Taraaaaa.. Jatuh cinta dengan kuih chang ni. Kuih orang Hokkien.. Nama Inggerisnya rice dumpling. Sedap sangat!!!😍😍😍 Alhamdulillah dapat jumpa yang halal.. Ada anak murid Islam tingkatan satu yang jual.. Mak cik dia yang buat.. Sedap sampai kawan Cina Cik Yaya pon approved. Dia kata lebih sedap berbanding yang pernah dia beli kat kedai Cina. Bahan asasnya pulut. Ada 3 jenis inti iaitu daging, ayam atau kacang merah.. Pilihan Cik Yaya mestila daging.. Karnivor tegar la katakan.. Haha.. Chang ni dibalut dengan daun buluh.. wangi! Kata kawan Cik Yaya, nak buat chang ni susah.. Dia yang bebangsa Cina pon tak tahu buat.. Wahhh.. Hebat mak cik si Aina nih.. Indahnya hidup berbilang bangsa.. walau bagaimanapon, Cik Yaya tetap google resepi chang ni.. Mak aih.. Betoi-betoi remeh daaa... Kena ada semangat yang tinggi kalau nak mencubanya.. So, kita simpan impian nak buat chang dalam peti dulu.. kita korek lubang dalam-dalam.. Kita letak peti dan kambus.. Haha.. Buat masa ni, Cik Yaya dah berpuas hati kalau dapat order chang ni.. Oh my chang......
Monday, 24 July 2017
Bodoh!!
Hari ini terkesan dengan tulisan seseorang di fb.. Terasa kebodohan di situ.. Dia yang bodoh dan ditambah dengan aku yang sama bodoh.. Status di wall boleh membuatkan orang terasa.. Meski tidak ditujukan khas dan itulah punca masalahnya. Nasib baik ada kawan-kawan yang menyedapkan hati dan bersama- sama mencari punca angkara. Menunggu apa lagi kebodohan selepas ni..
You can do it Yaya!!
Robek hatiku!!
Semalam Cik Yaya bermimpi dia.. Berjumpa dengan dia.. Lama Cik Yaya tatap dalam mimpi.. Cik Yaya sentuh wajah dia.. Rindu yang teramat.. Sedar dari mimpi, Cik Yaya menangis.. Hari jadi tak keruan.. Diulit dengan kenangan lama.. Bawak moto pon fikiran melayang-layang.. Terbang ke 12 tahun yang lalu.. Mencurah-curah air mata dan kekesalan.. Cik Yaya tak pernah minta berjumpa dengan dia, bercinta dengan dia, dan berpisah dengan dia.. Tapi kenapa? Kenapa mesti jadi semua tu? Kenapa? Kenapa? Sekarang, Cik Yaya rasa seperti sedang terhukum.. Terhukum dengan segala apa yang pernah berlaku. Membayar segala hutang dosa dan kesilapan kami.. Tiap kali air mata membasahi pipi, Cik Yaya berdoa agar ia menjadi yang terakhir kali.. Tapi memori tak pernah setuju dengan keputusan ni.. Terus terusan mencakar hati.. Pedihhh!! Semoga Allah ampunkan dosa kita.. Amin..
Saturday, 15 July 2017
Hari koperasi sekolah 2017
Wahhhh... Meriah kan... Kali pertama Cik Yaya ikut.. Tahun lepas malas.. Hehe.. Sangat bestttttttt!!! Apa yang tak bestnya, makanan sedap-sedap, banyak pilihan pulak.. Dikelilingi kawan-kawan yang sekepala, baik-baik, tak hipokrit dan tak menggatal.. Kuikuikui.. Suasana pulak meriah.. I feel sooooooo happy and blessed.. Bahagianya rasa.. Thank you Allah.. Semoga kami dapat bersama dalam suasana harmoni ni selama-lamanya.. Semoga tahun depan lagi meriah... Hidup Smkk2!!
Kelab Pengguna Sekolah
Hari ni temankan kawan Cik Yaya, Azilah mengiringi pelajar2 ke Program Kepenggunaan dan Pelancaran Kelab Pengguna Sekolah Bahagian Kapit. Seronok sangat.. Dapat beberapa ilmu baru.. Cik Yaya nak share dengan korang semua beberapa tip pengguna bijak yang Cik Yaya dapat dari ceramah tadi..
- Perasan tak masa beli emas, tokey kedai akan timbang sekali dengan tag harga? Sebenarnya berat tag tu saja lebih kurang 1.7g. Kita bayar harga yang tinggi untuk kertas tag tu.. Jadi tipnya ialah mintak pekedai bukak tag baru timbang. Kalau tak mau bukak, tak payah beli!!
- Baca agreement betul2 sebelum sign apa-apa dokumen.. Terutama sekali untuk insuran.. Beri perhatian pada tanda ni '*'. Ada makna tu... Jaga-jaga..
- Warranty card @ kad jaminan dan resit harus disimpan dengan baik dan diteliti isi kandungannya..Baca betul2 bahagian yg diwarranty. Kadang-kadang bahagian tertentu saja..
- Jangan baiki sendiri barang-barang yang masih dalam warranty.. Bimbang berlaku 'Broken seal' dan menyebabkan kita tak dapat ganti rugi atau tak dilindungi insuran. .
- Jangan percaya dengan mulut manis salesman. Depa nak cukupkan target ja.. Salesman biasanya takkan bagi kita tengok waranty card sebelum kita beli.. Sebab apa? Sebab apa yang tertulis dalam warranty is the truth pasal produk.. Tapi apa yang keluar dari mulut dia mungkin berbeza.. Kantoila kan?
- Bila beli barang elektrik, kena pastikan ada cop sirim. Bila buat wiring rumah, pastikan guna khidmat kontraktor berlesen. Bukan apa.. Andai jadi kebakaran, 2 benda ni yang akan disiasat untuk tuntutan insuran rumah. Kalau x cukup, tak dapat apa la jawabnya..
- Penimbang mesti seimbang supaya accurate. Kalau nampak penimbang yang senget, tak payah beli la kat kedai tu.. Penimbang tu dah jadi penimbang 'hantu'.
- Jangan taksub dengan jenama. Barang murah tak semestinya kualiti rendah dan begitu juga sebaliknya.
Itu saja yang Cik Yaya dapat kongsikan.. Tak sia-sia I bangun awal hari ni.. Hehe.. Semoga perkongsian ini berguna hendaknya.. Amin..
Sunday, 9 July 2017
Resepi agar-agar kering..
Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan dan hidayah dari Allah untuk membuat agar-agar kering. Agar-agar kering ni kegemaran mak dan ayah Cik Yaya.. Dah lama diorang tak makan.. Mak tak pandai buat sebab kata dia tak dak orang nak ajar.. Orang dulu-dulu suka berahsia resepi... Pernah sekali saja Cik Yaya terjumpa agar-agar kering masa belajar dekat USM dulu.. Cik Yaya pon belikan untuk mak. Masa tu Cik Yaya ingat mak saja yang suka.. Rupanya ayah pon suka jugak.. Itu cerita lebih 10 tahun yang dulu.. Lepas tu tak pernah jumpa dah.. Sampaila mak cerita yang dia terjumpa orang jual agar-agar kering sebelum bulan puasa hari tu.. Tapi dia tak beli.. Bila Cik Yaya tanya, dia kata sebab mahal sangat.. Aih, geram pulak Cik Yaya dengar.. Jadi Cik Yaya pon search kat google.. Hmm... Ada rupanya resepi.. Puas hati.. Dah dua kali buatkan.. Masa puasa dan masa raya.. Tak hidang dekat orang pon.. Sebab nak bagi mak dan ayah makan puas-puas.. Sambil makan tu, macam-macam la cerita kenangan yang keluar.. Hehe.. Korang nak resepi tak? Boleh buat untuk mak, ayah, mak cik , pak cik, nenek, atok.. Mesti diorang suka.. Kuih raya tradisional.. Menggamit memori.. Hehe.. Meh nak share resepi meh.. Versi Cik Yaya.. Versi derhaka.. Sebab kurang manis.. Hehe..
Bahan-bahan
1. 125g agar-agar bertali
2. 300g gula batu
3. 2kg gula pasir (Resepi asal 2400g gula)
4. 2600ml air
5. Pewarna makanan
Terbalik pon terbalik la.. hehe.. Pandai-pandaila korang nak hidup..
Cara-cara
1. Basuh agar-agar bertali.. Masukkan dalam periuk.
2. Masukkan air. Didihkan sampai larut.
3. Masukkan gula batu dan gula pasir.
4. Bila dah mendidih lagi, tutup api. Masukkan pewarna yang disukai dan tuang dalam bekas untuk disejukkan.
5. Bila dah sejuk, agar-agar jadi keras dan liat.
6. Potong atau terap agar-agar ikut kesukaan. Letak atas dulang.
7. Jemur sampai kering. Bila kering akan nampak ada lapisan putih dekat permukaan agar-agar. Ambil masa dalam 4 @ 5 hari jugakla..
Tara!! Dah siap.. Hijau Kuning.. Hidup Kedah!! Hidup Kedah!! 😉😉
Yang ni kali kedua. Excited sebab menjadi..
Walaupon tak da perasa, bila makan rasa nak lagi.. Addicted.. Mungkin sebab dia rangup di bahagian luar, tapi lembut kat bahagian dalam.. Kreatif betul orang dulu-dulu.. Tabik spring.. Hehe.. Akhir kata.. Selamat mencuba!!😄😄
Tragedi balik raya!!
Aaaaaa.... Malu!! Malu!! Sikit lagi nak tersalah naik kapal terbang.. Haha.. Yang tambah memalukan kena gelak kaw kaw ngan kawan-kawan.. Cis!! Patutla dari pagi Cik Yaya rasa tak sedap hati.. Macam ada benda nak jadi.. Haha.. Tapi Alhamdulillah.. Nasib baik bukan benda lain.. Kira ok la kan.. Hehe.. Dan hal ni menjadi peringatan pada Cik Yaya dan kawan-kawan.. Next time, jangan borak sampai tak ingat dunia.. Haha..
Kegembiraan di wajah-wajah yang nak balik raya.. Hehe..
Semua dah selamat sampai ke destinasi masing-masing.. Alhamdulillah.. Selamat Hari Raya.. Jap, jap!! Ah? Ape? Third wisher? Hmm.. Putus asa dah aih.. No more third wisher!! Haha..
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Itik berenang dalam perigi, Ayam nampak geli hati, Seminggu lagi sekolah cuti, Wow, berbunga- bunga rasa hati. Ayam ketawa masuk longk...
-
Selalu sangat dengar kan? Teringat satu masa dahulu ada kawan yang mempersoalkan maksud kedua perkataan ni.. Yang Cik Yaya tau, Hidayah mak...
-
Ok! Benda ni adalah nadi seorang cikgu. JADUAL WAKTU? Ya, jadual waktu. Kenapa? Sebab dengan adanya jadual waktu, guru dapat menjalankan...