Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, 27 December 2021

Happy birthday Yaya!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Demam pulak malam ni.. Tapi gagah nak menulis juga.. Haha..

Apa-apa pon, semoga hidupku, hatiku, keputusanku, duniaku menjadi lebih baik seiring pertambahan usia.. Aamiiin..

Tahun ni, nak share sikit pasal orang yang berzodiak capricorn.. Sekadar hiburan.. Kalau ada yang sama dan positif, kekalkan.. Yang berlawanan pula, untuk muhasabah diri sendiri..











#akusicapricorn
#birthdaygirl


Sunday, 25 July 2021

Don't leave me

Ne me quitte pas (Don’t leave me)

Jacques Brel


Don't leave me

We must forget

All can be forgotten

That has already passed away

Forget the time

Of misunderstandings

And the time lost

Trying to know "how"

Forget those hours

That sometimes kill

With slaps of "why"

The heart of happiness

Don't leave me

Don't leave me

Don't leave me

Don't leave me


I will give to you

Pearls made of rain

From countries

Where it never rains

I will work the land

All my life and beyond

To cover your body

With gold and with light

I will make a land

Where love will be king

Where love will be law

Where you will be queen

Don't leave me

Don't leave me

Don't leave me

Don't leave me


Don't leave me

I will invent, for you

Fanciful words

That you'll understand

I will tell you

About those lovers

Who have twice seen

Their hearts set ablaze

I will tell you

The story of the king

Who died of not having

Ever met you

Don't leave me

Don't leave me

Don't leave me

Don't leave me


We've often seen

Fire flowing again

From an ancient volcano

Considered too old

It's said that there are

Fire-scorched lands

That yield more wheat

Than the best April

And when evening comes

With a burning sky

The red and the black--

Are they not joined together?

Don't leave me

Don't leave me

Don't leave me

Don't leave me


Don't leave me

I won't cry anymore

I won't talk anymore

I will hide over there

To watch you

Dance and smile

And to hear you

Sing and then laugh

Let me become

The shadow of your shadow

The shadow of your hand

The shadow of your dog

Don't leave me

Don't leave me

Don't leave me

Don't leave me


*I prefer Nina Simone version...




Saturday, 5 January 2019

Sad day...

Tak tahu kenapa.. Hari ni hari air mata.. Sejak balik dari sekolah tadi, air mata ni tak berhenti mengalir.. Puas dah pujuk diri sendiri suruh berkenti menangis.. Tapi semua yang dilihat, didengar dan dibuat akan mengalirkan air mata.. Nak kata nak datang bulan, tak mungkin sebab lama lagi.. Ada dalam 2 minggu lagi.. Stress?? Tak rasa apa-apa pon.. Depress? Tak selalu pon rasa cam ni.. Sedih.. Sedih.. 😢😢😢 Nak buat lagu mana ni... 😢😢😢 Awat ni??


Saturday, 1 September 2018

Masa kami lambat hari ni.. 😵😧

Fuhhhh.. lagi 14 jam.. Lamanya!!!! Lambatnya waktu berjalan hari ni..



Semuanya sebab dia. Pergi rombongan jauh-jauh. First time kot dia pergi jauh tanpa kami. Tanpa salah seorang dari kami.. Huhhuuu.. Rasa nak menangis ni.. Tak bagi pergi kesian.. Sebab ni la peluang dia nak belajar berdikari. Ayah dengan mak Cik Yaya nampak tak keruan hari ni.. Tak bersemangat.. Separuh jiwa kami pergi mengikut dia.. Hmm.. Semua lemau hari ni. Nampak gayanya kami kena fikirkan jalan supaya hari ni cepat berlalu. Aishhh.. Nak berfikir pon rasa jem otak kepala. 

Kami tak putus-putus berdoa semoga perjalanan adik selamat. Selamat pergi dan kembali.. Semoga dia gembira dan mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin.. Tolong jagakan dia Ya Allah.. 


Update: Selamat pergi dan kembali. Bertemu kembali jam 11.49 malam.. Alhamdulillah.. Thank you Allah..

Friday, 5 January 2018

Seminggu sudah..

Ya... Dah seminggu.. Tapi masih tak dapat menyesuaikan diri lagi.. Ya Allah.. Kosong.. Penguat semangat hanya satu.. Bila melihat wajah-wajah anak murid. Itu saja yang dapat menggembirakan hati.. Menceriakan perasaan.. Ya Allah.. Semoga semuanya semakin membaik.. Hari demi hari.. Amin... 



Tuesday, 5 December 2017

Mak melayan Korea


Ha.. Cuba teka mak Cik Yaya tengah layan cerita apa? Haha.. Jangan main-main.. K2 tu.. Haha.. Mak Cik Yaya selalu kagum dengan watak utama yang mesti cinta mati dekat pasangan depa. Datangla orang ketiga yang cantik macam bidadari ka, macam bidadara ka.. Tetap tak berubah hati.. Kan.. Memang la mak oiii.. Kalu tak, tak jadi cerita la.. Haha..

Malam ni jam 11 pon tak masuk tidoq lagi.. Biasanya lepas Isyak, dalam jam 9 macam tu dah selamat dah masuk ke alam mimpi. Sebenarnya, kadang-kadang ja dia menonton.. Selalunya sibok ja.. Buat apa tah.. Cik Yaya pon pening.. Rasa macam tak de keja nak buat, tapi mak memang tak duduk diam. Ada je keja yang dia buat. Hmm.. 

Sapa kata jadi suri rumah tu senang? Susah kot.. Cik Yaya nak masak untuk diri sendiri pon kadang-kadang bermasalah.. Tak tau nak masak apa.. Tambah-tambah lagi bila kemalasan melanda.. Bila dah masak tak sedap la pulak.. Sebabnya kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak.. Uihhh.. Sakit jiwa.. Tu baru satu mulut, satu perut. Kalau banyak perut? 

Terima kasih mak.. Walaupon mulut ni tak selalu ucap terima kasih di hadapan mak (maluuuu), tapi dalam hati ni sentiasa berterima kasih dan bersyukur kepada Allah swt. Thank you Allah for this greatest blessing. Kakak akan berusaha jadi anak yang lebih baik. Yang dapat membahagiakan kedua orang tuanya. Semoga Allah menjaga mak dan ayah seperti mana mak dan ayah menjaga kami sejak lahir lagi. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia mak dan ayah.. Amin..

Selfie nampak.. 😁😁


Friday, 6 October 2017

Kawan

Baru ja balik dari meeting.. Mula jam 8:00 malam dan berakhir jam 11:30 malam. Adoila.. Telah berjaya membazirkan 3 jam setengah dengan meeting yang entah apa-apa. Mesyuarat yang tak bermakna. Dengan suasana yang menyesakkan dada. Tapi.. apa kaitan meeting dengan tajuk post ni? Ada.. Ni nak cerita ni.. 
Cik Yaya dengan housemate naik satu kereta pergi meeting. Kami berempat. Jarak rumah ke sekolah takla jauh sangat. Dalam 500m macam tu. Masa nak balik, ada ternampak seorang guru perempuan yang jalan laju-laju. Baru nak keluar dari pagar sekolah. Kami dok tertanya-tanya dalam kereta.. Mana kawan-kawan dia? Kami pon ambil keputusan untuk tumpangkan dia sebab rumah dia satu arah dengan kami. Cuma dia belok kanan, kami belok kiri. 
Bila kami berhenti, ajak dia masok, dia terus setuju.. Riak muka dia sangat gembira. Bila kami dah sampai simpang, dia mintak kami tinggalkan dia kat situ. Kebetulan juga nampak kawan serumah dia yang mengajar sekolah yang sama kat depan. Dia pon turun sambil ucap terima kasih berkali-kali. 
Turun saja dia dari kereta, kami pon bertanya sesama sendiri. Kenapa kawan-kawan dia tak tunggu dia untuk jalan sekali? Kenapa biarkan dia jalan sorang-sorang pada jam macam tu? Boleh dikira hampir tengah malam. Ada masalah ke antara dia dan kawan-kawan dia? Ramai sebenarnya kawan serumah dia. 8 orang. Kenapa tak seorang pon yang tunggu dia? 
Salah seorang housemate Cik Yaya kata, kalau dia yang kena macam tu, dia takkan berkawan lagi dengan orang yang tinggalkan dia. Cik Yaya setuju.. Kejam sangat perbuatan kawan dia ni.. Kalau waktu siang, boleh diterima akal lagi.. Ini...
Pelikkan.. Lepas tu Cik Yaya tanya housemate Cik Yaya.. Adakah mereka akan biarkan Cik Yaya jalan sorang diri pada waktu macam tu? Adakah mereka akan menunggu Cik Yaya sekiranya Cik Yaya terlewat keluar dari bilik mesyuarat? Semua balas dengan jawapan yang menggembirakan hati. Hmm...
Masa tu Cik Yaya sedar yang Cik Yaya harus bersyukur kerana masih ada yang sudi menerima dan mendampingi.. Masih punya kawan baik.. Musuh itu normal. Setiap benda ada kata lawannya.. 
Bahagianya Cik Yaya waktu itu kerana dapat pergi dan pulang dari mesyuarat dengan kawan-kawan. Kebahagian ini harus menjadi kekuatan pada Cik Yaya saat Cik Yaya akan bersendiri suatu ketika nanti. Ya.. Hidup ibarat roda.. Akan ada masa kita di atas dan di bawah. Malam ini malam dia.. Mana tahu, esok malam Cik Yaya pula..
Cik Yaya harap selepas ini Cik Yaya di jauhkan dari menjadi kawan yang pentingkan diri. Dan satu lagi.. Komunikasi itu sangat penting. Mungkin cikgu tadi tercicir kerana mungkin kawan-kawannya berpecah pada dua kumpulan. Masing-masing menyangka yang dia berada bersama kumpulan yang satu lagi.. Tak mustahilkan.. Bersangka baik itu baik.. Heheh..
Panjang pulak luahan malam ni.. Korang fikir-fikirkanlah.. Siapa kawan korang? Korang nak jadi kawan yang macam mana? Dan sekarang, korang kawan yang macam mana? Selamat berfikir!! Sekian.. 😉😉


Tuesday, 8 August 2017

Will you?

“Will you love me in December as you do in May,

Will you love me in the good old fashioned way?

When my hair has all turned gray,

Will you kiss me then and say,

That you love me in December as you do in May?”

 ~James Walker


Saturday, 15 July 2017

Hari koperasi sekolah 2017














Wahhhh... Meriah kan... Kali pertama Cik Yaya ikut.. Tahun lepas malas.. Hehe.. Sangat bestttttttt!!! Apa yang tak bestnya, makanan sedap-sedap, banyak pilihan pulak.. Dikelilingi kawan-kawan yang sekepala, baik-baik, tak hipokrit dan tak menggatal.. Kuikuikui.. Suasana pulak meriah.. I feel sooooooo happy and blessed.. Bahagianya rasa.. Thank you Allah.. Semoga kami dapat bersama dalam suasana harmoni ni selama-lamanya..  Semoga tahun depan lagi meriah... Hidup Smkk2!! 

Monday, 22 May 2017

Sedih...


Dalam wassap family.. Ayah terjumpa foto-foto lama masa mengemas.. Siapa ni?


Siapa? Siapa? Hehe.. Cik Yaya la!! Comel kan.. Tu yang buat Cik Yaya sedih.. Sebab sekarang baby ni dah tak sempurna.. Sangat sedih.. Apa salah baby ni? Kenapa dia diuji sebegini? Sedih.. Mesti mak lagi sedih.. Anak yang dilahirkan sempurna dah tak sempurna lagi.. Satu persatu nikmat ditarik balik oleh sang pencipta.. Dalam redha kadang kala keluar juga rintihan.. Pertanyaan.. Kekesalan.. Sesungguhnya manusia itu lemah.. Cepat lupa.. Lupa dengan nikmat Allah.. Ya Allah, bantu aku Ya Allah.. Tetapkanlah hati ini.. Redhakanlah hati ini.. Amin... 




Sunday, 11 December 2016

Sakit

Sepanjang hari terbaring dalam bilik.. Tatkala diuji dengan kesakitan.. Tilam dan bantal teman setia.. Kecilnya dunia, luasnya bilik hari ni.. Haha.. Esok baik la ni.. Amin..


Tuesday, 1 November 2016

Deep

30 minit bersama Ustaz Kazim Elias..

'Kita jangan paksa orang untuk berkahwin.. Jangan selalu tanya dia bila nak kahwin.. Kita tak tahu apa masalah dia. Hanya dia yang tahu..'

Betul ustaz.. Kan bagus kalau semua orang dengar ayat tu.. Tak ada lagi soalan-soalan yang menyesakkan dada. Tak ada lagi pandangan-pandangan serong. ALLAH.. Berikan yang terbaik buatku.. Amin..