“Will you love me in December as you do in May,
Will you love me in the good old fashioned way?
When my hair has all turned gray,
Will you kiss me then and say,
That you love me in December as you do in May?”
~James Walker
Tuesday, 8 August 2017
Sunday, 6 August 2017
Kita hanya merancang..
Allahhu.. Macam-macam jadi hari ni.. Perancangan asalnya, hari ni nak buat jamuan hari raya kat rumah sewa.. Jemput kawan-kawan datang jam 1:00 petang ke rumah.. Jadi, awal-awal pagi lagi, dalam jam 7:00 pagi dah ke pasar. Cari barang-barang basah untuk memasak.. Sampai 8:30, balik rumah.. Sampai je simpang nak belok ke taman, gedegang!! Kereta hosmet kena rempuh dengan sebuah motosikal.. Allah!! Dup dap dup dap.. Turun kereta.. Check keadaan dia. Boleh bangun dan berdiri.. Luka kat siku.. Jalan terhenjut-henjut.. Arghh, sudah!! Terimbau kenangan 2012 dulu.. Kejadian yang hampir sama.. Tenang Yaya, tenang.. Pi dekat kat pembonceng tu.. Lelaki berbangsa Cina.. Dalam 20an.. Bertegas dulu.. "Kamu nampak tak signal yang kami bagi tadi?". Dia cakap tak nampak sebab dia asyik nak kejar kawan dia kat depan. "Kamu tahu tak kamu salah? Memotong kereta yang sedang belok masuk simpang?" Dia angguk. Nasibla dia bukan orang yang nak bertengkar.. Jadi Cik Yaya pon slow down.. Simpati tengok dia sebenarnya.. Nampak macam takut dan risau.. Tapi dalam masa yang sama, Cik Yaya nak menjaga diri dan kawan2 juga.. Takut tertipu dan menjadi mangsa keadaan. Dia menyatakan kesediaan dia untuk membayar ganti rugi kereta yang kemek. Cik Yaya call ayah. Ayah suruh buat laporan. Kebetulan ayah di rumah tok sekarang. Pak cik Cik Yaya seorang polis pon ada sekali. Dia pon suruh pi buat laporan. Kami ajak dia ke balai polis. Mulanya dia tak nak.. Tapi kami paksa jugak. Bukan nak perbesarkan kes.. Tapi nak pastikan hal ni ada black & white. Jadi ada jaminan sekiranya berlaku apa-apa pada masa hadapan. Manusia ni boleh berubah bila-bila masa kan? Dia akur akhirnya.
Sampai di balai, kami menunggu pegawai trafik yang bertugas. Hari Ahad, so dia standby. Dia datang dan bersoal jawab tentang kejadian. Dia bagi pilihan untuk settle luar atau buat laporan dan beryanyakan apa tujuan laporan yang nak dibuat. Geram Cik Yaya. Dah kami ambil keputusan untuk datang ke balai, maksudnya kami memang nak buat laporan. Bila dia bagi pilihan, Cik Yaya persoalkan apa kesannya kalau kami buat laporan dan tak buat laporan? Dia jelaskan macam ni.. Kalau buat laporan, pembonceng tu kena saman, sebab memang salah dia. Kalau tak buat laporan, boleh jadi masalah lain pulak. Dah tu? Sapa nak bertanggungjawab? Cik Yaya bertegas, kami nak buat laporan!
Sampai 10:30 pagi baru selesai proses tu. Arghh, sempat ke nak memasak ni? Tawakkal.. Hantar pembonceng ke hospital.. Cakap tak dapat nak tunggu dia.. Sebab kami ada hal.. Daftarkan dia dan terus balik rumah..
Sampai di rumah dalam jam 11:00 pagi. Semua bertungkus lumus memasak juadah.. Terasa sibok sangat. Ala-ala chef kat restoren 10 bintang dah.. Haha.. Alhamdulillah.. Semua bagi kerjasama.. 2 jam 30 minit kemudian.. Setel semua.. Marbeles!! Hebat!! Sesungguhnya, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. Syukur Ya Allah..
Keadaan kereta..
Keadaan motosikal..
Juadah yang sempat disediakan.
1.Soto
2. Bergedil
3. Rendang ayam
4. Kuah lodeh
5. Kek coklat
6. Koktel green tea dan nata decoco
7. Air anggur
8. Sup dan ayam pedas (kawan bawa)
Alhamdulillah.. Kenyang semua..
KAMI!!
Happy friendship day semua!!
Thursday, 3 August 2017
Monday, 24 July 2017
Kuih Chang
Taraaaaa.. Jatuh cinta dengan kuih chang ni. Kuih orang Hokkien.. Nama Inggerisnya rice dumpling. Sedap sangat!!!😍😍😍 Alhamdulillah dapat jumpa yang halal.. Ada anak murid Islam tingkatan satu yang jual.. Mak cik dia yang buat.. Sedap sampai kawan Cina Cik Yaya pon approved. Dia kata lebih sedap berbanding yang pernah dia beli kat kedai Cina. Bahan asasnya pulut. Ada 3 jenis inti iaitu daging, ayam atau kacang merah.. Pilihan Cik Yaya mestila daging.. Karnivor tegar la katakan.. Haha.. Chang ni dibalut dengan daun buluh.. wangi! Kata kawan Cik Yaya, nak buat chang ni susah.. Dia yang bebangsa Cina pon tak tahu buat.. Wahhh.. Hebat mak cik si Aina nih.. Indahnya hidup berbilang bangsa.. walau bagaimanapon, Cik Yaya tetap google resepi chang ni.. Mak aih.. Betoi-betoi remeh daaa... Kena ada semangat yang tinggi kalau nak mencubanya.. So, kita simpan impian nak buat chang dalam peti dulu.. kita korek lubang dalam-dalam.. Kita letak peti dan kambus.. Haha.. Buat masa ni, Cik Yaya dah berpuas hati kalau dapat order chang ni.. Oh my chang......
Bodoh!!
Hari ini terkesan dengan tulisan seseorang di fb.. Terasa kebodohan di situ.. Dia yang bodoh dan ditambah dengan aku yang sama bodoh.. Status di wall boleh membuatkan orang terasa.. Meski tidak ditujukan khas dan itulah punca masalahnya. Nasib baik ada kawan-kawan yang menyedapkan hati dan bersama- sama mencari punca angkara. Menunggu apa lagi kebodohan selepas ni..
You can do it Yaya!!
Robek hatiku!!
Semalam Cik Yaya bermimpi dia.. Berjumpa dengan dia.. Lama Cik Yaya tatap dalam mimpi.. Cik Yaya sentuh wajah dia.. Rindu yang teramat.. Sedar dari mimpi, Cik Yaya menangis.. Hari jadi tak keruan.. Diulit dengan kenangan lama.. Bawak moto pon fikiran melayang-layang.. Terbang ke 12 tahun yang lalu.. Mencurah-curah air mata dan kekesalan.. Cik Yaya tak pernah minta berjumpa dengan dia, bercinta dengan dia, dan berpisah dengan dia.. Tapi kenapa? Kenapa mesti jadi semua tu? Kenapa? Kenapa? Sekarang, Cik Yaya rasa seperti sedang terhukum.. Terhukum dengan segala apa yang pernah berlaku. Membayar segala hutang dosa dan kesilapan kami.. Tiap kali air mata membasahi pipi, Cik Yaya berdoa agar ia menjadi yang terakhir kali.. Tapi memori tak pernah setuju dengan keputusan ni.. Terus terusan mencakar hati.. Pedihhh!! Semoga Allah ampunkan dosa kita.. Amin..
Saturday, 15 July 2017
Hari koperasi sekolah 2017
Wahhhh... Meriah kan... Kali pertama Cik Yaya ikut.. Tahun lepas malas.. Hehe.. Sangat bestttttttt!!! Apa yang tak bestnya, makanan sedap-sedap, banyak pilihan pulak.. Dikelilingi kawan-kawan yang sekepala, baik-baik, tak hipokrit dan tak menggatal.. Kuikuikui.. Suasana pulak meriah.. I feel sooooooo happy and blessed.. Bahagianya rasa.. Thank you Allah.. Semoga kami dapat bersama dalam suasana harmoni ni selama-lamanya.. Semoga tahun depan lagi meriah... Hidup Smkk2!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Itik berenang dalam perigi, Ayam nampak geli hati, Seminggu lagi sekolah cuti, Wow, berbunga- bunga rasa hati. Ayam ketawa masuk longk...
-
Pertama kali rasa kuih ni memang tak boleh nak terima. Tapi bila dah kali kedua ni.. Aik, macam magic.. Sedapnyaaaaa!!! Rupa kuih ni...
-
Selalu sangat dengar kan? Teringat satu masa dahulu ada kawan yang mempersoalkan maksud kedua perkataan ni.. Yang Cik Yaya tau, Hidayah mak...







































