Friday, 22 September 2017

Resepi kantan goreng

Dapat resepi baru, yeay!! Tak sangka bunga kantan sesedap ni.. Selama ni, Cik Yaya hanya tau kantan guna dalam kuah laksa dan asam pedas ja.. Masa potluck semalam, ada cikgu Sarawak masak kantan goreng.. Sedapnya.. Makan dengan nasi putih.. Sedap sangat.. Banyak kali dah puji sedap nih.. Kalau mak ayah Cik Yaya baca post ni, kompem kena marah.. Pasaipa? Ha.. Pasai dok puji sedap banyak kali. Depa kata kalau sedap macam mana pon, puji sekali dah la.. Lepas tu, nikmatilah kesedapan tu.. Hehe.. Kenapa depa pesan macam tu? Hmmm... Cik Yaya rasala.. Rasa je ni.. Tak tau betul ke salah.. Pertama, sebab untuk menjaga maruah diri sendiri. Mungkin makanan tu sedap pada kita, tapi biasa-biasa saja pada orang lain. Jadi tak payahla kita nak over reacting. Nanti dikata orang, "kesian dia.. pertama kali merasa" atau "aku pernah rasa yang lagi sedap dari ini, tak bising pon". Hehe.. Teori yang kedua, tak mahu orang yang menasak bangga diri dan riak.. Yelah, pujian datang menggunung dan tak putus bagai air mengalir.. Siapa yang tak bangga kan? Yang ketiga dan terpenting ialah supaya kita lebih fokus pada menikmati dan menghargai makanan. Banyakkan bersyukur kepada Allah yang memberikan rezeki. Allah yang memberikan sedap. Manusia hanya asbab, rezeki datang dari Allah.. Dialah yang maha kaya.. Thank you Allah..

Okey, done berfikir.. Sekarang nak kembali kepada resepi kantan goreng. 

Bahan-bahannya ialah
bunga kantan, cili, ikan bilis, belacan, bawang merah, bawang putih, garam secukup rasa dan minyak untuk menumis. 

Caranya
Kita hiris bunga kantan dan cili.
Kemudian, kita tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan.
Panaskan kuali. Masukkan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk.
Kemudian, masukkan kantan dan cili dan perasa. 
Goreng sampai masak..
Sedia untuk dihidangkan..

Ni dia rupanya.. Selamat mencuba korang.. 😀😀



No comments:

Post a Comment