Tadi pergi beli fail putih untuk kegunaan sekolah. Jenama HATA. Tetiba teringat satu drama Jepun bertajuk With Love. Kisah percintaan Takashi dan Amane. Cerita dia bermula bila Takashi seorang pemuzik tersalah hantar fail muzik dia ke email Amane. Amane ni kerja kat bank. Takashi guna nama email Hata. Amane guna nama email Teruterubozu. Masa tu, Cik Yaya tak tau apa pon pasal komputer ke, internet ke.. Jauh sekali nak ada email. Haha..
Okey, lepas salah hantar tu mula la perkenalan depa. Who are you? Hata kata dia dok Amerika. Walhal, sebenarnya depa ni selalu berselisih. Sama-sama dok di Jepun dan dekat je sebenarnya dalam kehidupan sebenar. Lama-lama dok berbalas email, jatuh cinta. So sweeeeeeet...
Ni la antara drama Jepun yang Cik Yaya layan masa sekolah menengah sampai ke universiti.. Siap beli CD okey.. Ada lagi ni haaa... Tak ingat dah berapa ringgit. Tapi rasanya ada dalam RM30 lebih. Kira mahal la waktu tu.. Dok belajar lagi.. Tapi sanggupppp!!
Drama lain yang Cik Yaya suka ialah Great Teacher Onizuka (GTO), Beatiful Life π€§π€§π€§ππππ, Pride, dan Beach Boys. Takuya Kimura, Takeshi Sorimachi dan Yutaka Takenochi adalah heart throb masa tu. πππ Selera Asian saya tak pernah berubah.. Selalu drama tu ditayangkan waktu petang. Dalam jam 5 atau 6 macam tu. Sanggup berhenti main. Haha.. Adik Cik Yaya pon join sekali.
Okey, balik semula ke With Love. Antara benda menarik dalam cerita ni pada pandangan Cik Yaya ialah
Tentang cinta antara 2 manusia yang berbeza karakter. Seorang yang agak playboy dan seorang yang sangat lurus. Nerd. Seronok tengok watak tu berkembang dan menyerlahkan sifat sebenar, seiring cinta diorang.
Tentang fitrah manusia yang nak berkawan supaya dapat meluahkan perasaan antara satu sama lain. Yelah, kadang-kadang letih dengan masalah dan cabaran hidup. Bila dapat diluah, rasa ringan sikit. Saling memberi semangat dan nasihat. Itu yang 2 watak ni buat. Dan segala luahan tu menjadi rahsia diorang berdua je.. Sweet!
Tentang cinta jarak jauh. Kepercayaan dan kejujuran bila pasangan dok jauh.
Tentang cinta sejati. Walaupon dua-dua watak ni ada pasangan masing-masing pada awal cerita, tapi takdir dan jodoh diorang lagi kuat.
Paling best dalam cerita With Love ni ialah Ost dia. My Little Lover tajuk dia. Rasa macam tengah terbang je bila dengar lagu ni.. Haha.. Satu lagi ialah melodi Once In A Blue Moon. Itula fail muzik yang Hata tersalah hantar pada Teruterubozu. Merdu sangat.... Tenang je bila dengar.. Jap nak share..
Aaaaa... Teringat kenangan lama. Sebenarnya, Cik Yaya kongsi apa yang Cik Yaya ingat ja.. Kalau ada yang tersalah info, maafkan saya ye.. Lama sangat dah tengok cerita ni.. Tetiba terasa nak tengok semula drama ni. Rindu pulak.. Haha.. Jom layan sama-sama!
Semenjak dok rumah mak ni, rajin pulak nak memasak. Segala benda nak di cuba..
Believe it or not, chang is in the house!!! Haha.. Nampak tak kegigihannya di situ. Rare kan? Kan? Hmm.. Nampak macam sama tapi tak sama.. Rasa macam sama tapi tak sama jugak.. Huhu.. Okla.. Dapat hilangkan mengidam.. Susah gila nak balut.. Bila rebus asik terburai ja.. Kena banyak praktis lagi ni.. Jiayou!!
Tahu dak ni apa? Ha.. Ni la ketupat sotong. Perghh.. Asik menjengah resepi di dinding muka buku. Jadi Cik Yaya pon buat la.. Resepi yang Cik Yaya cuba ni adalah kacukkan ketupat sotong Terengganu dan ketupat sotong Kelantan.. Apa rasa? Malas nak cerita la hai. Apa kata korang google ja resepi tu, lepas tu buat dan rasa sendiri. Haha.. Kejam dak?
Uish.. Kuih feveret nih.. Kuih dangai.. Selalunya pi beli kat pasar malam ja.. Tapi buat sendiri lagi puas hati wei.. Mudah pulak tu.. Memang rare!! Sebiji nyok untuk sebiji dangai. Acuan pon tak dak. Cik Yaya belasah dalam periuk ajaib saja. Macam biasala.. Rupa tu tak penting. Apa yang penting? Kerjasama. Eh, salah. Yang penting RASA!! Hehe..
Yang bergulung-gulung berwarna-warni tu namanya filamen.. Yang warna biru tula 3D pen.. Cik Yaya beli semua ni kat Lazada.. Ni pon puas pilih hat paling murah.. Hehe.. Bukan apa.. Value for money.. Kuangkuangkuang..
3D pen ni pakai elektrik. Senang ja nak guna dia.. Tapi tak maula terang.. Baca ja manual.. Kompem paham.. Konsep dia senang ja.. Apa saja yang korang lukis, akan jadi nyata dalam bentuk 3D.. Boleh dipegang.. Jadi produk siap.. Best kan.. Bagaimana caranya? Filamen akan mencair dan keluar macam glue stick pada hot glue gun.. Bezanya ia berwarna-warni dan cepat mengeras.. Masa melukis, filamen yang cair tu bertindak sebagai dakwat.. Lagi banyak warna filamen, lagi banyakla variasi warna pada produk kita.. Kalau korang tak paham penerangan Cik Yaya ni, silalah bukak youtube dan search '3D pen'.
Ok sekarang nak tunjuk pulak hasil kerja pertama Cik Yaya.. Tapi kena janji korang takkan gelakkan.. Korang kena faham.. Ini kali pertama okeyyy.. Dan kali pertama tak pernah mudah.. Betul kan? Haha..
Nah.. Tudia... Rama-rama special. Sebab apa special? Hmm.. Sebab saiz dia besaq sebelah, kecik sebelah.. Haha.. But, I am very proud of myself..ππ Tak dak orang yang dapat buat satu lagi rama-rama macam ni dalam dunia ni.. This is a masterpiece. The only in the world okeyy.. Haha.. Tak percaya? Kalau tak percaya, pi la carik 3D pen dan cuba la buat sendiri.. ππ Cik Yaya yakin, takkan dapat punya.. Sebab.. Cik Yaya sendirik pon tak dapat buat jugak.. Haha..π π Ok, bye.