Masa berlalu dengan cara yang berbeza pada waktu-waktu tertentu. Kan?
Beberapa minggu belakangan ni, Cik Yaya terkesan dengan masa.
Bila Cik Yaya tak balik kampung di hujung minggu, masa berjalan pantas walaupon tak buat apa-apa. Tahu-tahu je dah Isnin. Tapi kan, bila Cik Yaya balik kampung, masa macam lambat berjalan. Macam-macam benda terisi. Boleh pulak pergi sana sini. Buat itu ini.
Bila mengajar pula, terlalu cepat masa berlalu. Terutama bila tengah seronok buat aktiviti dengan budak-budak. Tahu-tahu dah berbunyi loceng. Kalau duduk saja masa jaga periksa, rasa lambat pulak.
Nampak tak beza dalam dua keadaan tu?
Nah, inilah jawapan yang dicari. Kesimpulannya, gunakanlah masa sebaiknya. Pembaziranlah yang menyebabkan masa berlalu pantas dan hilang keberkatannya. Kita yang memberi erti kepada masa kita. Kitalah yang bertanggungjawab. Semoga Cik Yaya istiqamah dalam menguruskan masa dengan baik dan mengurangkan hal-hal yang tak berfaedah pada diri ini. Amiin...
Hope our time and path will cross someday..
That day, what will happen to our time?
No comments:
Post a Comment