First, excuses is a blessing. Pernah dulu Cik Yaya menulis tentang diri yang tak suka beralasan. Cik Yaya rasa alasan tu tak perlu. Kita perlu mengakui sahaja sesuatu perkara dan itu akan memudahkan kehidupan kita. Tapi ternyata salah. Kadang-kadang kita perlukan alasan untuk survival. Tipu sunat?
Second, things you hate today, could be a blessing tomorrow. Ingat tak Cik Yaya pernah cerita tentang 1 kelas yang ada 2 budak nakal tu. Hmmm... Kelas tu memang mencabar. Tapi hari ni, disebabkan diorang berdua, I am blessed. Disebabkan diorang, salah seorang pelajar kelas tu beri Cik Yaya dessert. Rasa happy sangat. Siap ada nota. Bagi Cik Yaya, nota yang diberikan atau ditinggalkan untuk seseorang adalah perkara paling berharga dan sweeeet dalam dunia.. (And of course, it was started by him! Arghhh)
It's chocolate crepe!! Yey!! Thank you Alya..
Hidup ni boleh jadi indah dan boleh jadi haru biru sekelip mata.. MENAKUTKAN!! Kadang-kadang rasa takut nak melalui hari-hari. Terlalu banyak perkara yang tak diduga boleh berlaku. Tapi... 'Senjata sorang mukmin adalah DOA'.
Cik Yaya insaf hari ni. Cik Yaya sedar yang benda-benda nilah yang buatkan kita lebih matang dalam kehidupan..
Sekian secebis kisah kehidupan seorang Yaya.
No comments:
Post a Comment