Minggu peperiksaan sekarang ni. Masuk kelas ni masa 3 dan 4. Peperiksaan mula masa pertama lagi. Bila masuk, Cik Yaya tengok papan putih. Rasa tak percaya dengan apa yang dilihat. Berkali-kali Cik Yaya gosok mata. Buka spek, pakai semula. Kenapa nampak tulisan tu jadi double line? Spek ni dah rosak ke? Power mata makin naik ke?
Pergi depan tengok dekat-dekat. Hahahaha.. Rupanya memang cikgu sebelum ni tulis double. 🤣🤣🤣 Tipah tertipu! Ciss!
Teringat.
Mula-mula sedar diri ni rabun masa kat sekolah menengah. Bila cikgu tulis kat depan, semua nampak double. Kabur. Tulisan tu jadi kembang. Bagitau mak ngan ayah. Terus buat spek mata. Kalau korang tengok spek mata pertama Cik Yaya, korang mesti ketawa tak ingat dunia. Bentuk bulat membujur. Kecil je framenya. Warna gold okeyy! Hahaha.. Mula-mula malu nak pakai spek, tak lama lepas tu, 'I cannot live without you!' I'm a full time specky.
Bila pakai spek, yang kabur jadi nyata. Pernah sekali pergi kem di kawasan air terjun. Kalau tak salah masa tu tahun kedua universiti. Masa mandi air tejun, Cik Yaya buka spek letak atas batu. Tetiba 'prakk'. Aaaaa! Ada kawan terpijak spek tu. Pecah cerminnya. Kem ada lagi sehari semalam. Makanya, jadi si buta la Cik Yaya masa tu. Nasib kawan-kawan baik. Jaga dan pandu. Rasa rimas sangat masa tu. Segalanya blur. Sampai otak pon ikut blur. Kawan lelaki siap usik-usik. Nakal nau! Hello, I'm not blind, I'm just specky!
No comments:
Post a Comment