Thursday, 23 July 2020

Pen Pal..

I need one right now.. Really, really need one.. Kan bagus kalau ada seseorang yang kita tak kenal untuk luahkan keletihan seharian.. Segala rasa yang dirasa.. Bukan sebab tak de kawan.. Bukan juga sebab tak percaya kawan.. Cuma nak pandangan yang berbeza dan jujur. Serius!! I need one.. Kadang-kadang Cik Yaya terfikir nak mesej ja nombor sebarangan. Hahaha.. Gila kan. Nampak terdesak. Sebabnya Cik Yaya tak tau nak mulakan macam mana. Kalau dulu kita ada majalah yang ada ruangan Sahabat Pena gitu.. Bolehla cuba. Sekarang mana nak cari eh. I need some magic in my life.. Serius.. 

LONELY GIRL — oil painting on canvas | Oil painting on canvas, Oil ...

Friday, 3 July 2020

Hikmah dugaan...

Okey.. Dah masuk tahun ke-3 kat sekolah baru.. Taraaa.. Masalah dah timbul.. Terasa dikhianati sangat.. Hahaha.. Suatu hari nanti Yaya.. Kalau kau dipanjangkan umur.. Diberi rezeki untuk menjadi pentadbir di sekolah.. Ingatlah perkara-perkara ni..


  1. Nak jadi pemimpin, mesti ada ilmu. Kalau tak, hang akan diperkotak-katikkan oleh orang bawah hang. Hadamkanla segala pekeliling.
  2. Mesti ada skil berkomunikasi yang baik. Mesti memberi pujian, semangat dan kemesraan. Ada cara yang hang boleh guna untuk menegur kalau hang tak puas hati. Bilik peribadi yang hang ada tu jangan disia-siakan. Gunakan untuk berbincang bersemuka dengan orang yang rasa bermasalah tu.
  3. Jangan gunakan kuasa hang untuk menindas atau menjadi diktator. That is very unprofessional. Baik hang jangan jadi pentadbir! Dosa pon dosa..
  4. Tunjukkan teladan yang baik sebagai pentadbir. Ingat, hang adalah role-model. Jangan ingat hang ja betoi. Orang lain tak betoi. Senyum selalu. Tenang sebab hang kena sedaq yang orang ni macam-macam jenih. Termasukla hang pon.. Macam-macam kerenah.
Takat tu dulu pesanan untuk hang. Konklusi dari dugaan yang hang terima sekarang ni. Sesungguhnya pengalaman mematangkan!!

Creative Leadership… What makes a great leader? - Melisa Visca ...


Friday, 12 June 2020

Just because/ Saja...

Sejak dua menjak ni.. terkesan dengan frasa 'Just because' ni..  Rasa macam memberi erti sangat.  Bila sesuatu dibuat kerana frasa ni.. Bila menyatakan sesuatu menggunakan frasa ni.. Bila frasa ni menjadi alasan.. Dan macam-macam lagi.. Cuba tengok ni..

Just Because | Basketeers

Versatile on its own..

My favourite quotes: Just Because

Strong and firm..

When you call just because you miss my voice | Cute quote
Sweet...

Les Brown Quote: “Just because Fate doesn't deal you the right ...

Inspiring..


Menarik kan.. Ke Cik Yaya je yang pelik.. Tadi Cik Yaya jumpa ada tajuk anime bertajuk Just Because! Hmm.. Rasa-rasa...

Sunday, 5 April 2020

BenCinta

Indeed.. Its true.. Kawnya tu lebih.. Perghhh.. Tawa dalam tangisan la jawabnya..

Sunday, 8 March 2020

Nurani

Baru-baru Cik Yaya iring pelajar ke satu program. Masa kat sana, berkenalan dengan sorang kawan dari sekolah lain.. Norita namanya.. Kebetulan kami sama-sama sampai ke kem dan sama-sama mendaftar. Macam berjanji pulak. Kami duduk sebilik bersama-sama pengiring lain. Yang menariknya perkenalan dengan Ita ni membuka mata Cik Yaya. Tentang kehidupan.. Rezeki, jodoh dan maut. Yelah, Allah temukan kita dengan orang lain sepanjang hidup ni untuk dua hal.. Sama ada kita ajarkan dia sesuatu atau pon kita belajar sesuatu. Semoga Ita tabah menghadapi hidup. Amin.. Cik Yaya tak mau cerita pasal kisah Ita kat sini.. Cuma Cik Yaya nak share satu lirik lagu yang Cik Yaya rasa cukup untuk korang faham kisah dia. Thanks berat kawan kerana berkongsi kisah hidupmu...


Lirik Nurani - Eisya



Dikala malam sepi bila kusendirian
Kisah silam datang menjelma
Walaupun semuanya telah berlaku
Tapi tetap segar didalam ingat9anku


Bila kukenang masa yang lalu
Airmataku membasahi pipi
Angin nan malam teman sejati
Untuk mengubati hatiku rindu padamu

Nurani...Kau lambang cintaku
Oh...Nurani...
Namamu sentiasa di hatiku sayang


Masih segar dalam ingatanku
Dihari pernikahan kita
Kucium tanganmu
Dan kau mengucup dahiku

Ku terasa sungguh bahagia
Kerana dapat hidup bersamamu
Moga kasih sayang kita
Kekal untuk selamanya

Tapi sedikit tak kuduga
Ia hanya sebentar saja
Kasih yang diikat telah terlerai juga


Semasa kepulanganmu
Kau ditimpa bencana
Kau tinggalkan diriku
Untuk selama-lamanya

Nurani
Nurani
Nurani ...
Oh... sayangku






Sunday, 2 February 2020

Mini apam balik in the house!!

Dari semalam dok terbayang-bayang apam balik.. Check resipi kat youtube.. Check dapur, barang semua ada.. Tapi macam biasa la.. Versi derhaka resipi.. Haha

Bahan-bahan:
1) 3 cawan tepung gandum
2) 1 3/4 air
3) 1 biji telur
4) 1 sudu teh yis
5) 1/2 sudu teh soda bikarbonat
6) 1/2 cawan gula
7) Secubit garam
8) 3 sudu besar marjerin atau mentega yang dicairkan
9) Toppings

Cara-cara
1) Masukkan air, yis dan gula dalam 1 bekas. Kacau sebati. Biar 15 minit.
2) Satukan tepung, telur, garam dan soda bikarbonat dalam bekas lain.
3) Adun sebati kedua-dua bahan. Akhir sekali masukkan marjerin atau mentega cair.
4) Perapkan selama sejam.


Jadila macam ni..

Topping biasa je.. 

Bukak api slow.. Sebab masak sebelah je ni.. Kang api kuat bahagian bawah hangus, bahagian atas mentah.. Panaskan pan dan masukkan sesenduk adunan.. Kalau letak banyak, jadi tebal,.. Letak sikit, nipisla.. Tunggu sampai nampak buih2 muncul dipermukaan.

Kemudian, bolehla letak topping.. Lagi tamak lagi sedap.. Hahaha

Lepastu, lipat...


Taraaa.. 1 adunan resepi boleh dapat 13 mini apam balik.. Yummy!!

Selamat mencuba!!