'Hei masalah besar, aku punya Tuhan yang lebih besar!'
-Aisya-
~99 CAHAYA DI LANGIT EROPA~
Alhamdulillah.. Masih diizinkan olehNya untuk bernafas di muka bumi ini. Masih dilimpahi dengan segala nikmat yang nyata dan tidak terdustakan.. Alhamdulillah.. Hanya syukur yang dapat terucap. Terima kasih Allah untuk segalanya.. Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar nikmat.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terima kasih mak dan ayah sebab susah payah melahirkan dan membesarkan. Hanya Allah yang akan membalas jasa bakti mak dan ayah.. Mohon ampun dan maaf juga atas kesalahan diri ini. Selalu tak dapat memenuhi harapan mak dan ayah.
Semoga diri ini akan lebih besyukur. Akan sentiasa memperbaiki setiap aspek kehidupan..
Alhamdulillah.. Selamat hari lahir Yaya!!
Best wisher of the year!!🤣🤣
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
"Dan aku tidak akan beribadat cara kamu beribadat.
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat cara aku beribadat.
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".
Bencilaaaa!! Hari ni terajin nak cuba buat butter cake.. Tapi.. Huhuhu.. Macam biasa.. tak jadiii.. Sakit hati aihhh. Dah macam-macam resepi guna. Tak pernah jadi.. Uwaaaaa.. Why? Why?
Sekian luahan hati yang kecewaaaaa... (T_T)
Makin tua ni makin emosi pula bila nampak bayi atau budak-budak. Bila tonton video klip dan keletah diorang kat fb, kat youtube.. Kadang-kadang jumpa kat kedai ke.. Nampak anak jiran.. Jumpa anak kawan.. Bila main dengan anak saudara.. Rasa terhibur dan sendu sangat.. Kadang-kadang termenangis jugak.. Agaknya sebab hati ni teringin nak memiliki anak. Agaknya sebab naluri keibuan seorang perempuan.. Itu fitrah kan..
Kalaulah.. Kalaulah.. Kalaulah.. Meski perkataan ni tak baik, tapi perkataan nilah yang selalu berlegar-legar dalam kepala bila nampak budak-budak. Kalau begitu, kalau begini..
But, I don't have any reason to get angry with God. La ilaha illa anta subha naka inni kuntu minazzolimin.. Semoga ada hikmah di atas semua ini. Amin Ya Rabb..
Hmm.. Rasa macam nak pergi tepi pantai. Nak rasa tamparan angin di pipi.. Nak dengar desiran angin memintal dedaunan. Melihat laut yang tiada sempadan.. Biar hilang semua gundah.. Jom!!
Good morning everyone!! Nampak bersemangat tak di situ.. Haha.. Nak cerita ni.. Hari ni lepas Subuh, Cik Yaya terus keluar berkebun. Tujuannya nak menuai halia. 2 hari lepas mak dengan ayah Cik Yaya datang rumah. Mereka kata boleh tuai dah halia tu sebab daun dia dah kering. Okey.. Semalam nak buat tak boleh sebab hujan seharian. Makanya, memerap dalam rumah. Malas nak keluar. Jadi misi ditunda ke hari ini. Selepas berhempas pulas mengeluarkan halia, inilah hasilnya..
Taraaa.. Cik Yaya siap timbang sebab teruja. Dalam 600g. Wahhhh.. Banyak ni.. Seronoknyaaa... Dalam hati dok fikir nak buat apa eh. Nak masak apa eh.. Tetiba..
Terjadilah ini.. Haha.. Nasi goreng halia muda.. Resepinya.. Bawang besar, bawang putih, halia dihiris dan ditumis. Masukkan belacan dan garam sedikit. Kalau nak pedas, boleh masukkan cili padi. Cik Yaya tak makan pedas. Halia pon dah cukup pedas dah. Lepas semua dah garing, masukkan nasi. Goreng sampai semua sebati. Dah nak sip, bolehla masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan telur mata kerbau. Sedapnya.. Makan di musim-musim hujan ni.. Alhamdulillah.. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Amin..
Indeed!! It is easy to hold hands but it is hard to let go. That is what I am afraid of. That is the reason why I don't even want to start it. Yes, it is a big deal to me!!
Uwaaaa.. Nak menangis boleh tak... Dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk buat buletin sekolahhh... Uwaaaaa.. Satu hal yang amat susah bagi orang yang tak kreatif ni... I is so jealous dengan orang yang kreatif. Orang yang mewujudkan sesuatu yang belum pernah wujud. Orang yang pandai mencipta tak kiralah lagu ke.. filem ke... lukisan ke.. Apa-apalah. Mereka semua kreatif. Tapi tidak diri ini.. Uwaaaaa. Letihla fikir nak isi apa dalam buletin ni. Dahla nak kena susun isi kandungan tu molek-molek. Nak pilih kata-kata. Nak pilih warna. Nak pilih reka bentuk.. Aaaaaarghhh.. Tak pandai la. Penat otak.. I is benci!!
Tapi..
Tapi..
Tapi...
Kena buat jugak!! Argghhhh .. Uwaaaa.. I need help!!! Ya Allah.. Engkau permudahkanlah..
Yang Cik Yaya pasti ialah, Cik Yaya pasti akan siapkan tugasan ni sebelum tarikh akhir. Bak kata kawan Cik Yaya dulu, "Mana pernah kerja kita tak siap.." Ya.. Tapi Cik Yaya tak pastilah macam mana hasilnya nanti.. Takut kena gelak dengan kawan-kawan jeeee...
Ganbatte Yaya!! You can do it! You must do it! Jiayou! Hwaiting! Hungga-hungga! (Bahasa apakah ini, hahaha)
Okey nak perah otak. Caucincau. Zassss
Hari ni hari Ahad.. Cik Yaya bangun jam 5.30 pagi sebab dah terbiasa. Lepas subuh, golek-golek atas katil sambil layan facebook. Bosan.. Tup-tup teringat nak buat tart nanas. Projek tertangguh yang berbulan-bulan dah. Semua barang-barang dah ada. Terus cek resepi kat youtube.
Bahan-bahan
-Inti jem nanas secukupnya-dalam 600g.
-500g tepung gandum
-325g mentega
-3 biji kuning telur (2 untuk adunan dan 1 lagi untuk eggwash)
-25g gula aising
-50g susu pekat manis
-1 sudu teh esen vanilla
-paper cup secukupnya-dalam 100 biji
Cara-cara
1. Timbang 6g jem nanas dan bulatkan. Letak tepi. Gigihla Cik Yaya menimbang..