Hari ni Cik Yaya nak share resepi kek batik 4 bahan yang tidak menggunakan MILO. Kita gunakan dark chocolate. Sedap yang amat... Lagi sedap dan lagi mudah..
Bahan-bahan:
- Biskut marie - 300 g
- Susu full cream- 200 ml/secawan
- Dark chocolate/ coklat masakan-250g
- Mentega-50g
Cara-caranya:
- Patah-patahkan biskut marie dan ketepikan
- Dalam kuali, didihkan susu. Bila dah mendidih, kecilkan api
- Kemudian, masukkan mentega dan coklat. Kacau perlahan-lahan sampai semua cair dan sebati
- Tutup api dan masukkan kepingan biskut marie. Kacau sehingga semua bahagian biskut disaluti coklat
- Masukkan dalam bekas dan tekan-tekan supaya padat. Biarkan sejuk.
Dah siap.. Kalau boleh biar set semalaman atau beberapa jam sebelum makan. Letak dalam peti sejuk boleh, kat luar pon boleh. Nanti biskut akan jadi lembut dan rasa bercoklat. Nyumnyum.. Selamat mencuba!!
Comot! Hahaha
No comments:
Post a Comment