Sunday, 18 October 2020

Resepi tart nanas

Hari ni hari Ahad.. Cik Yaya bangun jam 5.30 pagi sebab dah terbiasa. Lepas subuh, golek-golek atas katil sambil layan facebook. Bosan.. Tup-tup teringat nak buat tart nanas. Projek tertangguh yang berbulan-bulan dah. Semua barang-barang dah ada. Terus cek resepi kat youtube. 


Bahan-bahan

-Inti jem nanas secukupnya-dalam 600g.

-500g tepung gandum

-325g mentega

-3 biji kuning telur (2 untuk adunan dan 1 lagi untuk eggwash)

-25g gula aising

-50g susu pekat manis

-1 sudu teh esen vanilla

-paper cup secukupnya-dalam 100 biji


Cara-cara

1. Timbang 6g jem nanas dan bulatkan. Letak tepi. Gigihla Cik Yaya menimbang..


2. Putar mentega dengan gula aising dan susu pekat sampai sebati. Kemudian, masukkan 2 biji kuning telur dan esen vanilla. Kacau sebati. Akhir sekali, masukkan tepung gandum. Uli sampai tak melekat kat tangan dan jadi doh.


3. Timbang doh seberat 11g. Timbang lagi!


4. Tekan leper doh dan masukkan inti jem nanas.


5. Bulatkan dan masukkan dalam paper cup. Sama je bentuknya.. Hasil timbang menimbang yang gigih.. Hehe


6. Sebelum masuk dalam oven, kena sapu dengan eggwash (1 biji telur kuning dengan 1 sudu besar air/susu). Nak cantik, sapula 2 kali. Tapi Cik Yaya sapu sekali ja.. Tu pon, tenyeh-tenyeh dengan sudu ja.. Tak dak berus. Oven pula kena panaskan dulu. Guna suhu yang korang biasa untuk bakar kek dan kuih raya.  Suhu yang Cik Yaya guna bagi oven Cik Yaya ialan 130 °C.


Ni hasil selepas keluar dari oven. Biarkan sejuk, kemudian bolehlah masuk dalam balang. Resepi ni menghasilkan 90 biji tart nanas. Memang sedap.. Cair dimulut... Korang boleh cuba dan rasai kenikmatannya.. Hehe.. Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment