Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, 18 November 2023

Resepi Kek Batik Coklat

Hari ni Cik Yaya nak share resepi kek batik 4 bahan yang tidak menggunakan MILO. Kita gunakan dark chocolate. Sedap yang amat... Lagi sedap dan lagi mudah..

Bahan-bahan:
  1. Biskut marie - 300 g
  2. Susu full cream- 200 ml/secawan
  3. Dark chocolate/ coklat masakan-250g
  4. Mentega-50g

Cara-caranya: 
  1. Patah-patahkan biskut marie dan ketepikan
  2. Dalam kuali, didihkan susu. Bila dah mendidih, kecilkan api
  3. Kemudian, masukkan  mentega dan coklat. Kacau perlahan-lahan sampai semua cair dan sebati
  4. Tutup api dan masukkan kepingan biskut marie. Kacau sehingga semua bahagian biskut disaluti coklat
  5. Masukkan dalam bekas dan tekan-tekan supaya padat. Biarkan sejuk. 
Dah siap.. Kalau boleh biar set semalaman atau beberapa jam sebelum makan. Letak dalam peti sejuk boleh, kat luar pon boleh. Nanti biskut akan jadi lembut dan rasa bercoklat. Nyumnyum.. Selamat mencuba!!


Comot! Hahaha


Friday, 29 July 2022

Dumpling

Dumpling daging Cik Yaya


Ini intinya.. Cik Yaya masukkan daging cincang, air sikit, tepung jagung, minyak bijan, kicap, sos tiram, serbuk lada putih, halia dan bawang putih. Tak de sukat-sukat. Main campak ikut rasa ja... Kacau sampai sebati. Lepas tu masukkan kucai yang dah dihiris. Gaul lagi.. Begitula rupanya


Ini kulit dumpling. Cik Yaya beli je.. Kalau buat, tak tau la jadi apa dumpling tu nanti... Tak mau ambil risiko!


Dah siap.. Macam karipap! Ni cara paling senang untuk beginner. Ada macam-macam bentuk dumpling ni.. Nanti-nanti la cuba...


Dah masak. Masuk minyak sikit dalam kuali. Goreng dulu sampai kulit luar keperangan, lepas tu masukkan sedikit air dan tutup. Kita steam pulak. Baru la masak inti kat dalam tu. 
Masa Cik Yaya bungkus dumpling tadi, Cik Yaya tak keluarkan angin dalam dumpling tu.. Tak comei jadinya bila lepas masak. Kulitnya kecut dan isi nampak tak penuh. Pengalaman pertama tak pernah mudah kan... 


Walau bagaimanapon, rasanya tidaklah mengecewakan. Sedapppp.. Cicah dengan kicap.. Rasa nak buat lagi.. Tapi habis dah kulitnya.. Bila entah rajin nak pergi beli...  Hehe..

Sekian pengalaman pertama membuat dumpling. Makan sambil layan drama.. 
Nyum nyum... 
Bertambah bahagia sebab dapat cuti 3 hari.. Lalalalala...


Sunday, 2 January 2022

Pizza toast

Kelaparan terokss di musim hujan ni.. Dah 2 hari hujan tanpa henti.. Disebabkan jari Cik Yaya luka dan akan berdarah kalau buat kerja berat, maka cari resepi yang mudah-mudah. Hari ni, cuba buat pizza mudah.


Bahan-bahannya.. 
1. Roti
2. Sos spaghetti
3. Topping- apa-apa yang disukai
4. Keju

Caranya..
1. Sapu sos pada roti
2. Letak topping
3. Bakar dalam 15-20 minit
4. Sedia untuk dingap!

Hehe.. Ini resepi pizza orang malas dan terluka. Tapi sedapnyaaaa yang amaaaat.. Tadi Cik Yaya terlajak sapu sos.. Agak masin jadinya.. Nanti hampa agak-agakla.. 

Ni la rupanya bila dah masak. Agak tak rata kejunya sebab malas nak parut. Main potong-potong je.. Ada apa dengan rupa kan? Haha..


Selamat mencuba!! 

Friday, 13 August 2021

Maggi asam laksa dengan kimchi

Marvelous!! Bagi Cik Yaya mantap dan padu gabungan ni... 


Menu makan malam Cik Yaya malam ni. Dapur tengah berselerak sebab buat renovation sikit.. Sinki pon tak boleh guna.. Makan apa adanya.. Ingat nak masak maggi kosong je.. Tapi bila rasa kuah, hambar sebab letak air terlajak. Bukak peti, nampak kimchi.. Hmmm... Tambah teloq mata kerbau sebijik!!

Tapi serius sedap!! Kena betul dengan tekak Cik Yaya ni.. Lalalala.. Selamat makan!!

Jenama yang tak pernah mengecewakan tekak orang Malaysia.. 😄😄




Friday, 14 May 2021

Kuih bulan

Cik Yaya buat mooncake!! Akhirnya.. Lama dah dok peram keinginan...

Taraaa.. Meski pon tak berapa nak sama macam yang dijual, tapi Cik Yaya tetap puas hati.. Masa cetak kuih bulan yg pertama, dada Cik Yaya macam nak meletop sebab terlalu gembira.. Yang lain tu buat sambil senyum je... Hehe..

Resepi

1. 75g golden syrup. Cik Yaya buat sendiri na.. Gigih cari resepi. Caranya, didihkan 500g gula dengan 250ml air dan perahan lemon ½ biji. Masak sampai dia bertukar warna perang.. 

2. 35g minyak

3. 1 sudu kecil air abu

4. 120g tepung gandum

5. 400g inti pilihan (Cik Yaya beli pandan lotus)

6. 50g white melon seed (tak tau nak translate apa dalam Bahasa Melayu)

7. Egg wash (telur + susu) untuk sapu atas (Cik Yaya tak boh pon.. tu yang nampak pucat moon cake tu)


Caranya

1. Masukkan bahan 1, 2 dan 3 dan gaul sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung.. Kacau sampai jadi doh (untuk kulit), rehatkan 2 jam.

3. Sangai bahan 6. Tak lama, sekejap je.. Biarkan sejuk.

4. Campurkan bahan 5 dan 6. Uli sikit supaya bijian tu terserak seragam dalam inti.

5. Ambil doh kulit yang dah direhatkan. Timbang antara 23g-25g.

6. Timbang inti pula, 40g. Kenapa banyak ni? Sebabnya acuan yang Cik Yaya ada cuma untuk doh 63-65g sahaja.

7. Leperkan doh kulit kemudian masukkan inti. Pastikan semua bahagian inti ditutup dengan doh kulit. Bulatkan comey-comey..



8. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan.. Aaaa...😍😍😍





9. Ulang sampai habis dan spray permukaan kuih dengan air biasa sebelum bakar pada suhu oven ikut kesesuaian oven masing-masing masa bakar kek. Oven Cik Yaya 130°C selama 20 minit.

10. Separuh masa nanti, keluarkan untuk sapu egg wash.. Lepas tu sambung lagi.. Dah siap...



Rare kan raya tahun ni.. Ada kuih bulan.. Cik Yaya puas hati dengan rasanya.. Nanti nak cuba perisa lain pulak. Ayah dengan mak approved. Bagi dekat kawan, mak dia pon approved. Yeyeyy.. Berjaya!! 😘 Alhamdulillah..



Saturday, 13 February 2021

Resepi asam pedas

Ha.. Asam Pedas Untuk Dia.. Eh, salah.. Asam pedas untuk Yaya la.. Haha.. My favourite dish currently.. Asam pedas daging tetel, asam pedas ikan patin, asam pedas ikan tongkol.. Semua Cik Yaya asam pedaskan.. Baru belajar resepi ni.. Terus jatuh cinta.. Selama ni kalau buat tak pernah menjadi.. Lagi satu Cik Yaya tak tahan pedas. Bebaru ni jumpa cili kering tak pedas, jadi semua resepi yang guna cili nak dicuba. Salah satunya resepi ni la.. Meh nak berkongsi resepi.. Khas untuk yang baru-baru nak belajar macam Cik Yaya.. Ada banyak resepi lain, tapi bagi Cik Yaya yang ini paling mudah dan sedap.. Jangan tanya ni resepi negeri mana. Cik Yaya pon tak tau.. Haha...


Bahan

1. Ikan pilihan/daging

2. Cili boh 

3. Bawang merah 4 ulas

4. Bawang putih 2 ulas

5. Kunyit hidup 1 cm

6. Serai diketuk 2 batang

7. Asam jawa sebesar ibu jari dilarutkan dengan air secukupnya

8. Garam secukup rasa

9. Minyak secukupnya untuk menumis

10. Daun kesom (Lagi banyak letak, lagi sedap)

11. Bendi (Ngam sangat dengan asam pedas)

12. Bunga kantan (Ada letak, tak de pon tak pe.


Cara

1. Masuk cili boh, bawang merah, bawang putih dan kunyit dalam pengisar dan kisar dengan sedikit air. Walaupon cili boh dah dikisar, masuk jugak, senang kerja. Kalau untuk daging, tambah 1cm halia..

2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan masukkan serai. Masak sampai cili bertukar jadi merah menyala dan muncul minyak di permukaan. 

3. Bila dah masak, masukkan air asam jawa dan garam. 

4. Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan/daging. Kalau daging, rebus dulu bagi empuk. Jangan campur pulak ikan dan daging.. Tak sesuai!

5. Bila ikan dah nak masak, masukkan bendi, kesom dan bunga kantan.

6. Bila sayur dah masak, bolehla tutup api.. Sedia untuk dimakan..


Ini asam pedas ikan tongkol. Menu malam ni.. Selamat mencuba semua..


Wednesday, 10 February 2021

Resepi pau gebus

Yeyeyyyy!!! Jadiiii!!!

Resepi 

1. 500g tepung gandum

2. 1 paket yis-11g

3. 1 sudu besar mentega/marjerin

4. 3 sudu besar gula

5. 1 sudu teh garam

6. 1 sudu teh soda bikarbonat

7. Air pili 250ml

8. Inti pilihan-Cik Yaya guna inti kacang merah kali ni

9. Daun pisang/baking paper

Cara-cara

1. Masukkan yis dan gula dalam air. Tunggu sampai berbuih

2. Masukkan tepung, mentega, minyak masak, garam dan soda bikarbonat dalam bekas. Gaul sebati.

3. Tuangkan larutan yis ke dalam tepung. Uli sehingga menjadi doh. Rehatkan doh sampai dia mengembang sekali ganda.

4. Sambil tunggu doh kembang, bolehla bulat-bulatkan inti kacang merah.

5. Selepas kembang, tekan-tekan doh supaya jadi jadi kecik semula. Uli seminit.

6. Bahagikan doh kepada bulatan-bulatan kecil. Cik Yaya dapat 20 biji.

7. Leperkan doh dan masukkan inti. Tutup inti, bulat-bulatkan, dan lapik dengan daun pisang/baking paper yang dipotong kecil.

8. Rehatkan sekali lagi sampai doh mengembang.

9. Sedia untuk dikukus. Kukus dalam 10 minit ja.. 

Dah siap dan sedia untuk dinikmati.










FYI, this recipe has been approved by my parent. Haha.. 🥰🥰🥰 So, try it!!






Friday, 15 January 2021

Resepi kek buah kukus

Bahan-bahan:

1) 540 g tepung gandum
2) 500g buah-buahan campuran (lagi banyak lagi sedap-tapi kena kurangkan gula B sebab buah-buahan kering tu manis dah.)
3) 250 g gula A
4) 100 g gula B
5) 2 sudu kecil baking powder
6) 2 sudu kecil soda bikarbonat
7) 320 g mentega/ marjerin
8) 5 biji telur
9) esen vanilla

Cara-cara:

1) Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
2) Basuh buah-buahan campuran dan toskan.
3) Karamelkan gula A  dan tambah 1/2 cawan air. Biarkan sejuk.
4) Putar mentega bersama gula B sehingga gula larut dan warna mentega/marjerin menjadi pucat.


5) Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga sebati.


6) Masukkan gula karamel  yang telah sejuk dan esen vanilla ke dalam adunan. Kacau sebati.


 7) Masukkan tepung dan buah-buahan campuran. Kacau sebati.


8) Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah sapu mentega. Kukus adunan selama 1-2 jam. 


Taraa!! Dah siap..


Selamat mencuba... (^_^)Y

Thursday, 3 December 2020

Resepi bengkang ubi kayu


Bahan-bahan dalam blender ialah
1. 500-600g ubi kayu. Potong ja kecik-kecik.
2. ½ cawan gula pasir. 
3. 1 ½ cawan santan
4. Sesudu teh garam
5. Pewarna kuning


Sapukan sedikit marjerin atau mentega pada acuan.


Tuangkan adunan. Pastu sudukan sedikit lagi majerin atau mentega kat atas permukaan. Nampak tak.. Then, into the oven it goes!!


Selepas 1 jam 15 minit inilah kejadiannya. Suhu oven ni bergantung pada oven masing-masing. Cik Yaya upkan sikit dari kebiasaan bila bakar kek. Bagi garing molek permukaan tu..


Patutnya tunggu sejuk. Tapi.. Tapi.. Tapi kan.. Tak sabaqq.. Haha.. Selamat mencuba.. Bengkang ubi kayu semudah ABC. Ops lupa nak habaq, kalau suka manis boleh tambah sukatan gula tu. Cik Yaya dah terlalu manis jadi I is tak suka manis-manis. Manis-manis buah cukup laa.. Haha.. Byee...


Wednesday, 18 November 2020

Halia

Good morning everyone!! Nampak bersemangat tak di situ.. Haha.. Nak cerita ni.. Hari ni lepas Subuh, Cik Yaya terus keluar berkebun. Tujuannya nak menuai halia. 2 hari lepas mak dengan ayah Cik Yaya datang rumah. Mereka kata boleh tuai dah halia tu sebab daun dia dah kering. Okey.. Semalam nak buat tak boleh sebab hujan seharian. Makanya, memerap dalam rumah. Malas nak keluar. Jadi misi ditunda ke hari ini. Selepas berhempas pulas mengeluarkan halia, inilah hasilnya..


Taraaa.. Cik Yaya siap timbang sebab teruja. Dalam 600g. Wahhhh.. Banyak ni.. Seronoknyaaa... Dalam hati dok fikir nak buat apa eh. Nak masak apa eh.. Tetiba..


Terjadilah ini.. Haha.. Nasi goreng halia muda.. Resepinya.. Bawang besar, bawang putih, halia dihiris dan ditumis. Masukkan belacan dan garam sedikit. Kalau nak pedas, boleh masukkan cili padi. Cik Yaya tak makan pedas. Halia pon dah cukup pedas dah. Lepas semua dah garing, masukkan nasi. Goreng sampai semua sebati. Dah nak sip, bolehla masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan telur mata kerbau. Sedapnya.. Makan di musim-musim hujan ni.. Alhamdulillah.. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Amin..

Sunday, 18 October 2020

Resepi tart nanas

Hari ni hari Ahad.. Cik Yaya bangun jam 5.30 pagi sebab dah terbiasa. Lepas subuh, golek-golek atas katil sambil layan facebook. Bosan.. Tup-tup teringat nak buat tart nanas. Projek tertangguh yang berbulan-bulan dah. Semua barang-barang dah ada. Terus cek resepi kat youtube. 


Bahan-bahan

-Inti jem nanas secukupnya-dalam 600g.

-500g tepung gandum

-325g mentega

-3 biji kuning telur (2 untuk adunan dan 1 lagi untuk eggwash)

-25g gula aising

-50g susu pekat manis

-1 sudu teh esen vanilla

-paper cup secukupnya-dalam 100 biji


Cara-cara

1. Timbang 6g jem nanas dan bulatkan. Letak tepi. Gigihla Cik Yaya menimbang..


2. Putar mentega dengan gula aising dan susu pekat sampai sebati. Kemudian, masukkan 2 biji kuning telur dan esen vanilla. Kacau sebati. Akhir sekali, masukkan tepung gandum. Uli sampai tak melekat kat tangan dan jadi doh.


3. Timbang doh seberat 11g. Timbang lagi!


4. Tekan leper doh dan masukkan inti jem nanas.


5. Bulatkan dan masukkan dalam paper cup. Sama je bentuknya.. Hasil timbang menimbang yang gigih.. Hehe


6. Sebelum masuk dalam oven, kena sapu dengan eggwash (1 biji telur kuning dengan 1 sudu besar air/susu). Nak cantik, sapula 2 kali. Tapi Cik Yaya sapu sekali ja.. Tu pon, tenyeh-tenyeh dengan sudu ja.. Tak dak berus. Oven pula kena panaskan dulu. Guna suhu yang korang biasa untuk bakar kek dan kuih raya.  Suhu yang Cik Yaya guna bagi oven Cik Yaya ialan 130 °C.


Ni hasil selepas keluar dari oven. Biarkan sejuk, kemudian bolehlah masuk dalam balang. Resepi ni menghasilkan 90 biji tart nanas. Memang sedap.. Cair dimulut... Korang boleh cuba dan rasai kenikmatannya.. Hehe.. Selamat mencuba!!

Tuesday, 13 October 2020

Resepi Patin Masak Tempoyak

 


Pertama kali buat..  Aaaaa... Sedapppp

Hehe.. Ni bukan lauk yang biasa dimakan di rumah. Tapi tak taulah kenapa, rasa teringin sangat.. Makanya cari  resepi di internet dan buat.. Jadiiiii!!! Ha, mana Cik Yaya tau jadi? Sebab rasa sebijik macam makan kat kedai.. Kompem!! Haha.. Nak tulis resepi la kat sini supaya tak lupa.. Nanti boleh buat lagi. Yey!

Bahan

1. Ikan patin

2. 2 senduk kayu tempoyak

3. Sejemput daun kesom

4. 3 biji cili padi diketuk saja sebab I is tak tahan pedas.. Nak tumbuk pun boleh..

5. 2cm kunyit hidup ditumbuk atau sesudu teh serbuk kunyit

6. Air secukupnya

7. Garam secukupnya

Cara

1. Campak semua kecuali ikan patin ke dalam periuk atau kuali.

2, Masak sampai mendidih.

3. Lepas mendidih, bolehla masukkan ikan patin.

4. Reneh api perlahan sampai ikan patin masak.

5. Sedia untuk dihidang... Mudahnyaaa..


Sekian resepi.. Selamat mencubaaa..