Showing posts with label kehidupan baru. Show all posts
Showing posts with label kehidupan baru. Show all posts

Thursday, 19 February 2026

Alhamdulillah

Alhamdulillah untuk hari pertama Ramadan.. Walaupon tak sihat disebabkan demam dan batuk, bersyukur dapat disempurnakan dengan jayanya.. Alhamdulillah.. Semoga diterima Allah SWT.

Selamat berpuasa semua. Ramadan Mubarak!




Monday, 14 July 2025

Is it just me?

Is it just me or everyone is the same? Hahahaha...  Jom semak senarai ni:

  • Cik Yaya obses dengan bekal sendiri. Walhal sendiri masak, sendiri packing dan sendiri makan. Dia boleh jadi tak sabar nak makan bekal sendiri setiap hari. Iskh3
  • Cik Yaya kalau tonton drama kan, sokmo berangan nak jadi watak utama. Walhal, bila direnung semula, watak antagonis tu la yang sama dengan Cik Yaya. Hahahahaha. 
  • Toilet di rumah is the best. Hahahaha. Cik Yaya menderita betul kalau kena guna toilet luar. Waima kat sekolah atau toilet hotel. Di mana Cik Yaya tinggal, di situlah toilet yang paling selesa. Dulu masa tinggal dengan mak, toilet rumah mak la yang paling selesa. Sekarang, toilet di rumah sendiri. Toilet rumah mak pon dah kalah. 
  • Bila sedang berfikir mencari idea, habis segala benda di cuci. Rasa macam tu la masa berfikir yang paling effisien. Kompem ada hasil masa menyental tu.
  • Bila stress, Cik Yaya akan mengetap gigi masa tidur. Hmm.. Cara senang nak kesan diri ini sedang stress atau tidak.
  • Suka membeli buku tapi tak dibaca! Ada yang dibeli tapi tak disentuh pon. Masih dalam plastik. Tapi tetap sentiasa beli. Hari ni sampai lagi 3 buah. Dalam perjalanan, ada sebuah lagi. Hmm.. Konsepnya biar ada, biar dimiliki. Bila nak baca senang. Tapi... Bila nak bacanya, tak tahulahhhhh! Insaflah Yaya!
  • Rasa bodoh bila banyak berbual. Serius! Pastu menyesal..
  • Susah nak ingat nama orang yang sesekali jumpa. Baru ni berlaku kejadian yang mana Cik Yaya betul-betul lupa nama seorang kawan di sekolah lama masa kami berjumpa semula dalam satu program daerah. Dah 4 tahun tak jumpa. Si polan menegur dan berbual mesra. Cik Yaya layan seadanya sambil berfikir siapa dia. Dia tak pakai name tag pulak tu. Gelisah Cik Yaya sepanjang program sebab cuba mengingat. Letih. Akhirnya sampai habis program tak ingat-ingat. Balik rumah pon dok terpikir-pikir. Last sekali, mesej kawan yang masih di sekolah lama. Cerita terus terang. Dia pon bagitau siapa si polan. Rasa bersalah sangatttt. 
  • Cik Yaya rasa produktif bila sibuk. Lagi sibuk, lagi banyak benda selesai. Termasuk perkara yang lama dalam senarai atau memang tak de dalam senarai. Kalau tak sibuk, asik bertangguh je.. Korang boleh faham tak benda ni.
Cukuplah untuk kali ni. Normalkah perangai ini? Ada yang sama seperti saya?

Saturday, 11 January 2025

Lemah dan lelah

Sesuatu berlaku di sekolah semalam. Dan hal itu sangat membebankan Cik Yaya. Sampai rumah semalam, Cik Yaya rasa sangat sedih, lelah dan penuh penyesalan. I wish I had someone that I can hug and let everything go. But I got none. Too bad. Jadi semua perasaan tadi terpendam. Cik Yaya masak, makan, bersihkan rumah, mandi, menjalani rutin macam biasa. Tak baguskan.. Sebenarnya jarang Cik Yaya mengalami mental breakdown macam tu. Masa warded seorang pon Cik Yaya kuat dan boleh survive sendiri. Takde rasa-rasa yang membebankan. I'm quite tough and stoic. Tapi tula manusia kan.. We do have our lowest point. When we reach there, we need someone! That's a fact. And now, I am there. Doakan Cik Yaya dapat lulus ujian kali ni. Dengan waktu persekolahan yang berbaki 5 hari lagi ni, doakan Cik Yaya tabah dan diberi kemampuan untuk mengharunginya. Lepas tu, bolehla bercuti dengan aman. Indonesia is waiting for me to come and explore! Ooo yeahh

#bloggingsometimeshelp

#myonlinediary



Thursday, 25 July 2024

Tentang penyesalan

Baiklah, saya mengaku saya dah belajar sesuatu yang pahit dalam dua hari ni. Belajar erti penyesalan. Bersyukur sebab apa yang disesalkan tidak melibatkan nyawa. Hanya hati yang terluka. Cukup menginsafkan.. 

Rupanya sakit betul penyesalan. Kita menyesal bila kita tak buat sesuatu yang patut kita buat. Kita nak buat tetapi keinginan itu tertutup dengan sesuatu. Seolah-olah penyesalan tu memang dah termaktub dan ditakdirkan dalam kehidupan kita. Akhirnya kita menyesal. Dan bayangan perkara yang patut kita buat tu berlegar-legar dalam kepala. Muncullah kata 'kalau'.  Kalau aku begitu.. Kalau aku begini.. Terfikir, apakah ada sesuatu yang kita boleh lakukan untuk mengelak terjadinya penyesalan?

Cik Yaya sangat bersyukur atas pengalaman ni. Akan Cik Yaya simpan dan jadikan panduan hingga ke akhir hayat. Sakit, sedih, sayu.. Rasa-rasa ini akan menguatkan lagi hati dan jiwa Cik Yaya untuk menempuh kehidupan mendatang. Kali pertama tak pernah mudah kan?


"Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah syurga

Bersyukurlah pada yang kuasa

Cinta kita di dunia

Selamanya"


I'm sorryyyyy girls. Let's do better next time. Yeahh..

What doesn't kill you makes you stronger!! Huh!!

#setiapharibelajar

#pengalamanhidup

Monday, 1 July 2024

Yang ke-9

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Permata keluarga kami yang ke-9. Baby boy 3.6 kg selamat melihat dunia pada 25 Jun 2024. Syukur semuanya selamat..

Nama belum dipastikan lagi. Ayahnya tak umumkan lagi. Tok Wan kata Nur Hayyin. 



Mak Long doakan adik membesar dengan sihat, taat pada perintah Allah SWT, patuh pada ibu bapa, cerdas pemikiran dalam belajar ilmu bermanfaat, berEQ dan IQ yang tinggi dan menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Aaamiiin... 

Sebut pasal anak ni kan, teringat cerita semalam. Semalam Cik Yaya bersama dua orang kawan hadir ke mesyuarat ke suatu tempat yang satu jam setengah dari rumah. Kami naik satu kereta. Cik Yaya memandu. Disebabkan perjalanan agak jauh, banyakla cerita yang terkeluar dalam kereta. Disebabkan mereka berdua ni mak-mak, banyakla cerita pasal anak-anak masing-masing. Cik Yaya senyap dan dengar je la. 

Kawan pertama mengeluh tentang kehidupan anaknya di asrama. Dia ada dua anak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua-dua tinggal di asrama yang tak jauh dari rumah. Ada dalam kalangan kawan anak lelakinya yang tertangkap masalah disiplin kat sekolah. Jadi dia mengesyaki anaknya terlibat sekali. Banyak kali dia dapatkan kepastian daripada anak lelaki dia tu. Galau betul.

Kawan yang kedua pulak risau dengan anak perempuannya.  Dia ni ustazah. Tapi anaknya selalu berpakaian yang tak sopan dan tak menutup aurat sepenuhnya. Sayu je bila dengar dia meluahkan perasaan pasal anak dia tu. Katanya dah banyak kali ditegur pasal masalah tu, tapi anaknya tetap tak berubah. Kawan ni malu... Dia bezakan anak dia dengan anak orang lain. Anak orang nampak sopan je, tapi anak dia nak pakai baju lengan panjang pon susah.

Masalah diorang ni tak la berat mana. Tapi Cik Yaya tak berani nak komen tentang masalah diorang ni. Sedar diri sebab tak ada anak. Nanti dikata tak memahami hati ibu-ibu pulak kan. Jawapan Cik Yaya dah tentu mengikut logik akal dan pemerhatian je...

Makanya siapa yang harus dipersalahkan dalam kes ni? Siapa? Siapa? Siapa boleh bagi jawapan? Anak-anak atau ibu bapanya? Atau mungkin cikgunya? Kawan-kawan, adik beradik atau sepupu sepapatnya? Atau mak cik kantin, tokey kedai runcit? Adakah keadaan? Adakah suratan?

Hahahaha. Dah mula nak mengarut. Inila komitmen yang tak sanggup Cik Yaya hadap. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Buat manusia memang senang. Cik Yaya tahu Cik Yaya tak de bakat dan kesabaran tu. Rasanya Cik Yaya dah boleh paham kenapa ada pasangan yang memilih untuk tidak beranak (childless couple) sepanjang hidup. Isu hot sekarang tu.. Bagi Cik Yaya, yang penting hiduplah dengan bahagia dan pastikan bahagia itu dibentuk dengan cara kita sendiri.

Begitulah... Acap kali perasaan NAK tu akan dipancung oleh komitmen. Dan Cik Yaya tahu yang Allah lebih tahu. PerancanganNya tak pernah salah. Cik Yaya yakin itu!!

Monday, 1 January 2024

Air mata tahun baru

Selamat Tahun Baru 2024!!

1 Januari 2024 dibasahi air mata. Being alone, thinking about the past and the future. Tak berhenti mengalir.. Bagai meluahkan segala rasa dan harapan.. 

Alhamdulillah.. Thank you Allah for everything.. ❤️❤️❤️ 

Semoga diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada Allah SWT, yang buruk pula datang dari kelemahan manusia itu sendiri..



Wednesday, 27 December 2023

Hari Yaya

Alhamdulillah, tua setahun lagi.. Selamat Hari Lahir Yaya! Yey!

Cik Yaya tak dak idea nak tulis apa hari ni. Kesyukuran, harapan dan doa yang sama dipanjatkan kepada Allah SWT saban tahun. Semoga diri ini diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Aamiiiin...

Hmmm... Apa kata kalau tahun ni Cik Yaya bagi fakta tak berapa menarik pasal diri sendiri. Hahahaha. Mungkinkah ada yang sama antara kita.

Pertamanya, Cik Yaya seorang yang cemerkap. Ada je benda-benda yang menyakitkan hati dan fizikal terjadi disebabkan kecuaian diri. Cik Yaya bagi contoh yang berlaku minggu ni ja. Tercekik tulang ikan. Itu wajib tiap kali makan ikan... Pi sepak kabinet dapur sampai lebam hitam kuku jari kelingking kaki. Kalau ikut logik la kan, kabinet tu tak menghalang jalan atau apa pun, tapi tetap berjaya melukakan diri ini. Lagi, siram pokok bunga dan dicederakan oleh pasu bunga. Sagat kaki di pasu bunga. Adoila.. Sampai hari ni dok pedih lagi. 

Keduanya, Cik Yaya suka angin. Tengok pokok ditiup angin pon dah mendamaikan. Terutama pokok kelapa. Bunyi desiran tu sangat menenangkan jiwa. Apetah lagi kalau ada kombinasi angin, langit, awan, laut dan pantai.. Cik Yaya boleh duduk termenung berjam-jam lamanya. Sampai  kena marahla dengan orang sebelah. Hahahaha. Cik Yaya juga suka naik motosikal disebabkan angin. Tapi lesen tak de.. Kuikuikui.

Ketiganya, Cik Yaya suka dengar lagu. Tak kira dalam bahasa apa pun liriknya. Tak kira juga apa pun genrenya. Kadang-kadang terpikat dengan liriknya, kadang-kadang terpikat dengan iramanya. Kadang-kadang orang recommend, kadang-kadang jumpa sendiri melalui radio, filem atau drama. Walau pun tak berapa tahu tentang muzik, Cik Yaya sangat menikmati dan mengagumi lagu-lagu yang indah. 

Sekian 3 fakta tentang diri ini untuk tahun 2023. Hahaha. Menyesal tak baca? Byebyebye!




Wednesday, 25 October 2023

Us!






Gigih mak cik-mak cik ni drive jauh-jauh untuk berhealing kononnya. Nak lupakan semua masalah terutama masalah sekolah. Hahahaha.. Plan macam-macam. Tapi yang jadinya benda lain. Perempuan... Begitulah.. Hahaha

Kami staycation 2 hari 1 malam bersama-sama. Habiskan masa makan-makan, berkaraoke tak hingat dunia, main bowling, shopping.. Dan yang paling best ialah habiskan masa dalam bilik hotel. Berborak dan main games. Kecoh dan tak kering gusi ketawa! Ada je keja membahan dan kena bahan.. Hahaha

Happy sangatttttt. Tapi lepas balik rumah masing-masing, baru rasa letihnya. Drained all energy. Dengan tidur tak cukupnya. Semua dapat mata panda. Nampak sangat dah tua. Semua pakat qada tidur kat rumah. Healing la sangattt.. Hahaha. 

Alhamdulillah dengan ikatan persahabatan ini.. Semoga berkekalan sampai bila-bila ya Allah.. Amiin...

Masa kita

Masa berlalu dengan cara yang berbeza pada waktu-waktu tertentu. Kan?

Beberapa minggu belakangan ni, Cik Yaya terkesan dengan masa.

Bila Cik Yaya tak balik kampung di hujung minggu, masa berjalan pantas walaupon tak buat apa-apa. Tahu-tahu je dah Isnin. Tapi kan, bila Cik Yaya balik kampung, masa macam lambat berjalan. Macam-macam benda terisi. Boleh pulak pergi sana sini. Buat itu ini. 

Bila mengajar pula, terlalu cepat masa berlalu. Terutama bila tengah seronok buat aktiviti dengan budak-budak. Tahu-tahu dah berbunyi loceng. Kalau duduk saja masa jaga periksa, rasa lambat pulak.

Nampak tak beza dalam dua keadaan tu?


(Sumber: https://www.muftiwp.gov.my)


Nah, inilah jawapan yang dicari. Kesimpulannya, gunakanlah masa sebaiknya. Pembaziranlah yang menyebabkan masa berlalu pantas dan hilang keberkatannya. Kita yang memberi erti kepada masa kita. Kitalah yang bertanggungjawab. Semoga Cik Yaya istiqamah dalam menguruskan masa dengan baik dan mengurangkan hal-hal yang tak berfaedah pada diri ini. Amiin...


Hope our time and path will cross someday..
That day, what will happen to our time?


 

Sunday, 8 October 2023

Mengangkat Takbir dalam Solat

Allahu Akbar

Ha.. Bila perlu angkat takbir semasa dalam solat? Setiap rakaat? Setiap kali pergerakan? Hmmm.. Bebaru ni Cik Yaya terjumpa video ceramah Ustaz Azhar Idrus pasal isu ni. Jadi, Cik Yaya nak kongsikan ilmu ni supaya kita boleh saling ingat mengingati dan memperbaiki solat kita.

Menurut UAI, ada 4 keadaan yang mana Nabi Muhammad SAW mengangkat takbir dalam solat iaitu:

  1. Ketika Takbiratul Ihram 
  2. Setiap kali hendak rukuk 
  3. Setiap bangun dari rukuk
  4. Ketika bangun dari tahiyat awal
Inilah 4 keadaannya.. Jom kita semak solat kita dan pakat-pakat betulkan yang salah.. Semoga solat dan amalan kita diterima Allah SWT.. Aamiiin..

Tuesday, 1 August 2023

Truly nothing!


Thank you for the blessing... Alhamdulillah.. 
❤️❤️❤️

 

Tuesday, 7 February 2023

#17


Successfully sprained my waist and now I'm facing both pains, physically and mentally.. Great! Well done Yaya!!

Wednesday, 31 August 2022

Tuesday, 30 August 2022

Specky


Minggu peperiksaan sekarang ni. Masuk kelas ni  masa 3 dan 4. Peperiksaan mula masa pertama lagi. Bila masuk, Cik Yaya tengok papan putih. Rasa tak percaya dengan apa yang dilihat. Berkali-kali Cik Yaya gosok mata. Buka spek, pakai semula. Kenapa nampak tulisan tu jadi double line? Spek ni dah rosak ke? Power mata makin naik ke? 

Pergi depan tengok dekat-dekat. Hahahaha.. Rupanya memang cikgu sebelum ni tulis double. 🤣🤣🤣 Tipah tertipu! Ciss!

Teringat.

Mula-mula sedar diri ni rabun masa kat sekolah menengah. Bila cikgu tulis kat depan, semua nampak double. Kabur. Tulisan tu jadi kembang. Bagitau mak ngan ayah. Terus buat spek mata. Kalau korang tengok spek mata pertama Cik Yaya, korang mesti ketawa tak ingat dunia. Bentuk bulat membujur. Kecil je framenya. Warna gold okeyy! Hahaha..  Mula-mula malu nak pakai spek, tak lama lepas tu, 'I cannot live without you!' I'm a full time specky.

Bila pakai spek, yang kabur jadi nyata. Pernah sekali pergi kem di kawasan air terjun. Kalau tak salah masa tu tahun kedua universiti. Masa mandi air tejun, Cik Yaya buka spek letak atas batu. Tetiba 'prakk'. Aaaaa! Ada kawan terpijak spek tu. Pecah cerminnya. Kem ada lagi sehari semalam. Makanya, jadi si buta la Cik Yaya masa tu. Nasib kawan-kawan baik. Jaga dan pandu. Rasa rimas sangat masa tu. Segalanya blur. Sampai otak pon ikut blur. Kawan lelaki siap usik-usik. Nakal nau! Hello, I'm not blind, I'm just specky!





Friday, 29 July 2022

Dumpling

Dumpling daging Cik Yaya


Ini intinya.. Cik Yaya masukkan daging cincang, air sikit, tepung jagung, minyak bijan, kicap, sos tiram, serbuk lada putih, halia dan bawang putih. Tak de sukat-sukat. Main campak ikut rasa ja... Kacau sampai sebati. Lepas tu masukkan kucai yang dah dihiris. Gaul lagi.. Begitula rupanya


Ini kulit dumpling. Cik Yaya beli je.. Kalau buat, tak tau la jadi apa dumpling tu nanti... Tak mau ambil risiko!


Dah siap.. Macam karipap! Ni cara paling senang untuk beginner. Ada macam-macam bentuk dumpling ni.. Nanti-nanti la cuba...


Dah masak. Masuk minyak sikit dalam kuali. Goreng dulu sampai kulit luar keperangan, lepas tu masukkan sedikit air dan tutup. Kita steam pulak. Baru la masak inti kat dalam tu. 
Masa Cik Yaya bungkus dumpling tadi, Cik Yaya tak keluarkan angin dalam dumpling tu.. Tak comei jadinya bila lepas masak. Kulitnya kecut dan isi nampak tak penuh. Pengalaman pertama tak pernah mudah kan... 


Walau bagaimanapon, rasanya tidaklah mengecewakan. Sedapppp.. Cicah dengan kicap.. Rasa nak buat lagi.. Tapi habis dah kulitnya.. Bila entah rajin nak pergi beli...  Hehe..

Sekian pengalaman pertama membuat dumpling. Makan sambil layan drama.. 
Nyum nyum... 
Bertambah bahagia sebab dapat cuti 3 hari.. Lalalalala...


Sunday, 10 July 2022

Salam Aidil Adha..

 


Salam pengorbanan.. Aidil Adha tahun ni menyedarkan Cik Yaya tentang kehidupan.. Hasil daripada beberapa peristiwa yang berlaku belakangan ni..

Peristiwa 1..

Baru-baru ni Cik Yaya pergi berkursus dan kenal dengan beberapa kawan baru.. Sambil berkursus, kami berkenal antara satu sama lain. Salah seorang dari mereka kata, dia tak pernah jumpa orang macam Cik Yaya.. Ada yang pelik dan aneh dengan sikap Cik Yaya. Kata dia, Cik Yaya ni ada memendam sesuatu di dalam hati. Yang lain macam setuju dengan pendapat tu.. Hmmm..

Bila balik kursus, Cik Yaya berfikir dalam-dalam.. Cuba mencari perkara yang terpendam tu.. Dan akhirnya, semalam 9 Zulhijjah, Cik Yaya rasa macam dah dapat jawapan. Cik Yaya memendam DENDAM! Pada siapa? Hahaha


Peristiwa 2..

Minggu lepas bersembang dengan seorang kawan baik.. Ada satu benda menarik yang dia kongsi.. Katanya, selagi seorang manusia tidak memenuhi fitrahnya, selagi itu kehidupannya belum sempurna. Ya, Cik Yaya setuju! Ternyata, kami berdua senasib. Belum sempurna sebagai manusia.. Walaupon ujian kami berbeza..

Apa perlu Cik Yaya buat? Apa langkah seterusnya? Apa yang Cik Yaya boleh ubah? Apa yang boleh Cik Yaya andalkan? Apa harapan untuk hari-hari mendatang? Apa yang akan terkorban lagi?

Selepas munculnya kesedaran ni....

Sunday, 1 May 2022

I'm baking cookies tonight

Malam ni terajin pula nak buat biskut raya.. Tapi, kejadiannya tak macam biskut raya pon.. Takpelah, janji biskut... Hahaha.. 



Biskut cip cokelat..

Kali pertama buat ni. Terlajak manis la pulak... Ikut resepi bulat-bulat.. Tak nak derhaka.. Masa baca resepi tu, terdetik dah dalam hati, 'banyaknya gula!!' Tapi ikut jugak.. Lepas ni, kalau nak buat lagi, kena ubah resepi la...

Siang tadi hujan.. Siap ngan guruh bagai.. Kecut perut Cik Yaya.. Selalunya, susah jugak nak goyah. Nak rasa takut, tapi bunyi guruhnya lain macam!!! Lari duduk dalam bilik, nyorok atas katil.. Hahaha..

Itulah satu kelemahan bila duduk sorang-sorang.. Kena akui.. Sekuat mana pon hati ni, ada kalanya tergugat juga dengan ketakutan bersendirian.. Perempuan kan... 

Okay, nak balik kampung. Mana tau esok raya. Yey! 

Sunday, 13 February 2022

Adorable!

 



Cuteeeee! Kejutan terbaik di hari Ahad. Selepas berhempas pulas dengan hari-hari yang sangat memenatkan minggu ni.. Terharu sangat.. Terima kasih Allah atas segalanya.. Atas persahabatan.. Atas segala kebaikan.. Atas segala pemberian.. Thank you, thank you Allah..


Syukur Alhamdulillah..

Saturday, 1 January 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 




Ya, pertama sekali nak ucapkan syukur tak terhingga atas segala nikmat yang dinikmati sepanjang 2021. Nikmat nyawa, keluarga, kenalan, harta, dan segala peristiwa yang menjadi pengalaman dalam hidup. Alhamdulillah.. Thank you Allah..

Keduanya, nak memanjatkan doa pada Allah S.W.T agar terus dirahmati dan dipandu dalam perjalanan yang mendatang.. Aamiin...


Luka pertama di tahun baru.. Cemerkap yang tak pernah habis. Tak... Bukan sebab pisau.. Cik Yaya pon tak jangka akan dilukai oleh benda ni.. Terluka sebab almari. Boleh pulak luka masa tengah susun baju.. Adoilaaa.. Mungkin boleh pasang azam tahun ni, 
SAYA TAK NAK CEMERKAP LAGI!!
Hahahahaha!!

Akhir kata, 
Selamat Tahun Baru 2022!! 
Yeyy!!

#Ineedahug
#Abighug