Wednesday, 20 January 2016

Kejutan..




Kejutan memang dapat mengindahkan hari kita.. Cik Yaya suka dengan kejutan.. Malam ni Cik Yaya teringat kenangan lama..  Tentang dia.. Dulu, dia selalu membuat kejutan.. Sewaktu peperiksaan. Bila Cik Yaya sampai ke meja, ada tulisan di meja. Simple mesejnya.. Cik Yaya tersenyum.. Hilang rasa gementar.. Ajaib!! Mencari dia.. Dia tersenyum lebar di mejanya. Seandainya dulu ada smartphone, dah tentu Cik Yaya dapat simpan kejutan tu.. Dapat Cik Yaya tatap sepenuh hati.. Rindunya (T_T). 

Suatu hari, dia menghantar  Cik Yaya ke stesen bas untuk pulang ke kampung. Kami mengucapkan selamat tinggal. Cik Yaya melambai dia dari dalam bas... Bas baru meninggalkan stesen, telefon Cik Yaya berbunyi.. Mesej rindu dari dia!! Allah, baru beberapa minit kami berpisah.. Kejutan kata rindu dari dia sangat Cik Yaya tak sangka.. Perasaan bercampur baur.. Dengan juraian air mata Cik Yaya membalas mesej dengan rindu dan cinta. Sepenuh hati, sepenuh jiwa. (T_T). Dia sentiasa menunjukkan rasa cintanya.. Membuat diri ini rasa begitu dihargai..

Hidup bagaikan roda.. Ada bahagia ada derita. Bahagia kami hanya sementara.. Kata maaf terucap. Kami berpisah mengikut haluan masing-masing.. Kami tahu ini yang terbaik. Dalam redha, tetap berasa tersiksa.. Hanya kenangan yang tinggal.. Walau berbelas tahun kini... Masih kukuh terpahat di hati.. Dan hingga kini tiada kejutan lain yang dapat menyembuh hati.. 




By the time my heart is open to someone else, it means that he already wins his fight against you... 

Your inner heart...

They are people who look like it, but they are not...

And...

There are others who not look like it, but they are...



Fefeeling Korea gitewww...

Dalam drama korea selalu ada babak makan mee segera.. Ramen atau ramyeon dalam bahasa diorang.. Kalau orang melayu kita cakap, makan maggi la.. Tak adil.. Tak adil.. Asal mee segera ja maggi.. Cit, lembu punya susu, sapi dapat nama.. Tak menepati hukum DM tatabahasa betul.. Haha.. Cik Yaya rasa Cik Yaya dah kelaut nih... Sebenarnya point sebenar nak cerita pasal makan mee segera ala-ala Korea... 





Ini versi asli..


Ini versi Cik Yaya.. Ha.. Nampak tak persamaannya di situ... Kalau tak nampak, carila sampai dapat.. Haha... Annyeong!!

Sunday, 17 January 2016

So true!!

Kepada yang bertanya...

Bila ada yang mempersoalkan...

"Bila nak kahwin?"

"Kenapa belom kahwin?"

"Memilih ke?"

"Tak teringin ke punya anak sendiri?"

Ya Allah... Umpama belati tertusuk ke dada... Sebak!! Mengalir deras air mata.. Hanya Kau yang mengetahui...Kenapa? Bila? Siapa? Bagaimana?  

Tahukah kamu yang bertanya.. Aku punya kisahku sendiri.. Aku punya sebabku sendiri... Jalan hidupku, hanya aku yang tahu.. Hanya aku yang merasa... 

Tahukah kamu yang bertanya.. Tak ada seorang pon perempuan di dunia ini yang mahu bersendiri. Semua ada hati yang ingin dikasihi dan mengasihi.. Inginkan seorang suami sebagai pendamping, peneman dan pencinta sejati. Inginkan anak-anak yang dikandung, dilahirkan dan dibesarkan sepenuh hati. Tetapi siapalah aku untuk mengatasi takdir dan ketentuan Yang Maha Esa.. Aku redha dan hanya mampu berdoa... 

Tahukah kamu yang bertanya.. Aku bahagia dengan caraku sendiri.. Tak perlu kamu ambil peduli!!



Friday, 15 January 2016

Bergaduh...

Aishhh.. Cik Yaya tak suka betul bergaduh... Rimasla... Buruk la tengok orang bergaduh. Tambah-tambah lagi orang tua yang bergaduh. Kalau anak-anak kecil.. Cik Yaya boleh faham.. Tapi kalau orang tua... Aduh.. Rimas, rimas, rimas!! Paling Cik Yaya benci kalau terkena tempias orang yang bergaduh. Contohnya Cik Yaya berkawan dengan si A dan si B. Tetiba si A dan si B bergaduh.. Cik Yaya konpius tau tak!! Tak pasal-pasal Cik Yaya kena ikut bergaduh!! Arghhhhh!! Dah tua dah kot... Cik Yaya rasa macam nak hantok je kepala si A dan si B tu!! 

Pendapat Cik Yaya la kan.. Kalau nak bergaduh sangat, benci sangat, tolong la bergaduh berdua je. Jangan libatkan orang sekeliling. Nak buat apa nak cari geng?  Gaduh la sesungguh hati Bergaduhla dengan cara yang profesional. Jangan la nak cari gaduh dengan kawan kepada orang yang korang gaduh. Tak ke bodoh namanya tu.. Menambah musuh!

Boleh tak gaduh secara rahsia.. Biar korang berdua je yang tau. Tak yahla cerita pada pihak yang ketiga untuk mendapatkan simpati atau dikasihani. Tak perlu juga menegaskan yang korang tu di pihak yang betul sebab sah-sahla dua-dua pihak salah sebab tu bergaduh. Simpan la rahsia korang tu sampai mati!

Toksah la gaduh.. Sabar sikit... Rasional sikit.. Lain kali kan.. Kalau rasa benci sangat, jangan ambik tahu hal orang yang korang benci tu.. Anggap je orang tu dah mati!! Jauhkan diri korang daripada dia. Itu lebih baik dari bergaduh... Hubungan dengan orang sekeliling pon tak rosak..

Arghhh!! Stress la.. Tolong la jadi matang.. Tolongla!!!





Wednesday, 13 January 2016

Rindu!!

Rindunya... Hanya Allah yang tahu...

Aku terlalu cintakan kamu sehingga aku tidak dapat mencintai yang lain..

Kau dekat tetapi jauh...

Sunday, 3 January 2016

Rintihan rasa...

Lirik Rintihan Rasa - D.J Dave & Uji Rashid


Tidak dapat kuceritakan semuanya
Bagaimana pahit hidupku
Hanya dikaulah yang tahu
Kerna kau juga merasa

Duhai janganlah hendaknya kau sesalinya
Kau juga telah mengatakan
Bersabar menempuhi hidup
Tuhan ada di sisimu

Dunia pancaroba
Suka bertemasya
Oh oh oh bagai seorang insan
Kita melakunkan

Hanya lagu ini
Menghiburkan hati
Kutetapkan iman
Menempuh dugaan

Bercahaya sungguh pintu hatiku ini
Untuk hidup seribu tahun lagi
Kami bukanlah pujangga
Hanyalah insan biasa

Dunia pancaroba
Suka bertemasya
Oh oh oh bagai seorang insan
Kita melakunkan

Hanya lagu ini
Menghiburkan hati
Kutetapkan iman
Menempuh dugaan

Saturday, 2 January 2016

Cuti-cuti pizza..

Haziq asyik merengek nak pizza. Terpaksala cari resepi kat internet. Cuba-cuba berjaya.. Wow!! Tak caya tengok nih.. Jangan meleleh ayaq liuq sudah.. 






Nampak sedapkan.. Bukan nampak je, memang sedap pon! Haha..  Syokla Haziq, impian tercapai.. Sengih sampai ke telinga menghias pizza dia. Alhamdulillah.. Meh tengok resepi.. Sat-sat. Lapla dulu ayaq liuq tu... ekekeke

Untuk doh
1. tepung 4 cawan
2. mauripan yis 11 g
3. garam 1/2 sudu teh
4. gula 1 susu besar
5. air pili secukupnya
6. minyak masak 4 susu besar

Topping
1. Keju
2. mayonis
3. sosej
4. sos spageti
5. cendawan 
6. bawang bombay dihiris halus
(terpulang pada kreativiti masing-masing)

Cara.
1. Masukkan yis dan gula  dalam air. Kacau sampai larut. Biar sampai berbuih.
2. Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan garam dan minyak. Tuang bancuhan yis tadi. 
3. Uli menjadi doh.
4. Biarkan doh mengembang selama 2 jam.
5. Lepas 2 jam, bolehla canai dan letak topping.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius (ikut kesesuaian oven masing-masing)

Sekian.. Selamat mencuba.. Pi lekaih cari barang-barang! Satgi pasar raya tutup!




Belajar buat pekasam..

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... Maksudnya? Aaaa.. Maksudnya... Kalau buat sesuatu kerja tu buatla sebaik mungkin.. Tak kirala kerja baik atau kerja jahat.. Betoi dak? Kalau buat kerja yang baik, Alhamdulillah,, Kalau buat kerja jahat, alang-alang dah nak sangat buat, buat sampai berjaya.. Boleh ka macam tu? Nau'zubillah... Haha.. Ampa pikiaq la sendiri..

Cerita pasal peribahasa ni mukaddimah ja.. Sebenarnya, hari ni Cik Yaya nak berkongsi ilmu membuat pekasam. Makanan faveret Cik Yaya sekeluarga. Terutama ayah. Boleh tambah nasi sampai 3 pinggan!! Jom kita belajaq!! Ni versi segera punya.


Pekasam ni dibuat dari ikan darat atau ikan sungai. Mula-mula kena siang ikan. Basuh bersih-bersih. Ikan darat ni hanyir. Mak Cik Yaya kisar dengan asam garam. Kemudian basuh dan tapis.




Kemudian, Mak Cik Yaya lumur dengan garam satu per satu ikan dan disusun dalam satu bekas. Antara lapisan tu, letak asam keping. Tutup bekas tu dan perap sehari semalam.


Pagi esoknya, mak Cik Yaya suruh Cik Yaya goreng beras. Basuh dulu beras tu, sejat dan sangai dalam kuali.  


Sampai jadi warna keemasan. Cik Yaya tak larat jadi tak emas sangat la beras Cik Yaya. Lama kot beras tu nak bertukar warna. Naik lenguh mengacau.  4 pot beras. Tiap 5 minit Cik Yaya jerit.. 'Mak, ni dah boleh ke belom?' Jawapan yang Cik Yaya dapat 'Aish belom lagi nih.. tapi dah nak buleh dah tu.. sikit lagi..' Sikit.. sikit.. Sampai sejam, Cik Yaya give up. Tutup api. Nasib baik mak kata ok! 

Lepas dah sejuk dikisar.. Tak kasar sangat, tak halus sangat..


Nila hasilnya ikan yang diperap dengan garam dan asam keping.



Langkah seterusnya, lumur dengan beras tadi. Kat belah dalam ikan, sumbat jugak dengan beras tu.


Susun dalam bekas. Lapis dengan asam keping... Letak air sikit. Tutup rapat-rapat. Lepas 3 hari dah boleh makan dah. Goreng dengan bawang merah dan cili. Fuhh, bayangkan pon dah kecuq ayaq liuq. Sabaq Yaya Sabaq!! Alang-alang menyeluk pekasam, biaq sampai ke pangkal lengan!! (Iskh, sesuai ke?) Lalala...



Syukur...





Syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi nafas... Masih dizinkan untuk menyambut ulang tahun hari kelahiran untuk kesekian kalinya.. Syukur kerana masih dikurniakan nikmat iman. Syukur masih punya ibu bapa, saudara sedarah sedaging; keluarga yang dicintai, dan rakan-rakan... Syukur kerana masih berupaya untuk bergerak, masih selamat, masih waras, dan masih dilindungi daripada kesakitan meski berpenyakit. Syukur kerana boleh merasa nikmat gembira, nikmat berduka, dan segala rasa yang dapat dirasa. Syukur yang tak dapat diluah dengan kata-kata... Syukur atas segala-galanya. 

Alhamdulillah Ya Rabb.... Syukran Ya Rabb....