Showing posts with label smkk. Show all posts
Showing posts with label smkk. Show all posts

Saturday, 19 December 2020

Hehe.. Cuti dah mula


Terlepas dah azab PdPR... Dok menghitung hari jerr.. Selamat bercuti kepada semua cikgu cikgi.. Yey!! 
Taun depan kita pulun lagi! 

Jom makan!



 

Friday, 3 July 2020

Hikmah dugaan...

Okey.. Dah masuk tahun ke-3 kat sekolah baru.. Taraaa.. Masalah dah timbul.. Terasa dikhianati sangat.. Hahaha.. Suatu hari nanti Yaya.. Kalau kau dipanjangkan umur.. Diberi rezeki untuk menjadi pentadbir di sekolah.. Ingatlah perkara-perkara ni..


  1. Nak jadi pemimpin, mesti ada ilmu. Kalau tak, hang akan diperkotak-katikkan oleh orang bawah hang. Hadamkanla segala pekeliling.
  2. Mesti ada skil berkomunikasi yang baik. Mesti memberi pujian, semangat dan kemesraan. Ada cara yang hang boleh guna untuk menegur kalau hang tak puas hati. Bilik peribadi yang hang ada tu jangan disia-siakan. Gunakan untuk berbincang bersemuka dengan orang yang rasa bermasalah tu.
  3. Jangan gunakan kuasa hang untuk menindas atau menjadi diktator. That is very unprofessional. Baik hang jangan jadi pentadbir! Dosa pon dosa..
  4. Tunjukkan teladan yang baik sebagai pentadbir. Ingat, hang adalah role-model. Jangan ingat hang ja betoi. Orang lain tak betoi. Senyum selalu. Tenang sebab hang kena sedaq yang orang ni macam-macam jenih. Termasukla hang pon.. Macam-macam kerenah.
Takat tu dulu pesanan untuk hang. Konklusi dari dugaan yang hang terima sekarang ni. Sesungguhnya pengalaman mematangkan!!

Creative Leadership… What makes a great leader? - Melisa Visca ...


Monday, 11 November 2019

Kami makan-makan

Bersama kelas kesayangan lagi.. Haha.. Kali ni belanja makan sadwich. Sebenarnya ni dalam tajuk reka bentuk makanan RBT. Tapi tak sempat nak mereka-reka dah aih.. Lapo!! Haha..











Sedap ke? Ekeke.. Yang penting kita enjoy!!

Monday, 21 October 2019

Akuaponik 2019

Mereka ni pelajar kelas hujung.. Ajar diorag tak boleh marah-marah.. Tak boleh perli-perli.. Lurus jer.. Ada masa kena pujuk-pujuk.. Ada masa kena ambil hati.. Meskipun hujung, mendengar kata.. Menyembang nombor 1!! Macam-macam cerita keluar. Meskipun hasil tak seberapa.. tapi cukup membanggakan hati cikgu diorang ni.. Sebab cikgu ni faham dan tahu sangat keupayaan diorang.. Tahniah kerana mencuba!!






👏👏👏👍👍👍

Friday, 9 August 2019

Harapan dan kebodohan

Huhuhuhu... 😢😢😢😢 Hari ni telah berjaya membodohkan diri sendiri kerana terlalu mengharap.. Oh my god.. Sangat memalukan.. Adakah bila terlalu mengharapkan sesuatu, kita akan jadi buta dengan benda yang lain.. Apakah begitu? Rasanya ya.. Kalau tak, kejadian tadi takkan terjadi. Cik Yaya telah berjaya membuktikan teori ni.. 

Apa-apa pon, semoga hari ni menjadi pengajaran buat Cik Yaya. Lepas ni pasti takkan berlaku lagi.. Lesson learned!! Hehe.. Jangan terlalu berharap pada benda yang tak pasti okey!! 

Apa-apa pon, best sangat habiskan masa dengan kawan-kawan petang tadi.. Seronok beronok.. Haha.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..

Gambar sekadar hiasan.. 😉😉


Tuesday, 30 April 2019

Hari Guru 2019

Hmm.. Sambut awal tahun ni.. Sebab hari guru jatuh pada bulan puasa.. Tema tahun ni.. Kalau Aku Bukan Guru.. Hmmm.. Nak jadi apa? Realitinya tentulah jadi jurutera.. Tapi x kuasa aih.. Patut ke Cik Yaya jadi orang gila? Psiko? Haha.. Pikiaq punya pikiaq.. Dapat idea mudah nih..



Ha.. cer teka.. I yang pakai sobgket  hitam tu.. Cer perati betoi2.. Ha.. Pandai.. Jadi tukang jahit.. Kih kih kih.. Sonang.. X payah nak bersusah payah.. Amik tali tape lilit kat leher. Pegang gunting. Setel.

Tapi hari guru taun ni mencabar sedikit.. Sebabnya Cik Yaya kena buat pentas.. Adoila.. Dahlah keras tangan.. Sudahnya.. Cik Yaya kerah anak murid.. Hehe.. Nasib hangpa la..  Ni la hasilnya..


Nampak childish.. Tapi i suka.. So pedulila apa orang nak cakap.. Janji I is puas hati.. Hahahahaha.. 😈😈

Apa? Hadiah.. Hmm.. Adala sikit2.. Cikgu garang kan.. Tak ramaila peminat.. Hmm.. 


Banyaknya dari sekolah.. Alhamdulillah.. Dapat benda berguna.. Bagus jugak.. Tak le membazir.. Bagus trend hadiah sekarang.. 

Sekian saja laporan sambutan haru guru taun ni.. Harap2 taun depan dapat sambut kat sekolah baru.. Hehehe.. Caucincau.. 





Sunday, 25 November 2018

Kenangan 2018 di SMKK






























Antara momen-momen 2018.. Masa memula pindah dulu, blank.. I had no expectation at all.. Sekarang dah terjawab.. Taun depan agak-agak macam mana pulak eh.. Hmmm.. I wonder..😟😟