Saturday, 29 January 2022

With love

 


Tadi pergi beli fail putih untuk kegunaan sekolah. Jenama HATA. Tetiba teringat satu drama Jepun bertajuk With Love. Kisah percintaan Takashi dan Amane. Cerita dia bermula bila Takashi seorang pemuzik tersalah hantar fail muzik dia ke email Amane. Amane ni kerja kat bank. Takashi guna nama email Hata. Amane guna nama email Teruterubozu. Masa tu, Cik Yaya tak tau apa pon pasal komputer ke, internet ke.. Jauh sekali nak ada email. Haha.. 

Okey, lepas salah hantar tu mula la perkenalan depa. Who are you? Hata kata dia dok Amerika. Walhal, sebenarnya depa ni selalu berselisih. Sama-sama dok di Jepun dan dekat je sebenarnya dalam kehidupan sebenar. Lama-lama dok berbalas email, jatuh cinta. So sweeeeeeet... 

Ni la antara drama Jepun yang Cik Yaya layan masa sekolah menengah sampai ke universiti.. Siap beli CD okey.. Ada lagi ni haaa... Tak ingat dah berapa ringgit. Tapi rasanya ada dalam RM30 lebih. Kira mahal la waktu tu.. Dok belajar lagi.. Tapi sanggupppp!!



Drama lain yang Cik Yaya suka ialah Great Teacher Onizuka (GTO), Beatiful Life 🤧🤧🤧😭😭😭😭, Pride, dan Beach Boys. Takuya Kimura, Takeshi Sorimachi dan Yutaka Takenochi adalah heart throb masa tu. 😍😍😍 Selera Asian saya tak pernah berubah.. Selalu drama tu ditayangkan waktu petang. Dalam jam 5 atau 6 macam tu. Sanggup berhenti main. Haha.. Adik Cik Yaya pon join sekali. 

Okey, balik semula ke With Love. Antara benda menarik dalam cerita ni pada pandangan Cik Yaya ialah

  1. Tentang cinta antara 2 manusia yang berbeza karakter. Seorang yang agak playboy dan seorang yang sangat lurus. Nerd. Seronok tengok watak tu berkembang dan menyerlahkan sifat sebenar, seiring cinta diorang.
  2. Tentang fitrah manusia yang nak berkawan supaya dapat meluahkan perasaan antara satu sama lain. Yelah, kadang-kadang letih dengan masalah dan cabaran hidup. Bila dapat diluah, rasa ringan sikit. Saling memberi semangat dan nasihat. Itu yang 2 watak ni buat. Dan segala luahan tu menjadi rahsia diorang berdua je.. Sweet!
  3. Tentang cinta jarak jauh. Kepercayaan dan kejujuran bila pasangan dok jauh.
  4. Tentang cinta sejati. Walaupon dua-dua watak ni ada pasangan masing-masing pada awal cerita, tapi takdir dan jodoh diorang lagi kuat. 

Paling best dalam cerita With Love ni ialah Ost dia. My Little Lover tajuk dia. Rasa macam tengah terbang je bila dengar lagu ni.. Haha..  Satu lagi ialah melodi Once In A Blue Moon. Itula fail muzik yang Hata tersalah hantar pada Teruterubozu. Merdu sangat.... Tenang je bila dengar.. Jap nak share..



Aaaaa... Teringat kenangan lama. Sebenarnya, Cik Yaya kongsi apa yang Cik Yaya ingat ja.. Kalau ada yang tersalah info, maafkan saya ye.. Lama sangat dah tengok cerita ni.. Tetiba terasa nak tengok semula drama ni. Rindu pulak.. Haha.. Jom layan sama-sama!


Saturday, 22 January 2022

Peluru

 


Kredit kepada owner. Cik Yaya jumpa di Fb. Bagi Cik Yaya, maksud ayat ni sangat mendalam... Dah dibaca ulang-ulang kali... Melekat dalam kepala... Tapi masih suka...🙂🙂🙂 

By the way, hari ni 22/1/22. Cantik tarikh hari ni kan?

Thursday, 20 January 2022

Lukisan

Alkisahnya lepas sekolah, pergi teman kawan ke Mr.DIY. Nampak lukisan ni dan terus pegang tak lepas.. Haha.. Perempuan sangat!! Simple but nice. Ayat dia macam pervert sikit kan.. What to do? Please forgive my perverted mind. Haha.. 



Ada dua lagi lukisan yang mewarnai rumah kecil Cik Yaya. Yang atas tu dilukis oleh kakak Hasha, yang bawah pulak kakak Hana. Cuti sekolah yang lepas, diorang datang rumah dan buat lukisan ni. Ingat lagi macam mana lukisan-lukisan ni terhasil. Bermula dengan beberapa pertanyaan...

  • Mana Pak Long? (Adoi, rasa tertembak kat dada)
  • Rumah Mak Long tak de baby ke? Kakak ke? Abang ke? (Tertembak kaki kanan pula, tempang aku!)
  • Rumah Mak Long tak de toys ke? (Arghh kaki kiri! Mak Long hampa rebah, tewas!)
Haha... Kesudahannya, minta kertas ngan warna. Nasib yang tu ada. Maka fokuslah dua beradik tu menghasilkan lukisan agung mereka. Sementara Mak Long mencari-cari jawapan bijak pada pertanyaan-pertanyaan panas hampa.

Hehe.. Takdela.. Cik Yaya faham kenapa diorang bertanya. Anak-anak saudara dah membesar, dah tahu berfikir. Tak de siapa yang ajar atau suruh pon.. Fitrah anak kecil. Kalau ada benda yang diluar kebiasaan, mesti diorang jadi nak tahu. Biasanya, bila pergi berziarah mesti rumah orang berfamily.. Ada semua yang mereka tanya tu. Lengkap. Tapi bila pergi rumah Mak Long, lompong! Haha.. 

Jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan tu mudah saja.. Jawapannya, Mak Long is special! Penjelasannya akan Mak Long bagi bila hampa berdua dah berakal nanti.. Bila hampa dah dapat memahami erti kehidupan dan perempuan. 

Terima kasih sebab menghidupkan rumah Mak Long dengan lukisan hampa. I really cherish them.. 🥰🥰😍🥰🥰

Alhamdulillah.. Dah 6 orang.. Semoga membesar dengan sihat, baik, bijak dan soleh solehah.. Aamiin...

Wednesday, 19 January 2022

Teringin nak piiiii

Tengah tengok cerita Kembara Karavan.. Dia pi New Zealand.. Aaaaaa... Bestnya.. Banyak-banyak tempat dia tunjuk, Cik Yaya terpikat dengan Hamilton Gardens. Cantiknyaaaaa...

Dalam taman tu, ada banyak taman-taman dari negara-negara lain. Yang ditunjukkan Taman Jepun, Taman Cina, Taman Itali dan Taman Mauri. Semua cantik-cantik.. Aaaaaa.. Teringin nak pi... Tapi... Bila? Dengan sapa? 

Tapi kalau rezeki tak kemana kan.. InsyaAllah.. satu hari nanti.. Ni Cik Yaya nak kongsi gambar taman tu yang diambil dari encik google. Hehe.. Tengok secara maya pon okeyla... Haha.. 








Cantik!!!!! 😍😍😍😍😍😍😍


Saturday, 8 January 2022

My chocolate craving





Hi, saya unicorn cinta hati baru tuan saya.. Nama saya Dreamy.. Comelkan saya.. Lubang hidung saya la yang paling comel.. Haha..

So cute!!!

#biggirlsdontcry
#itsthattimeofthemonth

Monday, 3 January 2022

LoVe

I Love You
By Tim Hwang

So bad, a person a like you
Why did you take my heart without my consent?
Because of you, I'm living with so much difficulties
But you don't even know

I know, it's not me
I'm not worthy for you to look at
Can you share your smile with me too?
Even if it's not love

Please turn back just once
I'll wait endlessly like this 
Again it's the one word I keep inside my heart 
I love you

Yesterday, I laid my head on my desk
And I fell asleep grieving for you
When I opened my eyes, the tears had smudged
Your name and those hopeless doodles

Please turn back just once
I'll wait endlessly like this 
Again it's the one word I keep inside my heart 
I love you

Now as I look at you
Which I got so used to
I say those words silently like tears
I love you






Sunday, 2 January 2022

Pizza toast

Kelaparan terokss di musim hujan ni.. Dah 2 hari hujan tanpa henti.. Disebabkan jari Cik Yaya luka dan akan berdarah kalau buat kerja berat, maka cari resepi yang mudah-mudah. Hari ni, cuba buat pizza mudah.


Bahan-bahannya.. 
1. Roti
2. Sos spaghetti
3. Topping- apa-apa yang disukai
4. Keju

Caranya..
1. Sapu sos pada roti
2. Letak topping
3. Bakar dalam 15-20 minit
4. Sedia untuk dingap!

Hehe.. Ini resepi pizza orang malas dan terluka. Tapi sedapnyaaaa yang amaaaat.. Tadi Cik Yaya terlajak sapu sos.. Agak masin jadinya.. Nanti hampa agak-agakla.. 

Ni la rupanya bila dah masak. Agak tak rata kejunya sebab malas nak parut. Main potong-potong je.. Ada apa dengan rupa kan? Haha..


Selamat mencuba!! 

Saturday, 1 January 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 




Ya, pertama sekali nak ucapkan syukur tak terhingga atas segala nikmat yang dinikmati sepanjang 2021. Nikmat nyawa, keluarga, kenalan, harta, dan segala peristiwa yang menjadi pengalaman dalam hidup. Alhamdulillah.. Thank you Allah..

Keduanya, nak memanjatkan doa pada Allah S.W.T agar terus dirahmati dan dipandu dalam perjalanan yang mendatang.. Aamiin...


Luka pertama di tahun baru.. Cemerkap yang tak pernah habis. Tak... Bukan sebab pisau.. Cik Yaya pon tak jangka akan dilukai oleh benda ni.. Terluka sebab almari. Boleh pulak luka masa tengah susun baju.. Adoilaaa.. Mungkin boleh pasang azam tahun ni, 
SAYA TAK NAK CEMERKAP LAGI!!
Hahahahaha!!

Akhir kata, 
Selamat Tahun Baru 2022!! 
Yeyy!!

#Ineedahug
#Abighug