Tuesday, 13 December 2016

Nostalgia..

Bosan betul asik terbaring kat bilik. Belek-belek fb, ternampak orang share lukisan kartun. Pelukisnya adalah kartunis Mie.. Kredit untuk kartunis Mie.. Bila direnung-renung lukisannya terasa sangat nostalgik. Terasa tua syahdu diri ni. Terasa rindu.. Menggamit memori.. Cik Yaya nak share lukisan tu dengan korang dan akan huraikan satu persatu  kaitannya dengan hidup Cik Yaya.. Mana la tau korang pon ada kenangan yang sama jugak.

Ok.. Yang ini Cik Yaya tak merasa secara live.. Tapi lukisan ni bermakna. Ia seolah-olah menggambarkan suasana yang  mak Cik Yaya selalu cerita. Pengalaman dia masa kecik-kecik dulu. Kata dia, tak semua rumah ada televisyen aka tv. Maklumla miskin.. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rata-rata adalah penoreh getah.. Jadi rumah orang kaya yang ada tv akan jadi tumpuan orang kampung.. Terutama bila ada tayangan filem.. Tak kira la filem melayu, inggeris dan hindustan.. Mesti meriah macam dalam lukisan tu.. Hehe..

Yang ini pun tak pernah tengok live.. Tapi ayah Cik Yaya selalu cerita. Memula tak percaya.. Tak dapat nak bayang orang angkut rumah.. Tapi lepas tengok gambaq ni, boleh dah kot.. Percaya.. Percaya.. Hehe.. Ayah kata arwah datok dia dulu kerja sebagai tukang buat rumah (sebab tu ayah pon pandai buat rumah). Dia akan bina rumah kat tanah dia.. Rumah tu akan jadi model sebenar aka produk. Kalau ada orang yang nak beli, rumah tu akan di hantar ke tanah tuan yang membeli.. Kena angkut macam tu la.. 

Pasang kelambu.. Rindunya.. Lama tak tidoq dalam kelambu. Kalau ramai-ramai balik rumah tok, kompem malam-malam bersimpang siur tali kelambu kat ruang tamu.. Hehe.. Satu family satu kelambu.. Kalau dah 6@7 yang balik? Silap-silap boleh terjerut leher.. Haha.. Tapi best tidoq reramai.. Macam-macam bunyi ada. La ni dah jadi anak dara, tak boleh join dah.. Tok suruh tidoq dalam bilik. Hehe..

Hmm.. Rindu.. Nampak tak gambar di sebelah kiri bawah tu.. Seorang nenek sedang menumbuk sirih pinang menggunakan gobek.. Itulah kenangan yang tak boleh lupa dengan arwah nenek sebelah emak (Tok). Gobek.. Setiap kali lepas makan, tok mesti nak menyirih. Kami adik beradik mesti berebut nak tolong tumbuk. Seronok main gobek sebenarnya.. Hehe.. Gobek ni alat untuk menghancurkan sirih pinang supaya senang dimakan. Maklumlah orang tua.. Pinang tukan keras.. Terdiri daripada dua komponen. Satu bahagian berbentuk silinder.. Satu lagi berbentuk macam skru driver. Kacip pon berebut jugak. Tapi selalu kena larang sebab takut terkacip jari, bukannya pinang.. Hehe.. 

Gobek

Kacip

Selain gobek, ada satu lagi kenangan dalam gambar iaitu seterika arang.. Sempat Cik Yaya guna masa sekolah rendah dulu. Masa tu tak ada bekalan elektrik. Jadi mak akan seterika guna seterika arang tu. Kesian mak. Susah kot.. Terima kasih mak!!

Gambar di atas ni memang mengimbau kenangan.. Pagi-pagi memang macam ni masa kecik-kecik sekolah rendah dulu. Mak Cik Yaya akan sikat dan sanggul rambut panjang Cik Yaya setiap pagi. Jadi senang nak pakai tudung. Takdela rambut terkeluar. Pernah sekali tu mak dalam pantang.. Tak dapat nak sanggulkan.. Rasa macam hantu raya dah kat sekolah.. Haha.. Rambut adik-adik lelaki pulak akan disikat oleh ayah.. Sikat belah tepi.. Depa pakai minyak rambut Zam Zam.. Penah dengar atau guna tak minyak rambut tu? Bau dia special.. Bahagianya rasa.. Sampai sekarang pon Cik Yaya suka kalau mak sikatkan rambut. Tetiba ja rasa mengantok masa sikat tu.. Hehe.. 

Ini berlaku terutamanya masa nak raya atau hujung tahun masa nak beli baju sekolah... Semua orang kena pergi sebab takut saiz baju salah. Meriahla kedai. Cara ukur pinggang seluar guna leher pon ayah pernah ajar. Memang menjadi.. Pandai ayah.. Selain dari tu, bila nak beli kasut ayah ajar guna lengan. Seandainya tak pergi, ayah akan amik ukuran guna tali rafia. Mudah la dia nak agak saiz. Pandai kan..

Makan sotong macam tu la. Sebelom masuk mulut, jadi cincin dulu. Sebab suka mainla hidangan kami diasingkan dengan hidangan orang tua. Hehe.. 

Apa yang menarik dalam gambar atas ni? Ha.. Gerobok!! Benda macam almari dan berjaring tu la gerobok. Tau tak apa fungsi dia? Untuk simpan makanan yang dah siap masak.. Sekarang jarang dah jumpa. Satu lagi yang menarik ialah dapor kayu. Pernah merasa dekat rumah tok masa kecik-kecik dulu. Kena tiup-tiup.. Kena bersihkan abu.. Aish.. Manyak susah maa.. 

Sekian la sesi walk down the memory lane bersama Cik Yaya.. Penat menaip aih.. Nasib baik masa taip ni dok kat rumah.. Kalau x, banjirla.. Rindu!! Hehe.. Bye bye bye!!

Sunday, 11 December 2016

Sakit

Sepanjang hari terbaring dalam bilik.. Tatkala diuji dengan kesakitan.. Tilam dan bantal teman setia.. Kecilnya dunia, luasnya bilik hari ni.. Haha.. Esok baik la ni.. Amin..


Friday, 2 December 2016

Ampaian..



Antara perkara yang dapat menenangkan Cik Yaya adalah ampaian.. Baju-baju yang disinar cahaya mentari. Ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.. Arghhh... Indahnya.. 

Sedar tak sedar banyak yang kita boleh pelajari dari ampaian.. 

Pertamanya proses penyejatannya yang berlaku tanpa kita sedari tetapi memberikan hasil yang realistik. Manusia juga harus begitu.. Bak kata pepatah.. Diam-diam ubi berisi gitu..

Keduanya, ampaian dapat menceritakan keperibadian seseorang.. Tak percaya? Betul.. Ada orang menggantung pakaian yang kecil sampai besar. Ada orang akan terbalikkkan dulu pakaian sebelom menggantung. Ada orang yang gantung senget benget.. Tak ke semua tu mencerminkan keperibadian? Apa maksud disebalik semua tu? Entahla.. Korang agak-agak la sendiri.. Hehe.. Jangan marah na..

Ketiganya.. Dengan menelek ampaian, kita dapat kenal pasti ahli dalam sesebuah keluarga. Hal ini terbukti masa Cik Yaya ikut mak dan ayah Cik Yaya merisik untuk Pak Lang Cik Yaya satu ketika dulu. Klu yang digunakan adalah ampaian. Sekiranya ada baju-baju yang mungkin dipakai oleh anak dara, mereka akan singgah untuk merisik. Boleh dikatakan hampir semua tepat. Memang akan ada anak dara dalam rumah tu.. Cuma tak tahu dah dipetik orang atau belom.. Akhirnya usaha mereka berhasil.. Unik kan jodoh? 

Itulah beberapa hal berkaitan ampaian.. Mak Cik Yaya kata orang tua-tua dulu kalau mengamalkan sesuatu 'ilmu' tak boleh lalu bawah ampaian.. Takut tawar.. Hilang kemujarabannya.. Tak tahu la betul ke tidak sebab Cik Yaya belajar ilmu matematik dan sains ja.. Setakat ni dok lalu bawah ampaian ok lagi.. Hehe.. 

Sekian tentang ampaian.. Nak menikmati pemandangan ampaian di rumah pon tak dapat waktu ni.. Asik hujan.. Tido lagi baik.. Haha.. Bye bye korang!!

Resepi Kek Lemon

Lama sangat tak mencuba resepi baru. Hari ini Cik Yaya nak berkongsi resepi kek lemon bersama topping lemon curd. Sedap.. Di jamin sebab Cik Yaya sendiri dah cuba..

Bahan-bahan kek
  1. 230g mentega
  2. 200g gula kastor
  3. 260g tepung gandum
  4. 4 biji telur
  5. 1 biji lemon (untuk mendapatkan parutan kulit lemon dan jus)
  6. 1 sudu teh baking powder
  7. 1 sudu teh soda bikarbonat
  8. 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara membuat kek
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula sehingga kembang (pucat).
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar.
  4. Masukkan parutan kulit lemon dan jus lemon.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sebati.
  6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing.
  7. Biarkan sejuk.


Bahan-bahan lemon curd
  1. 3 biji telur
  2. 3/4 cawan gula
  3. 2 sudu besar mentega
  4. 1 biji lemon (untuk mendapatkan parutan kulit lemon dan jus)
Cara-cara 
  1. Sediakan double boiler (seperti yang kita gunakan untuk mencairkan kepingan coklat)
  2. Masukkan telur dan gula. Kacau menggunakan whisk.
  3. Setelah gula hancur, masukkan mentega, parutan kulit lemon dan jus lemon.
  4. Kacau sehingga pekat. Tutup api dan sejukkan.


Cara-cara menghidang
  1. Bahagikan kek kepada 2 lapis.
  2. Sapukan lemon curd pada lapisan pertama dan letakkan lapisan kedua.
  3. Lapiskan bahagian atas kek dengan lemon curd.
  4. Siap...

Selamat mencuba!!😉😉

Thursday, 1 December 2016

Bulan 12..

Bulan 12 dah.. Disember.. Bulan kelahiran Cik Yaya.. Bulan orang kenduri.. Tak kirala kenduri tunang @ kahwin.. Musim hujan.. Musim stress!! 



Hehe..