Sunday, 22 May 2016

Taufiq dan Hidayah

Selalu sangat dengar kan? Teringat satu masa dahulu ada kawan yang mempersoalkan maksud kedua perkataan ni.. Yang Cik Yaya tau, Hidayah maksudnya petunjuk.. Tapi Taufiq tu apa? Petunjuk juga?Kenapa mesti Taufiq dahulu sebelum Hidayah? Sebut Hidayah dan Taufiq tak boleh ke? Tiba-tiba terasa nak mencari apa sebenarnya maksud Taufiq dan Hidayah ni. Jadi Cik Yaya pun tanya encik Google.. Meh faham sama-sama..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari sumber 1: http://warkahbersama.blogspot.my/2012/01/taufik-merupakan-pelengkap-hidayah.html


Adakah Taufik Itu Pelengkap Hidayah?

Saya pernah di tanya soalan,

‘ Ustaz, adakah tanpa taufik itu orang tidak akan dapat mengetahui di mana hidayah Allah? Dan bagaimana hendak kita jalankan pabila kita telah mendapat hidayah Allah? Bukankah Allah itu Maha Memahami kepada Hamba-Nya?’

Sebelum itu, saya ingin menjelaskan apa itu akan makna dan maksud taufik itu sendiri.
Kalimah taufik berasal dari perkataan arab iaitu : Waffaqa, yuwaffiqu dan taufiqan.
Dalam kitab Taswuf Imam Ghazali ra, beliau ada menjelaskan mengenai makna taufik.

Taufik di maksudkan dengan pertolongan, petunjuk, kemenangan dan kesejahteraan.

Ia bermaksud, suatu kejayaan dalam melaksanakan dan mendapat kesempurnaan atas setiap amal soleh yang di kerjakan oleh seorang hamba. Taufik adalah kurniaan Allah bagi membimbing insane dalam melaksanakan tuntutan hidayah sehingga manusia mampu mentaati perintah dan berjaya menjauhi larangan Allah.

Soal di mana hidayah ALLAH bukanlah dalam urusan kita. Kita hanya mampu untuk meminta, berdoa supaya Allah mengurniakan kita hidayah tanpa putus.

….. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). [sebahagian firman Allah surah al-baqarah ayat 213]

Taufik sama luas dengan hidayah daripada Allah dalam melaksanakan tuntutan syara’. Dalam membicarakan soal hidayah, ulama tafsir sebagaimana yang telah di bahaskan dalam tafsir munir oleh Dr Wahbah, hidayah terdiri daripada beberapa pecahan iaitu hidayah ilhami, hidayah hawasi, hidayah aqli, hidayah deeni dan hidayah taufiqi.

Oleh itu, memilih agama yang berada di dalam hak dan ketaaran memerlukan seorang hamba sentiasa memohon seupaya si kurnaiakan keupayaan seperti itu.

Hidayah dan Taufik Berjalan seiring

Dulu, tok ayah pernah berkata pada saya.

‘ad, sini kejap.’

‘ ada apa tok?’

‘ apa yang ad faham dengan taufiq dan hidayah Allah?’

Masa ni saya kecil lagi. Saya hanya menggelengkan kepala tanda saya tidak mengerti.

‘ cuba Ad tengok penciptaan langit dan bumi, semuanya berpasangankan? Yang langit pasangan dengan bumi, yang lelaki pasangan dengan wanita, cinta pasangan dengan benci. Dan, hidayah juga ada pasangannya iaitu taufik. Jika tidak ada salah satu, maka tidak lengkaplah hidup kita ni.’

‘ tok, apa tu hidayah, apa pula dengan taufik?’

‘Hidayah ni, adalah satu pemberian yang amat besar untuk diri kita. Iaitu cahaya. Taufik pula adalah satu cara yang bagaimana kita nak jalankan. Bagaimana kita nak atasi. Cuba Ad lihat jalan sekarang ni, ada cahaya bulan kan?’

Saya hanya mengganguk kepala.

‘ Setiap cahaya bulan yang menyuluh ke bumi, mesti ada tujuannya. Iaitu untuk memberi bantuan pada kita berjalan di atas muka bumi di kala dalam kegelapan. Cahaya bulan nil ah yang menolong kita atas arahan Allah supaya menyuluhkan cahayanya ke bumi. Tanpa arahan dari Allah, bulan tidak akan menyuluh pada diri kita supaya jalan yang kita lalui ini di terangi. Sama jugalah macam taufik dan hidayah Allah. Kita haruslah sentiasa meminta dari Allah taufik dan hidayah Allah. Supaya kita tidak tempang semasa dalam perjalanan.’
‘Habis tok yang macam sekarang ni. mereka dah Islam tapi tak jalankan syariat Islam. Macam mana? Tak pakai tudung, berzina sana sini. Macam mana tu tok? Adakah mereka tidak dapat hidayah atau tidak dapat taufik Allah?’

‘ Orang yang dah dalam agama Islam ni dah dapat hidayah Allah Ad, Cuma mereka tidak dapat taufik Allah.’

Saya tersenyum sendirian. Sebab sebelum ini akal saya hanya memikirkan. Hidayah itu milik Allah. Dan tanpa hidayah kita tidak boleh berjalan dan menyuluh kehidupan diri kita. Rupanya sekarang, hidayah dan taufik Allah adalah beriringan. Tanpa satu, tempanglah kita. Tabarakallah. Semoga Allah redha.


Taufiq :
[Sudut bahasa]: Kekuatan
[Sudut kefahaman]: kekuatan yang dikurniakan oleh Allah untuk melakukan amal soleh

Hidayah :
[Sudut bahasa]: Petunjuk (keinginan)
[Sudut kefahaman] : Keinginan yang diilhamkan oleh Allah

Contoh : rasa teringin sangat nak pergi usrah ( hidayah ) tapi, tiba-tiba demam panas ( tiada taufiq)contoh lain:


Seorang yang sakit terbaring atas katil…betul2 hatinya terasa nak solat berjemaah di masjid tapi tak ada orang yang nak tolong bawakkan beliau…maka dikatakan beliau mendapat hidayah, tetapi tidak mendapat taufiq..


Jika seseorang digerakkan hatinya untuk singgah ke masjid, dan ketika itu solat jemaah dijalankan di situ lalu beliau menyertainya.. maka itulah yg dikatakan sebagai mendapat taufiq dan hidayah…

P/s: Jangan sesekali berputus asa , merayu dan merintih kepada Allah supaya mengurniakan taufiq dan Hidayah serta mengekalkannya sepanjang kehidupan kita dan seluruh keturunan seluruh umat Islam..Amin..



Pengertian Taufiq Dan Hidayah

Menyelami maksud sebenar antara kedua-dua perkataan adalah sewajarnya bagi seseorang bergelar muslim. Agar memanifestasikan makna sebenar kepada khalayak umum, lantas menyemai taufiq yang diharapkan.

Berdoa biarlah faham.

“Allahummahdini fiman hadait, wa’afini fiman ‘afait..” Doa seorang Imam dihadapan makmum dengan lafaz individu. Bukannya secara jamak (banyak/ramai). Bagaimana mungkin mengharapkan sesuatu dimakbulkan jika apa yang didoakan kita juga tidak mengerti maksudnya.

Begitu juga dengan pengertian taufiq dan hidayah.

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut mafhumnya “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami.” 

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cemana? Dah faham? Cik Yaya paling senang faham bila baca sumber ke-2.. Lepas ni dah taula nak jawab apa bila orang tanya.. Hehe.. (*_^) wink!

No comments:

Post a Comment