Saturday, 29 January 2022

With love

 


Tadi pergi beli fail putih untuk kegunaan sekolah. Jenama HATA. Tetiba teringat satu drama Jepun bertajuk With Love. Kisah percintaan Takashi dan Amane. Cerita dia bermula bila Takashi seorang pemuzik tersalah hantar fail muzik dia ke email Amane. Amane ni kerja kat bank. Takashi guna nama email Hata. Amane guna nama email Teruterubozu. Masa tu, Cik Yaya tak tau apa pon pasal komputer ke, internet ke.. Jauh sekali nak ada email. Haha.. 

Okey, lepas salah hantar tu mula la perkenalan depa. Who are you? Hata kata dia dok Amerika. Walhal, sebenarnya depa ni selalu berselisih. Sama-sama dok di Jepun dan dekat je sebenarnya dalam kehidupan sebenar. Lama-lama dok berbalas email, jatuh cinta. So sweeeeeeet... 

Ni la antara drama Jepun yang Cik Yaya layan masa sekolah menengah sampai ke universiti.. Siap beli CD okey.. Ada lagi ni haaa... Tak ingat dah berapa ringgit. Tapi rasanya ada dalam RM30 lebih. Kira mahal la waktu tu.. Dok belajar lagi.. Tapi sanggupppp!!



Drama lain yang Cik Yaya suka ialah Great Teacher Onizuka (GTO), Beatiful Life 🤧🤧🤧😭😭😭😭, Pride, dan Beach Boys. Takuya Kimura, Takeshi Sorimachi dan Yutaka Takenochi adalah heart throb masa tu. 😍😍😍 Selera Asian saya tak pernah berubah.. Selalu drama tu ditayangkan waktu petang. Dalam jam 5 atau 6 macam tu. Sanggup berhenti main. Haha.. Adik Cik Yaya pon join sekali. 

Okey, balik semula ke With Love. Antara benda menarik dalam cerita ni pada pandangan Cik Yaya ialah

  1. Tentang cinta antara 2 manusia yang berbeza karakter. Seorang yang agak playboy dan seorang yang sangat lurus. Nerd. Seronok tengok watak tu berkembang dan menyerlahkan sifat sebenar, seiring cinta diorang.
  2. Tentang fitrah manusia yang nak berkawan supaya dapat meluahkan perasaan antara satu sama lain. Yelah, kadang-kadang letih dengan masalah dan cabaran hidup. Bila dapat diluah, rasa ringan sikit. Saling memberi semangat dan nasihat. Itu yang 2 watak ni buat. Dan segala luahan tu menjadi rahsia diorang berdua je.. Sweet!
  3. Tentang cinta jarak jauh. Kepercayaan dan kejujuran bila pasangan dok jauh.
  4. Tentang cinta sejati. Walaupon dua-dua watak ni ada pasangan masing-masing pada awal cerita, tapi takdir dan jodoh diorang lagi kuat. 

Paling best dalam cerita With Love ni ialah Ost dia. My Little Lover tajuk dia. Rasa macam tengah terbang je bila dengar lagu ni.. Haha..  Satu lagi ialah melodi Once In A Blue Moon. Itula fail muzik yang Hata tersalah hantar pada Teruterubozu. Merdu sangat.... Tenang je bila dengar.. Jap nak share..



Aaaaa... Teringat kenangan lama. Sebenarnya, Cik Yaya kongsi apa yang Cik Yaya ingat ja.. Kalau ada yang tersalah info, maafkan saya ye.. Lama sangat dah tengok cerita ni.. Tetiba terasa nak tengok semula drama ni. Rindu pulak.. Haha.. Jom layan sama-sama!


No comments:

Post a Comment