Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Sunday, 8 March 2020

Nurani

Baru-baru Cik Yaya iring pelajar ke satu program. Masa kat sana, berkenalan dengan sorang kawan dari sekolah lain.. Norita namanya.. Kebetulan kami sama-sama sampai ke kem dan sama-sama mendaftar. Macam berjanji pulak. Kami duduk sebilik bersama-sama pengiring lain. Yang menariknya perkenalan dengan Ita ni membuka mata Cik Yaya. Tentang kehidupan.. Rezeki, jodoh dan maut. Yelah, Allah temukan kita dengan orang lain sepanjang hidup ni untuk dua hal.. Sama ada kita ajarkan dia sesuatu atau pon kita belajar sesuatu. Semoga Ita tabah menghadapi hidup. Amin.. Cik Yaya tak mau cerita pasal kisah Ita kat sini.. Cuma Cik Yaya nak share satu lirik lagu yang Cik Yaya rasa cukup untuk korang faham kisah dia. Thanks berat kawan kerana berkongsi kisah hidupmu...


Lirik Nurani - Eisya



Dikala malam sepi bila kusendirian
Kisah silam datang menjelma
Walaupun semuanya telah berlaku
Tapi tetap segar didalam ingat9anku


Bila kukenang masa yang lalu
Airmataku membasahi pipi
Angin nan malam teman sejati
Untuk mengubati hatiku rindu padamu

Nurani...Kau lambang cintaku
Oh...Nurani...
Namamu sentiasa di hatiku sayang


Masih segar dalam ingatanku
Dihari pernikahan kita
Kucium tanganmu
Dan kau mengucup dahiku

Ku terasa sungguh bahagia
Kerana dapat hidup bersamamu
Moga kasih sayang kita
Kekal untuk selamanya

Tapi sedikit tak kuduga
Ia hanya sebentar saja
Kasih yang diikat telah terlerai juga


Semasa kepulanganmu
Kau ditimpa bencana
Kau tinggalkan diriku
Untuk selama-lamanya

Nurani
Nurani
Nurani ...
Oh... sayangku






Saturday, 24 March 2018

Mengidam laksa Sarawak

Tempat jatuh lagi dikenang, ini pulak tempat pertama posting.. Hehe.. Kita tukar sikit peribahasa tu.. Serius.. Kadang-kadang rindu bertamu di hati.. Teringat segala memori..  Bila skrol muka buku, membaca khabar yang disana, menitis air mata.. Bukan tak bersyukur dapat kembali ke pangkuan ayah bonda, tapi adat berpisah.. Jauh di mata dekat dihati. 4 tahun bukan singkat.. Banyak kenangan yang terpasak.. Allah.. Tentukanlah yang terbaik buat hambamu ini.. Amin..

Nasib dirumah masih ada pes laksa.. Dapatlah buat sendiri.. Versi sendiri sebabnya main campak segala yang perlu. Kalau nak ikutkan kena asing-asingkan.. Ahh.. Tak kisahla..  Janji bau dan rasa tu ada.. Asal sampai hajat di hati.. Alhamdulillah.. 


Saturday, 28 October 2017

Hikayat Abu Nawas

Masa cuti Deepavali hari tu, dengar ayah bergaduh manja dengan adik bongsu, Haziq. Tetiba ayah kata kat dia, "Hang ni macam Abu Nawas". Adik pon tanya siapa Abu Nawas tu? Cik Yaya pon  tak tau.. So, join sekali la. Ayah pon mula bercerita. Kisah Abu Nawas memikul masjid. Ada ke manusia yang mampu memikul masjid di atas belakangnya? Hmmm..

Suatu ketika dulu, ada seorang pemuda bernama Abu Nawas. Suatu hari, Abu Nawas mengaku di depan semua orang yang dia boleh memikul masjid di atas belakangnya. Semua orang kampungnya tak percaya. Yelah, masjid besarkan.. Berat pulak tu.. Tapi Si Abu Nawas ni masih bertegas yang dia mampu memikul masjid tu. Selepas berbalah sesama sendiri, Tok Imam pon membuat keputusan untuk meminta Abu Nawas membuktikan kata-katanya di hadapan orang kampung. "Wahai orang-orang kampung, esok Abu Nawas akan memikul masjid kita. Oleh itu, semua dijemput menyaksikankannya." 

Keesokannya, turunlah semua orang kampung ke masjid. Abu Nawas juga datang dengan gagah. Setelah dia sampai, Tok Imam meminta dia membuktikan kata-katanya. Abu Nawas senyum dan membuka bajunya. Kemudian dia berdiri dalam keadaan sedia untuk memikul. Lantas dia berkata, "Aku boleh memikul masjid ini dan aku telah bersedia. Sekarang, kamu semua angkatlah masjid ini dan letakkan di atas belakang badanku agar aku dapat memikulnya." Semua orang kampung tercengang. " Macam mana kami nak mengangkat masjid ini? Kami tak mampu. Kau sendiri saja yang angkat." Kata salah seorang dari mereka. "Mana boleh aku yang mengangkat dan aku juga yang memikul. Sedangkan orang yang memikul guni beras juga ada yang menolong mengangkatnya." Balas Abu Nawas. Orang kampung terdiam. Ada betulnya kata-kata Abu Nawas.

Akhirnya sampai ke sudah Abu Nawas tidak memikul masjid. Walaupun kata-katanya tak dapat dibuktikan, dia tidak dipersalahkan atau diejek kerana punca dia tidak dapat memikul masjid tersebut adalah kerana orang kampung sesndiri yang tidak dapat mengangkatnya. Oleh itu, tiada seorang pon orang kampung yang berani menidakkan kebolehan Abu Nawas memikul masjid.~Tamat~

Nampak tak permainan Abu Nawas. Bijak dan licik. Bagi Cik Yaya, ada dua pengajaran dari cerita ni. Pertama, kebodohan memang patut dibalas dengan kebodohan. Yang kedua, beruntunglah orang yang bijak bermain kata. Apa kaitan Abu Nawas ngan Haziq? Hmm.. Hat nombor dua tu kot. Suka sangat putar belit.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.

Dasar Haziq si Abu Nawas.. Hahaha..

P/s: Bijak sungguh orang yang mencipta cerita Abu Nawas ni. TERBAIK!!

Thursday, 14 September 2017

Emping padi..

Lamanya tak makannnn.... Rindu dengan rasa lemak, manis dan masin emping.. Alhamdulillah.. Cuti sekolah lepas ada rezeki, dapat makan. Mak ngan ayah belikan masa balik kampung kat Kedah.. 
Kata mak, emping ni selalu dia makan masa kecik-kecik dulu.. Fresh-fresh lagi.. Emping ni diperbuat dari padi pulut yang belom matang.. Dipetik dan ditumbuk.. Sebab tu jadi leper.. Lepas tu ditampi untuk buang hampas padi. Mak kata makan yang fresh lagi sedap.. Lembutttt... Jelesnya.. Nak rasa jugakkkk..

Inilah emping padi..

Digaul bersama kelapa parut, garam, gula dan sedikit air masak.

Tara!! Dah siap.. Sedap.. Emping ni ibarat oat versi melayu.. Tapi dijamin lebih sedap berbanding oat tu. Haha.. Sekian perkongsian... Bye bye bye!! (dibaca dengan nada Sin Chan). Hehe.. 





Sunday, 9 July 2017

Resepi agar-agar kering..

Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan dan hidayah dari Allah untuk membuat agar-agar kering. Agar-agar kering ni kegemaran mak dan ayah Cik Yaya.. Dah lama diorang tak makan.. Mak tak pandai buat sebab kata dia tak dak orang nak ajar.. Orang dulu-dulu suka berahsia resepi... Pernah sekali saja Cik Yaya terjumpa agar-agar kering masa belajar dekat USM dulu.. Cik Yaya pon belikan untuk mak. Masa tu Cik Yaya ingat mak saja yang suka.. Rupanya ayah pon suka jugak.. Itu cerita lebih 10 tahun yang  dulu.. Lepas tu tak pernah jumpa dah.. Sampaila mak cerita yang dia terjumpa orang jual agar-agar kering sebelum bulan puasa hari tu.. Tapi dia tak beli.. Bila Cik Yaya tanya, dia kata sebab mahal sangat.. Aih, geram pulak Cik Yaya dengar.. Jadi Cik Yaya pon search kat google.. Hmm... Ada rupanya resepi.. Puas hati.. Dah dua kali buatkan.. Masa puasa dan masa raya.. Tak hidang dekat orang pon.. Sebab nak bagi mak dan ayah makan puas-puas.. Sambil makan tu, macam-macam la cerita kenangan yang keluar.. Hehe.. Korang nak resepi tak? Boleh buat untuk mak, ayah, mak cik , pak cik, nenek, atok.. Mesti diorang suka.. Kuih raya tradisional.. Menggamit memori.. Hehe.. Meh nak share resepi meh.. Versi Cik Yaya.. Versi derhaka.. Sebab kurang manis.. Hehe..

Bahan-bahan 
1. 125g agar-agar bertali
2. 300g gula batu
3. 2kg gula pasir (Resepi asal 2400g gula)
4. 2600ml air
5. Pewarna makanan

Terbalik pon terbalik la.. hehe.. Pandai-pandaila korang nak hidup..

Cara-cara
1. Basuh agar-agar bertali.. Masukkan dalam periuk.
2. Masukkan air. Didihkan sampai larut.
3. Masukkan gula batu dan gula pasir.
4. Bila dah mendidih lagi, tutup api. Masukkan pewarna yang disukai dan tuang dalam bekas untuk disejukkan.


5. Bila dah sejuk, agar-agar jadi keras dan liat. 
6. Potong atau terap agar-agar ikut kesukaan. Letak atas dulang.



7. Jemur sampai kering. Bila kering akan nampak ada lapisan putih dekat permukaan agar-agar. Ambil masa dalam 4 @ 5 hari jugakla.. 


Tara!! Dah siap.. Hijau Kuning.. Hidup Kedah!! Hidup Kedah!! 😉😉

Yang ni kali kedua. Excited sebab menjadi..

Walaupon tak da perasa, bila makan rasa nak lagi.. Addicted.. Mungkin sebab dia rangup di bahagian luar, tapi lembut kat bahagian dalam.. Kreatif betul orang dulu-dulu.. Tabik spring.. Hehe.. Akhir kata.. Selamat mencuba!!😄😄




Monday, 22 May 2017

Sedih...


Dalam wassap family.. Ayah terjumpa foto-foto lama masa mengemas.. Siapa ni?


Siapa? Siapa? Hehe.. Cik Yaya la!! Comel kan.. Tu yang buat Cik Yaya sedih.. Sebab sekarang baby ni dah tak sempurna.. Sangat sedih.. Apa salah baby ni? Kenapa dia diuji sebegini? Sedih.. Mesti mak lagi sedih.. Anak yang dilahirkan sempurna dah tak sempurna lagi.. Satu persatu nikmat ditarik balik oleh sang pencipta.. Dalam redha kadang kala keluar juga rintihan.. Pertanyaan.. Kekesalan.. Sesungguhnya manusia itu lemah.. Cepat lupa.. Lupa dengan nikmat Allah.. Ya Allah, bantu aku Ya Allah.. Tetapkanlah hati ini.. Redhakanlah hati ini.. Amin... 




Wednesday, 5 April 2017

Alhamdulillah..

Syukur Ya Allah.. Atas ihsan Mu.. Atas segala nikmat yang kau berikan.. Syukur semuanya selamat... Thank you Allah.. Thank you Allah..