Showing posts with label My life. Show all posts
Showing posts with label My life. Show all posts

Thursday, 10 April 2025

Thursday, 30 May 2024

The angry me!

When I'm angry
Don't stay near me
Stay far away and leave me 
As I need time and space to reflect

When I'm angry
Don't say a word
As I will hate everything you say
It feels like you are throwing more woods into the fire pit

When I'm angry
Don't trigger me
Don't make me say things that you don't want to hear
Don't make me say things that I'll regret later

Don't you ever
When I'm angry

Yaya Hanani
31 Jan 2024



Thursday, 19 October 2023

No more means never again

Today, I've made a very very important decision over my life. 

'I don't want to go to the hospital anymore!'

I really really fed-up with this routine. It's so hard to get parking there. The doctors always scolded me! Hahaha. The nurses are so fierce. Nothing is tasty in the medicine! Goodbye hospital, goodbye forever!

After this, I just live my life like normal people do and wait for the consequences. Yup! That's final!!



Wednesday, 4 October 2023

Today!

 




Same place
Same spot
Same sky
But
With different people..
And a very different version of ME!
(Am I upgraded or downgraded? Hmmm..)

#favouritespot
#creatingbeautifulmoments

Friday, 9 June 2023

World

Selalu tengok dalam movie, ada adegan macam ni. Heroin tengah dalam masalah macam kena tangkap ka,  nak kena bunuh ka, tetiba hero datang selamatkan. Betul-betul on time. Heroin rasa lega tak terhingga..

Recently, I really hope my hero will come and save me.. Please come! Please save me! Please!

Save me from this world. It's frightening. It's tiring.. I'm drowning.. Deeper, day by day.. Gasping for the true meaning of life.. Who am I? What is my values? Where is my smile? When does everything started to fall apart?




Saturday, 8 April 2023

Lost and counting

Where is the feeling?

I'm paralyzed

Living, but not alive

I'm losing everyday

Second by second 

Becoming an empty shell

What has happened to the empathy?


Where is the feeling?

Everything is numb and tasteless

Heaven and hell become pale

Good or bad, I can't tell

Who am I?

What am I doing?


Where is the feeling?

Where is the feeling?


Yaya

17 Ramadhan 1444H



Sunday, 1 January 2023

Only yesterday..

 



Cuti sekolah kali ni ditemani dengan filem-filem animasi Studio Ghibli. Dan hari ni melayan cerita bertajuk 'Only Yesterday' hasil produksi tahun 1991. Indahnya jalan cerita filem ni. 10 hari mengenal diri, mengenal cinta.. Banyak babak yang dapat dikaitkan dengan kehidupan sendiri. 

Ya, cerita ni telah buat Cik Yaya fikir tentang kisah hidup Cik Yaya. Cepat betul masa berlalu.. Kenangan-kenangan terasa macam baru berlaku semalam. 

Kehidupan.. Ada kenangan manis yang buat diri tersenyum-semyum sendiri. Ada kenangan pahit yang terasa magik sebab tak sangka dah berjaya harungi. Sampai tertanya-tanya, macam mana aku boleh lalui benda-benda tu? Tak percaya! Tak lupa juga pada kenangan-kenangan yang menjadi pengajaran dalam hidup. 

Kalau boleh diputarkan masa, nak ke patah balik? Kalau nak, nak patah ke bila? Kenapa? Nak ubah apa? 

Cik Yaya tak de jawapan untuk soalan-soalan ni.. Makanya, jawapan Cik yaya ialah 'TIDAK'. Biarlah segalanya seperti sekarang. Tak ada satu perkara pon yang berlaku tanpa izin Allah SWT dan tak ada kejadian yang sia-sia. Cik Yaya sekarang terbentuk dari masa lepas. Saya gembira dan puas hati!

Esok dah tahun baru. Tak tahu apa yang akan diharungi untuk tahun 2023. Dalam dunia ni, hidup kita boleh berubah 180⁰ dalam sekelip mata je kan.. Yang pasti masa akan terus berjalan. Selagi hayat masih ada, selagi masih bernafas, laluilah! Moga Allah SWT merahmati dan memandu kita di sepanjang perjalanan.. لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ


& happy holidays! (^0^)Y

Jom layan lagu ni!



Sunday, 10 July 2022

Salam Aidil Adha..

 


Salam pengorbanan.. Aidil Adha tahun ni menyedarkan Cik Yaya tentang kehidupan.. Hasil daripada beberapa peristiwa yang berlaku belakangan ni..

Peristiwa 1..

Baru-baru ni Cik Yaya pergi berkursus dan kenal dengan beberapa kawan baru.. Sambil berkursus, kami berkenal antara satu sama lain. Salah seorang dari mereka kata, dia tak pernah jumpa orang macam Cik Yaya.. Ada yang pelik dan aneh dengan sikap Cik Yaya. Kata dia, Cik Yaya ni ada memendam sesuatu di dalam hati. Yang lain macam setuju dengan pendapat tu.. Hmmm..

Bila balik kursus, Cik Yaya berfikir dalam-dalam.. Cuba mencari perkara yang terpendam tu.. Dan akhirnya, semalam 9 Zulhijjah, Cik Yaya rasa macam dah dapat jawapan. Cik Yaya memendam DENDAM! Pada siapa? Hahaha


Peristiwa 2..

Minggu lepas bersembang dengan seorang kawan baik.. Ada satu benda menarik yang dia kongsi.. Katanya, selagi seorang manusia tidak memenuhi fitrahnya, selagi itu kehidupannya belum sempurna. Ya, Cik Yaya setuju! Ternyata, kami berdua senasib. Belum sempurna sebagai manusia.. Walaupon ujian kami berbeza..

Apa perlu Cik Yaya buat? Apa langkah seterusnya? Apa yang Cik Yaya boleh ubah? Apa yang boleh Cik Yaya andalkan? Apa harapan untuk hari-hari mendatang? Apa yang akan terkorban lagi?

Selepas munculnya kesedaran ni....

Saturday, 29 January 2022

With love

 


Tadi pergi beli fail putih untuk kegunaan sekolah. Jenama HATA. Tetiba teringat satu drama Jepun bertajuk With Love. Kisah percintaan Takashi dan Amane. Cerita dia bermula bila Takashi seorang pemuzik tersalah hantar fail muzik dia ke email Amane. Amane ni kerja kat bank. Takashi guna nama email Hata. Amane guna nama email Teruterubozu. Masa tu, Cik Yaya tak tau apa pon pasal komputer ke, internet ke.. Jauh sekali nak ada email. Haha.. 

Okey, lepas salah hantar tu mula la perkenalan depa. Who are you? Hata kata dia dok Amerika. Walhal, sebenarnya depa ni selalu berselisih. Sama-sama dok di Jepun dan dekat je sebenarnya dalam kehidupan sebenar. Lama-lama dok berbalas email, jatuh cinta. So sweeeeeeet... 

Ni la antara drama Jepun yang Cik Yaya layan masa sekolah menengah sampai ke universiti.. Siap beli CD okey.. Ada lagi ni haaa... Tak ingat dah berapa ringgit. Tapi rasanya ada dalam RM30 lebih. Kira mahal la waktu tu.. Dok belajar lagi.. Tapi sanggupppp!!



Drama lain yang Cik Yaya suka ialah Great Teacher Onizuka (GTO), Beatiful Life 🤧🤧🤧😭😭😭😭, Pride, dan Beach Boys. Takuya Kimura, Takeshi Sorimachi dan Yutaka Takenochi adalah heart throb masa tu. 😍😍😍 Selera Asian saya tak pernah berubah.. Selalu drama tu ditayangkan waktu petang. Dalam jam 5 atau 6 macam tu. Sanggup berhenti main. Haha.. Adik Cik Yaya pon join sekali. 

Okey, balik semula ke With Love. Antara benda menarik dalam cerita ni pada pandangan Cik Yaya ialah

  1. Tentang cinta antara 2 manusia yang berbeza karakter. Seorang yang agak playboy dan seorang yang sangat lurus. Nerd. Seronok tengok watak tu berkembang dan menyerlahkan sifat sebenar, seiring cinta diorang.
  2. Tentang fitrah manusia yang nak berkawan supaya dapat meluahkan perasaan antara satu sama lain. Yelah, kadang-kadang letih dengan masalah dan cabaran hidup. Bila dapat diluah, rasa ringan sikit. Saling memberi semangat dan nasihat. Itu yang 2 watak ni buat. Dan segala luahan tu menjadi rahsia diorang berdua je.. Sweet!
  3. Tentang cinta jarak jauh. Kepercayaan dan kejujuran bila pasangan dok jauh.
  4. Tentang cinta sejati. Walaupon dua-dua watak ni ada pasangan masing-masing pada awal cerita, tapi takdir dan jodoh diorang lagi kuat. 

Paling best dalam cerita With Love ni ialah Ost dia. My Little Lover tajuk dia. Rasa macam tengah terbang je bila dengar lagu ni.. Haha..  Satu lagi ialah melodi Once In A Blue Moon. Itula fail muzik yang Hata tersalah hantar pada Teruterubozu. Merdu sangat.... Tenang je bila dengar.. Jap nak share..



Aaaaa... Teringat kenangan lama. Sebenarnya, Cik Yaya kongsi apa yang Cik Yaya ingat ja.. Kalau ada yang tersalah info, maafkan saya ye.. Lama sangat dah tengok cerita ni.. Tetiba terasa nak tengok semula drama ni. Rindu pulak.. Haha.. Jom layan sama-sama!


Thursday, 9 December 2021

Monday, 31 May 2021

My own sweet time..

Dulu sebelum bertukar sekolah, Cik Yaya akan memandu 30~45 minit ke sekolah setiap hari. Dalam perjalanan, Cik Yaya akan dengar lagu-lagu kegemaran sambil berfikir tentang kehidupan.. Merefleksi segala yang terjadi dalam hidup.. Rasa mcam satu terapi. Kadang-kadang Cik Yaya tak sedar sampai ke mana. Dah terlepas simpang ke belum. Tapi Alhamdulillah.. Allah masih lindungi.. Masih on track di atas jalan. Walaupon banyak kali jugakla hampir terbabas atau mencium kereta lain.. Mungkin sebab penat asyik berulang-alik juga kot.. Haha.

Sekarang ni sekolah cuma 5-6 minit dari rumah. Nak pasang lagu pon tak sempat.. Syukur atas nikmat ni.. 

Jadi sekarang, masa balik kampung la jadi sweet time. 1 jam perjalanan. Rasa nikmat sangat dapat dengar lagu, berfikir, berefleksi dan termenung sepanjang perjalanan.. Bahagianya rasa.. Love it!!



Sweet time, my way!

Tapi mulai esok 1 Jun, tak dapat nak balik kampung lagi.. Walaupon 1 daerah. Malaysians are facing lockdown due to covid-19 pandemic. Movement allowed is in 10 km radius only. Ottoke? Go away covid!! Shuh, shuh!