Bosan betul asik terbaring kat bilik. Belek-belek fb, ternampak orang share lukisan kartun. Pelukisnya adalah kartunis Mie.. Kredit untuk kartunis Mie.. Bila direnung-renung lukisannya terasa sangat nostalgik. Terasa tua syahdu diri ni. Terasa rindu.. Menggamit memori.. Cik Yaya nak share lukisan tu dengan korang dan akan huraikan satu persatu kaitannya dengan hidup Cik Yaya.. Mana la tau korang pon ada kenangan yang sama jugak.
Ok.. Yang ini Cik Yaya tak merasa secara live.. Tapi lukisan ni bermakna. Ia seolah-olah menggambarkan suasana yang mak Cik Yaya selalu cerita. Pengalaman dia masa kecik-kecik dulu. Kata dia, tak semua rumah ada televisyen aka tv. Maklumla miskin.. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rata-rata adalah penoreh getah.. Jadi rumah orang kaya yang ada tv akan jadi tumpuan orang kampung.. Terutama bila ada tayangan filem.. Tak kira la filem melayu, inggeris dan hindustan.. Mesti meriah macam dalam lukisan tu.. Hehe..
Yang ini pun tak pernah tengok live.. Tapi ayah Cik Yaya selalu cerita. Memula tak percaya.. Tak dapat nak bayang orang angkut rumah.. Tapi lepas tengok gambaq ni, boleh dah kot.. Percaya.. Percaya.. Hehe.. Ayah kata arwah datok dia dulu kerja sebagai tukang buat rumah (sebab tu ayah pon pandai buat rumah). Dia akan bina rumah kat tanah dia.. Rumah tu akan jadi model sebenar aka produk. Kalau ada orang yang nak beli, rumah tu akan di hantar ke tanah tuan yang membeli.. Kena angkut macam tu la..
Pasang kelambu.. Rindunya.. Lama tak tidoq dalam kelambu. Kalau ramai-ramai balik rumah tok, kompem malam-malam bersimpang siur tali kelambu kat ruang tamu.. Hehe.. Satu family satu kelambu.. Kalau dah 6@7 yang balik? Silap-silap boleh terjerut leher.. Haha.. Tapi best tidoq reramai.. Macam-macam bunyi ada. La ni dah jadi anak dara, tak boleh join dah.. Tok suruh tidoq dalam bilik. Hehe..
Hmm.. Rindu.. Nampak tak gambar di sebelah kiri bawah tu.. Seorang nenek sedang menumbuk sirih pinang menggunakan gobek.. Itulah kenangan yang tak boleh lupa dengan arwah nenek sebelah emak (Tok). Gobek.. Setiap kali lepas makan, tok mesti nak menyirih. Kami adik beradik mesti berebut nak tolong tumbuk. Seronok main gobek sebenarnya.. Hehe.. Gobek ni alat untuk menghancurkan sirih pinang supaya senang dimakan. Maklumlah orang tua.. Pinang tukan keras.. Terdiri daripada dua komponen. Satu bahagian berbentuk silinder.. Satu lagi berbentuk macam skru driver. Kacip pon berebut jugak. Tapi selalu kena larang sebab takut terkacip jari, bukannya pinang.. Hehe..
Gobek
Kacip
Selain gobek, ada satu lagi kenangan dalam gambar iaitu seterika arang.. Sempat Cik Yaya guna masa sekolah rendah dulu. Masa tu tak ada bekalan elektrik. Jadi mak akan seterika guna seterika arang tu. Kesian mak. Susah kot.. Terima kasih mak!!
Gambar di atas ni memang mengimbau kenangan.. Pagi-pagi memang macam ni masa kecik-kecik sekolah rendah dulu. Mak Cik Yaya akan sikat dan sanggul rambut panjang Cik Yaya setiap pagi. Jadi senang nak pakai tudung. Takdela rambut terkeluar. Pernah sekali tu mak dalam pantang.. Tak dapat nak sanggulkan.. Rasa macam hantu raya dah kat sekolah.. Haha.. Rambut adik-adik lelaki pulak akan disikat oleh ayah.. Sikat belah tepi.. Depa pakai minyak rambut Zam Zam.. Penah dengar atau guna tak minyak rambut tu? Bau dia special.. Bahagianya rasa.. Sampai sekarang pon Cik Yaya suka kalau mak sikatkan rambut. Tetiba ja rasa mengantok masa sikat tu.. Hehe..
Ini berlaku terutamanya masa nak raya atau hujung tahun masa nak beli baju sekolah... Semua orang kena pergi sebab takut saiz baju salah. Meriahla kedai. Cara ukur pinggang seluar guna leher pon ayah pernah ajar. Memang menjadi.. Pandai ayah.. Selain dari tu, bila nak beli kasut ayah ajar guna lengan. Seandainya tak pergi, ayah akan amik ukuran guna tali rafia. Mudah la dia nak agak saiz. Pandai kan..
Makan sotong macam tu la. Sebelom masuk mulut, jadi cincin dulu. Sebab suka mainla hidangan kami diasingkan dengan hidangan orang tua. Hehe..
Apa yang menarik dalam gambar atas ni? Ha.. Gerobok!! Benda macam almari dan berjaring tu la gerobok. Tau tak apa fungsi dia? Untuk simpan makanan yang dah siap masak.. Sekarang jarang dah jumpa. Satu lagi yang menarik ialah dapor kayu. Pernah merasa dekat rumah tok masa kecik-kecik dulu. Kena tiup-tiup.. Kena bersihkan abu.. Aish.. Manyak susah maa..
Sekian la sesi walk down the memory lane bersama Cik Yaya.. Penat menaip aih.. Nasib baik masa taip ni dok kat rumah.. Kalau x, banjirla.. Rindu!! Hehe.. Bye bye bye!!
No comments:
Post a Comment