Tuesday, 5 December 2017

Mak melayan Korea


Ha.. Cuba teka mak Cik Yaya tengah layan cerita apa? Haha.. Jangan main-main.. K2 tu.. Haha.. Mak Cik Yaya selalu kagum dengan watak utama yang mesti cinta mati dekat pasangan depa. Datangla orang ketiga yang cantik macam bidadari ka, macam bidadara ka.. Tetap tak berubah hati.. Kan.. Memang la mak oiii.. Kalu tak, tak jadi cerita la.. Haha..

Malam ni jam 11 pon tak masuk tidoq lagi.. Biasanya lepas Isyak, dalam jam 9 macam tu dah selamat dah masuk ke alam mimpi. Sebenarnya, kadang-kadang ja dia menonton.. Selalunya sibok ja.. Buat apa tah.. Cik Yaya pon pening.. Rasa macam tak de keja nak buat, tapi mak memang tak duduk diam. Ada je keja yang dia buat. Hmm.. 

Sapa kata jadi suri rumah tu senang? Susah kot.. Cik Yaya nak masak untuk diri sendiri pon kadang-kadang bermasalah.. Tak tau nak masak apa.. Tambah-tambah lagi bila kemalasan melanda.. Bila dah masak tak sedap la pulak.. Sebabnya kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak.. Uihhh.. Sakit jiwa.. Tu baru satu mulut, satu perut. Kalau banyak perut? 

Terima kasih mak.. Walaupon mulut ni tak selalu ucap terima kasih di hadapan mak (maluuuu), tapi dalam hati ni sentiasa berterima kasih dan bersyukur kepada Allah swt. Thank you Allah for this greatest blessing. Kakak akan berusaha jadi anak yang lebih baik. Yang dapat membahagiakan kedua orang tuanya. Semoga Allah menjaga mak dan ayah seperti mana mak dan ayah menjaga kami sejak lahir lagi. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia mak dan ayah.. Amin..

Selfie nampak.. 😁😁


Saturday, 2 December 2017

Resepi kole kacang



Yeyyyyy!!! Akhirnya berjaya jugak buat. Yaahoooo! Alhamdulillah.. Dah beberapa kali cuba.. Tapi tak pernah menjadi.. Kali ni menjadi akhirnya.. Jom kongsi resepi!

Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung kacang hijau (Boleh beli yang siap kat kedai. Cik Yaya kidnap tepung putu kacang mak Cik Yaya.. So homemade la kiranya.. Hehe..).
2. 3 cawan santan 
3. 1 cawan santan pekat
4. 1 cawan gula merah
5. 2 sudu besar gula pasir
6. Secubit garam

Cara-cara
1. Kena buat taik minyak dulu. Masak santan pekat dalam kuali sampai jadi minyak dan taik minyak.
2. Asingkan taik minyak. Tinggalkan minyak dalam kuali. Oleskan sedikit minyak pada acuan/ bekas/ loyang yang akan diguna nanti.
3. Dalam bekas lain, larutkan gula merah, gula pasir dan garam dalam santan. Tapis.
4. Campurkan tepung kacau hijau dan kacau sebati. Adunan ni memang cair.. 
5. Gunakan kuali yang buat taik minyak tadi.. Tuang adunan dan kacau. Kalau rajin, boleh campak sehelai daun pandan yang telah disimpul bagi wangi. Lama-kelamaan, ia akan memekat dan kacau sehingga tepung masak. Macam mana nak tahu? Senang ja.. Bila masak warna akan berubah. Dari kusam menjadi berkilat. Kena buat eksperimen sendiri baru faham..
6. Bila dah masak, tuang ke dalam acuan/ bekas/ loyang yang dah dioles dengan minyak tadi. Taburkan taik minyak di bahagian atas kuih. 
7. Biarkan kuih menyejuk dan set sepenuhnya. Kemudian bolehla dipotong dan dihidangkan.. 

Untuk resepi ni dapat sikit ja.. Kalau  nak lebih, boleh doublekan atau triplekan resepi ni.. Hehe.. Selamat mencuba!!



Tuesday, 28 November 2017

Haziq masuk jawi!!

Masuk jawi? Apa tu? Hehe.. Itulah istilah lain bagi berkhatan atau bersunat. Orang tua-tua ja yang masih guna istilah ni..

Akhirnya sampai juga hari ni.. Haha.. Dah beberapa tahun pujuk dia. Selalu dia mengelak setiap kali diajak.. Akhirnya tahun ni terbuka hati dia nak bersunat. Mungkin sebab ramai kawan-kawan dia yang dah selamat.. Tapi okey jugak sebab bila dia sendiri yang nak, dia pandai cari maklumat. Bertanya pada kawan-kawan.. Tanya pada ayah, tanya pada abang-abang.. Bila dapat maklumat, dia tak rasa takut sangat.. Hehe..

Hilangkan gementar dengan main tab. Huh, ye la tuuuuu!!

Tukar seluar dengan kain pelikat.. Persediaan pertama tu..

Muka lepas kena sapu krim kebas..

Kawan-kawan seangkatan yang akan bersunat.. Semua dok nerves tunggu dipanggil masuk.. 

Muka kesakitan selepas bersunat. Ni masa on the way balik ke rumah.

Balik rumah berpantang!!

Kawan-kawan yang datang melawat.. Hehe.. Comel je semua..

Tahniah Haziq.. Good job.. Dah selamat dah.. Semoga cepat sembuh dah sihat macam biasa.. Basikal dok memanggil-manggil tu.. Haha..

Inai cerenga

Alhamdulillah.. Dapat ilmu baru lagi hari ni.. Selalunya kita guna daun inai untuk warnakan kuku kan.. Hari ni kita tak mau guna inai.. Hehe.. Kita guna daun cerenga. Aik, daun apa tu? Tak pernah dengar pon.. Sebenarnya daun cerenga ni ialah daun keembong.. Orang Iban panggil keembong, cerenga.. Ooooo... Haha..





Kata anak murid Cik Yaya, cara nak pakai inai ni mudah saja. Sama macam pakai daun inai. Petik daun kemudian tumbuk. Semasa tumbuk, masukkan perahan limau kasturi.. Bila dah lumat, barulah letak dekat jari dan biarkan beberapa jam. Lepas tu, boleh lah basuh.. Nilah hasilnya bila dah basuh. 


Ni jari jemari anak murid Cik Yaya.. Hehe.. Terima kasih Polymina. Berkongsi ilmu dengan cikgu.. Yang berbiji-biji dalam gambar ialah benih keembong. Nak tanam kat rumah.. Hehe.. Tak sabar nak cuba!!

Update:
Hari ni 27 Ogos 2023, Cik Yaya dapat info baru bahawasanya biji bunga keembong lagi bagus dibuat inai. Lagi cantik dan terang warnanya.. Caranya sama.. Tumbuk biji sampai lumat dan pakaikan di kuku atau jari.. Ooooo... 

Friday, 17 November 2017

Resepi cucur jawa/ penyaram/ mexican hat

Ha.. kenai dak cucuq ni.. Nama ja lain-lain.. Sedap aih.. Dulu mak Cik Yaya selalu buat.. La ni jarang dah.. Dia kata dah lupa resepi.. Haha.. Baru-baru ni ngidam.. Kenala buat sendiri.. Ada jual tapi gedik nak menyusahkan diri sendiri.. Hehe.. Resepi dapat dari internet.. Tak mau lupa, jadi Cik Yaya share kat sini naa.. 

Bahan-bahan
1. 500g gula apong/ gula merah 
2. 650ml air
3. Garam (secubit)
4. 500g tepung gandum
5. 100g tepung beras

Cara-cara
1.  Larutkan gula, garam dengan air. Tak perlu masak. Cuma kacau je sampai larut. Kalau didihkan, pasyikan sejuk dulu baeu campur dalam tepung.
2. Satukan bahan tepung gandum dan tepung beras dalam bekas.
3. Tuang air gula dalam tepung. Gaul sebati semuanya.


4. Perap adunan semalaman. Jangan letak dalam peti. Biarkan ja kat luar. Selalunya bancuh adunan waktu malam.. Pagi esok baru boleh goreng.
5. Goreng adunan dalam minyak sederhana panas. Jangan terlalu besar atau terlalu kecil apinya. Tuangkan adunan lebih kurang 1 senduk kecik setiap kali goreng.


Kuali legend ni...

6. Toskan dan siap untuk dihidangkan.




Sekian. Selamat mencuba!!

Tuesday, 7 November 2017

Lambat...

Cik Yaya yakin.. Walau pun lambat, tapi itulah yang terbaik.. Hehe.. Sabar itu indah.. Jalani saja hidup macam biasa.. Nikmati setiap saat.. Cik Yaya dah dapat membuktikan bahawa keyakinan Cik Yaya itu benar.. Wahai hati, moga istiqamah ya!!




Monday, 6 November 2017

Mak Long..

Menjadi mak long buat kali ke-3.. Welcome my dearest Nurul Hannah Shafia.. You are really something.. Yes!! I think you are not ordinary.. Hehe.. Biar  masa yang menentukan telahan mak long ni betul ke tidak.. Mak long doakan adik menjadi seorang wanita yang bijak, berhemah, berbudi dan keras hati untuk menghadapi cabaran di dunia ini. Mak long yakin adik orang yang tabah dan kuat.. I love you so much.. Cuti hujung tahun ni kita jumpa na.. 😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙😙 Tak sabaqnya!!


Where are you now?

FADED-ALAN WALKER
You were the shadow to my light
Did you feel us
Another start
You fade away
Afraid our aim is out of sight
Wanna see us
Alive
Where are you now
Where are you now
Where are you now
Was it all in my fantasy
Where are you now
Were you only imaginary
Where are you now
Atlantis
Under the sea
Under the sea
Where are you now
Another dream
The monsters running wild inside of me
I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded
These shallow waters, never met
What I needed
I'm letting go
A deeper dive
Eternal silence of the sea
I'm breathing
Alive
Where are you now
Where are you now
Under the bright
But faded lights
You set my heart on fire
Where are you now
Where are you now
Where are you now
Atlantis
Under the sea
Under the sea
Where are you now
Another dream
The monsters running wild inside of me
I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded
I'm faded
So lost
I'm faded

But..


Projek KHB-Ternakan ikan air tawar





Sistem ternakan ikan air tawar.. 👍👍

Wednesday, 1 November 2017

Projek Sains 2017



Susunan planet





Struktur Bumi




Pembiakan


Ketumpatan



Kaleidoskop

👆👆👍👍👏👏🙆🙆😘😘


Monday, 30 October 2017

Kun fayakun

Hasil carian imej untuk kun fayakun



Hasil carian imej untuk kun fayakun



Akhlak

Pagi tadi dengar kat televisyen.

"Kalau pakai serban, pakai jubah, itu bukan tanda orang yang beriman.
 Kalau pakai tudung labuh, itu juga bukan tandan orang beriman.
 Jadi apa tanda orang beriman?
 Tengok pada AHKLAKnya.
 Kalau baik akhlak, itu tandanya orang yang beriman!"

Pagi tadi juga terbaca ada seorang kawan menulis ini di FBnya.

"Kalau orang rasa luarannya cantik dan dalamannya baik, orang itu bukanlah orang yang baik."


*Ingatan kepada diri sendiri.. Thank you Allah..*

Hasil carian imej untuk akhlak

Saturday, 28 October 2017

Hikayat Abu Nawas

Masa cuti Deepavali hari tu, dengar ayah bergaduh manja dengan adik bongsu, Haziq. Tetiba ayah kata kat dia, "Hang ni macam Abu Nawas". Adik pon tanya siapa Abu Nawas tu? Cik Yaya pon  tak tau.. So, join sekali la. Ayah pon mula bercerita. Kisah Abu Nawas memikul masjid. Ada ke manusia yang mampu memikul masjid di atas belakangnya? Hmmm..

Suatu ketika dulu, ada seorang pemuda bernama Abu Nawas. Suatu hari, Abu Nawas mengaku di depan semua orang yang dia boleh memikul masjid di atas belakangnya. Semua orang kampungnya tak percaya. Yelah, masjid besarkan.. Berat pulak tu.. Tapi Si Abu Nawas ni masih bertegas yang dia mampu memikul masjid tu. Selepas berbalah sesama sendiri, Tok Imam pon membuat keputusan untuk meminta Abu Nawas membuktikan kata-katanya di hadapan orang kampung. "Wahai orang-orang kampung, esok Abu Nawas akan memikul masjid kita. Oleh itu, semua dijemput menyaksikankannya." 

Keesokannya, turunlah semua orang kampung ke masjid. Abu Nawas juga datang dengan gagah. Setelah dia sampai, Tok Imam meminta dia membuktikan kata-katanya. Abu Nawas senyum dan membuka bajunya. Kemudian dia berdiri dalam keadaan sedia untuk memikul. Lantas dia berkata, "Aku boleh memikul masjid ini dan aku telah bersedia. Sekarang, kamu semua angkatlah masjid ini dan letakkan di atas belakang badanku agar aku dapat memikulnya." Semua orang kampung tercengang. " Macam mana kami nak mengangkat masjid ini? Kami tak mampu. Kau sendiri saja yang angkat." Kata salah seorang dari mereka. "Mana boleh aku yang mengangkat dan aku juga yang memikul. Sedangkan orang yang memikul guni beras juga ada yang menolong mengangkatnya." Balas Abu Nawas. Orang kampung terdiam. Ada betulnya kata-kata Abu Nawas.

Akhirnya sampai ke sudah Abu Nawas tidak memikul masjid. Walaupun kata-katanya tak dapat dibuktikan, dia tidak dipersalahkan atau diejek kerana punca dia tidak dapat memikul masjid tersebut adalah kerana orang kampung sesndiri yang tidak dapat mengangkatnya. Oleh itu, tiada seorang pon orang kampung yang berani menidakkan kebolehan Abu Nawas memikul masjid.~Tamat~

Nampak tak permainan Abu Nawas. Bijak dan licik. Bagi Cik Yaya, ada dua pengajaran dari cerita ni. Pertama, kebodohan memang patut dibalas dengan kebodohan. Yang kedua, beruntunglah orang yang bijak bermain kata. Apa kaitan Abu Nawas ngan Haziq? Hmm.. Hat nombor dua tu kot. Suka sangat putar belit.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.

Dasar Haziq si Abu Nawas.. Hahaha..

P/s: Bijak sungguh orang yang mencipta cerita Abu Nawas ni. TERBAIK!!

Monday, 23 October 2017

Good night..

'Nite.. Sweet dream of me..'

How can it be a sweet dream if I am dreaming about you.. It is always the saddest everytime you appeared. If only you know..

I miss you..........................😢😢😢😭😭😭

Friday, 6 October 2017

Kuyak



Pertama kali rasa kuih ni memang tak boleh nak terima. Tapi bila dah kali kedua ni.. Aik, macam magic.. Sedapnyaaaaa!!! Rupa kuih ni macam putu kacang atau putu beras. Unik rasa dia. Ada rasa rempah dan manis sikit. Cik Yaya pon Google resepi kuih ni. Rupa-rupanya ia diperbuat dari beras yang dipanggil beras pansuh. Bahan lain ialah gula apong dan juga serbuk lada putih. Oooohh.. Patutla rasa pedas-pedas sikit.. Cara pembuatannya lebih kurang macam putu kacang. Nanti nak bawak balikla.. Nak bagi mak dan ayah rasa. Kuih tradisional Sarawak. Tak sabarnya nak balik.. Yey!!

Delima





Hadiah dari seorang kawan atas bantuan yang Cik Yaya hulurkan pada dia.. Rezeki dari Allah.. Tq Allah.. Macam permata.. Manis rasanya.. Alhamdulillah.. 

Kawan

Baru ja balik dari meeting.. Mula jam 8:00 malam dan berakhir jam 11:30 malam. Adoila.. Telah berjaya membazirkan 3 jam setengah dengan meeting yang entah apa-apa. Mesyuarat yang tak bermakna. Dengan suasana yang menyesakkan dada. Tapi.. apa kaitan meeting dengan tajuk post ni? Ada.. Ni nak cerita ni.. 
Cik Yaya dengan housemate naik satu kereta pergi meeting. Kami berempat. Jarak rumah ke sekolah takla jauh sangat. Dalam 500m macam tu. Masa nak balik, ada ternampak seorang guru perempuan yang jalan laju-laju. Baru nak keluar dari pagar sekolah. Kami dok tertanya-tanya dalam kereta.. Mana kawan-kawan dia? Kami pon ambil keputusan untuk tumpangkan dia sebab rumah dia satu arah dengan kami. Cuma dia belok kanan, kami belok kiri. 
Bila kami berhenti, ajak dia masok, dia terus setuju.. Riak muka dia sangat gembira. Bila kami dah sampai simpang, dia mintak kami tinggalkan dia kat situ. Kebetulan juga nampak kawan serumah dia yang mengajar sekolah yang sama kat depan. Dia pon turun sambil ucap terima kasih berkali-kali. 
Turun saja dia dari kereta, kami pon bertanya sesama sendiri. Kenapa kawan-kawan dia tak tunggu dia untuk jalan sekali? Kenapa biarkan dia jalan sorang-sorang pada jam macam tu? Boleh dikira hampir tengah malam. Ada masalah ke antara dia dan kawan-kawan dia? Ramai sebenarnya kawan serumah dia. 8 orang. Kenapa tak seorang pon yang tunggu dia? 
Salah seorang housemate Cik Yaya kata, kalau dia yang kena macam tu, dia takkan berkawan lagi dengan orang yang tinggalkan dia. Cik Yaya setuju.. Kejam sangat perbuatan kawan dia ni.. Kalau waktu siang, boleh diterima akal lagi.. Ini...
Pelikkan.. Lepas tu Cik Yaya tanya housemate Cik Yaya.. Adakah mereka akan biarkan Cik Yaya jalan sorang diri pada waktu macam tu? Adakah mereka akan menunggu Cik Yaya sekiranya Cik Yaya terlewat keluar dari bilik mesyuarat? Semua balas dengan jawapan yang menggembirakan hati. Hmm...
Masa tu Cik Yaya sedar yang Cik Yaya harus bersyukur kerana masih ada yang sudi menerima dan mendampingi.. Masih punya kawan baik.. Musuh itu normal. Setiap benda ada kata lawannya.. 
Bahagianya Cik Yaya waktu itu kerana dapat pergi dan pulang dari mesyuarat dengan kawan-kawan. Kebahagian ini harus menjadi kekuatan pada Cik Yaya saat Cik Yaya akan bersendiri suatu ketika nanti. Ya.. Hidup ibarat roda.. Akan ada masa kita di atas dan di bawah. Malam ini malam dia.. Mana tahu, esok malam Cik Yaya pula..
Cik Yaya harap selepas ini Cik Yaya di jauhkan dari menjadi kawan yang pentingkan diri. Dan satu lagi.. Komunikasi itu sangat penting. Mungkin cikgu tadi tercicir kerana mungkin kawan-kawannya berpecah pada dua kumpulan. Masing-masing menyangka yang dia berada bersama kumpulan yang satu lagi.. Tak mustahilkan.. Bersangka baik itu baik.. Heheh..
Panjang pulak luahan malam ni.. Korang fikir-fikirkanlah.. Siapa kawan korang? Korang nak jadi kawan yang macam mana? Dan sekarang, korang kawan yang macam mana? Selamat berfikir!! Sekian.. 😉😉