Tuesday, 27 December 2022

Cuba berdamai dengan takdir!

Happy birthday Yaya!!!

Banyaknya hal yang berlaku tahun ni... Banyak belajar, banyak merasa, banyak kejayaan, banyak kebodohan,  banyak keputusan, banyak yang pertama, banyak juga yang berakhir.. 

Sekarang ni Cik Yaya rasa diri makin dewasa, makin letih, makin gembira, makin hilang empati, makin selesa, makin senyap, makin bahagia, makin imun dan makin bijak! Hahaha..

Wahhh, ada positif, ada negatif! Lengkap asam garam kehidupan! Kalau semuanya baik, itu bukan kehidupan yang sempurna kan? I think I have  lived my life to the fullest this year! Dengan keluarga dan kawan-kawan.. 

Syukur tak terhingga kepada Allah SWT yang maha pemurah dan maha pengasih atas nikmat yang diberikan.. Thank you Allah.. Alhamdulillah.. Semoga semua ini menjadikan diri ini makin kuat pada masa hadapan.. 

Tahun ni Cik Yaya makbulkan impian sebagai hadiah untuk diri sendiri. Hahaha.. Hadiahnya ialah....... renovasi rumah!! (Hmmm, nampak nau dah tua. Excited dengan rumah sendiri. Hahaha..) Tengah dalam proses.. Tak sabarnyaaaa!! InsyaAllah.. 

Thank you Allah....


Berjaya atau tidak Cik Yaya berdamai dengan takdir? Hmmm..




Monday, 26 December 2022

Selamat datang sayang..

Anak saudara ke 7 dan 8 telah selamat hadir dalam kehidupan kami.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..



Nurul Haifa hadir 7 Oktober yang lalu.. Dah nak masuk 3 bulan dah usianya... Alhamdulillah, membesar dengan sihat dan comel...


Yey! Hero nombor 3.. Alhamdulillah, Muhammad Deniz Farhat selamat dilahirkan 6 Disember lepas.. Yang ni mak long belum dapat pangku, peluk cium lagi.. Hehe.. InsyaAllah.. Tunggu ye...

Semoga membesar dengan bijak, sihat dan kuat.. Semoga menjadi mujahid dan mujahidah agama dan bangsa.. Aamiin...❤️❤️❤️



Sunday, 27 November 2022

SUATU MASA

SUATU MASA- M.NASIR

Bagaimana kan ku mula?
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan?
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku?
Cahya di matamu, senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan?
Di saat begini, aku merindukan
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal, ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku?
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu, kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya
Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entah kan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak indah
Tapi ku percaya semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa, di hari yang indah
Ku hulur tanganku lalu kau terima



Sunday, 2 October 2022

Erasure...

SUPER JUNIOR-D&E – Growing Pains
 
This cold night street
These heartbreaking footsteps
Some day, it’ll all pass
Memories of us crazily in love
It will slowly flow down
Forgotten with time (Forgotten)

I tried going into your closed heart
But in this empty room
I discovered ourselves already broken
So it hurts

But I hope you aren’t hurting as much as me
I hope for this every day, countlessly
I hope you won’t remember as much as I do
I hope you’re better than me (oh today and tomorrow)

My thoughts that were filled with you
Even those thoughts push me away
as if they’re irritated
I chase after the clock hands, chase after time
But there, I discovered you leaving
I’m in a rush and you’re in a hurry to leave
Like an express train, my footsteps are
rushed every day – (Surrendered to the memories)
Now we’re like an old
and worn notebook filled with scribbles

I tried going into my lost memories
But now I can’t see you
I discovered ourselves already disappeared
So it hurts (it hurts so much)


But I hope you aren’t hurting as much as me
I hope for this every day, countlessly
I hope you won’t remember as much as I do
I hope you’re better than me (oh today and tomorrow)

One Two Three Four Five (I put it all down today)
I guess I’m forgetting (I can’t really see you)
Five Four Three Two One, I think time is up

But I hope you aren’t hurting as much as me
I hope for this every day, countlessly
I hope you won’t remember as much as I do
I hope you’re better than me (oh today and tomorrow)


Saturday, 1 October 2022

#16

 Mantis: Am I hideous?

Drax: You are horrifying to look at, yes. But that's a good thing. 

Mantis: Oooh

Drax: When you are ugly and someone loves you, you know they love you for who you are. Beautiful people never know who to trust

Mantis: Well, I'm certainly grateful to be ugly!

~Guardians of the Galaxy Vol.2

Wednesday, 31 August 2022

Tuesday, 30 August 2022

Specky


Minggu peperiksaan sekarang ni. Masuk kelas ni  masa 3 dan 4. Peperiksaan mula masa pertama lagi. Bila masuk, Cik Yaya tengok papan putih. Rasa tak percaya dengan apa yang dilihat. Berkali-kali Cik Yaya gosok mata. Buka spek, pakai semula. Kenapa nampak tulisan tu jadi double line? Spek ni dah rosak ke? Power mata makin naik ke? 

Pergi depan tengok dekat-dekat. Hahahaha.. Rupanya memang cikgu sebelum ni tulis double. 🤣🤣🤣 Tipah tertipu! Ciss!

Teringat.

Mula-mula sedar diri ni rabun masa kat sekolah menengah. Bila cikgu tulis kat depan, semua nampak double. Kabur. Tulisan tu jadi kembang. Bagitau mak ngan ayah. Terus buat spek mata. Kalau korang tengok spek mata pertama Cik Yaya, korang mesti ketawa tak ingat dunia. Bentuk bulat membujur. Kecil je framenya. Warna gold okeyy! Hahaha..  Mula-mula malu nak pakai spek, tak lama lepas tu, 'I cannot live without you!' I'm a full time specky.

Bila pakai spek, yang kabur jadi nyata. Pernah sekali pergi kem di kawasan air terjun. Kalau tak salah masa tu tahun kedua universiti. Masa mandi air tejun, Cik Yaya buka spek letak atas batu. Tetiba 'prakk'. Aaaaa! Ada kawan terpijak spek tu. Pecah cerminnya. Kem ada lagi sehari semalam. Makanya, jadi si buta la Cik Yaya masa tu. Nasib kawan-kawan baik. Jaga dan pandu. Rasa rimas sangat masa tu. Segalanya blur. Sampai otak pon ikut blur. Kawan lelaki siap usik-usik. Nakal nau! Hello, I'm not blind, I'm just specky!





Monday, 29 August 2022

Life lesson

Today, I learned something. 

First, excuses is a blessing. Pernah dulu Cik Yaya menulis tentang diri yang tak suka beralasan. Cik Yaya rasa alasan tu tak perlu. Kita perlu mengakui sahaja sesuatu perkara dan itu akan memudahkan kehidupan kita. Tapi ternyata salah. Kadang-kadang kita perlukan alasan untuk survival. Tipu sunat? 

Second, things you hate today, could be a blessing tomorrow. Ingat tak Cik Yaya pernah cerita tentang 1 kelas yang ada 2 budak nakal tu. Hmmm... Kelas tu memang mencabar. Tapi hari ni, disebabkan diorang berdua, I am blessed. Disebabkan diorang, salah seorang pelajar kelas tu beri Cik Yaya dessert. Rasa happy sangat. Siap ada nota. Bagi Cik Yaya, nota yang diberikan atau ditinggalkan untuk seseorang adalah perkara paling berharga dan sweeeet dalam dunia.. (And of course, it was started by him! Arghhh) 


It's chocolate crepe!! Yey!! Thank you Alya..

Hidup ni boleh jadi indah dan boleh jadi haru biru sekelip mata.. MENAKUTKAN!! Kadang-kadang rasa takut nak melalui hari-hari. Terlalu banyak perkara yang tak diduga boleh berlaku. Tapi... 'Senjata sorang mukmin adalah DOA'. 

Cik Yaya insaf hari ni. Cik Yaya sedar yang benda-benda nilah yang buatkan kita lebih matang dalam kehidupan.. 


Sekian secebis kisah kehidupan seorang Yaya. 

Tuesday, 23 August 2022

Dari kaki ke hati

Fed up! Susah betul nak cari kasut yang sesuai dengan kaki ni. Berjenama atau tidak, mahal atau murah, saiz european atau asian, beli online atau offline, sama je.. Susah nak ngam dengan kaki Cik Yaya ni..

Bila belajar, bekerja kena pakai kasut. Adoila.. Masalah! Letih mencari.. Letih menabur duit membeli yang namanya kasut. Bila beli, tak sesuai. Sudahnya kasut tu berkumpul dalam almari kasut. Lama-lama lusuh tanpa dipakai. Tercabut itu ini. Mengelupas sana sini. Akhirnya, ke tong sampah. Membazir!! Apa nak jawab bila ditanya nanti!!

Selama Cik Yaya hidup, kasut adalah musuh! Macam-macam kenangan yang muncul disebabkan kasut. Memalukan pulak tu.. Cik Yaya pernah teegelincir di tengah jalan sebab tapak kasut licin. Pernah tercicir kasut masa temuduga sebab kasut terlalu longgar. Pernah balik berkaki ayam sebab kasut rosak di tengah jalan. Melecet dan kesakitan tak payah nak cakap la.. Sedih!

Macam mana nak selesaikan masalah ni agaknya. Teruskan usaha mencari yang sesuai? Teruskan melabur duit untuk mencari? Hmmm...

Seingat Cik Yaya, hanya ada sepasang kasut yang betul-betul Cik Yaya selesa. Sampai koyak rabak Cik Yaya guna. Memang puas hati. Sepasang kasut prelove yang Cik Yaya beli dan guna semasa belajar di matrikulasi. Tempat hati mengenal Cinta. Selepas kasut tu, tak ada lagi kasut lain yang bertakhta di kaki. Kesian kaki Cik Yaya. Menanggung siksa. Tetiba hati berkata, eh kita serupa! Hahahaha..

Misi mencari kasut yang tak berkesudahan..

Kasut ooo kasut... 





Sekian cerita dari kaki ke hati, yang sama senasib...

Monday, 22 August 2022

What do you want?

All I Want
Song by Olivia Rodrigo


I found a guy, told me I was a star

He held the door held my hand in the dark

And he's perfect on paper but he's lying to my face

Does he think that I'm the kinda girl who needs to be saved?

And there's one more boy, he's from my past

We fell in love but it didn't last

'Cause the second I figure it out he pushes me away

And I won't fight for love if you won't meet me halfway

And I say that I'm through but this song's still for you

All I want is love that lasts

Is all I want too much to ask?

Is it something wrong with me?

All I want is a good guy

Are my expectations far too high?

Try my best but what can I say

All I have is myself at the end of the day

But shouldn't that be enough for me?

Ooh ooh ooh ooh, ooh ooh

And I miss the days

When I was young and naive

I thought the perfect guy would come and find me

Now happy ever after it don't come so easily

All I want is love that lasts

Is all I want too much to ask?

Is it something wrong with me? Oh

All I want is a good guy

Are my expectations far too high?

Try my best but what can I say

All I have is myself at the end of the day

And all I want is for that to be okay




Sunday, 7 August 2022

Only love..

Only Love Can Hurt Like This
Song by Paloma Faith

I tell myself you don't mean a thing
And what we got, got no hold on me
But when you're not there I just crumble
I tell myself that I don't care that much
But I feel like I die 'til I feel your touch

Only love, only love can hurt like this
Only love can hurt like this
Must have been a deadly kiss
Only love can hurt like this

Say I wouldn't care if you walked away
But every time you're there I'm begging you to stay
When you come close I just tremble
And every time, every time you go
It's like a knife that cuts right through my soul

Only love, only love can hurt like this
Only love can hurt like this
Must have been a deadly kiss
Only love can hurt like this
Only love can hurt like this
Your kisses burn into my skin
Only love can hurt like this

But if the sweetest pain
Burning hot through my veins
Love is torture makes me more sure

Only love can hurt like this
Only love can hurt like this
Only love can hurt like this
Must have been the deadly kiss
Only love can hurt like this
Only love can hurt like this
Your kisses burning to my skin
Only love can hurt like this
Only love can hurt like this (only love can hurt)

Save me, save me
Only love, only love
'Cause only love can hurt like this
And it must have been the deadly kiss

Very contrasting!

Friday, 29 July 2022

Dumpling

Dumpling daging Cik Yaya


Ini intinya.. Cik Yaya masukkan daging cincang, air sikit, tepung jagung, minyak bijan, kicap, sos tiram, serbuk lada putih, halia dan bawang putih. Tak de sukat-sukat. Main campak ikut rasa ja... Kacau sampai sebati. Lepas tu masukkan kucai yang dah dihiris. Gaul lagi.. Begitula rupanya


Ini kulit dumpling. Cik Yaya beli je.. Kalau buat, tak tau la jadi apa dumpling tu nanti... Tak mau ambil risiko!


Dah siap.. Macam karipap! Ni cara paling senang untuk beginner. Ada macam-macam bentuk dumpling ni.. Nanti-nanti la cuba...


Dah masak. Masuk minyak sikit dalam kuali. Goreng dulu sampai kulit luar keperangan, lepas tu masukkan sedikit air dan tutup. Kita steam pulak. Baru la masak inti kat dalam tu. 
Masa Cik Yaya bungkus dumpling tadi, Cik Yaya tak keluarkan angin dalam dumpling tu.. Tak comei jadinya bila lepas masak. Kulitnya kecut dan isi nampak tak penuh. Pengalaman pertama tak pernah mudah kan... 


Walau bagaimanapon, rasanya tidaklah mengecewakan. Sedapppp.. Cicah dengan kicap.. Rasa nak buat lagi.. Tapi habis dah kulitnya.. Bila entah rajin nak pergi beli...  Hehe..

Sekian pengalaman pertama membuat dumpling. Makan sambil layan drama.. 
Nyum nyum... 
Bertambah bahagia sebab dapat cuti 3 hari.. Lalalalala...


Tuesday, 26 July 2022

Sunset or sunrise?

 


Dulu masa kecik-kecik kan, Cik Yaya ngan angah suka nau tengok awan. Bila balik sekolah tadika, kami akan bukak baju pakai seluar pendek, pegang susu sorang sebotol,  amik bantal, pastu baring kat beranda rumah, tengok langit, tengok awan. Itula rutin kami hari-hari. Bertahun jugakla.. 

Apa yang bestnya tengok awan ni? Kami berimaginasi. Macam-macam bentuk ada kat awan.

'Tengok awan tu, macam bentuk kura-kura'

'Aah, yang tu kepala dia, tu ekoq dia, kaki dia'

'Hang tengok belah ni pulak. Nampak macam burger la'

Tula perbualan kami. Kadang-kadang angah nampak, Cik Yaya tak nampak. Dan sebaliknya..  Bila angin bertiup, awan pon bergerak sama. Munculla bentuk-bentuk yang lain pulak. Habisla susu sebotol. Kadang-kadang sampai terlena kat beranda tu. Kalau tak tertidur, kami menconteng. Melukis, mewarna, menulis A B C 1 2 3. 

Kenapa tak tonton TV? Masa tu mana ada bekalan elektrik lagi.. Ada radio yang pakai bateri ja kat rumah.. Ayah punya. Kami pon tak pandai nak dengar lagu lagi masa tu. 

Indahnya kenangan... Terima kasih Allah...



So, is it sunset or sunrise? Tiberr

Sunday, 10 July 2022

Salam Aidil Adha..

 


Salam pengorbanan.. Aidil Adha tahun ni menyedarkan Cik Yaya tentang kehidupan.. Hasil daripada beberapa peristiwa yang berlaku belakangan ni..

Peristiwa 1..

Baru-baru ni Cik Yaya pergi berkursus dan kenal dengan beberapa kawan baru.. Sambil berkursus, kami berkenal antara satu sama lain. Salah seorang dari mereka kata, dia tak pernah jumpa orang macam Cik Yaya.. Ada yang pelik dan aneh dengan sikap Cik Yaya. Kata dia, Cik Yaya ni ada memendam sesuatu di dalam hati. Yang lain macam setuju dengan pendapat tu.. Hmmm..

Bila balik kursus, Cik Yaya berfikir dalam-dalam.. Cuba mencari perkara yang terpendam tu.. Dan akhirnya, semalam 9 Zulhijjah, Cik Yaya rasa macam dah dapat jawapan. Cik Yaya memendam DENDAM! Pada siapa? Hahaha


Peristiwa 2..

Minggu lepas bersembang dengan seorang kawan baik.. Ada satu benda menarik yang dia kongsi.. Katanya, selagi seorang manusia tidak memenuhi fitrahnya, selagi itu kehidupannya belum sempurna. Ya, Cik Yaya setuju! Ternyata, kami berdua senasib. Belum sempurna sebagai manusia.. Walaupon ujian kami berbeza..

Apa perlu Cik Yaya buat? Apa langkah seterusnya? Apa yang Cik Yaya boleh ubah? Apa yang boleh Cik Yaya andalkan? Apa harapan untuk hari-hari mendatang? Apa yang akan terkorban lagi?

Selepas munculnya kesedaran ni....

Saturday, 11 June 2022

My forgotten dish


Today's simple lunch.. Lama tak masak macam ni..  Mee rebus bodo... It is one of my favourites!! Lama tak masak mee macam ni..  Kenapa ye? Apakah sebabnya? Jenuh nak imbas kembali ni.. Lama nau.. 😓 Malas la nak tau jawapan.. Nak menikmati je mee ni.. Hahahaha.. Sedapnyala hai.. Tambah pulak tengah hujan kat luar nun.. Sesuai!

Happy lunch all!! 


Tuesday, 7 June 2022

I miss her!!

Menangis dalam kereta sorang-sorang Cik Yaya hari ni.. I cried my heart out! Puncanya? Sebab maksu datang rumah. Tapi bukan sebab maksu.. Sebabnya, Cik Yaya rindu kat arwah tok!!!! 

Kali ni maksu datang tanpa tok... Rasa kosong dalam dada.. Jadi tak bermakna.. 😭😭😭 Sejak raya lagi Cik Yaya dah rindu dengan tok.. Nasib tak de orang yang sebut tentang tok.. Jadi terpendam segalanya dalam hati..

Tapi kedatangan maksu kali ni buat rindu tu bertambah dalam.. Dia asyik sebut tentang 'rumah tok', pokok durian tok, tok itu, tok ini... Memori singgah bertamu. Mengundang rindu dan sebak..  

Masa dalam kereta nak balik rumah tadi, bila bersendirian, Cik Yaya tak dapat tahan lagi dah.. Semua menjadi air mata.. Masa menulis ni pon, Cik Yaya masih teresak-esak.. I miss her so muchhh... Sooooo muchhh! 

Cik Yaya takkan balik rumah tok sampai hati ni betul-betul bersedia..  Tak tahu bila... Ya Allah, temukan kami nanti... Bila sampai masa dan ketikanya... Berilah kekuatan kepadaku Ya Allah.. Tempatkan tok bersama para solihin, Kau ampunkanlah segala dosanya.. Aamiin.. Al-Fatihah..


Ottoke? 😭😭😭😭💔💔💔

#rasanakdemam
#bestrong
#matiitupasti


Sunday, 5 June 2022

Eating curry my way!

Cik Yaya asal Kedah.  Jadi, gulai tu memang masakan yang wajib ada kat rumah. Mak selalu masak sebab itu kegemaran ayah. Tapi Cik Yaya bukanlah 'kipas susah mati' gulai. Bergantung pada keadaan..  Tapi kan...



Kalau ada ikan bilis goreng, lain cerita! Hahaha.. Ini pasangan sejati.. A match made in heaven! Kuah gulai dengan ikan bilis goreng... Tak tengok lauk lain dah.. 

Tetiba teringat kenangan zaman kecik-kecik dulu.. Di saat makan tengah hari di hujung minggu.. Yuhuu.. minggu depan sekolah cuti seminggu.. Esok balik kampung.. Tapi tak boleh nak berjimba sangat, 6 kelas lagi kertas periksa menunggu untuk ditanda.. 😮‍💨😮‍💨

Ganbatte!!!

Wednesday, 1 June 2022

Let it go..

Baru-baru ni Cik Yaya buat sesi mengemas almari BESAR-BESARAN.. Dalam proses tu, banyaklah benda yang Cik Yaya let go.. Let go, to stop holding something or someone.

Nak ceritanya kat sini, perasaan me'let go' tu berbeza benar dengan membuang. Ada satu kepuasan di situ. Bila kita dapat melepaskan apa yang menjadi bebanan pada kita. Sebab Cik Yaya tau, tak baik kalau kita simpan je sesuatu tapi tak gunakannya. Nanti kita akan dipertanggungjawabkan ke atas barang tu..

Satu lagi kepuasan ialah bila kita dapat memberi.. Bila sesuatu yang kita ada, dapat membantu orang lain.. Patutla Islam suruh amalkan sedekah.. Let go barang-barang samala jugak dengan sedekah kan.. Terasa seronok dan puas hati. Walhal, barang yang Cik Yaya bagi tu bukanlah barang yang sangat berharga atau baru..

Tapikan.. Kalaulah boleh let go kenangan, let go kesedihan, let go kepedihan.. Hahaha.. Tetiba.. Sapa nak? Ada yang nak? Kot-kot nak buat novel ke.. Filem ke.. Drama ke.. Lagu ke.. Hahaha..

Absurd!! 

Okey bye!


#These days, my heart keeps telling me, the time has come to let it all go...

Monday, 30 May 2022

Exam time!!

 

Waktu paling bahagia bagi seorang cikgu.. Hahahaha!! Tak payah nak menjerit, tak payah nak merancang.. Heaven on earth! Cuba tengok  gelagat diorang ni! Macam-macam. 

Dalam kelas ni ada dua orang murid yang terkenal nakalnya. Rupa-rupanya dua-dua datang dari keluarga yang bermasalah. Mak dan ayah bercerai. Sorang duduk dengan nenek. Sorang lagi duduk dengan mak je. Dia mengaku dengan mak dia pon dia tak hormat. Apetah lagi cikgu. Masalah bila tak de father figure di rumah. Patutla dua orang ni asyik mencabar kesabaran cikgu-cikgu yang mengajar. 

Secara psikologinya, diorang ni inginkan perhatian di sekolah sebab tak dapat perhatian di rumah. Itu yang diorang selalu buat hal dalam kelas. 

Tapikan... Cik Yaya jujur tak tahu macam mana nak tackle masalah ni. Sebabnya, setiap kali berhadapan dengan murid macam ni, Cik Yaya mudah hilang sabar. Cara diorang mencari perhatian tu memangggggg mencabarrrr keimanan yang senipis kulit bawang ni. Tak tahu nak hadap macam mana. Bertahun mengajar pon, masih gagal bab-bab ni. Nak buat macam mana eh? 

Macam mana? 

Macam mana? 

Macam mana?

Tolong!!!

Sunday, 29 May 2022

Sambutan Hari Guru dan Hari Raya 2022

 Nak simpan kenangan di sini..

2 Salman 1

27 Mei 2022

































Bye, bye, bye!!

#endemik
#syukur