Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Saturday, 4 November 2023

Old habits die hard

Dah tiga hari Cik Yaya menahan diri dari mengucapkan benda ni.. Tersiksanyaaa. Cik Yaya tak dapat nak menahan diri lagi. Cik Yaya nak ucapkan jugakkkk

Selamat Hari Lahirrrr!! Happy belated birthdayyy!!

Lega!!

Ya! Selamat hari lahir buat kamu. Insan pertama dan satu-satunya yang berjaya menakluk hati ini. Insan pertama yang mengajar erti cinta, kepedulian dan kerinduan.

Ada orang yang kata, Cik Yaya dah mensia-siakan diri kerana tak mencari pengganti. Tak pernah move on dari dia. Bodoh kerana terus mengenang benda yang dah lepas. Menolak jodoh. Membazir masa muda. Tapi, mulut-mulut tu tak pernah tahu apa yang berlaku antara kami. Mulut-mulut tu tak rasa apa yang Cik Yaya rasa. Tak melalui apa yang Cik Yaya lalui. Tak pernah mengenal dia.

Dia ialah si alpha yang belum ada pengganti. Dia orang pertama yang pursue Cik Yaya. Usaha dia, cara dia, keberanian dia, semua buat Cik Yaya menyerah. Dialah satu-satunya yang berjaya melembutkan hati ni. Pemikiran dia, tindakan dia, kata-kata yang keluar dari mulut dia, semuanya buat Cik Yaya rasa selamat, dihargai dan yang paling penting mencairkan ego dan kebodohan yang ada dalam diri ini. Conquered me! Dia dah menjadi penanda aras dalam hidup Cik Yaya. Yang datang selepas dia tak de ciri-ciri tu. With them, I’d always been chosen but never pursued.

Cik Yaya yakin, segala yang berlaku bukan sia-sia. Allah Maha Mengetahui. Kita merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Tiada satu pun hal yang berlaku dalam hidup ni tanpa keizinan Allah SWT. InsyaAllah.. Ini jalan hidup yang tertulis untuk Cik Yaya. Dan manusia tidak akan diuji oleh Allah SWT lebih dari kemampuan dirinya. Cik yaya ada banyak lagi rahmat yang perlu disyukuri. Kalau diikutkan, broken heart ni bukanlah dugaan yang besar sangat kan? Ada yang lagi berat dari ni. Alhamdulillah.. Syukur atas segala ketentuannya. Tak dinafikan, ada fasa-fasa Cik Yaya rasa ianya amat berat dan mempersoalkan takdir ni, Cik Yaya khilaf sebagai manusia biasa yang menerima dugaan. Ampunkan Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa kami.. Amiiiin.

Lega!!

Lega sekali lagi sebab dapat meluahkan rasa yang dirasa. Hahahaha



Tuesday, 26 July 2022

Sunset or sunrise?

 


Dulu masa kecik-kecik kan, Cik Yaya ngan angah suka nau tengok awan. Bila balik sekolah tadika, kami akan bukak baju pakai seluar pendek, pegang susu sorang sebotol,  amik bantal, pastu baring kat beranda rumah, tengok langit, tengok awan. Itula rutin kami hari-hari. Bertahun jugakla.. 

Apa yang bestnya tengok awan ni? Kami berimaginasi. Macam-macam bentuk ada kat awan.

'Tengok awan tu, macam bentuk kura-kura'

'Aah, yang tu kepala dia, tu ekoq dia, kaki dia'

'Hang tengok belah ni pulak. Nampak macam burger la'

Tula perbualan kami. Kadang-kadang angah nampak, Cik Yaya tak nampak. Dan sebaliknya..  Bila angin bertiup, awan pon bergerak sama. Munculla bentuk-bentuk yang lain pulak. Habisla susu sebotol. Kadang-kadang sampai terlena kat beranda tu. Kalau tak tertidur, kami menconteng. Melukis, mewarna, menulis A B C 1 2 3. 

Kenapa tak tonton TV? Masa tu mana ada bekalan elektrik lagi.. Ada radio yang pakai bateri ja kat rumah.. Ayah punya. Kami pon tak pandai nak dengar lagu lagi masa tu. 

Indahnya kenangan... Terima kasih Allah...



So, is it sunset or sunrise? Tiberr

Tuesday, 7 June 2022

I miss her!!

Menangis dalam kereta sorang-sorang Cik Yaya hari ni.. I cried my heart out! Puncanya? Sebab maksu datang rumah. Tapi bukan sebab maksu.. Sebabnya, Cik Yaya rindu kat arwah tok!!!! 

Kali ni maksu datang tanpa tok... Rasa kosong dalam dada.. Jadi tak bermakna.. 😭😭😭 Sejak raya lagi Cik Yaya dah rindu dengan tok.. Nasib tak de orang yang sebut tentang tok.. Jadi terpendam segalanya dalam hati..

Tapi kedatangan maksu kali ni buat rindu tu bertambah dalam.. Dia asyik sebut tentang 'rumah tok', pokok durian tok, tok itu, tok ini... Memori singgah bertamu. Mengundang rindu dan sebak..  

Masa dalam kereta nak balik rumah tadi, bila bersendirian, Cik Yaya tak dapat tahan lagi dah.. Semua menjadi air mata.. Masa menulis ni pon, Cik Yaya masih teresak-esak.. I miss her so muchhh... Sooooo muchhh! 

Cik Yaya takkan balik rumah tok sampai hati ni betul-betul bersedia..  Tak tahu bila... Ya Allah, temukan kami nanti... Bila sampai masa dan ketikanya... Berilah kekuatan kepadaku Ya Allah.. Tempatkan tok bersama para solihin, Kau ampunkanlah segala dosanya.. Aamiin.. Al-Fatihah..


Ottoke? 😭😭😭😭💔💔💔

#rasanakdemam
#bestrong
#matiitupasti


Saturday, 29 January 2022

With love

 


Tadi pergi beli fail putih untuk kegunaan sekolah. Jenama HATA. Tetiba teringat satu drama Jepun bertajuk With Love. Kisah percintaan Takashi dan Amane. Cerita dia bermula bila Takashi seorang pemuzik tersalah hantar fail muzik dia ke email Amane. Amane ni kerja kat bank. Takashi guna nama email Hata. Amane guna nama email Teruterubozu. Masa tu, Cik Yaya tak tau apa pon pasal komputer ke, internet ke.. Jauh sekali nak ada email. Haha.. 

Okey, lepas salah hantar tu mula la perkenalan depa. Who are you? Hata kata dia dok Amerika. Walhal, sebenarnya depa ni selalu berselisih. Sama-sama dok di Jepun dan dekat je sebenarnya dalam kehidupan sebenar. Lama-lama dok berbalas email, jatuh cinta. So sweeeeeeet... 

Ni la antara drama Jepun yang Cik Yaya layan masa sekolah menengah sampai ke universiti.. Siap beli CD okey.. Ada lagi ni haaa... Tak ingat dah berapa ringgit. Tapi rasanya ada dalam RM30 lebih. Kira mahal la waktu tu.. Dok belajar lagi.. Tapi sanggupppp!!



Drama lain yang Cik Yaya suka ialah Great Teacher Onizuka (GTO), Beatiful Life 🤧🤧🤧😭😭😭😭, Pride, dan Beach Boys. Takuya Kimura, Takeshi Sorimachi dan Yutaka Takenochi adalah heart throb masa tu. 😍😍😍 Selera Asian saya tak pernah berubah.. Selalu drama tu ditayangkan waktu petang. Dalam jam 5 atau 6 macam tu. Sanggup berhenti main. Haha.. Adik Cik Yaya pon join sekali. 

Okey, balik semula ke With Love. Antara benda menarik dalam cerita ni pada pandangan Cik Yaya ialah

  1. Tentang cinta antara 2 manusia yang berbeza karakter. Seorang yang agak playboy dan seorang yang sangat lurus. Nerd. Seronok tengok watak tu berkembang dan menyerlahkan sifat sebenar, seiring cinta diorang.
  2. Tentang fitrah manusia yang nak berkawan supaya dapat meluahkan perasaan antara satu sama lain. Yelah, kadang-kadang letih dengan masalah dan cabaran hidup. Bila dapat diluah, rasa ringan sikit. Saling memberi semangat dan nasihat. Itu yang 2 watak ni buat. Dan segala luahan tu menjadi rahsia diorang berdua je.. Sweet!
  3. Tentang cinta jarak jauh. Kepercayaan dan kejujuran bila pasangan dok jauh.
  4. Tentang cinta sejati. Walaupon dua-dua watak ni ada pasangan masing-masing pada awal cerita, tapi takdir dan jodoh diorang lagi kuat. 

Paling best dalam cerita With Love ni ialah Ost dia. My Little Lover tajuk dia. Rasa macam tengah terbang je bila dengar lagu ni.. Haha..  Satu lagi ialah melodi Once In A Blue Moon. Itula fail muzik yang Hata tersalah hantar pada Teruterubozu. Merdu sangat.... Tenang je bila dengar.. Jap nak share..



Aaaaa... Teringat kenangan lama. Sebenarnya, Cik Yaya kongsi apa yang Cik Yaya ingat ja.. Kalau ada yang tersalah info, maafkan saya ye.. Lama sangat dah tengok cerita ni.. Tetiba terasa nak tengok semula drama ni. Rindu pulak.. Haha.. Jom layan sama-sama!


Friday, 24 December 2021

Masih jelas

Masih Jelas

Hafiz Suip


Beralih
Musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi 

Penjara
Hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda yang dilanda kehilangan

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku


Ratib sendu
Bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranamu keranaku dipisahkan

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat ku masih ada
Kau bertakhta di hatiku

Beralih
Musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi
Dikau pergi

(T_T)




Monday, 1 November 2021

Selamat hari lahir dan...

SAYONARA DAISUKINA HITO
By Hana Hana


Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
The one I still love the most

It's very frustrating
It's very sad
You won't return anymore
But still, you are the one I love the most

I can't forget anything
I can't throw away anything
I hate being so miserable
pitiful and weak

Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
Always  the one I love the most
Always always the one I love the most

I won't cry now
Please don't cry now
Our hearts will grow apart
But you are still the one I love the most

This is the end, I tell myself
Until the end, I tell myself
Tears, stop!
So you will remember my last smile

Goodbye the one I love the most
Goodbye the one I love the most
Always  the one I love the most
Always always the one I love the most
Always always always the one I love the most


Literally this is me, that night.. Do you still remember??