'Hei masalah besar, aku punya Tuhan yang lebih besar!'
-Aisya-
~99 CAHAYA DI LANGIT EROPA~
Alhamdulillah.. Masih diizinkan olehNya untuk bernafas di muka bumi ini. Masih dilimpahi dengan segala nikmat yang nyata dan tidak terdustakan.. Alhamdulillah.. Hanya syukur yang dapat terucap. Terima kasih Allah untuk segalanya.. Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar nikmat.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terima kasih mak dan ayah sebab susah payah melahirkan dan membesarkan. Hanya Allah yang akan membalas jasa bakti mak dan ayah.. Mohon ampun dan maaf juga atas kesalahan diri ini. Selalu tak dapat memenuhi harapan mak dan ayah.
Semoga diri ini akan lebih besyukur. Akan sentiasa memperbaiki setiap aspek kehidupan..
Alhamdulillah.. Selamat hari lahir Yaya!!
Best wisher of the year!!🤣🤣
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
"Dan aku tidak akan beribadat cara kamu beribadat.
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat cara aku beribadat.
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".
Bencilaaaa!! Hari ni terajin nak cuba buat butter cake.. Tapi.. Huhuhu.. Macam biasa.. tak jadiii.. Sakit hati aihhh. Dah macam-macam resepi guna. Tak pernah jadi.. Uwaaaaa.. Why? Why?
Sekian luahan hati yang kecewaaaaa... (T_T)
Makin tua ni makin emosi pula bila nampak bayi atau budak-budak. Bila tonton video klip dan keletah diorang kat fb, kat youtube.. Kadang-kadang jumpa kat kedai ke.. Nampak anak jiran.. Jumpa anak kawan.. Bila main dengan anak saudara.. Rasa terhibur dan sendu sangat.. Kadang-kadang termenangis jugak.. Agaknya sebab hati ni teringin nak memiliki anak. Agaknya sebab naluri keibuan seorang perempuan.. Itu fitrah kan..
Kalaulah.. Kalaulah.. Kalaulah.. Meski perkataan ni tak baik, tapi perkataan nilah yang selalu berlegar-legar dalam kepala bila nampak budak-budak. Kalau begitu, kalau begini..
But, I don't have any reason to get angry with God. La ilaha illa anta subha naka inni kuntu minazzolimin.. Semoga ada hikmah di atas semua ini. Amin Ya Rabb..
Hmm.. Rasa macam nak pergi tepi pantai. Nak rasa tamparan angin di pipi.. Nak dengar desiran angin memintal dedaunan. Melihat laut yang tiada sempadan.. Biar hilang semua gundah.. Jom!!