Showing posts with label smkk2. Show all posts
Showing posts with label smkk2. Show all posts

Tuesday, 11 December 2018

Dah setahun dah...

Setahun dah meninggalkan bumi Kapit.. Dah terjawab dah kehidupan yang dilalui di Semenanjung. All the blank spaces were filled in.. Mengimbas kembali detik-detik perpisahan bersama sahabat-sahabat di Kapit.. Rinduuu!!


Hari pengumuman perpindahan..










Last trip in express.. Our last farewell.



Rumah 1000 kenangan di Kapit. Terasa macam baru je menjejakkan kaki masuk.. How time flies.. Apa pon, ALL THE BEST untuk kita semua.. Amin..



Tuesday, 28 November 2017

Inai cerenga

Alhamdulillah.. Dapat ilmu baru lagi hari ni.. Selalunya kita guna daun inai untuk warnakan kuku kan.. Hari ni kita tak mau guna inai.. Hehe.. Kita guna daun cerenga. Aik, daun apa tu? Tak pernah dengar pon.. Sebenarnya daun cerenga ni ialah daun keembong.. Orang Iban panggil keembong, cerenga.. Ooooo... Haha..





Kata anak murid Cik Yaya, cara nak pakai inai ni mudah saja. Sama macam pakai daun inai. Petik daun kemudian tumbuk. Semasa tumbuk, masukkan perahan limau kasturi.. Bila dah lumat, barulah letak dekat jari dan biarkan beberapa jam. Lepas tu, boleh lah basuh.. Nilah hasilnya bila dah basuh. 


Ni jari jemari anak murid Cik Yaya.. Hehe.. Terima kasih Polymina. Berkongsi ilmu dengan cikgu.. Yang berbiji-biji dalam gambar ialah benih keembong. Nak tanam kat rumah.. Hehe.. Tak sabar nak cuba!!

Update:
Hari ni 27 Ogos 2023, Cik Yaya dapat info baru bahawasanya biji bunga keembong lagi bagus dibuat inai. Lagi cantik dan terang warnanya.. Caranya sama.. Tumbuk biji sampai lumat dan pakaikan di kuku atau jari.. Ooooo... 

Wednesday, 1 November 2017

Projek Sains 2017



Susunan planet





Struktur Bumi




Pembiakan


Ketumpatan



Kaleidoskop

👆👆👍👍👏👏🙆🙆😘😘


Friday, 6 October 2017

Kawan

Baru ja balik dari meeting.. Mula jam 8:00 malam dan berakhir jam 11:30 malam. Adoila.. Telah berjaya membazirkan 3 jam setengah dengan meeting yang entah apa-apa. Mesyuarat yang tak bermakna. Dengan suasana yang menyesakkan dada. Tapi.. apa kaitan meeting dengan tajuk post ni? Ada.. Ni nak cerita ni.. 
Cik Yaya dengan housemate naik satu kereta pergi meeting. Kami berempat. Jarak rumah ke sekolah takla jauh sangat. Dalam 500m macam tu. Masa nak balik, ada ternampak seorang guru perempuan yang jalan laju-laju. Baru nak keluar dari pagar sekolah. Kami dok tertanya-tanya dalam kereta.. Mana kawan-kawan dia? Kami pon ambil keputusan untuk tumpangkan dia sebab rumah dia satu arah dengan kami. Cuma dia belok kanan, kami belok kiri. 
Bila kami berhenti, ajak dia masok, dia terus setuju.. Riak muka dia sangat gembira. Bila kami dah sampai simpang, dia mintak kami tinggalkan dia kat situ. Kebetulan juga nampak kawan serumah dia yang mengajar sekolah yang sama kat depan. Dia pon turun sambil ucap terima kasih berkali-kali. 
Turun saja dia dari kereta, kami pon bertanya sesama sendiri. Kenapa kawan-kawan dia tak tunggu dia untuk jalan sekali? Kenapa biarkan dia jalan sorang-sorang pada jam macam tu? Boleh dikira hampir tengah malam. Ada masalah ke antara dia dan kawan-kawan dia? Ramai sebenarnya kawan serumah dia. 8 orang. Kenapa tak seorang pon yang tunggu dia? 
Salah seorang housemate Cik Yaya kata, kalau dia yang kena macam tu, dia takkan berkawan lagi dengan orang yang tinggalkan dia. Cik Yaya setuju.. Kejam sangat perbuatan kawan dia ni.. Kalau waktu siang, boleh diterima akal lagi.. Ini...
Pelikkan.. Lepas tu Cik Yaya tanya housemate Cik Yaya.. Adakah mereka akan biarkan Cik Yaya jalan sorang diri pada waktu macam tu? Adakah mereka akan menunggu Cik Yaya sekiranya Cik Yaya terlewat keluar dari bilik mesyuarat? Semua balas dengan jawapan yang menggembirakan hati. Hmm...
Masa tu Cik Yaya sedar yang Cik Yaya harus bersyukur kerana masih ada yang sudi menerima dan mendampingi.. Masih punya kawan baik.. Musuh itu normal. Setiap benda ada kata lawannya.. 
Bahagianya Cik Yaya waktu itu kerana dapat pergi dan pulang dari mesyuarat dengan kawan-kawan. Kebahagian ini harus menjadi kekuatan pada Cik Yaya saat Cik Yaya akan bersendiri suatu ketika nanti. Ya.. Hidup ibarat roda.. Akan ada masa kita di atas dan di bawah. Malam ini malam dia.. Mana tahu, esok malam Cik Yaya pula..
Cik Yaya harap selepas ini Cik Yaya di jauhkan dari menjadi kawan yang pentingkan diri. Dan satu lagi.. Komunikasi itu sangat penting. Mungkin cikgu tadi tercicir kerana mungkin kawan-kawannya berpecah pada dua kumpulan. Masing-masing menyangka yang dia berada bersama kumpulan yang satu lagi.. Tak mustahilkan.. Bersangka baik itu baik.. Heheh..
Panjang pulak luahan malam ni.. Korang fikir-fikirkanlah.. Siapa kawan korang? Korang nak jadi kawan yang macam mana? Dan sekarang, korang kawan yang macam mana? Selamat berfikir!! Sekian.. 😉😉


Wednesday, 4 October 2017

Disebalik


Ada cerita disebalik gambar kan?? Hanya yang merasa akan terasa.. Kan, kan.. 

Wednesday, 20 September 2017

Kerana mulut si puaka

Satu lagi kebodohan berlaku hari ni. Akibat dari mulut puaka manusia bodoh. Manusia bodoh yang asyik memenangkan diri sendiri.. Manusia bodoh yang tak ada adab, tak tahu memikirkan perasaan orang lain.. Orang yang bajet bagus!!

Cik Yaya takkan cari pasal dengan orang kalau orang tak cari pasal dengan Cik Yaya dulu.. I am very positive minded okey! But once it happened, we are over!! I dont even want to look at you!! You bitch, stupid evil devil. 

Opss!! Sampai tersumpah seranah.. Maksudnya memang marah betul ni.. Bukan apa.. Makin menjadi-jadi pulak perangai puaka-puaka ni... Sabar Yaya sabar.. Yakinlah.. Pembalasan tu ada.. Nantikan saja.. Tanduk kerbau tak pernah tumbuh ke belakang.

Ya Allah.. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku bermohon.. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus.. Amin..




Thursday, 14 September 2017

Belajar..

Beberapa minggu ni banyak belajar dari pengalaman.. Antaranya ialah

  1. Untung orang yang kuat mengampuuu.. 
  2. Untung orang yang petah dan tajam lidah.. Semua orang buat, salah! Aib orang cepat disebar. Kau lupa agaknya hidup ada pasang surut.. Kau tunggu karma datang mencari.
  3. Meski kita tak cari masalah dengan orang, orang masih boleh buat masalah dengan kita.. Hadapla jugak ketaikan tersebut!!
  4. Melepaskan tangungjawab itu mudah. Pejam mata, lempar saja. Nasibla yang terkena. Berdarahlah kau sorang-sorang.
  5. Tak perlu rekrut kroni. Itu tandanya kau tak da keyakinan diri. Bersama mengumpat, mengutuk sana sini. Bukan korang menyelesai masalah, tambah kusut ada la!
  6. Tak perlu mengungkit. Kalau kau tak nak buat, jangan buat. Kalau kau buat jugak, kau penat, dan kau akan mengungkit segala yang kau buat seolah-olah kau sorang saja yang pernah buat kerja. Orang lain makan gaji buta! Nak tanyala, kau buat kerja kau sebab apa? Mengejar pahala atau mintak puji saja? 
  7. Kita takkan dapat memuaskan hati semua pihak. Itu adat.
  8. Membuat keputusan tu tak pernah mudah. Banyak hati yang kau kena teliti. 
  9. Aku tak ada masalah dengan kau selagi kau tak buat masalah dengan aku! Ya, aku berdendam! Aku juga bukan pemaaf! Hipokrit? Itu jauh sekali. Tak suka, aku tunjuk tak suka!
Huh!! Banyak betul kejadian.. Stress betul.. Semoga dijauhkan dengan orang-orang yang negatif pada masa akan datang.. Terutamanya di tempat kerja.. Amin Ya Allah..


Thursday, 3 August 2017

Main masak-masak..

Projek masak-masak tahun ni.. Layankan aja.. Haha.. 















Tahniah berjaya masak.. Haha.. Cikgu penat overtime.. 😧😧😧😴😴