Tuesday, 26 September 2017

3D pen

Now, meet my new toy.. A 3D pen..


Yang bergulung-gulung berwarna-warni tu namanya filamen.. Yang warna biru tula 3D pen.. Cik Yaya beli semua ni kat Lazada.. Ni pon puas pilih hat paling murah.. Hehe.. Bukan apa.. Value for money.. Kuangkuangkuang..

3D pen ni pakai elektrik. Senang ja nak guna dia.. Tapi tak maula terang.. Baca ja manual.. Kompem paham.. Konsep dia senang ja.. Apa saja yang korang lukis, akan jadi nyata dalam bentuk 3D.. Boleh dipegang.. Jadi produk siap.. Best kan.. Bagaimana caranya? Filamen akan mencair dan keluar macam glue stick pada hot glue gun.. Bezanya ia berwarna-warni dan cepat mengeras.. Masa melukis, filamen yang cair tu bertindak sebagai dakwat.. Lagi banyak warna filamen, lagi banyakla variasi warna pada produk kita.. Kalau korang tak paham penerangan Cik Yaya ni, silalah bukak youtube dan search '3D pen'.

Ok sekarang nak tunjuk pulak hasil kerja pertama Cik Yaya.. Tapi kena janji korang takkan gelakkan.. Korang kena faham.. Ini kali pertama okeyyy.. Dan kali pertama tak pernah mudah.. Betul kan? Haha.. 



Nah.. Tudia... Rama-rama special. Sebab apa special? Hmm.. Sebab saiz dia besaq sebelah, kecik sebelah.. Haha.. But, I am very proud of myself..😋😋 Tak dak orang yang dapat buat satu lagi rama-rama macam ni dalam dunia ni.. This is a masterpiece. The only in the world okeyy.. Haha.. Tak percaya? Kalau tak percaya, pi la carik 3D pen dan cuba la buat sendiri.. 😛😛 Cik Yaya yakin, takkan dapat punya.. Sebab.. Cik Yaya sendirik pon tak dapat buat jugak.. Haha..😅😅 Ok, bye.


Friday, 22 September 2017

Salam Maal Hijrah

Cik Yaya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 1439 hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya.. Amin..

Hasil carian imej untuk salam 1439 hijrah

Resepi kantan goreng

Dapat resepi baru, yeay!! Tak sangka bunga kantan sesedap ni.. Selama ni, Cik Yaya hanya tau kantan guna dalam kuah laksa dan asam pedas ja.. Masa potluck semalam, ada cikgu Sarawak masak kantan goreng.. Sedapnya.. Makan dengan nasi putih.. Sedap sangat.. Banyak kali dah puji sedap nih.. Kalau mak ayah Cik Yaya baca post ni, kompem kena marah.. Pasaipa? Ha.. Pasai dok puji sedap banyak kali. Depa kata kalau sedap macam mana pon, puji sekali dah la.. Lepas tu, nikmatilah kesedapan tu.. Hehe.. Kenapa depa pesan macam tu? Hmmm... Cik Yaya rasala.. Rasa je ni.. Tak tau betul ke salah.. Pertama, sebab untuk menjaga maruah diri sendiri. Mungkin makanan tu sedap pada kita, tapi biasa-biasa saja pada orang lain. Jadi tak payahla kita nak over reacting. Nanti dikata orang, "kesian dia.. pertama kali merasa" atau "aku pernah rasa yang lagi sedap dari ini, tak bising pon". Hehe.. Teori yang kedua, tak mahu orang yang menasak bangga diri dan riak.. Yelah, pujian datang menggunung dan tak putus bagai air mengalir.. Siapa yang tak bangga kan? Yang ketiga dan terpenting ialah supaya kita lebih fokus pada menikmati dan menghargai makanan. Banyakkan bersyukur kepada Allah yang memberikan rezeki. Allah yang memberikan sedap. Manusia hanya asbab, rezeki datang dari Allah.. Dialah yang maha kaya.. Thank you Allah..

Okey, done berfikir.. Sekarang nak kembali kepada resepi kantan goreng. 

Bahan-bahannya ialah
bunga kantan, cili, ikan bilis, belacan, bawang merah, bawang putih, garam secukup rasa dan minyak untuk menumis. 

Caranya
Kita hiris bunga kantan dan cili.
Kemudian, kita tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan.
Panaskan kuali. Masukkan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk.
Kemudian, masukkan kantan dan cili dan perasa. 
Goreng sampai masak..
Sedia untuk dihidangkan..

Ni dia rupanya.. Selamat mencuba korang.. 😀😀



Wednesday, 20 September 2017

Kerana mulut si puaka

Satu lagi kebodohan berlaku hari ni. Akibat dari mulut puaka manusia bodoh. Manusia bodoh yang asyik memenangkan diri sendiri.. Manusia bodoh yang tak ada adab, tak tahu memikirkan perasaan orang lain.. Orang yang bajet bagus!!

Cik Yaya takkan cari pasal dengan orang kalau orang tak cari pasal dengan Cik Yaya dulu.. I am very positive minded okey! But once it happened, we are over!! I dont even want to look at you!! You bitch, stupid evil devil. 

Opss!! Sampai tersumpah seranah.. Maksudnya memang marah betul ni.. Bukan apa.. Makin menjadi-jadi pulak perangai puaka-puaka ni... Sabar Yaya sabar.. Yakinlah.. Pembalasan tu ada.. Nantikan saja.. Tanduk kerbau tak pernah tumbuh ke belakang.

Ya Allah.. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku bermohon.. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus.. Amin..




Thursday, 14 September 2017

Kedondong ooo kedondong..



Saja ja nak tayang.. Haha.. Makan kedondong asam boi sambil tengok drama korea.. Uihh, syiok baq hang.. Haha.. Okey la.. Done menunjuk, done menayang.. Mission accomplish!! Oh my oppa, Im back!!!

Emping padi..

Lamanya tak makannnn.... Rindu dengan rasa lemak, manis dan masin emping.. Alhamdulillah.. Cuti sekolah lepas ada rezeki, dapat makan. Mak ngan ayah belikan masa balik kampung kat Kedah.. 
Kata mak, emping ni selalu dia makan masa kecik-kecik dulu.. Fresh-fresh lagi.. Emping ni diperbuat dari padi pulut yang belom matang.. Dipetik dan ditumbuk.. Sebab tu jadi leper.. Lepas tu ditampi untuk buang hampas padi. Mak kata makan yang fresh lagi sedap.. Lembutttt... Jelesnya.. Nak rasa jugakkkk..

Inilah emping padi..

Digaul bersama kelapa parut, garam, gula dan sedikit air masak.

Tara!! Dah siap.. Sedap.. Emping ni ibarat oat versi melayu.. Tapi dijamin lebih sedap berbanding oat tu. Haha.. Sekian perkongsian... Bye bye bye!! (dibaca dengan nada Sin Chan). Hehe.. 





Si darah 'O'

​Ok.. Terbaca dalam facebook.. Macam menarik pulak.. Jom kita semak satu persatu..

Personaliti orang berdarah O:

*Seorang teman yang sejati! Dia tidak akan mengkhianati teman sendiri.(Mungkin.. Tapi mudah lupa kawan.. Bak kata pepatahku, hilang dimata, hilang dihati..)

*Komited tinggi! Apapun kerja yang dilakukan pasti sampai siap!(macam tak jer..😒😒)

*Rela melepaskan pemergian seseorang demi kebahagiaan orang tersebut, lalu secara diam-diam menitiskan air mata di belakangnya. (No komen..)

*Selalu berusaha untuk kelihatan kuat dan mandiri, tetapi kalau lagi sedih pasti menyembunyikan. (Mungkin..)

*Dari luar kelihatan tegar, keras, tapi sebenarnya hatinya mudah terluka. (Luka lama pon tak sembuh lagi..)

*Setia! Bila dah sayang pada seseorang, tidak akan dilupakan! (Benci nak mengiyakan pernyataan ni!)

*Mudah tersentuh!(Rasanya macam ya..)

*Kelihatannya acuh tak acuh, tidak kisah, padahal sebenarnya sensitif, memahami, cuma suka pura-pura berlagak. (Eh, mana ada...)

*Adil, paling benci kebohongan dan kemunafikan. (Ya, pasti!)

*Jika dilakukan baik pasti dibalas baik juga, tapi dilakukan jahat akan terus say good bye. (Sangat tepat!)

*Berani cuma takut gagal, bagaimanapun juga seorang yang selalu berusaha untuk tabah. (Selalu mencuba..😧😧 )

*Tidak berhitung, masalah kecil pasti dilupakan, tidak berdendam. (Oh, tidak! I pendendam okeyy!😠😠)

*Kebaikan orang selalu diingati dan dibalas malah 2 kali ganda. (Tak kot... )







Belajar..

Beberapa minggu ni banyak belajar dari pengalaman.. Antaranya ialah

  1. Untung orang yang kuat mengampuuu.. 
  2. Untung orang yang petah dan tajam lidah.. Semua orang buat, salah! Aib orang cepat disebar. Kau lupa agaknya hidup ada pasang surut.. Kau tunggu karma datang mencari.
  3. Meski kita tak cari masalah dengan orang, orang masih boleh buat masalah dengan kita.. Hadapla jugak ketaikan tersebut!!
  4. Melepaskan tangungjawab itu mudah. Pejam mata, lempar saja. Nasibla yang terkena. Berdarahlah kau sorang-sorang.
  5. Tak perlu rekrut kroni. Itu tandanya kau tak da keyakinan diri. Bersama mengumpat, mengutuk sana sini. Bukan korang menyelesai masalah, tambah kusut ada la!
  6. Tak perlu mengungkit. Kalau kau tak nak buat, jangan buat. Kalau kau buat jugak, kau penat, dan kau akan mengungkit segala yang kau buat seolah-olah kau sorang saja yang pernah buat kerja. Orang lain makan gaji buta! Nak tanyala, kau buat kerja kau sebab apa? Mengejar pahala atau mintak puji saja? 
  7. Kita takkan dapat memuaskan hati semua pihak. Itu adat.
  8. Membuat keputusan tu tak pernah mudah. Banyak hati yang kau kena teliti. 
  9. Aku tak ada masalah dengan kau selagi kau tak buat masalah dengan aku! Ya, aku berdendam! Aku juga bukan pemaaf! Hipokrit? Itu jauh sekali. Tak suka, aku tunjuk tak suka!
Huh!! Banyak betul kejadian.. Stress betul.. Semoga dijauhkan dengan orang-orang yang negatif pada masa akan datang.. Terutamanya di tempat kerja.. Amin Ya Allah..