Baru menghabiskan novel Terusir karya Hamka.. Buat kesekian kalinya.. Nak kongsi satu ayat yang memberi kesan pada Cik Yaya..
Kalau baca page ni Cik Yaya mesti termenung panjang. Dalam buku diceritakan tentang seorang perempuan yang ditalakkan suaminya kerana fitnah. Dia tiada ibu bapa.. Tiada tempat bergantung. Bila berstatus janda berbagai onak dan duri ditempuh sampai dia memilih satu jalan yang keji untuk meneruskan hidup.. Ayat tu cerita pasal cubaan orang yang menjanda waima di rumah orang tua sendiri pon banyak onak dan durinya.
Cik Yaya nak kata yang anak dara yang tak menikah pon sama je sebenarnya. 'Laksana terpijak bara hangat di rumah ibu bapanya'. Betul. Ini pengalaman sendiri na.. Rata-rata kawan Cik Yaya pon mengakuinya. Yang bujang la.. Jadi perempuan ni susah sangat. Segalanya fitnah. Bukan tubuh badan saja, status pon menjadi fitnah. Dan sedar atau tak, pedihnya bertambah apabila kesakitan tu datangnya dari orang yang rapat atau sejenis dengan kita. Kalau silap langkah boleh gila jadinya.. Bila agaknya mereka akan sedar yang jodoh itu rahsia Allah..
Ada orang tua yang asik memprovok anak gadisnya untuk menikah. Berbagai usaha dicuba. Bila dah bersanding di atas pelamin, tersenyum puas dia. Terlepas semua bala bahana atas bahunya. Tapi sedar tak dia kesan pada si anak. Adakah dia bahagia?
Setiap orang ada masanya sendiri. Jangan dibanding bezakan. Jangan dipaksa. Semua yang berlalu adalah kehendak Allah SWT. Semuanya.. Rezeki masing-masing. Alangkan cap jari kita pon Allah ciptakan berbeza-beza. Tiada yang sama waima kembar sekali pon. Hargailah keunikan itu. Dan redhalah.. Doakan yang terbaik untuk kita semua. Amin..
Kan?kan?
No comments:
Post a Comment