Showing posts with label Kek coklat moist. Show all posts
Showing posts with label Kek coklat moist. Show all posts

Sunday, 6 August 2017

Kita hanya merancang..

Allahhu.. Macam-macam jadi hari ni.. Perancangan asalnya, hari ni nak buat jamuan hari raya kat rumah sewa.. Jemput kawan-kawan datang jam 1:00 petang ke rumah.. Jadi, awal-awal pagi lagi, dalam jam 7:00 pagi dah ke pasar. Cari barang-barang basah untuk memasak.. Sampai 8:30, balik rumah.. Sampai je simpang nak belok ke taman, gedegang!! Kereta hosmet kena rempuh dengan sebuah motosikal.. Allah!! Dup dap dup dap.. Turun kereta.. Check keadaan dia. Boleh bangun dan berdiri.. Luka kat siku.. Jalan terhenjut-henjut.. Arghh, sudah!! Terimbau kenangan 2012 dulu.. Kejadian yang hampir sama.. Tenang Yaya, tenang.. Pi dekat kat pembonceng tu.. Lelaki berbangsa Cina.. Dalam 20an.. Bertegas dulu.. "Kamu nampak tak signal yang kami bagi tadi?". Dia cakap tak nampak sebab dia asyik nak kejar kawan dia kat depan. "Kamu tahu tak kamu salah? Memotong kereta yang sedang belok masuk simpang?" Dia angguk. Nasibla dia bukan orang yang nak bertengkar.. Jadi Cik Yaya pon slow down.. Simpati tengok dia sebenarnya.. Nampak macam takut dan risau.. Tapi dalam masa yang sama, Cik Yaya nak menjaga diri dan kawan2 juga.. Takut tertipu dan menjadi mangsa keadaan. Dia menyatakan kesediaan dia untuk membayar ganti rugi kereta yang kemek. Cik Yaya call ayah. Ayah suruh buat laporan. Kebetulan ayah di rumah tok sekarang. Pak cik Cik Yaya seorang polis pon ada sekali. Dia pon suruh pi buat laporan. Kami ajak dia ke balai polis. Mulanya dia tak nak.. Tapi kami paksa jugak. Bukan nak perbesarkan kes.. Tapi nak pastikan hal ni ada black & white. Jadi ada jaminan sekiranya berlaku apa-apa pada masa hadapan. Manusia ni boleh berubah bila-bila masa kan? Dia akur akhirnya. 
Sampai di balai, kami menunggu pegawai trafik yang bertugas. Hari Ahad, so dia standby. Dia datang dan bersoal jawab tentang kejadian. Dia bagi pilihan untuk settle luar atau buat laporan dan beryanyakan apa tujuan laporan yang nak dibuat. Geram Cik Yaya. Dah kami ambil keputusan untuk datang ke balai, maksudnya kami memang nak buat laporan. Bila dia bagi pilihan, Cik Yaya persoalkan apa kesannya kalau kami buat laporan dan tak buat laporan? Dia jelaskan macam ni.. Kalau buat laporan, pembonceng tu kena saman, sebab memang salah dia. Kalau tak buat laporan, boleh jadi masalah lain pulak. Dah tu? Sapa nak bertanggungjawab? Cik Yaya bertegas, kami nak buat laporan!
Sampai 10:30 pagi baru selesai proses tu. Arghh, sempat ke nak memasak ni? Tawakkal.. Hantar pembonceng ke hospital.. Cakap tak dapat nak tunggu dia.. Sebab kami ada hal.. Daftarkan dia dan terus balik rumah..
Sampai di rumah dalam jam 11:00 pagi. Semua bertungkus lumus memasak juadah.. Terasa sibok sangat. Ala-ala chef kat restoren 10 bintang dah.. Haha.. Alhamdulillah.. Semua bagi kerjasama.. 2 jam 30 minit kemudian.. Setel semua.. Marbeles!! Hebat!! Sesungguhnya, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. Syukur Ya  Allah.. 

Keadaan kereta..
Keadaan motosikal..

 


Juadah yang sempat disediakan.
1.Soto
2. Bergedil
3. Rendang ayam
4. Kuah lodeh
5. Kek coklat
6. Koktel green tea dan nata decoco
7. Air anggur
8. Sup dan ayam pedas (kawan bawa)
Alhamdulillah.. Kenyang semua..


KAMI!!
Happy friendship day semua!! 


Wednesday, 17 June 2015

Aktiviti wajib masa cuti sekolah...



Ha.. Keja ni la.. memaket Tepung Segera Kek Coklat Moist... Penat sungguh.. Tapi sebab minat meniaga, Cik Yaya teruskan jugak.. Alhamdulillah.. masih mendapat sambutan... Ini stok untuk Ramadhan dan Raya... Semoga yang membeli nanti dapat makan kek yang sedap hasil dari air tangan sendiri.. Amin...

Friday, 2 December 2011

Tepung Segera Kek Coklat Moist Cik Yaya

Tepung kek cokat moist segera Cik Yaya

Ha.. ni nak promote tepung kek coklat moist yang akan memudahkan kerja2 membuat kek ... Sesuai untuk peminat2 kek yang bz dan yang baru belajar macam saya ni.. haha..  Kenapa mudah? sebab kita x perlu lagi nak sukat menyukat atau mengayak tepung dan serbok koko lagi.. Kita hanya perlu tambah 4 biji telur, air, minyak dan 1 tin susu pekat manis. Resepi topping juga disediakan.. Ikut je arahan yang diberi.. Adunan kek ni boleh kita ubahsuai menjadi kek cawan, kek black forest, kek coklat karamel, kek coklat lapis cheese dan pelbagai lagi mengikut kreativiti.. Mudahkan...

Kek yang dihasilkan amatlah moist dan enak.. Rasa coklatnya pun tak pahit.. (Semestinya bukan Yaya boboiboy nyer resepi.. hihi...) Harga pun murah saja.. Hanya RM7.. Ada ke ye yang berminat.. haha.. kalau ada, silalah email saya ye di cakestherapy@gmail.com.. Kalau  order banyak2, boleh dapat harga yang lebih menarik.. Sila2..

Thursday, 1 December 2011

Mini2....

apam polka dot

coklat mini muffin

Bestla buat cupcake mini ni.. sat ja dah masak.. Jom ngap!