Orang Sarawak memang berseni.. Mereka pandai buat berbagai jenis kek.. Pandai mengait.. Pandai mengukir.. Menjalin.. Dan pelbagai lagi seni termasuklah quilting.. Quilting (kuilting) adalah proses menjahit dua atau lebih lapisan kain bersama-sama supaya menjadi lebih tebal dan gebu. Biasanya untuk membuat selimut atau pakaian berlapis. Bahagian atas menggunakan teknik tampal cantum (patchwork), lapisan kedua isian (batting) dan lapisan ketiga ialah lapisan fabrik.
Ini contoh quilt. Ini milik jiran.. Cik Yaya snap gambar semasa jiran Cik Yaya menyidai selimut ni kat pagar rumah sewa.. Kagumla.. Rajin betul.. Heksagon-heksagon kecil dicantumkan satu persatu mengikut saiz yang dikendaki.. Kemudian dicantumkan dengan kain alas.. Cik Yaya tak pasti bahagian tengahnya diisi dengan apa. Atau mungkin tidak diisi langsung..
Cik Yaya pernah bertanya kepada kawan.. Kenapa suka selimut quilt ni? Ada beza ke tidur dengan selimut quilt dan tidur dengan selimut biasa? Jawab dia... Selimut quilt lebih selesa.. Tak panas.. Mungkin disebabkan oleh pemilihan fabrik juga.. Tapi ada satu lagi sebab yang menarik kenapa mereka suka tidur menggunakan selimut quilt ni.. Sebabnya ialah untuk mengelakkan gangguan benda halus.. Terutamanya pada baby.. Macam mana ia berfungsi?? Haa.. Benda halus tu akan terleka mengira bilangan quilt yang terdapat pada selimut tu.. Jadi tak sempat nak mengganggu.. Lagi banyak quilt, lagi bagus.. Begitulah kepercayaan mereka..
Ohhh.. Begitu.. Barulah Cik Yaya tahu.. Hehe.. Dapat ilmu baru lagi.. Alhamdulillah.. Ngantok aih.. Jom tidor...
No comments:
Post a Comment