Masa cuti Deepavali hari tu, dengar ayah bergaduh manja dengan adik bongsu, Haziq. Tetiba ayah kata kat dia, "Hang ni macam Abu Nawas". Adik pon tanya siapa Abu Nawas tu? Cik Yaya pon tak tau.. So, join sekali la. Ayah pon mula bercerita. Kisah Abu Nawas memikul masjid. Ada ke manusia yang mampu memikul masjid di atas belakangnya? Hmmm..
Suatu ketika dulu, ada seorang pemuda bernama Abu Nawas. Suatu hari, Abu Nawas mengaku di depan semua orang yang dia boleh memikul masjid di atas belakangnya. Semua orang kampungnya tak percaya. Yelah, masjid besarkan.. Berat pulak tu.. Tapi Si Abu Nawas ni masih bertegas yang dia mampu memikul masjid tu. Selepas berbalah sesama sendiri, Tok Imam pon membuat keputusan untuk meminta Abu Nawas membuktikan kata-katanya di hadapan orang kampung. "Wahai orang-orang kampung, esok Abu Nawas akan memikul masjid kita. Oleh itu, semua dijemput menyaksikankannya."
Keesokannya, turunlah semua orang kampung ke masjid. Abu Nawas juga datang dengan gagah. Setelah dia sampai, Tok Imam meminta dia membuktikan kata-katanya. Abu Nawas senyum dan membuka bajunya. Kemudian dia berdiri dalam keadaan sedia untuk memikul. Lantas dia berkata, "Aku boleh memikul masjid ini dan aku telah bersedia. Sekarang, kamu semua angkatlah masjid ini dan letakkan di atas belakang badanku agar aku dapat memikulnya." Semua orang kampung tercengang. " Macam mana kami nak mengangkat masjid ini? Kami tak mampu. Kau sendiri saja yang angkat." Kata salah seorang dari mereka. "Mana boleh aku yang mengangkat dan aku juga yang memikul. Sedangkan orang yang memikul guni beras juga ada yang menolong mengangkatnya." Balas Abu Nawas. Orang kampung terdiam. Ada betulnya kata-kata Abu Nawas.
Akhirnya sampai ke sudah Abu Nawas tidak memikul masjid. Walaupun kata-katanya tak dapat dibuktikan, dia tidak dipersalahkan atau diejek kerana punca dia tidak dapat memikul masjid tersebut adalah kerana orang kampung sesndiri yang tidak dapat mengangkatnya. Oleh itu, tiada seorang pon orang kampung yang berani menidakkan kebolehan Abu Nawas memikul masjid.~Tamat~
Nampak tak permainan Abu Nawas. Bijak dan licik. Bagi Cik Yaya, ada dua pengajaran dari cerita ni. Pertama, kebodohan memang patut dibalas dengan kebodohan. Yang kedua, beruntunglah orang yang bijak bermain kata. Apa kaitan Abu Nawas ngan Haziq? Hmm.. Hat nombor dua tu kot. Suka sangat putar belit.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.
Dasar Haziq si Abu Nawas.. Hahaha..
P/s: Bijak sungguh orang yang mencipta cerita Abu Nawas ni. TERBAIK!!
Nampak tak permainan Abu Nawas. Bijak dan licik. Bagi Cik Yaya, ada dua pengajaran dari cerita ni. Pertama, kebodohan memang patut dibalas dengan kebodohan. Yang kedua, beruntunglah orang yang bijak bermain kata. Apa kaitan Abu Nawas ngan Haziq? Hmm.. Hat nombor dua tu kot. Suka sangat putar belit.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.
Dasar Haziq si Abu Nawas.. Hahaha..
P/s: Bijak sungguh orang yang mencipta cerita Abu Nawas ni. TERBAIK!!
No comments:
Post a Comment