Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

"Dan aku tidak akan beribadat cara kamu beribadat.

"Dan kamu pula tidak mahu beribadat cara aku beribadat.

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".
No comments:
Post a Comment