-kecik dulu. Bebasss. Hahaha.. Bila dengan purely ahli keluarga, senang cerita sebab dah faham perangai masing-masing. Jadi senang buat keputusan. Senang buat kerja. Sebagai introvert, Cik Yaya sukaaaa macam ni..
Friday, 7 June 2024
Ikut Lawatan (3)
Wednesday, 5 June 2024
Ikut Lawatan (2)
Hai hai hai! Welcome back guys.
Sambung cerita, selain daripada melawat universiti dan sekolah kami juga pergi menyinggah ke tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan.

Kali pertama ke Kaysorn Sorvenir Shop. Macam-macam ada kat sini. Cenderahati macam keychain, buah-buahan kering, kekacang, sabun, pakaian, beg, minyak angin, baju dan macam-macam lagi. Memang one stop center lah.
Monday, 3 June 2024
Ikut Lawatan
Ha, lama dah cerita pasal rombongan ni. Sekarang cuti sekolah, baru la ada masa nak update blog ni. Nak tulis post ni perlu ada mood juga. Hehehe..
Begini ceritanya.. Awal tahun hari tu, bulan Febuari, Cik Yaya ikut rombongan ke Thailand pergi lawatan penanda aras ke sekolah dan universiti sana. Seronokkkk. Pergi pula dengan kawan-kawan sekerja. Memang meriah dalam bas. Adala ujian sana sini, tapi yang seronok tu lebih banyak lagi.
Kali pertama Cik Yaya ke Thailand dulu, Cik Yaya masuk ikut Imigresen Padang Besar. Kali ini tidak. Kami berkumpul di Imigresen Rantau Panjang seawal jam 7 pagi. Ramai betul orang. Sabar je la.. Dari imigresen Rantau Panang, kami tembus di sempadan Sungai Golok.
Lepas tu bermulalah perjalanan kami menaiki bas menuju ke tempat tujuan. Terasa lama sangat dalam bas. Tidur jaga, tidur jaga, tidu lagi, jaga lagi, tak sampai-sampai. Rupanya, di Thailand ada peraturan. Kata pemandu pelancong kami, Nan, bas tak boleh lebih 90km/jam. Terasa perlahan sangat.. Hahaha
Akhirnya kami sampai ke tempat tujuan. Universiti yang kami pergi namanya Walailak University yang terletak dia daerah Nakhon Si Thammarat.
Kedatangan kami disambut oleh siswa siswi disana yang telah pon lama menunggu kerana kami agak tersasar daripada perancangan asal... Mereka ada daripada Melayu Languange and Cultural Club (MLCC) di universiti tersebut. Mereka terdiri daripada pelajar pelbagai jurusan. Majlis malam tu pon menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. Bermula dari ucapan sehinggalah persembahan. Macam-macam persembahan disajikan pada malam tu daripada tuan rumah dan ada juga persembahan balas daripada tetamu, Persatuan Penulis Johor. Pengalaman yang sangat menarik.