Showing posts with label the love of my life. Show all posts
Showing posts with label the love of my life. Show all posts

Saturday, 4 November 2023

Old habits die hard

Dah tiga hari Cik Yaya menahan diri dari mengucapkan benda ni.. Tersiksanyaaa. Cik Yaya tak dapat nak menahan diri lagi. Cik Yaya nak ucapkan jugakkkk

Selamat Hari Lahirrrr!! Happy belated birthdayyy!!

Lega!!

Ya! Selamat hari lahir buat kamu. Insan pertama dan satu-satunya yang berjaya menakluk hati ini. Insan pertama yang mengajar erti cinta, kepedulian dan kerinduan.

Ada orang yang kata, Cik Yaya dah mensia-siakan diri kerana tak mencari pengganti. Tak pernah move on dari dia. Bodoh kerana terus mengenang benda yang dah lepas. Menolak jodoh. Membazir masa muda. Tapi, mulut-mulut tu tak pernah tahu apa yang berlaku antara kami. Mulut-mulut tu tak rasa apa yang Cik Yaya rasa. Tak melalui apa yang Cik Yaya lalui. Tak pernah mengenal dia.

Dia ialah si alpha yang belum ada pengganti. Dia orang pertama yang pursue Cik Yaya. Usaha dia, cara dia, keberanian dia, semua buat Cik Yaya menyerah. Dialah satu-satunya yang berjaya melembutkan hati ni. Pemikiran dia, tindakan dia, kata-kata yang keluar dari mulut dia, semuanya buat Cik Yaya rasa selamat, dihargai dan yang paling penting mencairkan ego dan kebodohan yang ada dalam diri ini. Conquered me! Dia dah menjadi penanda aras dalam hidup Cik Yaya. Yang datang selepas dia tak de ciri-ciri tu. With them, I’d always been chosen but never pursued.

Cik Yaya yakin, segala yang berlaku bukan sia-sia. Allah Maha Mengetahui. Kita merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Tiada satu pun hal yang berlaku dalam hidup ni tanpa keizinan Allah SWT. InsyaAllah.. Ini jalan hidup yang tertulis untuk Cik Yaya. Dan manusia tidak akan diuji oleh Allah SWT lebih dari kemampuan dirinya. Cik yaya ada banyak lagi rahmat yang perlu disyukuri. Kalau diikutkan, broken heart ni bukanlah dugaan yang besar sangat kan? Ada yang lagi berat dari ni. Alhamdulillah.. Syukur atas segala ketentuannya. Tak dinafikan, ada fasa-fasa Cik Yaya rasa ianya amat berat dan mempersoalkan takdir ni, Cik Yaya khilaf sebagai manusia biasa yang menerima dugaan. Ampunkan Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa kami.. Amiiiin.

Lega!!

Lega sekali lagi sebab dapat meluahkan rasa yang dirasa. Hahahaha



Sunday, 11 June 2023

Not you

Song by Alan Walker and Emma Steinbakken


In my life, in my mind

Where I make up stories all the time

And I pretend that I am not someone

Left to face the world alone

Lately I'm not the same

I've found a stranger calling out my name

Have a feeling you would be so proud

And he's gon' need me now

But he's not you

He's not you

He will never be you

Photobook with my mistakes

Promises that we never got to make

All the things I wanna talk about

Hard to say it to myself

Wintertime, once again

In the snow I can see just where I've been

How far I've made it in the world so cold

Where I have everything

But he's not you

He's not you

He will never be you

But he's not you

He's not you

He will never be you



Monday, 26 December 2022

Selamat datang sayang..

Anak saudara ke 7 dan 8 telah selamat hadir dalam kehidupan kami.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..



Nurul Haifa hadir 7 Oktober yang lalu.. Dah nak masuk 3 bulan dah usianya... Alhamdulillah, membesar dengan sihat dan comel...


Yey! Hero nombor 3.. Alhamdulillah, Muhammad Deniz Farhat selamat dilahirkan 6 Disember lepas.. Yang ni mak long belum dapat pangku, peluk cium lagi.. Hehe.. InsyaAllah.. Tunggu ye...

Semoga membesar dengan bijak, sihat dan kuat.. Semoga menjadi mujahid dan mujahidah agama dan bangsa.. Aamiin...❤️❤️❤️



Tuesday, 26 July 2022

Sunset or sunrise?

 


Dulu masa kecik-kecik kan, Cik Yaya ngan angah suka nau tengok awan. Bila balik sekolah tadika, kami akan bukak baju pakai seluar pendek, pegang susu sorang sebotol,  amik bantal, pastu baring kat beranda rumah, tengok langit, tengok awan. Itula rutin kami hari-hari. Bertahun jugakla.. 

Apa yang bestnya tengok awan ni? Kami berimaginasi. Macam-macam bentuk ada kat awan.

'Tengok awan tu, macam bentuk kura-kura'

'Aah, yang tu kepala dia, tu ekoq dia, kaki dia'

'Hang tengok belah ni pulak. Nampak macam burger la'

Tula perbualan kami. Kadang-kadang angah nampak, Cik Yaya tak nampak. Dan sebaliknya..  Bila angin bertiup, awan pon bergerak sama. Munculla bentuk-bentuk yang lain pulak. Habisla susu sebotol. Kadang-kadang sampai terlena kat beranda tu. Kalau tak tertidur, kami menconteng. Melukis, mewarna, menulis A B C 1 2 3. 

Kenapa tak tonton TV? Masa tu mana ada bekalan elektrik lagi.. Ada radio yang pakai bateri ja kat rumah.. Ayah punya. Kami pon tak pandai nak dengar lagu lagi masa tu. 

Indahnya kenangan... Terima kasih Allah...



So, is it sunset or sunrise? Tiberr

Wednesday, 4 May 2022

Salam Aidilfitri 1443H

Dah raya ke tiga.. Sekejap je masa berlalu. Dek kesibukan kerja dan masalah kesihatan, Cik Yaya rasa macam Ramadhan tahun ni berlalu sekelip mata.. Ruginya.. 

Adakah itu puncanya Cik Yaya macam tak ada perasaan langsung nak sambut raya? Memang taun-taun lepas pon rasa gini tapi, tahun ni bertambah kuat perasaan tu. Agak menakutkan.. Masalah hilang rasa Cik Yaya makin parah.. Perasaan, dimanakah kamu? Kembalilahhhh.. 

Salah satu cara nak kembalikan perasaaan yang Cik Yaya dapat fikir ialah dengan mendengar takbir raya.. Syahdu.. Cik Yaya harap sangat akan berjaya.. Tapi masih dalam proses.. 


Alhamdulillah, raya tahun ni disambut dengan semua ahli keluarga.. Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Penuh rumah.. Walau pon Cik Yaya introvert, Cik Yaya cuba sedaya upaya untuk luangkan masa dengan diorang. Bersembang dan bergurau senda. Payah tapi usaha juga. Hanya introvert saja yang faham..


Nasib baikla jumpa tips ni.. Banyak masa Cik Yaya habiskan untuk main dengan anak saudara. Banyak membantu. Nasib ada diorang.. Apa-apa pon, 




Selamat hari raya semua!! 
Happy eid mubarak!!
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
Thank you Allah..


Saturday, 30 April 2022

Let Her Go...

LET HER GO

~PASSENGER~


Well, you only need the light when it's burning low

Only miss the sun when it starts to snow

Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low

Only hate the road when you're missing home

Only know you love her when you let her go

And you let her go

Staring at the bottom of your glass

Hoping one day you'll make a dream last

But dreams come slow, and they go so fast

You see her when you close your eyes

Maybe one day, you'll understand why

Everything you touch surely dies

But you only need the light when it's burning low

Only miss the sun when it starts to snow

Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low

Only hate the road when you're missing home

Only know you love her when you let her go

Staring at the ceiling in the dark

Same old empty feeling in your heart

'Cause love comes slow, and it goes so fast

Well, you see her when you fall asleep

But never to touch and never to keep

'Cause you loved her too much, and you dived too deep

Well, you only need the light when it's burning low

Only miss the sun when it starts to snow

Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low

Only hate the road when you're missing home

Only know you love her when you let her go

And you let her go

Oh, oh, mm, oh

And you let her go

Oh, oh, uh, uh

Well, you let her go

'Cause you only need the light when it's burning low

Only miss the sun when it starts to snow

Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low

Only hate the road when you're missing home

Only know you love her when you let her go

'Cause you only need the light when it's burning low

Only miss the sun when it starts to snow

Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low

Only hate the road when you're missing home

Only know you love her when you let her go

And you let her go



Sunday, 13 February 2022

Adorable!

 



Cuteeeee! Kejutan terbaik di hari Ahad. Selepas berhempas pulas dengan hari-hari yang sangat memenatkan minggu ni.. Terharu sangat.. Terima kasih Allah atas segalanya.. Atas persahabatan.. Atas segala kebaikan.. Atas segala pemberian.. Thank you, thank you Allah..


Syukur Alhamdulillah..

Thursday, 20 January 2022

Lukisan

Alkisahnya lepas sekolah, pergi teman kawan ke Mr.DIY. Nampak lukisan ni dan terus pegang tak lepas.. Haha.. Perempuan sangat!! Simple but nice. Ayat dia macam pervert sikit kan.. What to do? Please forgive my perverted mind. Haha.. 



Ada dua lagi lukisan yang mewarnai rumah kecil Cik Yaya. Yang atas tu dilukis oleh kakak Hasha, yang bawah pulak kakak Hana. Cuti sekolah yang lepas, diorang datang rumah dan buat lukisan ni. Ingat lagi macam mana lukisan-lukisan ni terhasil. Bermula dengan beberapa pertanyaan...

  • Mana Pak Long? (Adoi, rasa tertembak kat dada)
  • Rumah Mak Long tak de baby ke? Kakak ke? Abang ke? (Tertembak kaki kanan pula, tempang aku!)
  • Rumah Mak Long tak de toys ke? (Arghh kaki kiri! Mak Long hampa rebah, tewas!)
Haha... Kesudahannya, minta kertas ngan warna. Nasib yang tu ada. Maka fokuslah dua beradik tu menghasilkan lukisan agung mereka. Sementara Mak Long mencari-cari jawapan bijak pada pertanyaan-pertanyaan panas hampa.

Hehe.. Takdela.. Cik Yaya faham kenapa diorang bertanya. Anak-anak saudara dah membesar, dah tahu berfikir. Tak de siapa yang ajar atau suruh pon.. Fitrah anak kecil. Kalau ada benda yang diluar kebiasaan, mesti diorang jadi nak tahu. Biasanya, bila pergi berziarah mesti rumah orang berfamily.. Ada semua yang mereka tanya tu. Lengkap. Tapi bila pergi rumah Mak Long, lompong! Haha.. 

Jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan tu mudah saja.. Jawapannya, Mak Long is special! Penjelasannya akan Mak Long bagi bila hampa berdua dah berakal nanti.. Bila hampa dah dapat memahami erti kehidupan dan perempuan. 

Terima kasih sebab menghidupkan rumah Mak Long dengan lukisan hampa. I really cherish them.. 🥰🥰😍🥰🥰

Alhamdulillah.. Dah 6 orang.. Semoga membesar dengan sihat, baik, bijak dan soleh solehah.. Aamiin...

Friday, 24 December 2021

Masih jelas

Masih Jelas

Hafiz Suip


Beralih
Musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi 

Penjara
Hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda yang dilanda kehilangan

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku


Ratib sendu
Bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranamu keranaku dipisahkan

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat ku masih ada
Kau bertakhta di hatiku

Beralih
Musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi
Dikau pergi

(T_T)




Wednesday, 8 December 2021

Terbiasa

Sungguh!

Cinta itu kebiasaan

Terbiasa ada

Terbiasa buat

Terbiasa di situ

Terbiasa, terbiasa, terbiasa

Segalanya terbiasa!



Sedang mencari kebiasaan di sini... 


Monday, 1 November 2021

Selamat hari lahir dan...

SAYONARA DAISUKINA HITO
By Hana Hana


Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
The one I still love the most

It's very frustrating
It's very sad
You won't return anymore
But still, you are the one I love the most

I can't forget anything
I can't throw away anything
I hate being so miserable
pitiful and weak

Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
Always  the one I love the most
Always always the one I love the most

I won't cry now
Please don't cry now
Our hearts will grow apart
But you are still the one I love the most

This is the end, I tell myself
Until the end, I tell myself
Tears, stop!
So you will remember my last smile

Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
Always  the one I love the most
Always always the one I love the most
Always always always the one I love the most


Literally this is me, that night.. Do you still remember??

Sunday, 10 October 2021

Rindu tak berpenghujung

Beberapa hari lepas, Cik Yaya bermimpi arwah tok. Dalam mimpi tu, Cik Yaya tengah bersembang dengan ayah, tok, dan beberapa ahli keluarga lain..  Satu suasana yang amat dirindui. Tapikan.. tengah-tengah bersembang dalam mimpi tu, timbul kesedaran yang tok dah takde dalam dunia ni.. Cik Yaya tersedar yang itu hanyalah mainan syaitan. Terus Cik Yaya menangis teresak-esak sambil pandang wajah yang memyerupai tok tu. Rinduu.. Lepas tu Cik Yaya terjaga dari tidur dalam keadaan menangis teresak-esak dan terasa pedih sangat hati ni. Mimpi yang paling memyedihkan.. Sama macam Cik Yaya mimpikan si dia dulu.. 

Rindu yang tak berpenghujung... Al-Fatihah buat tok.. Dan semua yang telah pergi.. Nanti.kita jumpa lagi... InsyaAllah..



Friday, 24 September 2021

It's all because of you! ....and the foolish me...

Because Of You
Kelly Clarkson

I will not make the same mistakes that you did
I will not let myself
Cause my heart so much misery
I will not break the way you did
You fell so hard
I've learned the hard way
To never let it get that far

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I lose my way
And it's not too long before you point it out
I cannot cry
Because I know that's weakness in your eyes
I'm forced to fake
A smile, a laugh every day of my life
My heart can't possibly break
When it wasn't even whole to start with

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I watched you die
I heard you cry every night in your sleep
I was so young
You should have known better than to lean on me
You never thought of anyone else
You just saw your pain
And now I cry in the middle of the night
For the same damn thing

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I try my hardest just to forget everything
Because of you
I don't know how to let anyone else in
Because of you
I'm ashamed of my life because it's empty
Because of you
I am afraid

Because of you (oh)
Because of you (mm, oh)




Thursday, 16 September 2021

Mak yang biasa

Aku yang pertama untuk dia. Bermula gelaran 'mak' bila hadirnya aku ke dunia. Pengalaman yang pertama tak pernah mudah kan... Dalam hidup, banyak kesilapan, kekesalan, tapi banyak juga kebahagian yang tercipta. Itu resmi dunia..

Dia anak kedua dari tiga adik beradik.. Itu yang seibu seayah.. Tapi dia ada banyak kakak dan abang yang seibu atau seayah.. Cik Yaya pon tak kenal semua. Walaupon hidup serba kekurangan, dia membesar bahagia. Dimanja dan disayangi semua.. Alhamdulillah.. 

Cik Yaya anak sulung dan satu-satunya anak perempuan. Orang kata, kakak ni ibarat emak kedua bagi adik-adik. Bila fikir balik, macam betul je.. Apa yang mak buat, Cik Yaya akan buat sama. Sampaila, Cik Yaya kena buat benda tu sendiri. Mak sibuk menguruskan adik-adik. Cik Yaya la yang bantu sama menguruskan. Banyak sangat pengalaman bersama-sama mak.. Terutamanya di dapur.. Banyak ilmu yang Cik Yaya belajar.. Masak memasak, buat kuih muih dan mengait.. semua dari mak.

Mak sama dengan mak-mak lain dalam dunia. Membebel, marah, cerewet, itu perkara biasa. Pandai menguruskan rumah tangga... Pandai memasak? Itu pasti! Masakan seorang ibu tak pernah gagal di tekak anak-anaknya kan.. Itu juga biasa.. Yang biasa lagi ialah kasih sayang mereka. Biasanya tiada sempadan, tiada had. Marah hanya seketika. Dendam tak pernah wujud... Sebesar mana pon anak, tetap 'anak' di hati seorang mak.. Mak memang mak yang biasa..

Hari ni hari lahir mak yang ke 60 tahun.. 

Selamat hari lahir mak.. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati Allah SWT selalu.. 

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, Kau jagalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menjaga aku sewaktu aku masih kecil.. Aamiin... 




Antara kegemaran mak yang baru Cik Yaya sedar..
1. Brownies
2. Udang
3. Durian
4. Coklat

Kenapa baru sekarang tahu? Apa lagi yang tak tahu? 😢😢 Sebak pulak bila fikir...


Sunday, 5 September 2021

Ayahku






Bila balik kampung, macam-macam ayah sediakan.. Tanya nak makan apa? Nak ulam apa? Nak air kelapa? Sebut je nak apa, InsyaAllah dapat.. Kalau boleh, semua kesukaan Cik Yaya akan dia adakan.. Itulah salah satu faktor yang nenyebabkan anak dara dia ni membesar dengan jayanya..  

Markas kami di dapur. Sambil makan, sambil bersembang macam-macam.. Haha.. Kadang-kadang, keluar cerita lama dia. Zaman dia kecik-kecik.. Cerita tentang saudara mara, kawan-kawan dia, sekolah dia, cikgu dia.. Segala pengalaman dia.. Ada cerita yang dah berulang kali Cik Yaya dengar. Tapi tetap dengar! Haha.. Kadang-kadang ada persaingan bercerita antara dia dan mak.. Tak tau nak dengar yang mana satu.. Cik Yaya faham sangat peribahasa 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'. Haha..

Banyak betul pengalaman dengan dia.. Pergi ke sana sini.. Buat itu ini.. Terima kasih ayah.. 😭😭😭😭😭😭😭 Sebagai anak sulung, Cik Yaya menyaksikan segala keperitan dan kesusahan ayah dan mak.. Ya Allah, Kau kurniakanlah Syurga-Mu pada kedua ibubapaku.. Kau ampunkanlah dosa-dosa mereka.. Sesungguhnya hanya Kau yang dapat membalas segala kebaikan mereka..  Aaamiiin.. 

Semoga Allah panjangkan umur mak dan ayah.. Semoga dapat kami berbakti dan berkongsi rezeki.. Aaamiiin... 
 

Jambangan bunga termahal dari seorang ayah.. 😭😭😭


Monday, 5 July 2021

I never forget...

Eyes On Me
Song by Faye Wong

Whenever sang my songs
On the stage, on my own
Whenever said my words
Wishing they would be heard
I saw you smiling at me
Was it real or just my fantasy
You'd always be there in the corner
Of this tiny little bar

My last night here for you
Same old songs, just once more
My last night here with you?
Maybe yes, maybe no
I kind of liked it your way
How you shyly placed your eyes on me
Oh, did you ever know?
That I had mine on you

Darling, so there you are
With that look on your face
As if you're never hurt
As if you're never down
Shall I be the one for you
Who pinches you softly but sure
If frown is shown then
I will know that you are no dreamer

So let me come to you
Closest I wanna be
Close enough for me
To feel your heart beating fast
And stay there as I whisper
How I love your peaceful eyes on me
Did you ever know
That I had mine on you

Darling, so share with me
Your love if you have enough
Your tears if you're holding back
Or pain if that's what it is
How can I let you know
I'm more than the dress and the voice
Just reach me out then
You will know that you're not dreaming

Darling, so there you are
With that look on your face
As if you're never hurt
As if you're never down
Shall I be the one for you
Who pinches you softly but sure
If frown is shown then
I will know that you are no dreamer
I will know that you are no dreamer