Showing posts with label Menarik. Show all posts
Showing posts with label Menarik. Show all posts

Tuesday, 9 March 2021

#3

Hu Shanxiang: Tell me how does it feel to fall in love.

Sun Ruowei: Just like.. Your heart is a walnut. As hard as stone. One day, someone, something or one sentence punches a hole in it. Then, he comes in. And he just lives in there. 

#MING DYNASTY

#EPISODE 23



Monday, 24 July 2017

Kuih Chang



Taraaaaa.. Jatuh cinta dengan kuih chang ni. Kuih orang Hokkien.. Nama Inggerisnya rice dumpling. Sedap sangat!!!😍😍😍 Alhamdulillah dapat jumpa yang halal.. Ada anak murid Islam tingkatan satu yang jual.. Mak cik dia yang buat.. Sedap sampai kawan Cina Cik Yaya pon approved. Dia kata lebih sedap berbanding yang pernah dia beli kat kedai Cina. Bahan asasnya pulut. Ada 3 jenis inti iaitu daging, ayam atau kacang merah.. Pilihan Cik Yaya mestila daging.. Karnivor tegar la katakan.. Haha.. Chang ni dibalut dengan daun buluh.. wangi! Kata kawan Cik Yaya, nak buat chang ni susah.. Dia yang bebangsa Cina pon tak tahu buat.. Wahhh.. Hebat mak cik si Aina nih.. Indahnya hidup berbilang bangsa.. walau bagaimanapon, Cik Yaya tetap google resepi chang ni.. Mak aih.. Betoi-betoi remeh daaa... Kena ada semangat yang tinggi kalau nak mencubanya.. So, kita simpan impian nak buat chang dalam peti dulu.. kita korek lubang dalam-dalam.. Kita letak peti dan kambus.. Haha.. Buat masa ni, Cik Yaya dah berpuas hati kalau dapat order chang ni.. Oh my chang......

Sunday, 9 July 2017

Resepi agar-agar kering..

Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan dan hidayah dari Allah untuk membuat agar-agar kering. Agar-agar kering ni kegemaran mak dan ayah Cik Yaya.. Dah lama diorang tak makan.. Mak tak pandai buat sebab kata dia tak dak orang nak ajar.. Orang dulu-dulu suka berahsia resepi... Pernah sekali saja Cik Yaya terjumpa agar-agar kering masa belajar dekat USM dulu.. Cik Yaya pon belikan untuk mak. Masa tu Cik Yaya ingat mak saja yang suka.. Rupanya ayah pon suka jugak.. Itu cerita lebih 10 tahun yang  dulu.. Lepas tu tak pernah jumpa dah.. Sampaila mak cerita yang dia terjumpa orang jual agar-agar kering sebelum bulan puasa hari tu.. Tapi dia tak beli.. Bila Cik Yaya tanya, dia kata sebab mahal sangat.. Aih, geram pulak Cik Yaya dengar.. Jadi Cik Yaya pon search kat google.. Hmm... Ada rupanya resepi.. Puas hati.. Dah dua kali buatkan.. Masa puasa dan masa raya.. Tak hidang dekat orang pon.. Sebab nak bagi mak dan ayah makan puas-puas.. Sambil makan tu, macam-macam la cerita kenangan yang keluar.. Hehe.. Korang nak resepi tak? Boleh buat untuk mak, ayah, mak cik , pak cik, nenek, atok.. Mesti diorang suka.. Kuih raya tradisional.. Menggamit memori.. Hehe.. Meh nak share resepi meh.. Versi Cik Yaya.. Versi derhaka.. Sebab kurang manis.. Hehe..

Bahan-bahan 
1. 125g agar-agar bertali
2. 300g gula batu
3. 2kg gula pasir (Resepi asal 2400g gula)
4. 2600ml air
5. Pewarna makanan

Terbalik pon terbalik la.. hehe.. Pandai-pandaila korang nak hidup..

Cara-cara
1. Basuh agar-agar bertali.. Masukkan dalam periuk.
2. Masukkan air. Didihkan sampai larut.
3. Masukkan gula batu dan gula pasir.
4. Bila dah mendidih lagi, tutup api. Masukkan pewarna yang disukai dan tuang dalam bekas untuk disejukkan.


5. Bila dah sejuk, agar-agar jadi keras dan liat. 
6. Potong atau terap agar-agar ikut kesukaan. Letak atas dulang.



7. Jemur sampai kering. Bila kering akan nampak ada lapisan putih dekat permukaan agar-agar. Ambil masa dalam 4 @ 5 hari jugakla.. 


Tara!! Dah siap.. Hijau Kuning.. Hidup Kedah!! Hidup Kedah!! 😉😉

Yang ni kali kedua. Excited sebab menjadi..

Walaupon tak da perasa, bila makan rasa nak lagi.. Addicted.. Mungkin sebab dia rangup di bahagian luar, tapi lembut kat bahagian dalam.. Kreatif betul orang dulu-dulu.. Tabik spring.. Hehe.. Akhir kata.. Selamat mencuba!!😄😄




Friday, 2 December 2016

Ampaian..



Antara perkara yang dapat menenangkan Cik Yaya adalah ampaian.. Baju-baju yang disinar cahaya mentari. Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.. Arghhh... Indahnya.. 

Sedar tak sedar banyak yang kita boleh pelajari dari ampaian.. 

Pertamanya proses penyejatannya yang berlaku tanpa kita sedari tetapi memberikan hasil yang realistik. Manusia juga harus begitu.. Bak kata pepatah.. Diam-diam ubi berisi gitu..

Keduanya, ampaian dapat menceritakan keperibadian seseorang.. Tak percaya? Betul.. Ada orang menggantung pakaian yang kecil sampai besar. Ada orang akan terbalikkkan dulu pakaian sebelom menggantung. Ada orang yang gantung senget benget.. Tak ke semua tu mencerminkan keperibadian? Apa maksud disebalik semua tu? Entahla.. Korang agak-agak la sendiri.. Hehe.. Jangan marah na..

Ketiganya.. Dengan menelek ampaian, kita dapat kenal pasti ahli dalam sesebuah keluarga. Hal ini terbukti masa Cik Yaya ikut mak dan ayah Cik Yaya merisik untuk Pak Lang Cik Yaya satu ketika dulu. Klu yang digunakan adalah ampaian. Sekiranya ada baju-baju yang mungkin dipakai oleh anak dara, mereka akan singgah untuk merisik. Boleh dikatakan hampir semua tepat. Memang akan ada anak dara dalam rumah tu.. Cuma tak tahu dah dipetik orang atau belom.. Akhirnya usaha mereka berhasil.. Unik kan jodoh? 

Itulah beberapa hal berkaitan ampaian.. Mak Cik Yaya kata orang tua-tua dulu kalau mengamalkan sesuatu 'ilmu' tak boleh lalu bawah ampaian.. Takut tawar.. Hilang kemujarabannya.. Tak tahu la betul ke tidak sebab Cik Yaya belajar ilmu matematik dan sains ja.. Setakat ni dok lalu bawah ampaian ok lagi.. Hehe.. 

Sekian tentang ampaian.. Nak menikmati pemandangan ampaian di rumah pon tak dapat waktu ni.. Asik hujan.. Tido lagi baik.. Haha.. Bye bye korang!!

Saturday, 13 August 2016

Quilting..

Orang Sarawak memang berseni.. Mereka pandai buat berbagai jenis kek.. Pandai mengait.. Pandai mengukir.. Menjalin.. Dan pelbagai lagi seni termasuklah quilting.. Quilting (kuilting) adalah proses menjahit dua atau lebih lapisan kain bersama-sama supaya menjadi lebih tebal dan gebu. Biasanya untuk membuat selimut atau pakaian berlapis. Bahagian atas menggunakan teknik tampal cantum (patchwork), lapisan kedua isian (batting) dan lapisan ketiga ialah lapisan fabrik.


Ini contoh quilt. Ini milik jiran.. Cik Yaya snap gambar semasa jiran Cik Yaya menyidai selimut ni kat pagar rumah sewa.. Kagumla.. Rajin betul.. Heksagon-heksagon kecil dicantumkan satu persatu mengikut saiz yang dikendaki.. Kemudian dicantumkan dengan kain alas.. Cik Yaya tak pasti bahagian tengahnya diisi dengan apa. Atau mungkin tidak diisi langsung..

Cik Yaya pernah bertanya kepada kawan.. Kenapa suka selimut quilt ni? Ada beza ke tidur dengan selimut quilt dan tidur dengan selimut biasa? Jawab dia... Selimut quilt lebih selesa.. Tak panas.. Mungkin disebabkan oleh pemilihan fabrik juga.. Tapi ada satu lagi sebab yang menarik kenapa mereka suka tidur menggunakan selimut quilt ni.. Sebabnya ialah untuk mengelakkan gangguan benda halus.. Terutamanya pada baby.. Macam mana ia berfungsi?? Haa.. Benda halus tu akan terleka mengira bilangan quilt yang terdapat pada selimut tu.. Jadi tak sempat nak mengganggu.. Lagi banyak quilt, lagi bagus.. Begitulah kepercayaan mereka..

Ohhh.. Begitu..  Barulah Cik Yaya tahu.. Hehe.. Dapat ilmu baru lagi.. Alhamdulillah.. Ngantok aih.. Jom tidor...



Monday, 2 May 2016