Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Wednesday, 18 November 2020

Halia

Good morning everyone!! Nampak bersemangat tak di situ.. Haha.. Nak cerita ni.. Hari ni lepas Subuh, Cik Yaya terus keluar berkebun. Tujuannya nak menuai halia. 2 hari lepas mak dengan ayah Cik Yaya datang rumah. Mereka kata boleh tuai dah halia tu sebab daun dia dah kering. Okey.. Semalam nak buat tak boleh sebab hujan seharian. Makanya, memerap dalam rumah. Malas nak keluar. Jadi misi ditunda ke hari ini. Selepas berhempas pulas mengeluarkan halia, inilah hasilnya..


Taraaa.. Cik Yaya siap timbang sebab teruja. Dalam 600g. Wahhhh.. Banyak ni.. Seronoknyaaa... Dalam hati dok fikir nak buat apa eh. Nak masak apa eh.. Tetiba..


Terjadilah ini.. Haha.. Nasi goreng halia muda.. Resepinya.. Bawang besar, bawang putih, halia dihiris dan ditumis. Masukkan belacan dan garam sedikit. Kalau nak pedas, boleh masukkan cili padi. Cik Yaya tak makan pedas. Halia pon dah cukup pedas dah. Lepas semua dah garing, masukkan nasi. Goreng sampai semua sebati. Dah nak sip, bolehla masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan telur mata kerbau. Sedapnya.. Makan di musim-musim hujan ni.. Alhamdulillah.. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Amin..

Sunday, 2 February 2020

Mini apam balik in the house!!

Dari semalam dok terbayang-bayang apam balik.. Check resipi kat youtube.. Check dapur, barang semua ada.. Tapi macam biasa la.. Versi derhaka resipi.. Haha

Bahan-bahan:
1) 3 cawan tepung gandum
2) 1 3/4 air
3) 1 biji telur
4) 1 sudu teh yis
5) 1/2 sudu teh soda bikarbonat
6) 1/2 cawan gula
7) Secubit garam
8) 3 sudu besar marjerin atau mentega yang dicairkan
9) Toppings

Cara-cara
1) Masukkan air, yis dan gula dalam 1 bekas. Kacau sebati. Biar 15 minit.
2) Satukan tepung, telur, garam dan soda bikarbonat dalam bekas lain.
3) Adun sebati kedua-dua bahan. Akhir sekali masukkan marjerin atau mentega cair.
4) Perapkan selama sejam.


Jadila macam ni..

Topping biasa je.. 

Bukak api slow.. Sebab masak sebelah je ni.. Kang api kuat bahagian bawah hangus, bahagian atas mentah.. Panaskan pan dan masukkan sesenduk adunan.. Kalau letak banyak, jadi tebal,.. Letak sikit, nipisla.. Tunggu sampai nampak buih2 muncul dipermukaan.

Kemudian, bolehla letak topping.. Lagi tamak lagi sedap.. Hahaha

Lepastu, lipat...


Taraaa.. 1 adunan resepi boleh dapat 13 mini apam balik.. Yummy!!

Selamat mencuba!!

Wednesday, 31 July 2019

Rumahku syurgaku

Yeyyyy.. Dah sambut ulang tahun pertama semalam.. Alhamdulillah.. Dah setahun masuk rumah.. Macam2 pengalaman baru ditempuh. Bila tengok sekeliling rumah, macam2 memori singgah.. Semoga, lagi banyak memori yang akan tercipta..

Bayangkan kalau rumah mak ngan ayah.. Mesti penuh memori.. Dengan anak2.. cucu2.. Sanak saudara.. Hmmm... Sebab tu orang tua2 rindu rumah kalau pergi mana2.. Cik Yaya dah paham semua tu.. Walaupon x de ayam itik kat rumah, x de pokok2, Cik Yaya pon rindu kat rumah ni..

Home sweet home!!

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..