Baru ja balik dari meeting.. Mula jam 8:00 malam dan berakhir jam 11:30 malam. Adoila.. Telah berjaya membazirkan 3 jam setengah dengan meeting yang entah apa-apa. Mesyuarat yang tak bermakna. Dengan suasana yang menyesakkan dada. Tapi.. apa kaitan meeting dengan tajuk post ni? Ada.. Ni nak cerita ni..
Cik Yaya dengan housemate naik satu kereta pergi meeting. Kami berempat. Jarak rumah ke sekolah takla jauh sangat. Dalam 500m macam tu. Masa nak balik, ada ternampak seorang guru perempuan yang jalan laju-laju. Baru nak keluar dari pagar sekolah. Kami dok tertanya-tanya dalam kereta.. Mana kawan-kawan dia? Kami pon ambil keputusan untuk tumpangkan dia sebab rumah dia satu arah dengan kami. Cuma dia belok kanan, kami belok kiri.
Bila kami berhenti, ajak dia masok, dia terus setuju.. Riak muka dia sangat gembira. Bila kami dah sampai simpang, dia mintak kami tinggalkan dia kat situ. Kebetulan juga nampak kawan serumah dia yang mengajar sekolah yang sama kat depan. Dia pon turun sambil ucap terima kasih berkali-kali.
Turun saja dia dari kereta, kami pon bertanya sesama sendiri. Kenapa kawan-kawan dia tak tunggu dia untuk jalan sekali? Kenapa biarkan dia jalan sorang-sorang pada jam macam tu? Boleh dikira hampir tengah malam. Ada masalah ke antara dia dan kawan-kawan dia? Ramai sebenarnya kawan serumah dia. 8 orang. Kenapa tak seorang pon yang tunggu dia?
Salah seorang housemate Cik Yaya kata, kalau dia yang kena macam tu, dia takkan berkawan lagi dengan orang yang tinggalkan dia. Cik Yaya setuju.. Kejam sangat perbuatan kawan dia ni.. Kalau waktu siang, boleh diterima akal lagi.. Ini...
Pelikkan.. Lepas tu Cik Yaya tanya housemate Cik Yaya.. Adakah mereka akan biarkan Cik Yaya jalan sorang diri pada waktu macam tu? Adakah mereka akan menunggu Cik Yaya sekiranya Cik Yaya terlewat keluar dari bilik mesyuarat? Semua balas dengan jawapan yang menggembirakan hati. Hmm...
Masa tu Cik Yaya sedar yang Cik Yaya harus bersyukur kerana masih ada yang sudi menerima dan mendampingi.. Masih punya kawan baik.. Musuh itu normal. Setiap benda ada kata lawannya..
Bahagianya Cik Yaya waktu itu kerana dapat pergi dan pulang dari mesyuarat dengan kawan-kawan. Kebahagian ini harus menjadi kekuatan pada Cik Yaya saat Cik Yaya akan bersendiri suatu ketika nanti. Ya.. Hidup ibarat roda.. Akan ada masa kita di atas dan di bawah. Malam ini malam dia.. Mana tahu, esok malam Cik Yaya pula..
Cik Yaya harap selepas ini Cik Yaya di jauhkan dari menjadi kawan yang pentingkan diri. Dan satu lagi.. Komunikasi itu sangat penting. Mungkin cikgu tadi tercicir kerana mungkin kawan-kawannya berpecah pada dua kumpulan. Masing-masing menyangka yang dia berada bersama kumpulan yang satu lagi.. Tak mustahilkan.. Bersangka baik itu baik.. Heheh..
Panjang pulak luahan malam ni.. Korang fikir-fikirkanlah.. Siapa kawan korang? Korang nak jadi kawan yang macam mana? Dan sekarang, korang kawan yang macam mana? Selamat berfikir!! Sekian.. 😉😉
No comments:
Post a Comment