Sunday, 10 July 2022

Salam Aidil Adha..

 


Salam pengorbanan.. Aidil Adha tahun ni menyedarkan Cik Yaya tentang kehidupan.. Hasil daripada beberapa peristiwa yang berlaku belakangan ni..

Peristiwa 1..

Baru-baru ni Cik Yaya pergi berkursus dan kenal dengan beberapa kawan baru.. Sambil berkursus, kami berkenal antara satu sama lain. Salah seorang dari mereka kata, dia tak pernah jumpa orang macam Cik Yaya.. Ada yang pelik dan aneh dengan sikap Cik Yaya. Kata dia, Cik Yaya ni ada memendam sesuatu di dalam hati. Yang lain macam setuju dengan pendapat tu.. Hmmm..

Bila balik kursus, Cik Yaya berfikir dalam-dalam.. Cuba mencari perkara yang terpendam tu.. Dan akhirnya, semalam 9 Zulhijjah, Cik Yaya rasa macam dah dapat jawapan. Cik Yaya memendam DENDAM! Pada siapa? Hahaha


Peristiwa 2..

Minggu lepas bersembang dengan seorang kawan baik.. Ada satu benda menarik yang dia kongsi.. Katanya, selagi seorang manusia tidak memenuhi fitrahnya, selagi itu kehidupannya belum sempurna. Ya, Cik Yaya setuju! Ternyata, kami berdua senasib. Belum sempurna sebagai manusia.. Walaupon ujian kami berbeza..

Apa perlu Cik Yaya buat? Apa langkah seterusnya? Apa yang Cik Yaya boleh ubah? Apa yang boleh Cik Yaya andalkan? Apa harapan untuk hari-hari mendatang? Apa yang akan terkorban lagi?

Selepas munculnya kesedaran ni....

No comments:

Post a Comment