Dah tiga hari Cik Yaya menahan diri dari mengucapkan benda ni.. Tersiksanyaaa. Cik Yaya tak dapat nak menahan diri lagi. Cik Yaya nak ucapkan jugakkkk
Selamat Hari Lahirrrr!! Happy belated
birthdayyy!!
Lega!!
Ya! Selamat hari lahir buat kamu. Insan pertama dan satu-satunya yang berjaya menakluk hati ini. Insan pertama yang mengajar erti cinta, kepedulian
dan kerinduan.
Ada orang yang kata, Cik Yaya dah mensia-siakan
diri kerana tak mencari pengganti. Tak pernah move on dari dia. Bodoh kerana
terus mengenang benda yang dah lepas. Menolak jodoh. Membazir masa muda. Tapi,
mulut-mulut tu tak pernah tahu apa yang berlaku antara kami. Mulut-mulut tu tak
rasa apa yang Cik Yaya rasa. Tak melalui apa yang Cik Yaya lalui. Tak pernah
mengenal dia.
Dia ialah si alpha yang belum ada pengganti. Dia
orang pertama yang pursue Cik Yaya. Usaha dia, cara dia, keberanian dia, semua
buat Cik Yaya menyerah. Dialah satu-satunya yang berjaya melembutkan hati ni. Pemikiran
dia, tindakan dia, kata-kata yang keluar dari mulut dia, semuanya buat Cik Yaya
rasa selamat, dihargai dan yang paling penting mencairkan ego dan kebodohan yang
ada dalam diri ini. Conquered me! Dia dah menjadi penanda aras dalam hidup Cik
Yaya. Yang datang selepas dia tak de ciri-ciri tu. With them, I’d always been chosen
but never pursued.
Cik Yaya yakin, segala yang berlaku bukan
sia-sia. Allah Maha Mengetahui. Kita merancang tapi perancangan Allah adalah
yang terbaik. Tiada satu pun hal yang berlaku dalam hidup ni tanpa keizinan
Allah SWT. InsyaAllah.. Ini jalan hidup yang tertulis untuk Cik Yaya. Dan
manusia tidak akan diuji oleh Allah SWT lebih dari kemampuan dirinya. Cik yaya
ada banyak lagi rahmat yang perlu disyukuri. Kalau diikutkan, broken heart ni bukanlah
dugaan yang besar sangat kan? Ada yang lagi berat dari ni. Alhamdulillah..
Syukur atas segala ketentuannya. Tak dinafikan, ada fasa-fasa Cik Yaya rasa ianya
amat berat dan mempersoalkan takdir ni, Cik Yaya khilaf sebagai manusia biasa
yang menerima dugaan. Ampunkan Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa kami..
Amiiiin.
Lega!!
Lega sekali lagi sebab dapat meluahkan rasa
yang dirasa. Hahahaha
No comments:
Post a Comment