Hari ni temankan kawan Cik Yaya, Azilah mengiringi pelajar2 ke Program Kepenggunaan dan Pelancaran Kelab Pengguna Sekolah Bahagian Kapit. Seronok sangat.. Dapat beberapa ilmu baru.. Cik Yaya nak share dengan korang semua beberapa tip pengguna bijak yang Cik Yaya dapat dari ceramah tadi..
- Perasan tak masa beli emas, tokey kedai akan timbang sekali dengan tag harga? Sebenarnya berat tag tu saja lebih kurang 1.7g. Kita bayar harga yang tinggi untuk kertas tag tu.. Jadi tipnya ialah mintak pekedai bukak tag baru timbang. Kalau tak mau bukak, tak payah beli!!
- Baca agreement betul2 sebelum sign apa-apa dokumen.. Terutama sekali untuk insuran.. Beri perhatian pada tanda ni '*'. Ada makna tu... Jaga-jaga..
- Warranty card @ kad jaminan dan resit harus disimpan dengan baik dan diteliti isi kandungannya..Baca betul2 bahagian yg diwarranty. Kadang-kadang bahagian tertentu saja..
- Jangan baiki sendiri barang-barang yang masih dalam warranty.. Bimbang berlaku 'Broken seal' dan menyebabkan kita tak dapat ganti rugi atau tak dilindungi insuran. .
- Jangan percaya dengan mulut manis salesman. Depa nak cukupkan target ja.. Salesman biasanya takkan bagi kita tengok waranty card sebelum kita beli.. Sebab apa? Sebab apa yang tertulis dalam warranty is the truth pasal produk.. Tapi apa yang keluar dari mulut dia mungkin berbeza.. Kantoila kan?
- Bila beli barang elektrik, kena pastikan ada cop sirim. Bila buat wiring rumah, pastikan guna khidmat kontraktor berlesen. Bukan apa.. Andai jadi kebakaran, 2 benda ni yang akan disiasat untuk tuntutan insuran rumah. Kalau x cukup, tak dapat apa la jawabnya..
- Penimbang mesti seimbang supaya accurate. Kalau nampak penimbang yang senget, tak payah beli la kat kedai tu.. Penimbang tu dah jadi penimbang 'hantu'.
- Jangan taksub dengan jenama. Barang murah tak semestinya kualiti rendah dan begitu juga sebaliknya.
Itu saja yang Cik Yaya dapat kongsikan.. Tak sia-sia I bangun awal hari ni.. Hehe.. Semoga perkongsian ini berguna hendaknya.. Amin..
No comments:
Post a Comment