Masa berlalu dengan cara yang berbeza pada waktu-waktu tertentu. Kan?
Beberapa minggu belakangan ni, Cik Yaya terkesan dengan masa.
Bila Cik Yaya tak balik kampung di hujung minggu, masa berjalan pantas walaupon tak buat apa-apa. Tahu-tahu je dah Isnin. Tapi kan, bila Cik Yaya balik kampung, masa macam lambat berjalan. Macam-macam benda terisi. Boleh pulak pergi sana sini. Buat itu ini.
Bila mengajar pula, terlalu cepat masa berlalu. Terutama bila tengah seronok buat aktiviti dengan budak-budak. Tahu-tahu dah berbunyi loceng. Kalau duduk saja masa jaga periksa, rasa lambat pulak.
Nampak tak beza dalam dua keadaan tu?





.jpeg)




