Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Sunday, 27 May 2018

Hidangan rare di rumah

Semenjak dok rumah mak ni, rajin pulak nak memasak. Segala benda nak di cuba.. 

Believe it or not, chang is in the house!!! Haha.. Nampak tak kegigihannya di situ. Rare kan? Kan? Hmm.. Nampak macam sama tapi tak sama.. Rasa macam sama tapi tak sama jugak.. Huhu.. Okla.. Dapat hilangkan mengidam.. Susah gila nak balut.. Bila rebus asik terburai ja.. Kena banyak praktis lagi ni.. Jiayou!!

Tahu dak ni apa? Ha.. Ni la ketupat sotong. Perghh.. Asik menjengah resepi di dinding muka buku. Jadi Cik Yaya pon buat la.. Resepi yang Cik Yaya cuba ni adalah kacukkan ketupat sotong Terengganu dan ketupat sotong Kelantan.. Apa rasa? Malas nak cerita la hai. Apa kata korang google ja resepi tu, lepas tu buat dan rasa sendiri. Haha.. Kejam dak? 

Uish.. Kuih feveret nih.. Kuih dangai.. Selalunya pi beli kat pasar malam ja.. Tapi buat sendiri lagi puas hati wei.. Mudah pulak tu.. Memang rare!! Sebiji nyok untuk sebiji dangai. Acuan pon tak dak. Cik Yaya belasah dalam periuk ajaib saja. Macam biasala.. Rupa tu tak penting. Apa yang penting? Kerjasama. Eh, salah. Yang penting RASA!! Hehe..

😎😎Nak cuba apa lagi eh.. Hehehe..

Saturday, 2 December 2017

Resepi kole kacang



Yeyyyyy!!! Akhirnya berjaya jugak buat. Yaahoooo! Alhamdulillah.. Dah beberapa kali cuba.. Tapi tak pernah menjadi.. Kali ni menjadi akhirnya.. Jom kongsi resepi!

Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung kacang hijau (Boleh beli yang siap kat kedai. Cik Yaya kidnap tepung putu kacang mak Cik Yaya.. So homemade la kiranya.. Hehe..).
2. 3 cawan santan 
3. 1 cawan santan pekat
4. 1 cawan gula merah
5. 2 sudu besar gula pasir
6. Secubit garam

Cara-cara
1. Kena buat taik minyak dulu. Masak santan pekat dalam kuali sampai jadi minyak dan taik minyak.
2. Asingkan taik minyak. Tinggalkan minyak dalam kuali. Oleskan sedikit minyak pada acuan/ bekas/ loyang yang akan diguna nanti.
3. Dalam bekas lain, larutkan gula merah, gula pasir dan garam dalam santan. Tapis.
4. Campurkan tepung kacau hijau dan kacau sebati. Adunan ni memang cair.. 
5. Gunakan kuali yang buat taik minyak tadi.. Tuang adunan dan kacau. Kalau rajin, boleh campak sehelai daun pandan yang telah disimpul bagi wangi. Lama-kelamaan, ia akan memekat dan kacau sehingga tepung masak. Macam mana nak tahu? Senang ja.. Bila masak warna akan berubah. Dari kusam menjadi berkilat. Kena buat eksperimen sendiri baru faham..
6. Bila dah masak, tuang ke dalam acuan/ bekas/ loyang yang dah dioles dengan minyak tadi. Taburkan taik minyak di bahagian atas kuih. 
7. Biarkan kuih menyejuk dan set sepenuhnya. Kemudian bolehla dipotong dan dihidangkan.. 

Untuk resepi ni dapat sikit ja.. Kalau  nak lebih, boleh doublekan atau triplekan resepi ni.. Hehe.. Selamat mencuba!!



Friday, 6 October 2017

Kuyak



Pertama kali rasa kuih ni memang tak boleh nak terima. Tapi bila dah kali kedua ni.. Aik, macam magic.. Sedapnyaaaaa!!! Rupa kuih ni macam putu kacang atau putu beras. Unik rasa dia. Ada rasa rempah dan manis sikit. Cik Yaya pon Google resepi kuih ni. Rupa-rupanya ia diperbuat dari beras yang dipanggil beras pansuh. Bahan lain ialah gula apong dan juga serbuk lada putih. Oooohh.. Patutla rasa pedas-pedas sikit.. Cara pembuatannya lebih kurang macam putu kacang. Nanti nak bawak balikla.. Nak bagi mak dan ayah rasa. Kuih tradisional Sarawak. Tak sabarnya nak balik.. Yey!!

Monday, 24 July 2017

Kuih Chang



Taraaaaa.. Jatuh cinta dengan kuih chang ni. Kuih orang Hokkien.. Nama Inggerisnya rice dumpling. Sedap sangat!!!😍😍😍 Alhamdulillah dapat jumpa yang halal.. Ada anak murid Islam tingkatan satu yang jual.. Mak cik dia yang buat.. Sedap sampai kawan Cina Cik Yaya pon approved. Dia kata lebih sedap berbanding yang pernah dia beli kat kedai Cina. Bahan asasnya pulut. Ada 3 jenis inti iaitu daging, ayam atau kacang merah.. Pilihan Cik Yaya mestila daging.. Karnivor tegar la katakan.. Haha.. Chang ni dibalut dengan daun buluh.. wangi! Kata kawan Cik Yaya, nak buat chang ni susah.. Dia yang bebangsa Cina pon tak tahu buat.. Wahhh.. Hebat mak cik si Aina nih.. Indahnya hidup berbilang bangsa.. walau bagaimanapon, Cik Yaya tetap google resepi chang ni.. Mak aih.. Betoi-betoi remeh daaa... Kena ada semangat yang tinggi kalau nak mencubanya.. So, kita simpan impian nak buat chang dalam peti dulu.. kita korek lubang dalam-dalam.. Kita letak peti dan kambus.. Haha.. Buat masa ni, Cik Yaya dah berpuas hati kalau dapat order chang ni.. Oh my chang......

Sunday, 9 July 2017

Resepi agar-agar kering..

Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan dan hidayah dari Allah untuk membuat agar-agar kering. Agar-agar kering ni kegemaran mak dan ayah Cik Yaya.. Dah lama diorang tak makan.. Mak tak pandai buat sebab kata dia tak dak orang nak ajar.. Orang dulu-dulu suka berahsia resepi... Pernah sekali saja Cik Yaya terjumpa agar-agar kering masa belajar dekat USM dulu.. Cik Yaya pon belikan untuk mak. Masa tu Cik Yaya ingat mak saja yang suka.. Rupanya ayah pon suka jugak.. Itu cerita lebih 10 tahun yang  dulu.. Lepas tu tak pernah jumpa dah.. Sampaila mak cerita yang dia terjumpa orang jual agar-agar kering sebelum bulan puasa hari tu.. Tapi dia tak beli.. Bila Cik Yaya tanya, dia kata sebab mahal sangat.. Aih, geram pulak Cik Yaya dengar.. Jadi Cik Yaya pon search kat google.. Hmm... Ada rupanya resepi.. Puas hati.. Dah dua kali buatkan.. Masa puasa dan masa raya.. Tak hidang dekat orang pon.. Sebab nak bagi mak dan ayah makan puas-puas.. Sambil makan tu, macam-macam la cerita kenangan yang keluar.. Hehe.. Korang nak resepi tak? Boleh buat untuk mak, ayah, mak cik , pak cik, nenek, atok.. Mesti diorang suka.. Kuih raya tradisional.. Menggamit memori.. Hehe.. Meh nak share resepi meh.. Versi Cik Yaya.. Versi derhaka.. Sebab kurang manis.. Hehe..

Bahan-bahan 
1. 125g agar-agar bertali
2. 300g gula batu
3. 2kg gula pasir (Resepi asal 2400g gula)
4. 2600ml air
5. Pewarna makanan

Terbalik pon terbalik la.. hehe.. Pandai-pandaila korang nak hidup..

Cara-cara
1. Basuh agar-agar bertali.. Masukkan dalam periuk.
2. Masukkan air. Didihkan sampai larut.
3. Masukkan gula batu dan gula pasir.
4. Bila dah mendidih lagi, tutup api. Masukkan pewarna yang disukai dan tuang dalam bekas untuk disejukkan.


5. Bila dah sejuk, agar-agar jadi keras dan liat. 
6. Potong atau terap agar-agar ikut kesukaan. Letak atas dulang.



7. Jemur sampai kering. Bila kering akan nampak ada lapisan putih dekat permukaan agar-agar. Ambil masa dalam 4 @ 5 hari jugakla.. 


Tara!! Dah siap.. Hijau Kuning.. Hidup Kedah!! Hidup Kedah!! πŸ˜‰πŸ˜‰

Yang ni kali kedua. Excited sebab menjadi..

Walaupon tak da perasa, bila makan rasa nak lagi.. Addicted.. Mungkin sebab dia rangup di bahagian luar, tapi lembut kat bahagian dalam.. Kreatif betul orang dulu-dulu.. Tabik spring.. Hehe.. Akhir kata.. Selamat mencuba!!πŸ˜„πŸ˜„




Sunday, 24 July 2016

Resepi agar-agar oreo

Resepi agar-agar oreo

Bahan-bahan:
1) 1 paket agar-agar
2) 2 paket panjang oreo
3) 1 tin susu sejat
4) 1/2 tin susu pekat manis
5) secubit garam
6) air

Cara-cara:
1) Pisahkan krim oreo dengan biskutnya.
2) Patahkan biskut oreo
3) Basuh agar-agar dan masukkan dalam periuk
4) Masukkan air.. Selalunya Cik Yaya guna plastik agar-agar untuk sukat. Dalam 1 plastik air..
5) Bila dah larut, masukkan krim oreo, secubit garam, susu sejat dan susu pekat manis.
6) Bila dah mendidih sekali lagi, masukkan dalam bekas..
7) Masukkan biskut oreo. Tenggelamkan biskut pada permukaan agar-agar..

Dah siap.. Tunggu agar-agar mengeras dan sejukkan dalam peti ais..


Selamat mencuba!!



Sunday, 22 May 2016

Resepi apam balik

Sabtu yang lepas buat projek apam balik dengan hosmet.. Ini resepinya..

Adunan:
1. 1 biji telur
2. 2 cawan tepung gandum
3. 2 sudu minyak masak
4. 1 tin susu sejat
5. 1/4 cawan gula
6. Secubit garam
7. 1 sudu kecil baking powder
8. 1 sudu kecil soda bikarbonat
9. Sedikit pewarna kuning telor

Toping:
1. Gula
2. Jagung creamer
3. Kacang tanah yang disangai dan ditumbuk sesuka hati

Cara:
1. Masukkan semua bahan adunan dalam blander dan kisar sampai sebati.. Kalau pekat sangat, masukkan air sesudu demi sesudu sampai rasa ok.. Nak cakap pon tak reti tapi janji adunan tak pekat sangat dan tak cair sangat..
2. Cairkan butter dalam kuali leper. Api mesti slow mlow.
3. Tuang adunan secukup hati.
4. Letaklah topping sesuka hati.
5. Tunggu masak lepas tu lipat 2 dan angkat.
6. Bolehlah dimakan..



Memang puas hati.. Nyum3.. Selamat mencuba!! ;p


Friday, 24 July 2015

Wednesday, 12 November 2014

Donnuts for today!!

Hari ni Cik Yaya telah bikin kuih donat untuk kengkawan.. Nak share resepi simple nih..

Bahan-bahan:

1. 500 g tepung gandum
2. 1 paket yis 11g
3. 2 sudu besar gula
4. 2 sudu besar susu pekat manis
5. Secubit garam
6. 2 sudu besar marjerin
7. Air secukupnya
8. Minyak untuk menggoreng
9. Gula pasir halus

Cara-cara:

1. Larutkan yis, gula dan garam di dalam air. Biarkan seketika.
2. Masukkan tepung ke dalam besen/ mangkuk
3. Gaulkan tepung dengan marjerin dan susu pekat manis hingga sebati.
4. Masukkan air dan uli hinnga menjadi doh.
5. Biarkan doh berehat selama 15-30 minit.
6. Canaikan doh dan terap dengan penerap donat.
7. Biarkan donat naik/mengembang.
8. Panaskan minyak dengan api perlahan.
9. Goreng donat hingga masak (warna perang).
10,Bila dah sejuk, barulah digaulkan dengan gula halus.
11.Sedia untuk dihidangkan.



Macam-macam komen Cik Yaya dapat.. Hehe.. Jiayou!!

Tuesday, 28 January 2014

Jari jemari Cik Yaya..

Jeng jeng jeng...



\









Taraaa... dah siap! Kuih ketayap. xde pewarna, besaq2 (cepat sikit kenyang) dan berlubang di ke22 hujungnya..Senang cakap, inilah kuih ketayap versi orang malas!! haha.. ada ku kesah?? janji kenyang!


Thursday, 2 January 2014

Resepi Kuih Getas..

Assalamualaikum..

Kali ni Cik Yaya nak share resepi kuih getas.. Asal usul kuih ini tidaklah cik yaya mengambil tahu pulak.. kuih ni pun first time cik yaya buat lepas ketandusan idea nak buat hidangan minum petang.. Rasa kuih ni lemak2, manis2 dan kenyal.. 

Bahan2nya ialah

A (kuih)
1) tepung pulut- kuantiti ikut suka
2) kelapa parut (yang agak muda)- sama banyak ngan tepung pun ok.
3) garam secukup rasa
4) air secukupya.
5) minyak masak untuk menggoreng

B (sira)
1) gula
2) air
3) daun pandan


\
Lepas kita campurkan semua bahan A, inilah hasilnya.


Setelah dibentuk, kita goreng dalam minyak api sederhana.


Tara.. dah siap goreng


Selepas sira ngan gula, jadik mcm ni la.. x dapat nak snap gambar proses menyira sebab mak cik yaya yang buatkan.. cik yaya tengah main badminton masa tu.. 

Sekarang, dh boleh sentap.. eh2 salah.. santap.. sentap nk buat ape daa.. 

Selamat mencuba!!!

Saturday, 16 November 2013

Bubur Asyura versi utara..

Sempena bulan Muharram ni, cik yaya nak share resepi bubur Asyura..

Bahan-bahannya..


Santan, tepung beras.


Kacang hijau direbus, kacang tanah direbus, pisang, jagung.
 (Ada jugak yang masukkan keledek yg dh direbus, isi kelapa muda n mcm2 lagi. Ikut kesukaan masing2..)


Garam dan gula secukup rasa.

 Cara memasaknya..


Larutkan tepung ke dalam santan. Masakkan dalam kuali sampai jadi pekat.



Masukkan kekacang, pisang n jagung. gaul sebati. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa. Kalau pekat sngt tambah air.


Masak sampai dia berubah warna dan kental.


Setelah masak, masukkan dalam bekas untuk disejukkan. Sedia untuk dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA!!