Showing posts with label Pencuci mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci mulut. Show all posts

Wednesday, 3 January 2018

Projek Haziq




Doakan projek kami berjaya.. Hehe.. jiayouu!!

Friday, 6 October 2017

Delima





Hadiah dari seorang kawan atas bantuan yang Cik Yaya hulurkan pada dia.. Rezeki dari Allah.. Tq Allah.. Macam permata.. Manis rasanya.. Alhamdulillah.. 

Friday, 2 December 2016

Resepi Kek Lemon

Lama sangat tak mencuba resepi baru. Hari ini Cik Yaya nak berkongsi resepi kek lemon bersama topping lemon curd. Sedap.. Di jamin sebab Cik Yaya sendiri dah cuba..

Bahan-bahan kek
  1. 230g mentega
  2. 200g gula kastor
  3. 260g tepung gandum
  4. 4 biji telur
  5. 1 biji lemon (untuk mendapatkan parutan kulit lemon dan jus)
  6. 1 sudu teh baking powder
  7. 1 sudu teh soda bikarbonat
  8. 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara membuat kek
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula sehingga kembang (pucat).
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar.
  4. Masukkan parutan kulit lemon dan jus lemon.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sebati.
  6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing.
  7. Biarkan sejuk.


Bahan-bahan lemon curd
  1. 3 biji telur
  2. 3/4 cawan gula
  3. 2 sudu besar mentega
  4. 1 biji lemon (untuk mendapatkan parutan kulit lemon dan jus)
Cara-cara 
  1. Sediakan double boiler (seperti yang kita gunakan untuk mencairkan kepingan coklat)
  2. Masukkan telur dan gula. Kacau menggunakan whisk.
  3. Setelah gula hancur, masukkan mentega, parutan kulit lemon dan jus lemon.
  4. Kacau sehingga pekat. Tutup api dan sejukkan.


Cara-cara menghidang
  1. Bahagikan kek kepada 2 lapis.
  2. Sapukan lemon curd pada lapisan pertama dan letakkan lapisan kedua.
  3. Lapiskan bahagian atas kek dengan lemon curd.
  4. Siap...

Selamat mencuba!!😉😉

Sunday, 24 July 2016

Resepi agar-agar oreo

Resepi agar-agar oreo

Bahan-bahan:
1) 1 paket agar-agar
2) 2 paket panjang oreo
3) 1 tin susu sejat
4) 1/2 tin susu pekat manis
5) secubit garam
6) air

Cara-cara:
1) Pisahkan krim oreo dengan biskutnya.
2) Patahkan biskut oreo
3) Basuh agar-agar dan masukkan dalam periuk
4) Masukkan air.. Selalunya Cik Yaya guna plastik agar-agar untuk sukat. Dalam 1 plastik air..
5) Bila dah larut, masukkan krim oreo, secubit garam, susu sejat dan susu pekat manis.
6) Bila dah mendidih sekali lagi, masukkan dalam bekas..
7) Masukkan biskut oreo. Tenggelamkan biskut pada permukaan agar-agar..

Dah siap.. Tunggu agar-agar mengeras dan sejukkan dalam peti ais..


Selamat mencuba!!



Friday, 6 November 2015

Ngidam nak makan bubur assyura...

Sedihnya... Dah la dok jauh di perantauan.. Sibuk pulak tu... Huhu.. Akhirnya, selepas dua minggu mengidam, hari ni baru dapat mengabulkan hajat untuk makan bubur assyura.. Hari ni free.. Pagi-pagi  lagi bangun, masak bubur assyura.. 



Buat sikit ja sebab belanga kecik.. First time buat sendiri.. Biasanya buat dengan mak berdua.. Jadi co-chef aka tukang kacau.. Hehe.. Kali ni kena buat semua sendiri.. Tapi tetap telefon mak dan ayah  dulu sebelum buat untuk dapatkan petua.. Lepas dah siap, telepon lagi.. Mereport!!

Rindu!! Rindu!! Rindu!! Rindu!! Rindu!! Rindu!! Rindu!! Rindu!! Rindu!! Rindu!! Rindu!! Rindu!! Sob-sob.. (T_T) Menitik air mata bila makan.. Uwaaa.. Sabarlah hati, jangan bersedih.. Semua pasti ada hikmah dari-Nya...

Monday, 12 January 2015

Resepi Puding Roti Cheese Berkismis



Kali pertama Cik Yaya buat nih... Sangat sedap.. Meh kita belajar sama-sama...

Bahan-bahan..

1. 12 keping roti di carik 4
2. 2 cawan susu segar
3. 1/2 cawan gula
4. 1 sudu besar mentega
5. 1/4 sudu kecil garam
6. 3 biji telur di pukul dengan garfu
7. esen vanilla
8. serbuk kayu manis
9. kismis (kuantiti ikut suka)
10. Keju cheddar ( kuantiti pun ikut suka)


Cara-cara

1. Panaskan susu dengan mentega, serbuk kayu manis, esen vanilla, garam dan gula sehingga hampir mendidih dan tutupkan api.
2. Kacau rata dan masukkan roti.
3. Akhir sekali, masukkan telur.
4. Tuang kedalam loyang yang telah digris dengan mentega dan tepung.
5. Taburkan kismis.
6. Parutkan keju cheddar.
7. Bakar secara steam bath. (Loyang dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi air mendidih)
8. Sejukkan dan sedia untuk dihidang..


Selamat mencuba... Yummy-yummy!