Showing posts with label anak-beranak. Show all posts
Showing posts with label anak-beranak. Show all posts

Thursday, 19 February 2026

Baby fever!

Aaaaa! Baby fever!! Comel sangattttt! Kenalkan anak sedara terbaru Cik Yaya. Senyumannya manis bak gulaaaa! Paras wajahnya lembut menyejukkan jiwa. Hahahaha. Over nau memuji anak menakan sendiri.. Kuikuikui





Alhamdulillah atas kelahiran ahli kelurga terbaru kami pada 14 Oktober 2025 yg lalu. Semoga Hasif membesar dengan sihat, bijak, beriman, bertaqwa dan berbudi kepada semua. Geram Mak Long. Awat comel sangat niiiii. Hasif, hari tu Mak Long nampak ada lesung pipit sebelah pipi. Mana pi? Dah menghilang di balik pipi tembam ka? Sila dapatkan balik lesung pipit tuuuu! 

Monday, 1 July 2024

Yang ke-9

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Permata keluarga kami yang ke-9. Baby boy 3.6 kg selamat melihat dunia pada 25 Jun 2024. Syukur semuanya selamat..

Nama belum dipastikan lagi. Ayahnya tak umumkan lagi. Tok Wan kata Nur Hayyin. 



Mak Long doakan adik membesar dengan sihat, taat pada perintah Allah SWT, patuh pada ibu bapa, cerdas pemikiran dalam belajar ilmu bermanfaat, berEQ dan IQ yang tinggi dan menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Aaamiiin... 

Sebut pasal anak ni kan, teringat cerita semalam. Semalam Cik Yaya bersama dua orang kawan hadir ke mesyuarat ke suatu tempat yang satu jam setengah dari rumah. Kami naik satu kereta. Cik Yaya memandu. Disebabkan perjalanan agak jauh, banyakla cerita yang terkeluar dalam kereta. Disebabkan mereka berdua ni mak-mak, banyakla cerita pasal anak-anak masing-masing. Cik Yaya senyap dan dengar je la. 

Kawan pertama mengeluh tentang kehidupan anaknya di asrama. Dia ada dua anak. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua-dua tinggal di asrama yang tak jauh dari rumah. Ada dalam kalangan kawan anak lelakinya yang tertangkap masalah disiplin kat sekolah. Jadi dia mengesyaki anaknya terlibat sekali. Banyak kali dia dapatkan kepastian daripada anak lelaki dia tu. Galau betul.

Kawan yang kedua pulak risau dengan anak perempuannya.  Dia ni ustazah. Tapi anaknya selalu berpakaian yang tak sopan dan tak menutup aurat sepenuhnya. Sayu je bila dengar dia meluahkan perasaan pasal anak dia tu. Katanya dah banyak kali ditegur pasal masalah tu, tapi anaknya tetap tak berubah. Kawan ni malu... Dia bezakan anak dia dengan anak orang lain. Anak orang nampak sopan je, tapi anak dia nak pakai baju lengan panjang pon susah.

Masalah diorang ni tak la berat mana. Tapi Cik Yaya tak berani nak komen tentang masalah diorang ni. Sedar diri sebab tak ada anak. Nanti dikata tak memahami hati ibu-ibu pulak kan. Jawapan Cik Yaya dah tentu mengikut logik akal dan pemerhatian je...

Makanya siapa yang harus dipersalahkan dalam kes ni? Siapa? Siapa? Siapa boleh bagi jawapan? Anak-anak atau ibu bapanya? Atau mungkin cikgunya? Kawan-kawan, adik beradik atau sepupu sepapatnya? Atau mak cik kantin, tokey kedai runcit? Adakah keadaan? Adakah suratan?

Hahahaha. Dah mula nak mengarut. Inila komitmen yang tak sanggup Cik Yaya hadap. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Buat manusia memang senang. Cik Yaya tahu Cik Yaya tak de bakat dan kesabaran tu. Rasanya Cik Yaya dah boleh paham kenapa ada pasangan yang memilih untuk tidak beranak (childless couple) sepanjang hidup. Isu hot sekarang tu.. Bagi Cik Yaya, yang penting hiduplah dengan bahagia dan pastikan bahagia itu dibentuk dengan cara kita sendiri.

Begitulah... Acap kali perasaan NAK tu akan dipancung oleh komitmen. Dan Cik Yaya tahu yang Allah lebih tahu. PerancanganNya tak pernah salah. Cik Yaya yakin itu!!

Wednesday, 10 April 2024

Salam Idulfitri 1445H

Sepasang Kurung Biru

~Khairil Johari Johar


Tiada salam atau ucapan

Tiada pesan tanda ingatan

Suasana penuh keriangan

Ku teringat pada seseorang oh

Di hari yang berbahgia ini

Hatiku kosong dan sepi sekali

Betapa manis kenangi lalu

Menyambut raya bersama denganku oh

Tiada bisikan lembut yang kudengar

Hanya suara azan sayup bergema

Masih kurasakan hangat tanganmu

Di pagi raya bersalam denganku

Tetamu datang tetamu pergi

Namun tak tiba orang kunanti

Hanya sepasang kurung nan biru

Menjadi teman mengubat rinduku oh

Tiada bisikan lembut yang kudengar

Hanya suara azan sayup bergema

Masih kurasakan hangat tanganmu

Di pagi raya bersalam denganku oh


Lagu kegemaran bila datang hari raya.. Dari sekolah menengah lagi Cik Yaya suka lagu ni.. Syahduuuu!

Cik Yaya baru tau yang sebutan sebenar ialah idulfitri bukan aidilfitri. Maksudnya ialah kembali kepada fitrah. 

Selamat Hari Raya Idulfitri semua!!!



Tuesday, 26 July 2022

Sunset or sunrise?

 


Dulu masa kecik-kecik kan, Cik Yaya ngan angah suka nau tengok awan. Bila balik sekolah tadika, kami akan bukak baju pakai seluar pendek, pegang susu sorang sebotol,  amik bantal, pastu baring kat beranda rumah, tengok langit, tengok awan. Itula rutin kami hari-hari. Bertahun jugakla.. 

Apa yang bestnya tengok awan ni? Kami berimaginasi. Macam-macam bentuk ada kat awan.

'Tengok awan tu, macam bentuk kura-kura'

'Aah, yang tu kepala dia, tu ekoq dia, kaki dia'

'Hang tengok belah ni pulak. Nampak macam burger la'

Tula perbualan kami. Kadang-kadang angah nampak, Cik Yaya tak nampak. Dan sebaliknya..  Bila angin bertiup, awan pon bergerak sama. Munculla bentuk-bentuk yang lain pulak. Habisla susu sebotol. Kadang-kadang sampai terlena kat beranda tu. Kalau tak tertidur, kami menconteng. Melukis, mewarna, menulis A B C 1 2 3. 

Kenapa tak tonton TV? Masa tu mana ada bekalan elektrik lagi.. Ada radio yang pakai bateri ja kat rumah.. Ayah punya. Kami pon tak pandai nak dengar lagu lagi masa tu. 

Indahnya kenangan... Terima kasih Allah...



So, is it sunset or sunrise? Tiberr

Thursday, 20 January 2022

Lukisan

Alkisahnya lepas sekolah, pergi teman kawan ke Mr.DIY. Nampak lukisan ni dan terus pegang tak lepas.. Haha.. Perempuan sangat!! Simple but nice. Ayat dia macam pervert sikit kan.. What to do? Please forgive my perverted mind. Haha.. 



Ada dua lagi lukisan yang mewarnai rumah kecil Cik Yaya. Yang atas tu dilukis oleh kakak Hasha, yang bawah pulak kakak Hana. Cuti sekolah yang lepas, diorang datang rumah dan buat lukisan ni. Ingat lagi macam mana lukisan-lukisan ni terhasil. Bermula dengan beberapa pertanyaan...

  • Mana Pak Long? (Adoi, rasa tertembak kat dada)
  • Rumah Mak Long tak de baby ke? Kakak ke? Abang ke? (Tertembak kaki kanan pula, tempang aku!)
  • Rumah Mak Long tak de toys ke? (Arghh kaki kiri! Mak Long hampa rebah, tewas!)
Haha... Kesudahannya, minta kertas ngan warna. Nasib yang tu ada. Maka fokuslah dua beradik tu menghasilkan lukisan agung mereka. Sementara Mak Long mencari-cari jawapan bijak pada pertanyaan-pertanyaan panas hampa.

Hehe.. Takdela.. Cik Yaya faham kenapa diorang bertanya. Anak-anak saudara dah membesar, dah tahu berfikir. Tak de siapa yang ajar atau suruh pon.. Fitrah anak kecil. Kalau ada benda yang diluar kebiasaan, mesti diorang jadi nak tahu. Biasanya, bila pergi berziarah mesti rumah orang berfamily.. Ada semua yang mereka tanya tu. Lengkap. Tapi bila pergi rumah Mak Long, lompong! Haha.. 

Jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan tu mudah saja.. Jawapannya, Mak Long is special! Penjelasannya akan Mak Long bagi bila hampa berdua dah berakal nanti.. Bila hampa dah dapat memahami erti kehidupan dan perempuan. 

Terima kasih sebab menghidupkan rumah Mak Long dengan lukisan hampa. I really cherish them.. 🥰🥰😍🥰🥰

Alhamdulillah.. Dah 6 orang.. Semoga membesar dengan sihat, baik, bijak dan soleh solehah.. Aamiin...

Sunday, 10 October 2021

Rindu tak berpenghujung

Beberapa hari lepas, Cik Yaya bermimpi arwah tok. Dalam mimpi tu, Cik Yaya tengah bersembang dengan ayah, tok, dan beberapa ahli keluarga lain..  Satu suasana yang amat dirindui. Tapikan.. tengah-tengah bersembang dalam mimpi tu, timbul kesedaran yang tok dah takde dalam dunia ni.. Cik Yaya tersedar yang itu hanyalah mainan syaitan. Terus Cik Yaya menangis teresak-esak sambil pandang wajah yang memyerupai tok tu. Rinduu.. Lepas tu Cik Yaya terjaga dari tidur dalam keadaan menangis teresak-esak dan terasa pedih sangat hati ni. Mimpi yang paling memyedihkan.. Sama macam Cik Yaya mimpikan si dia dulu.. 

Rindu yang tak berpenghujung... Al-Fatihah buat tok.. Dan semua yang telah pergi.. Nanti.kita jumpa lagi... InsyaAllah..



Thursday, 16 September 2021

Mak yang biasa

Aku yang pertama untuk dia. Bermula gelaran 'mak' bila hadirnya aku ke dunia. Pengalaman yang pertama tak pernah mudah kan... Dalam hidup, banyak kesilapan, kekesalan, tapi banyak juga kebahagian yang tercipta. Itu resmi dunia..

Dia anak kedua dari tiga adik beradik.. Itu yang seibu seayah.. Tapi dia ada banyak kakak dan abang yang seibu atau seayah.. Cik Yaya pon tak kenal semua. Walaupon hidup serba kekurangan, dia membesar bahagia. Dimanja dan disayangi semua.. Alhamdulillah.. 

Cik Yaya anak sulung dan satu-satunya anak perempuan. Orang kata, kakak ni ibarat emak kedua bagi adik-adik. Bila fikir balik, macam betul je.. Apa yang mak buat, Cik Yaya akan buat sama. Sampaila, Cik Yaya kena buat benda tu sendiri. Mak sibuk menguruskan adik-adik. Cik Yaya la yang bantu sama menguruskan. Banyak sangat pengalaman bersama-sama mak.. Terutamanya di dapur.. Banyak ilmu yang Cik Yaya belajar.. Masak memasak, buat kuih muih dan mengait.. semua dari mak.

Mak sama dengan mak-mak lain dalam dunia. Membebel, marah, cerewet, itu perkara biasa. Pandai menguruskan rumah tangga... Pandai memasak? Itu pasti! Masakan seorang ibu tak pernah gagal di tekak anak-anaknya kan.. Itu juga biasa.. Yang biasa lagi ialah kasih sayang mereka. Biasanya tiada sempadan, tiada had. Marah hanya seketika. Dendam tak pernah wujud... Sebesar mana pon anak, tetap 'anak' di hati seorang mak.. Mak memang mak yang biasa..

Hari ni hari lahir mak yang ke 60 tahun.. 

Selamat hari lahir mak.. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati Allah SWT selalu.. 

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, Kau jagalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menjaga aku sewaktu aku masih kecil.. Aamiin... 




Antara kegemaran mak yang baru Cik Yaya sedar..
1. Brownies
2. Udang
3. Durian
4. Coklat

Kenapa baru sekarang tahu? Apa lagi yang tak tahu? 😢😢 Sebak pulak bila fikir...


Thursday, 27 May 2021

Congratulations!! You are the sixth!!

Hehe.. Apa yang 6? Jawapannya ialah anak saudara yang ke-6... Alhamdulillah.. Nurul Haura Shafira selamat lahir ke dunia. Ibunya pon sihat walafiat.. Welcome my dear.. We love you...




You are such a cutie little creature!! 😍😍😍


Sunday, 14 February 2021

Lost and love

 


Kalau kehialangan suami atau isteri, diberi gelaran janda, duda, balu dan sebagainya.

Kalau anak yang kehilangan ibu bapa, kita panggil anak yatim atau anak yatim piatu.

Tapi, apa istilah untuk ibu bapa yang kehilangan anak?

Hanya yang merasai akan tahu.. Semoga diberi kekuatan kepada semua ibu bapa yang melalui pengalaman ni.. Aaminnn.. 😭😭😭



Sunday, 27 December 2020

ALHAMDULILLAH...

 




Sebahagian lirik dalam lagu Alhamdulillah Too Phat yang menampilkan Dali (Ahli Fiqir) & Yasin serta puisi oleh Dian Sastro  (one of my favourite songs)

Alhamdulillah.. Masih diizinkan olehNya untuk bernafas di muka bumi ini. Masih dilimpahi dengan segala nikmat yang nyata dan tidak terdustakan.. Alhamdulillah.. Hanya syukur yang dapat terucap. Terima kasih Allah untuk segalanya.. Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar nikmat.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Terima kasih mak dan ayah sebab susah payah melahirkan dan membesarkan. Hanya Allah yang akan membalas jasa bakti mak dan ayah.. Mohon ampun dan maaf juga atas kesalahan diri ini. Selalu tak dapat memenuhi harapan mak dan ayah. 

Semoga diri ini akan lebih besyukur. Akan sentiasa memperbaiki setiap aspek kehidupan..

Alhamdulillah.. Selamat hari lahir Yaya!! 

Best wisher of the year!!🤣🤣

Saturday, 24 August 2019

Redhalah Yayaaa

Suatu masa, suatu saat, kita akan kembali pada-Nya. Cepat atau lbat, masa itu akan datang. Semua yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. REDHA!! Itu saja yang dapat dilakukan.. Semoga diri diberi kesediaan yang cukup untuk menghadapi saat itu.. Amin..



Wednesday, 21 November 2018

Cucu jantan!!

Ya.. yang ditunggu-tunggu telah tiba.. Cucu jantan sulung dalam keluarga.. Akhirnya penantian tok dan wan telah berakhir. 21 hb oktober 2018 lahirlah cucu keempat, cucu lelaki pertama dalam keluarga.. Mohammad Haffaz telah selamat lahir ke dunia.. Selamat datang Haffaz.. 😍😍 Comel sangat.. Senang dijaga.. Alhamdulillah.. Semoga adik menjadi lelaki yang soleh, bertanggungjawab dan pintar. Adik kena jaga diri sebab dugaan makin mencabar. Mak long doakan adik cemerlang dunia dan akhirat.. Amin.. 



Gembiranya Tok..

Tok Wan dengan cucu jantan dia..


Kakak Humairah yang solehah dan penyayang.. 😙😙

Saturday, 1 September 2018

Masa kami lambat hari ni.. 😵😧

Fuhhhh.. lagi 14 jam.. Lamanya!!!! Lambatnya waktu berjalan hari ni..



Semuanya sebab dia. Pergi rombongan jauh-jauh. First time kot dia pergi jauh tanpa kami. Tanpa salah seorang dari kami.. Huhhuuu.. Rasa nak menangis ni.. Tak bagi pergi kesian.. Sebab ni la peluang dia nak belajar berdikari. Ayah dengan mak Cik Yaya nampak tak keruan hari ni.. Tak bersemangat.. Separuh jiwa kami pergi mengikut dia.. Hmm.. Semua lemau hari ni. Nampak gayanya kami kena fikirkan jalan supaya hari ni cepat berlalu. Aishhh.. Nak berfikir pon rasa jem otak kepala. 

Kami tak putus-putus berdoa semoga perjalanan adik selamat. Selamat pergi dan kembali.. Semoga dia gembira dan mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin.. Tolong jagakan dia Ya Allah.. 


Update: Selamat pergi dan kembali. Bertemu kembali jam 11.49 malam.. Alhamdulillah.. Thank you Allah..

Tuesday, 5 December 2017

Mak melayan Korea


Ha.. Cuba teka mak Cik Yaya tengah layan cerita apa? Haha.. Jangan main-main.. K2 tu.. Haha.. Mak Cik Yaya selalu kagum dengan watak utama yang mesti cinta mati dekat pasangan depa. Datangla orang ketiga yang cantik macam bidadari ka, macam bidadara ka.. Tetap tak berubah hati.. Kan.. Memang la mak oiii.. Kalu tak, tak jadi cerita la.. Haha..

Malam ni jam 11 pon tak masuk tidoq lagi.. Biasanya lepas Isyak, dalam jam 9 macam tu dah selamat dah masuk ke alam mimpi. Sebenarnya, kadang-kadang ja dia menonton.. Selalunya sibok ja.. Buat apa tah.. Cik Yaya pon pening.. Rasa macam tak de keja nak buat, tapi mak memang tak duduk diam. Ada je keja yang dia buat. Hmm.. 

Sapa kata jadi suri rumah tu senang? Susah kot.. Cik Yaya nak masak untuk diri sendiri pon kadang-kadang bermasalah.. Tak tau nak masak apa.. Tambah-tambah lagi bila kemalasan melanda.. Bila dah masak tak sedap la pulak.. Sebabnya kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak.. Uihhh.. Sakit jiwa.. Tu baru satu mulut, satu perut. Kalau banyak perut? 

Terima kasih mak.. Walaupon mulut ni tak selalu ucap terima kasih di hadapan mak (maluuuu), tapi dalam hati ni sentiasa berterima kasih dan bersyukur kepada Allah swt. Thank you Allah for this greatest blessing. Kakak akan berusaha jadi anak yang lebih baik. Yang dapat membahagiakan kedua orang tuanya. Semoga Allah menjaga mak dan ayah seperti mana mak dan ayah menjaga kami sejak lahir lagi. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia mak dan ayah.. Amin..

Selfie nampak.. 😁😁


Tuesday, 28 November 2017

Haziq masuk jawi!!

Masuk jawi? Apa tu? Hehe.. Itulah istilah lain bagi berkhatan atau bersunat. Orang tua-tua ja yang masih guna istilah ni..

Akhirnya sampai juga hari ni.. Haha.. Dah beberapa tahun pujuk dia. Selalu dia mengelak setiap kali diajak.. Akhirnya tahun ni terbuka hati dia nak bersunat. Mungkin sebab ramai kawan-kawan dia yang dah selamat.. Tapi okey jugak sebab bila dia sendiri yang nak, dia pandai cari maklumat. Bertanya pada kawan-kawan.. Tanya pada ayah, tanya pada abang-abang.. Bila dapat maklumat, dia tak rasa takut sangat.. Hehe..

Hilangkan gementar dengan main tab. Huh, ye la tuuuuu!!

Tukar seluar dengan kain pelikat.. Persediaan pertama tu..

Muka lepas kena sapu krim kebas..

Kawan-kawan seangkatan yang akan bersunat.. Semua dok nerves tunggu dipanggil masuk.. 

Muka kesakitan selepas bersunat. Ni masa on the way balik ke rumah.

Balik rumah berpantang!!

Kawan-kawan yang datang melawat.. Hehe.. Comel je semua..

Tahniah Haziq.. Good job.. Dah selamat dah.. Semoga cepat sembuh dah sihat macam biasa.. Basikal dok memanggil-manggil tu.. Haha..

Monday, 6 November 2017

Mak Long..

Menjadi mak long buat kali ke-3.. Welcome my dearest Nurul Hannah Shafia.. You are really something.. Yes!! I think you are not ordinary.. Hehe.. Biar  masa yang menentukan telahan mak long ni betul ke tidak.. Mak long doakan adik menjadi seorang wanita yang bijak, berhemah, berbudi dan keras hati untuk menghadapi cabaran di dunia ini. Mak long yakin adik orang yang tabah dan kuat.. I love you so much.. Cuti hujung tahun ni kita jumpa na.. 😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙 Tak sabaqnya!!


Saturday, 28 October 2017

Hikayat Abu Nawas

Masa cuti Deepavali hari tu, dengar ayah bergaduh manja dengan adik bongsu, Haziq. Tetiba ayah kata kat dia, "Hang ni macam Abu Nawas". Adik pon tanya siapa Abu Nawas tu? Cik Yaya pon  tak tau.. So, join sekali la. Ayah pon mula bercerita. Kisah Abu Nawas memikul masjid. Ada ke manusia yang mampu memikul masjid di atas belakangnya? Hmmm..

Suatu ketika dulu, ada seorang pemuda bernama Abu Nawas. Suatu hari, Abu Nawas mengaku di depan semua orang yang dia boleh memikul masjid di atas belakangnya. Semua orang kampungnya tak percaya. Yelah, masjid besarkan.. Berat pulak tu.. Tapi Si Abu Nawas ni masih bertegas yang dia mampu memikul masjid tu. Selepas berbalah sesama sendiri, Tok Imam pon membuat keputusan untuk meminta Abu Nawas membuktikan kata-katanya di hadapan orang kampung. "Wahai orang-orang kampung, esok Abu Nawas akan memikul masjid kita. Oleh itu, semua dijemput menyaksikankannya." 

Keesokannya, turunlah semua orang kampung ke masjid. Abu Nawas juga datang dengan gagah. Setelah dia sampai, Tok Imam meminta dia membuktikan kata-katanya. Abu Nawas senyum dan membuka bajunya. Kemudian dia berdiri dalam keadaan sedia untuk memikul. Lantas dia berkata, "Aku boleh memikul masjid ini dan aku telah bersedia. Sekarang, kamu semua angkatlah masjid ini dan letakkan di atas belakang badanku agar aku dapat memikulnya." Semua orang kampung tercengang. " Macam mana kami nak mengangkat masjid ini? Kami tak mampu. Kau sendiri saja yang angkat." Kata salah seorang dari mereka. "Mana boleh aku yang mengangkat dan aku juga yang memikul. Sedangkan orang yang memikul guni beras juga ada yang menolong mengangkatnya." Balas Abu Nawas. Orang kampung terdiam. Ada betulnya kata-kata Abu Nawas.

Akhirnya sampai ke sudah Abu Nawas tidak memikul masjid. Walaupun kata-katanya tak dapat dibuktikan, dia tidak dipersalahkan atau diejek kerana punca dia tidak dapat memikul masjid tersebut adalah kerana orang kampung sesndiri yang tidak dapat mengangkatnya. Oleh itu, tiada seorang pon orang kampung yang berani menidakkan kebolehan Abu Nawas memikul masjid.~Tamat~

Nampak tak permainan Abu Nawas. Bijak dan licik. Bagi Cik Yaya, ada dua pengajaran dari cerita ni. Pertama, kebodohan memang patut dibalas dengan kebodohan. Yang kedua, beruntunglah orang yang bijak bermain kata. Apa kaitan Abu Nawas ngan Haziq? Hmm.. Hat nombor dua tu kot. Suka sangat putar belit.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.

Dasar Haziq si Abu Nawas.. Hahaha..

P/s: Bijak sungguh orang yang mencipta cerita Abu Nawas ni. TERBAIK!!

Sunday, 9 July 2017

Resepi agar-agar kering..

Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan dan hidayah dari Allah untuk membuat agar-agar kering. Agar-agar kering ni kegemaran mak dan ayah Cik Yaya.. Dah lama diorang tak makan.. Mak tak pandai buat sebab kata dia tak dak orang nak ajar.. Orang dulu-dulu suka berahsia resepi... Pernah sekali saja Cik Yaya terjumpa agar-agar kering masa belajar dekat USM dulu.. Cik Yaya pon belikan untuk mak. Masa tu Cik Yaya ingat mak saja yang suka.. Rupanya ayah pon suka jugak.. Itu cerita lebih 10 tahun yang  dulu.. Lepas tu tak pernah jumpa dah.. Sampaila mak cerita yang dia terjumpa orang jual agar-agar kering sebelum bulan puasa hari tu.. Tapi dia tak beli.. Bila Cik Yaya tanya, dia kata sebab mahal sangat.. Aih, geram pulak Cik Yaya dengar.. Jadi Cik Yaya pon search kat google.. Hmm... Ada rupanya resepi.. Puas hati.. Dah dua kali buatkan.. Masa puasa dan masa raya.. Tak hidang dekat orang pon.. Sebab nak bagi mak dan ayah makan puas-puas.. Sambil makan tu, macam-macam la cerita kenangan yang keluar.. Hehe.. Korang nak resepi tak? Boleh buat untuk mak, ayah, mak cik , pak cik, nenek, atok.. Mesti diorang suka.. Kuih raya tradisional.. Menggamit memori.. Hehe.. Meh nak share resepi meh.. Versi Cik Yaya.. Versi derhaka.. Sebab kurang manis.. Hehe..

Bahan-bahan 
1. 125g agar-agar bertali
2. 300g gula batu
3. 2kg gula pasir (Resepi asal 2400g gula)
4. 2600ml air
5. Pewarna makanan

Terbalik pon terbalik la.. hehe.. Pandai-pandaila korang nak hidup..

Cara-cara
1. Basuh agar-agar bertali.. Masukkan dalam periuk.
2. Masukkan air. Didihkan sampai larut.
3. Masukkan gula batu dan gula pasir.
4. Bila dah mendidih lagi, tutup api. Masukkan pewarna yang disukai dan tuang dalam bekas untuk disejukkan.


5. Bila dah sejuk, agar-agar jadi keras dan liat. 
6. Potong atau terap agar-agar ikut kesukaan. Letak atas dulang.



7. Jemur sampai kering. Bila kering akan nampak ada lapisan putih dekat permukaan agar-agar. Ambil masa dalam 4 @ 5 hari jugakla.. 


Tara!! Dah siap.. Hijau Kuning.. Hidup Kedah!! Hidup Kedah!! 😉😉

Yang ni kali kedua. Excited sebab menjadi..

Walaupon tak da perasa, bila makan rasa nak lagi.. Addicted.. Mungkin sebab dia rangup di bahagian luar, tapi lembut kat bahagian dalam.. Kreatif betul orang dulu-dulu.. Tabik spring.. Hehe.. Akhir kata.. Selamat mencuba!!😄😄