Showing posts with label anime. Show all posts
Showing posts with label anime. Show all posts

Friday, 12 June 2020

Just because/ Saja...

Sejak dua menjak ni.. terkesan dengan frasa 'Just because' ni..  Rasa macam memberi erti sangat.  Bila sesuatu dibuat kerana frasa ni.. Bila menyatakan sesuatu menggunakan frasa ni.. Bila frasa ni menjadi alasan.. Dan macam-macam lagi.. Cuba tengok ni..

Just Because | Basketeers

Versatile on its own..

My favourite quotes: Just Because

Strong and firm..

When you call just because you miss my voice | Cute quote
Sweet...

Les Brown Quote: “Just because Fate doesn't deal you the right ...

Inspiring..


Menarik kan.. Ke Cik Yaya je yang pelik.. Tadi Cik Yaya jumpa ada tajuk anime bertajuk Just Because! Hmm.. Rasa-rasa...

Sunday, 17 July 2016

Seandainya..


Hmmm.. Yang paling latest ialah cerita ni..

Detective Conan: Strategy Above the Depths

Nak jadi Conan.. Memang tak la.. Nak jadi Ran la.. Ran pon watak utama jugakkan.. Hehe.. Bertuah jadi Ran.. Dah la cantik.. Pandai masak.. Pandai taekwando.. Anak yang baik.. Pandai jaga ayah dan emak.. Yang paling penting.. Shinici sentiasa ada dekat dengan dia dan sentiasa mendengar luahan hati dia walaupon dia sendiri tak sedar benda tu.. Romantiknya... Sentiasa dijaga dan diselamatkan oleh orang yang kita cintai.. Guardian angel..  😍😍😍 Bayangkan pon dah best.. Untungnya dapat jadi Ran.. Haha..

Monday, 9 May 2016

Clannad -After Story-




Anime yang sangat menyentuh hati.. Tak pernah lagi Cik Yaya menangis teresak-esak bila menonton anime.. Tapi yang ini.. Memang tak dapat tahan.. (T_T) Tak berhenti mengalir.. Apa yang Cik Yaya belajar dari anime ni ialah...

  1. Hidup tak selalu indah.. Kita harus bersedia untuk segalanya.. Gembira, sedih, bahagia, derita.. Waktu sedih, kita mesti ingat waktu gembira.. Waktu gembira, kita harus beringat yang sedih juga ada waktunya..
  2. Hidup ini tak mudah.. Setiap orang punya cerita masing-masing. Jangan menghukum tanpa mengenali seseorang.. 
  3. Bila diuji, kita kena kuat.. Tak da orang yang boleh bantu kita dalam hal tertentu. Kita yang kena tangani sendiri. Sentiasa positif walaupon pahit.. Itu sahaja cara kita untuk sembuh dan bangkit kembali..
  4. Sokongan daripada orang sekeliling sangat penting. Terutama keluarga dan rakan-rakan..
  5. Bertimbang rasa dan hormatilah orang lain. Jadilah seorang pendengar yang baik dan rasional..
  6. Bekerjalah bersungguh-sungguh..
  7. Bercintalah sepenuh hati..
  8. Anak adalah segalanya bagi kedua ibu bapanya.. Ibu bapa juga adalah segalanya bagi seorang anak..
  9. Masa adalah penyembuh luka..
  10. Hargailah apa yang kita miliki sekarang.. Bersyukurlah..
Kesimpulannya, Clannad -After Story- adalah anime terbaik yang pernah Cik Yaya tonton.. Korang pon cubalah.. (T_T).. Sobs sobs...