Showing posts with label kerinduan. Show all posts
Showing posts with label kerinduan. Show all posts

Tuesday, 7 June 2022

I miss her!!

Menangis dalam kereta sorang-sorang Cik Yaya hari ni.. I cried my heart out! Puncanya? Sebab maksu datang rumah. Tapi bukan sebab maksu.. Sebabnya, Cik Yaya rindu kat arwah tok!!!! 

Kali ni maksu datang tanpa tok... Rasa kosong dalam dada.. Jadi tak bermakna.. 😭😭😭 Sejak raya lagi Cik Yaya dah rindu dengan tok.. Nasib tak de orang yang sebut tentang tok.. Jadi terpendam segalanya dalam hati..

Tapi kedatangan maksu kali ni buat rindu tu bertambah dalam.. Dia asyik sebut tentang 'rumah tok', pokok durian tok, tok itu, tok ini... Memori singgah bertamu. Mengundang rindu dan sebak..  

Masa dalam kereta nak balik rumah tadi, bila bersendirian, Cik Yaya tak dapat tahan lagi dah.. Semua menjadi air mata.. Masa menulis ni pon, Cik Yaya masih teresak-esak.. I miss her so muchhh... Sooooo muchhh! 

Cik Yaya takkan balik rumah tok sampai hati ni betul-betul bersedia..  Tak tahu bila... Ya Allah, temukan kami nanti... Bila sampai masa dan ketikanya... Berilah kekuatan kepadaku Ya Allah.. Tempatkan tok bersama para solihin, Kau ampunkanlah segala dosanya.. Aamiin.. Al-Fatihah..


Ottoke? 😭😭😭😭💔💔💔

#rasanakdemam
#bestrong
#matiitupasti


Monday, 22 March 2021

Bila nak habis ni??

Arghhhh, rindu nak mengajar dalam kelas!! Macam dulu-dulu. Tanpa SOP. Tak mau lagi PdPR. Covid, cepatla pergi!! Give back my normal life!!

 #closer



Friday, 5 January 2018

Seminggu sudah..

Ya... Dah seminggu.. Tapi masih tak dapat menyesuaikan diri lagi.. Ya Allah.. Kosong.. Penguat semangat hanya satu.. Bila melihat wajah-wajah anak murid. Itu saja yang dapat menggembirakan hati.. Menceriakan perasaan.. Ya Allah.. Semoga semuanya semakin membaik.. Hari demi hari.. Amin... 



Monday, 6 November 2017

Mak Long..

Menjadi mak long buat kali ke-3.. Welcome my dearest Nurul Hannah Shafia.. You are really something.. Yes!! I think you are not ordinary.. Hehe.. Biar  masa yang menentukan telahan mak long ni betul ke tidak.. Mak long doakan adik menjadi seorang wanita yang bijak, berhemah, berbudi dan keras hati untuk menghadapi cabaran di dunia ini. Mak long yakin adik orang yang tabah dan kuat.. I love you so much.. Cuti hujung tahun ni kita jumpa na.. 😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙 Tak sabaqnya!!


Saturday, 28 October 2017

Hikayat Abu Nawas

Masa cuti Deepavali hari tu, dengar ayah bergaduh manja dengan adik bongsu, Haziq. Tetiba ayah kata kat dia, "Hang ni macam Abu Nawas". Adik pon tanya siapa Abu Nawas tu? Cik Yaya pon  tak tau.. So, join sekali la. Ayah pon mula bercerita. Kisah Abu Nawas memikul masjid. Ada ke manusia yang mampu memikul masjid di atas belakangnya? Hmmm..

Suatu ketika dulu, ada seorang pemuda bernama Abu Nawas. Suatu hari, Abu Nawas mengaku di depan semua orang yang dia boleh memikul masjid di atas belakangnya. Semua orang kampungnya tak percaya. Yelah, masjid besarkan.. Berat pulak tu.. Tapi Si Abu Nawas ni masih bertegas yang dia mampu memikul masjid tu. Selepas berbalah sesama sendiri, Tok Imam pon membuat keputusan untuk meminta Abu Nawas membuktikan kata-katanya di hadapan orang kampung. "Wahai orang-orang kampung, esok Abu Nawas akan memikul masjid kita. Oleh itu, semua dijemput menyaksikankannya." 

Keesokannya, turunlah semua orang kampung ke masjid. Abu Nawas juga datang dengan gagah. Setelah dia sampai, Tok Imam meminta dia membuktikan kata-katanya. Abu Nawas senyum dan membuka bajunya. Kemudian dia berdiri dalam keadaan sedia untuk memikul. Lantas dia berkata, "Aku boleh memikul masjid ini dan aku telah bersedia. Sekarang, kamu semua angkatlah masjid ini dan letakkan di atas belakang badanku agar aku dapat memikulnya." Semua orang kampung tercengang. " Macam mana kami nak mengangkat masjid ini? Kami tak mampu. Kau sendiri saja yang angkat." Kata salah seorang dari mereka. "Mana boleh aku yang mengangkat dan aku juga yang memikul. Sedangkan orang yang memikul guni beras juga ada yang menolong mengangkatnya." Balas Abu Nawas. Orang kampung terdiam. Ada betulnya kata-kata Abu Nawas.

Akhirnya sampai ke sudah Abu Nawas tidak memikul masjid. Walaupun kata-katanya tak dapat dibuktikan, dia tidak dipersalahkan atau diejek kerana punca dia tidak dapat memikul masjid tersebut adalah kerana orang kampung sesndiri yang tidak dapat mengangkatnya. Oleh itu, tiada seorang pon orang kampung yang berani menidakkan kebolehan Abu Nawas memikul masjid.~Tamat~

Nampak tak permainan Abu Nawas. Bijak dan licik. Bagi Cik Yaya, ada dua pengajaran dari cerita ni. Pertama, kebodohan memang patut dibalas dengan kebodohan. Yang kedua, beruntunglah orang yang bijak bermain kata. Apa kaitan Abu Nawas ngan Haziq? Hmm.. Hat nombor dua tu kot. Suka sangat putar belit.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.

Dasar Haziq si Abu Nawas.. Hahaha..

P/s: Bijak sungguh orang yang mencipta cerita Abu Nawas ni. TERBAIK!!

Tuesday, 8 August 2017

Will you?

“Will you love me in December as you do in May,

Will you love me in the good old fashioned way?

When my hair has all turned gray,

Will you kiss me then and say,

That you love me in December as you do in May?”

 ~James Walker


Wednesday, 26 April 2017

My love from Allah..


Hehe.. Sedondon gitew.. Mereka pergi konvo ateh..  Teringat dulu masa konvo Cik Yaya, mak tak dapat pergi. Hanya ayah dan tok yang masuk tengok dalam dewan.. Arwah tok wan duduk kat luar dengan maksu.. Mak tak dapat ikut sebab jaga adik-adik yang masih sekolah.. Cik Yaya sedih sangat.. Masa angah konvo lagi sedih.. Sapa pon tak dapat pergi.. Kekangan duit.. Kesian dia sorang-sorang.. Entah apa perasaan angah masa tu.. Bertuah adik-adik kami.. Lebih terurus..
Alhamdulillah.. Masa konvo ateh ni mak dengan ayah masih sihat.. Terima kasih Allah atas nikmat ni.. Syukur yang tak terhingga.. Semoga mak dan ayah sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dilindungi Allah setiap masa.. Rindunya.. Walau pon hampir setiap hari bertelefon.. Bervideo.. Masih rindu lagi.. Ya Allah, lindungilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka melindungi aku sewaktu aku masih kecil.. Amin.. Sebulan lagi kakak balik!! Yey!!



Wednesday, 12 April 2017

Paprik menangis

Hmmm.. Masak paprik hari ni.. Tu la lauk yang Cik Yaya paling tak suka masakkkkk!! Bukan apa.. Takut berenang dalam air mata.. Sebab tu lauk kegemaran mak... Uwaaaa.. Uwaaaa.. Bencila dok jejauh ni.. Kalau dekat bolehla mak makan.. Uwaaa... Semoga ada rezeki pindah taun ni.. Amin.... Amin, Ya Allah...


Tuesday, 3 January 2017

Azam 2017?





Hujan 31 Disember 2016. Esok dah 1 Januari 2017. Tetiba terpikir tentang azam.. Nak azam apa ek? Nak kurus? Takkan jadi nyer.. Nak kaya? Syukur dengan apa yang ada sekarang.. Nak sihat? InsyaAllah.. Nak apa lagi eh..  Nak si kecik boleh??? Hehe..



Tuesday, 13 December 2016

Nostalgia..

Bosan betul asik terbaring kat bilik. Belek-belek fb, ternampak orang share lukisan kartun. Pelukisnya adalah kartunis Mie.. Kredit untuk kartunis Mie.. Bila direnung-renung lukisannya terasa sangat nostalgik. Terasa tua syahdu diri ni. Terasa rindu.. Menggamit memori.. Cik Yaya nak share lukisan tu dengan korang dan akan huraikan satu persatu  kaitannya dengan hidup Cik Yaya.. Mana la tau korang pon ada kenangan yang sama jugak.

Ok.. Yang ini Cik Yaya tak merasa secara live.. Tapi lukisan ni bermakna. Ia seolah-olah menggambarkan suasana yang  mak Cik Yaya selalu cerita. Pengalaman dia masa kecik-kecik dulu. Kata dia, tak semua rumah ada televisyen aka tv. Maklumla miskin.. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rata-rata adalah penoreh getah.. Jadi rumah orang kaya yang ada tv akan jadi tumpuan orang kampung.. Terutama bila ada tayangan filem.. Tak kira la filem melayu, inggeris dan hindustan.. Mesti meriah macam dalam lukisan tu.. Hehe..

Yang ini pun tak pernah tengok live.. Tapi ayah Cik Yaya selalu cerita. Memula tak percaya.. Tak dapat nak bayang orang angkut rumah.. Tapi lepas tengok gambaq ni, boleh dah kot.. Percaya.. Percaya.. Hehe.. Ayah kata arwah datok dia dulu kerja sebagai tukang buat rumah (sebab tu ayah pon pandai buat rumah). Dia akan bina rumah kat tanah dia.. Rumah tu akan jadi model sebenar aka produk. Kalau ada orang yang nak beli, rumah tu akan di hantar ke tanah tuan yang membeli.. Kena angkut macam tu la.. 

Pasang kelambu.. Rindunya.. Lama tak tidoq dalam kelambu. Kalau ramai-ramai balik rumah tok, kompem malam-malam bersimpang siur tali kelambu kat ruang tamu.. Hehe.. Satu family satu kelambu.. Kalau dah 6@7 yang balik? Silap-silap boleh terjerut leher.. Haha.. Tapi best tidoq reramai.. Macam-macam bunyi ada. La ni dah jadi anak dara, tak boleh join dah.. Tok suruh tidoq dalam bilik. Hehe..

Hmm.. Rindu.. Nampak tak gambar di sebelah kiri bawah tu.. Seorang nenek sedang menumbuk sirih pinang menggunakan gobek.. Itulah kenangan yang tak boleh lupa dengan arwah nenek sebelah emak (Tok). Gobek.. Setiap kali lepas makan, tok mesti nak menyirih. Kami adik beradik mesti berebut nak tolong tumbuk. Seronok main gobek sebenarnya.. Hehe.. Gobek ni alat untuk menghancurkan sirih pinang supaya senang dimakan. Maklumlah orang tua.. Pinang tukan keras.. Terdiri daripada dua komponen. Satu bahagian berbentuk silinder.. Satu lagi berbentuk macam skru driver. Kacip pon berebut jugak. Tapi selalu kena larang sebab takut terkacip jari, bukannya pinang.. Hehe.. 

Gobek

Kacip

Selain gobek, ada satu lagi kenangan dalam gambar iaitu seterika arang.. Sempat Cik Yaya guna masa sekolah rendah dulu. Masa tu tak ada bekalan elektrik. Jadi mak akan seterika guna seterika arang tu. Kesian mak. Susah kot.. Terima kasih mak!!

Gambar di atas ni memang mengimbau kenangan.. Pagi-pagi memang macam ni masa kecik-kecik sekolah rendah dulu. Mak Cik Yaya akan sikat dan sanggul rambut panjang Cik Yaya setiap pagi. Jadi senang nak pakai tudung. Takdela rambut terkeluar. Pernah sekali tu mak dalam pantang.. Tak dapat nak sanggulkan.. Rasa macam hantu raya dah kat sekolah.. Haha.. Rambut adik-adik lelaki pulak akan disikat oleh ayah.. Sikat belah tepi.. Depa pakai minyak rambut Zam Zam.. Penah dengar atau guna tak minyak rambut tu? Bau dia special.. Bahagianya rasa.. Sampai sekarang pon Cik Yaya suka kalau mak sikatkan rambut. Tetiba ja rasa mengantok masa sikat tu.. Hehe.. 

Ini berlaku terutamanya masa nak raya atau hujung tahun masa nak beli baju sekolah... Semua orang kena pergi sebab takut saiz baju salah. Meriahla kedai. Cara ukur pinggang seluar guna leher pon ayah pernah ajar. Memang menjadi.. Pandai ayah.. Selain dari tu, bila nak beli kasut ayah ajar guna lengan. Seandainya tak pergi, ayah akan amik ukuran guna tali rafia. Mudah la dia nak agak saiz. Pandai kan..

Makan sotong macam tu la. Sebelom masuk mulut, jadi cincin dulu. Sebab suka mainla hidangan kami diasingkan dengan hidangan orang tua. Hehe.. 

Apa yang menarik dalam gambar atas ni? Ha.. Gerobok!! Benda macam almari dan berjaring tu la gerobok. Tau tak apa fungsi dia? Untuk simpan makanan yang dah siap masak.. Sekarang jarang dah jumpa. Satu lagi yang menarik ialah dapor kayu. Pernah merasa dekat rumah tok masa kecik-kecik dulu. Kena tiup-tiup.. Kena bersihkan abu.. Aish.. Manyak susah maa.. 

Sekian la sesi walk down the memory lane bersama Cik Yaya.. Penat menaip aih.. Nasib baik masa taip ni dok kat rumah.. Kalau x, banjirla.. Rindu!! Hehe.. Bye bye bye!!

Wednesday, 21 September 2016

Terakhir..

Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku

Berat bagiku

Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri...tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku..melepaskanmu...

Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu
Ku cuba pertahankan...

Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali mnguasai diriku ini

Oh tuhan
Kumahu yg terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku

~Terakhir-Sufian Suhaimi~

Image result for you are the last

Thursday, 1 September 2016

Monday, 16 May 2016

Another soul has reached the world..

Alhamdulillah.. Buat sekian kalinya, bertambah lagi ahli keluarga besar Cik Yaya.. Tanggal 15 Mei 2016 lahirkan cucu kedua dalam keluarga.. Nurul Humaira.. Selamat datang sayang.. Mak Long doakan yang terbaik untuk Humaira.. Semoga menjadi muslimah yang sejati.. Punyai jati diri.. Hamba Allah yang bertaqwa.. Anak, isteri, ibu, mak cik, nenek yang solehah.. Hehe.. Insha Allah..

Thursday, 24 March 2016

Kakak lawan adik..

Lawan bukan sebarang lawan..


Hehe.. Sambil main sambil ajar Haziq mengeja... Pemenang mesti korang dah boleh agak kan.. Malas la nak bagitau.. Kang riak pulak.. Haha.. Tengik sungguh.. Kuikuikui

Monday, 21 March 2016

Resepi ayam bakar berempah..

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam dipotong 4
2) 3 sudu besar serbok kari
3) 2 biji bawang besar
4) 3 ulas bawang putih
5) 4 batang serai
6) 2 inci lengkuas
7) 1 inci halia
8) 2 sudu besar jintan manis
9) 3 sudu besar ketumbar
10) Garam dan gula secukup rasa
11) Air secukupnya

Cara-cara:
1) Bersihkan ayam dan toskan
2) Kisar semua bahan lain sehingga menjadi pes (tambah air sikit-sikit)
3) Perapkan ayam bersama bahan kisar (2 jam pon dah ok..)
4) Sedia untuk dibakar




Muka budak tak sabar tunggu ayam bakar siap masak.. Hehe.. Selamat mencuba!!


Yang tiada galang gantinya...




Sentiasa dalam hati..
Sentiasa di sisi..
Kasih tersemat sampai mati..
Yang tiada galang ganti..