Tuesday, 23 August 2022

Dari kaki ke hati

Fed up! Susah betul nak cari kasut yang sesuai dengan kaki ni. Berjenama atau tidak, mahal atau murah, saiz european atau asian, beli online atau offline, sama je.. Susah nak ngam dengan kaki Cik Yaya ni..

Bila belajar, bekerja kena pakai kasut. Adoila.. Masalah! Letih mencari.. Letih menabur duit membeli yang namanya kasut. Bila beli, tak sesuai. Sudahnya kasut tu berkumpul dalam almari kasut. Lama-lama lusuh tanpa dipakai. Tercabut itu ini. Mengelupas sana sini. Akhirnya, ke tong sampah. Membazir!! Apa nak jawab bila ditanya nanti!!

Selama Cik Yaya hidup, kasut adalah musuh! Macam-macam kenangan yang muncul disebabkan kasut. Memalukan pulak tu.. Cik Yaya pernah teegelincir di tengah jalan sebab tapak kasut licin. Pernah tercicir kasut masa temuduga sebab kasut terlalu longgar. Pernah balik berkaki ayam sebab kasut rosak di tengah jalan. Melecet dan kesakitan tak payah nak cakap la.. Sedih!

Macam mana nak selesaikan masalah ni agaknya. Teruskan usaha mencari yang sesuai? Teruskan melabur duit untuk mencari? Hmmm...

Seingat Cik Yaya, hanya ada sepasang kasut yang betul-betul Cik Yaya selesa. Sampai koyak rabak Cik Yaya guna. Memang puas hati. Sepasang kasut prelove yang Cik Yaya beli dan guna semasa belajar di matrikulasi. Tempat hati mengenal Cinta. Selepas kasut tu, tak ada lagi kasut lain yang bertakhta di kaki. Kesian kaki Cik Yaya. Menanggung siksa. Tetiba hati berkata, eh kita serupa! Hahahaha..

Misi mencari kasut yang tak berkesudahan..

Kasut ooo kasut... 





Sekian cerita dari kaki ke hati, yang sama senasib...

No comments:

Post a Comment